Tuesday, 30 August 2011

I Was Driving.........

.... macam orang gila. Okay, rasanya orang faham kot. Ada 'P' merah, dan perempuan pula yang bawa. Jalan sempit, tukar gear dari 2 nak ke 3, atau dari 5 nak ke 2, selalu sangkut. Kemudian enjin mati. Mujur takde kereta masa tu. Ekekekekekekekekeke!!

Memang kantoilah bawa manual. Takpe, baru lagi kan. Lama-lama bolehlah.

Aku tertarik dengan entri baru seorang saudara baru kita berkenaan penutupan aurat ni. Baca di sini http://pukullima.blogspot.com/2011/08/makin-glamor-makin-singkat.html

So, mari ingat-ingatkan diri kita. Manusia lemah kan. Kadang lupa. Bila ada orang yang ingatkan, bersyukurlah walaupun pedih hati dan telinga ni.

Oh, hari ni dapat jumpa awek Dekli. Dia bawa balik rumah jumpa Mak. Hehe...

Nanti nak jumpa bakal adik ipar pula. Tadi dah jumpa bakal-bakal kakak dan abang ipar. Dah hilang dah debor. Mak dia pun dah boleh nak borak-borak bergurau dengan aku. Hehe...

InsyaAllah, ada rezeki. Tunggu ya!

Hari Raya

Mula-mula, I would like to wish all Muslims all over the world, Eid Mubarak!! May the Ramadhan yang baru saja lepas ni menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Dan semoga kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.

I have no heart celebrating. I am really concern about my assignments. I have an assignment which I have zero input. Very troubling. And of course another three or four assignments ( I lost count sebab sangat risau yang teramat).

I will be busy from tomorrow to Thursday. Aku akan balik kampung, ada tahlil, kenduri arwah lagi. Not to be there terasa macam rude. But being there means no work can be done. And unfortunately, the first week after cuti raya ni ada BIG for 3 days. Kemudian, a week break (if it can be said as a break). Then ada camping for 3 or 4 days. Then bulan 9 pun tamat. Dan assignments semuanya hantar bulan 9. Gila tak? Gila tak?

Dan malam raya yang sepatutnya aku bergembira, aku tak dapat tidur sebab kerisauan. Several days ni tak sihat dan kemas-kemas rumah apa yang terlarat. Dugaan kan........

So, again, Selamat Hari Raya. I know I did countless heartbreaks and mistakes and wrong doings to you all, so ampunkan hamba. I know it is not enough by just apologizing. I am already feel bad almost each day, so if it makes you happy and satisfy making my life more miserable, silakan.

Yes, I am emotionally disturbed. That's what I can't change much. Feeling down, feeling being hated all the time. Sometimes being at home this time, part of the old feeling is coming back to me.

I don't know. I'm hoping there will be miracle again this time.

Friday, 19 August 2011

At Home For Two Weeks and A Half

BAHAGIA.

Tiada kata yang dapat digunakan untuk menerangkan perasaan sekarang. Hehe..

Semalam, ada fikir jugalah. Tentang tekanan yang aku hadapi dulu. Sekarang, alhamduliLlah, tekanan yang aku hadapi sekarang hanyalah daripada kerja, dan sekali-sekala daripada orang sekeliling. Kiranya, hanya tekanan biasa yang menggerakkan aku untuk work harder. And that's that.

And I was thinking, bagaimanalah agaknya hidup aku kini kalau keputusan yang dulu aku ambil, tak aku lakukan. Okay, no if. Just a way to refresh myself, I should be thankful of what I have now. And truly, despite of the broken-hearted life and all I experienced before, I learnt something there that made me me.

Life is at ease now. Rezeki pun, alhamdulillah. Mungkin tak banyak tapi masih membahagiakan. And so much things happen that make me happy now.

Heheeeeeee...

Yeay!! I'm going to Johor today!! (^_^)

Saturday, 13 August 2011

Me Foto..

I lost several valuable photos, and I just notice that yesterday. Tepuk dahi!

And I am retrieving some which I uploaded in FB. Ni yang rasa nak develop semua gambar ni. Seluk poket, uhhhhhhhh... sen tarak!

Total gambar yang ada 12 383 keping. Kalau sekeping RM 0.40, jadi total harga yang perlu dibayar ialah.......... RM 4 953.20. Wahhhhh.. lagi mahal dari elaun semester aku. Makanya pasrah aje. Tak boleh bawa mati pun.

Iskkkk..iskkkk...

My passion is killing me........

Friday, 12 August 2011

I Thought I'm Going To Die

Perut sakit. Macam....senak, kejang dan yang sama waktu dengannya. Menular sampai ke dada dan 3/4 belakang.

Mula-mula fikir angin. Then fikir asid perut naik sampai ke atas. Then tak boleh nak fikir apa dah. Sebabnya AKU MAKAN. Kalau tak makan tu lain ceritalah.

Then bila tenang sikit, aku fikir food poisoning. Sebab aku pernah sakit macam ni dulu, yang lebih teruk sebab sikit lagi nak pengsan dek kesakitan yang amat sangat, pergi hospital, diaorang kata food poisoning.

Aku dah fikir, kalau aku sakit lagi sampai siang esok, tak puasalah. Dan alhamduliLlah hari ni tak ada kelas. Kalau tak, mau menangis juga rasanya.

Then dari lepas Maghrib, hinggalah pagi tadi lebih kurang jam 7.15 baru tenang sikit.

Perut sensitif, beginilah. Tuan perutnya tak kisah makan apa pun, pakai taram aje.

Love your body. Bila sakit teruk, mula rasa menyesal.

Wednesday, 3 August 2011

Aku Terasa Nak Balik Rumah

Aku nak duduk rumah, berkumpul ramai-ramai, macam hari tu. Aku tahu, lepas ni amat susah sangat nak berkumpul ramai-ramai, sebab Wan dah tak ada. Macam dah tak ada sebab untuk balik ke sana dah.

Aku dalam beberapa hari ini, macam blur. Aku macam susah nak terima kenyataan Wan dah tak ada. Sebab aku tengok dia, sepanjang masa hari tu, macam orang yang tengah tidur. Dan aku nampak seolah dada dia turun naik walau sebenarnya memang tak ada. Dan bila waktu mandikan dia, kapankan; aku masih rasa dia sedang tidur.

Bila aku balik rumah Jumaat lepas, aku tak tahu pun dia sakit. Aku tahu awal minggu dulu dia muntah-muntah, tapi aku ingatkan muntah biasa, macam dulu-dulu bila dia masuk angin. Tapi, rupanya dia koma terus lepas tu. Gaya dia macam orang tidur berdengkur. Sekejap mulutnya bergerak seolah mengigau, kejap tangannya bergerak, kakinya bergerak. Sungguh macam orang tidur. Dan bila malam dia pergi pun, macam tu juga. Aku ingatkan dia tarik nafas dengan susah, nak berdengkur macam biasa. Tapi lepas tu dia senyap. Adik aku yang sejak tadi rasa nadi dia, kata dah tak ada sambil mata berjurai dengan air. Adik beradik mak, semuanya meluru, menangis. Aku nampak semua tu depan mata aku, dan aku tak boleh nak lupa.

Aku terasa nak putar balik masa. Aku nak layan dia sebaik mungkin, gembirakan dia. Pernah juga, penat nak melayan kerenah orang tua, aku marah-marah, atau buat tak layan. Aku lupa, bila seseorang itu menjadi tua, sifat dan kerenahnya tak ubah seperti dia kecil dahulu.

Kali terakhir aku jumpa dia, dalam sebulan lepas. Sekejap saja jumpa, sebab aku nak balik ke maktab semula. Seperti biasa, aku ke katil, buat 'peace', dan duduk di sisi katil dia. Aku tak ingat sangat borak apa, tapi yang aku ingat, dia minta aku ampunkan dia. Aku kata, ala...relaxlah Wan! Dan itulah yang terakhir.

Aku rasa, kalau aku balik rumah tu, aku mesti ingat dia. Masuk rumah, pergi ke katil dia, tunjuk 'peace', tengok dia sengih-sengih, then duduk lepak tepi katil tu. Bila aku ingat tu, aku rasa sebak sangat. Entah sampai bila aku nak jadi macam ni. Bersedih saja.

Dan sebenarnya, aku tak menangis sungguh-sungguh pun lagi.

Mud Burok

Teori yang dipelajari sendiri (yang masuk exam dan akan menyusahkan kalau tak faham sebab ada kerja rumah yang perlu dibuat berdasarkan teori tersebut), yang sukar difahami apabila diterjemahkan melalui tulisan dan tidak ditunjukkan praktikalnya, dimana teori tersebut berkaitan dengan sesuatu yang digemari, benar-benar membunuh minat untuk mengeksplorasi.

Ah, banyaklah aku punya suka nak mengkritik. Dan aku tak suka tempat itu sebab admin boleh tahu aku punya password dan ubah apa yang aku buat sesuka hati dia.

Sekarang ini aku seperti membenci perkara yang aku gemari dan persetujui.

Monday, 1 August 2011

Kehilangan..

Malam sabtu lepas, Wan pergi. Setelah 6 tahun hampir lumpuh, dan seminggu koma. Dia pergi di hadapan anak-anak, menantu dan cucu; betul-betul lepas semua siap solat Isyak. Mudah sangat dia hembuskan nafas akhir dia. Tak nampak sakit.

Allah mudahkan semua urusan untuk mandikan, kapankan dan kebumikan. Semuanya.

She was very caring. And I don't know how to describe her. I love her. Everyone does.