Sunday, 30 October 2011

Orang Yang Kaya Memang Kaya

Baru selesai menonton satu rancangan yang memaparkan hotel atau tempat penginapan yang bertaraf 5 bintang. Dan rancangan kali ini mengisahkan percutian safari di Afrika. Bila aku tengok 'hotel khemah' yang disediakan, sangatlah hebat. Dengan sofa, katil empuk, shower dan tandas yang lengkap! Dalam khemah!

Terasa macam, orang yang banyak duit memang mampu nak habiskan duit untuk tidak merasakan ketidakselesaan hidup ketika ke lapangan seperti di padang rumput safari Afrika.

Dan kemudian, hotel yang dipaparkan adalah di Dubai. Bayangkan, dinding mozek bilik air dibuat daripada emas!

Terasa seperti...... dunia apa ini?

Friday, 28 October 2011

IKEA...I'm Loving It..So Much!

I just browsed over IKEA's website, in the small space pages. And I felt... I should show Mak this website.










And, maybe I can do something to my own room at maktab; how to fully utilized that small space into something that can fit all my things.

Ohhh..creativity, come to me cepat!!

Tuesday, 25 October 2011

Tukar Topeng Muka Sekejap

Ouhhhh... seriously kepala otak ting-tong. Emosi pun apatah lagi. Makanya bila takde benda sangat nak buat sekarang ni (buku tak bawa balik rumah jadi tak dapat nak study; kalau bawa balik pun macamlah study). Aku boleh lupa yang aku sorang saja yang cuti panjang. Jadi nak merayau ke, buat projek ke, tinggal angan-angan saja. Jadi patut ke aku balik maktab hari ini sebab bosan sangat. At least, kalau kat maktab boleh juga nak berpoya-poya merewang setiap hari sebab ada alasan untuk keluar bandar untuk makan.

Sini? Nak drive dalam bandar? Hohoooooo.... kurang berani lagi dengan kereta berstatus manual ni. Kalau terpaksa aje baru aku buat.

Tahun depan nak praktikal. Nehiiiiii.. serabut deh! Entah macam manalah agaknya. Nak buat lesson plan pun aku terkial-kial lagi. Idea pun tak banyak (malas nak google). Tapi fikirkan, tak lama lagi settle degree ni. Tak kisahlah first class ke, ape ke. Bukan itu apa yang aku kejar. Jealous tu memang ada. Tapi memandangkan kesungguhan aku, aku tahu tahap aku dimana.

Okay, mari sambung bersentimental semula.

Jiwa Bersentimental

Selalu, bila aku duduk sorang-sorang, fikiran melamun pada masa silam. Hidup memang ada indahnya. Sedih, tertekan atau tidak tenang seperti mana pun, masih ada indahnya.

Dan aku rindukan keindahan itu. Tapi apakah segalanya yang baik sahaja yang akan kita dapat. Selalu dalam seharian, pasti ada yang tidak enak untuk kita terima. Bagaimana kita nak hindarkan ketidakenakan itu? Tidak akan tidak dapat nak kita hindarkan.

Dan aku kesalkan ketidakenakan itu, yang aku selalu tewas dalam menghadapinya.

Dan juga, kekacauan yang dulu saban hari aku alami, masih lagi aku alami kini. Dan kesedihan pun melanda.

Buruk sangka pada diri. Itulah yang selalu aku rasakan.

Dapat lagikah untuk aku bawa jiwa aku ni?

Aku bukanlah seorang yang baik pun. Aku selalu buat salah. Aku selalu buat orang marah, selalu menyusahkan orang lain. Jadi aku memilih untuk hidup sendiri.

Aku bukanlah seorang yang sensitif dengan orang lain pun. Hati keras, sukar nak bersimpati. Maka aku tak mahu orang berasa hati. Jadi aku memilih untuk hidup sendiri.

Dan bila aku ingatkan 'dia', aku bukanlah seorang perempuan yang baik dan bagus untuk menjadi seorang isteri pun. Banyak kali aku fikirkan untuk tamatkan segalanya. Dia layak untuk dapat seorang isteri yang lebih baik dan bagus berbanding aku; dari segi rupa, peribadi, kelembutan, kesopanan. Apa yang aku ada?

Bila aku berada di kalangan orang ramai, aku tidak dapat tidak untuk berasa tidak enak. Dan bila berada di kalangan sahabat yang aku agak rapat, aku tidak dapat tidak untuk berasa bahawa aku tidak diperlukan di sini.

Sukar rasanya untuk berada di tengah-tengah manusia. Serba tidak kena.

Walau dengan keluarga pun, sejak aku balik dalam 2 tahun ini, baru aku dapat untuk duduk bersama mereka, have fun, bergurau bersama, tidak lagi memerap dalam bilik saban waktu, masih lagi kadang-kadang perasaan tidak selesa itu datang.

Aku nak jadi normal. (^_^)

Saturday, 22 October 2011

Pavlova

I want to bake that!! I tried, and it went wrong, and I have no idea why. After watching a cooking program which shows how to make pavlova, now I know why.













It's just because I used wrong type of pan.

Wednesday, 19 October 2011

Macam PMS

I'm currently is emotionally disturbed. I just feel........ alone.

Huh, wait! I got sooooo many good and generous and fun friends all around me. Tapi yalah kan, bila dah terasa macam mood tak ok, duduk tengah pasar pun terasa macam duduk di tanah kubur.

And so, I am doing my own business right now. And isolating myself. Doing some odd things which I did when I was kind of 'tak betul' some years ago.

Pemikir sangat pun sosah jogak ya?

Printing EBooks

There's no fun reading text on monitor.

Printed text is much preferable.

In list:

The Trial by Franz Kafka

Syarah Usul 20 by Hasan Al-Banna

To Kill a Mocking Bird by Harper Lee





Klasikkk books, aren't they?

Sunday, 16 October 2011

One Typical Woman Driver With 'P'

Aku nak keluar simpang. Gear 1. Enjin mati (sebab tak tekan minyak banyak).

Kereta ada tengah-tengah jalan.

Aku undur belakang sebab beberapa kali cuba gerak, enjin mati juga (sebab tak tekan minyak banyak); takut ada kereta lain lalu, kereta aku masih di tengah-tengah jalan.

Tiba-tiba dengar hon yang gila dasyat dan kuat.

Aduihhhh.. macam mana boleh lupa kat belakang ada kereta. Tak pasal-pasal berpeluh habis basah satu badan.

Okay, selepas kejadian tu aku macam nak menangis dan kata beberapa kali aku tak nak bawak kereta dah.

Memandu kereta manual memang memenatkan.....

Nasihat Orang Tua

Semalam, berborak dengan Pak Jang dan Mak Jang. Tentang aku dan dia. Pak Jang banyak bertanya. Baru aku sedar, yang orang-orang tua, risau seandainya seorang wanita berkahwin, wanita itu akan duduk di rumah menjadi surirumah, dan merugikan masa serta wang yang telah digunakan untuk belajar tinggi sebelum ini dengan tidak bekerja. Jadi, sebab itu ramai orang-orang tua yang kurang bersetuju anak-anak gadis mereka untuk berkahwin semasa belajar.

Aku lupa, masih ramai yang tertinggal zaman. Kini zaman walau anak berderet sepuluh sekalipun, masih saja si ibunya akan bekerja walaupun si suami mampu untuk menanggung keluarganya. Wanita zaman ini wanita bekerjaya. Dan aku pun fahamlah apa yang terjadi sebelum ini, juga omelan brader jual ayam goreng yang juga kenalan rapat aku dulu.

Ya, walaupun aku lebih suka duduk di rumah jaga anak dan buat eksperimen masak-masak, aku tetap akan keluar bekerja. Don't wori ekk Mak, Abah. Anak perempuan Mak Abah ni cool dan selamba. Dan insyaAllah, bakal menantu Mak Abah tu lagi cool dan selamba.

Hehehehehehehehe....

P/S: Selamat hari lahir ke-28 pada Encik Abang. Tua doh oak yek? Ekekekekekekekekeke.... Semoga bahagia dunia dan akhirat. Dan semoga cepat xxxxt xxxxxn xxxxxn xxi xxxxn xxxxn xe!!

Wednesday, 12 October 2011

Pondering... [Update]

I was always in..... not in a pleasing situation. I mean, is it okay to shake hands, moreover hugging with guys? Or, it is obviously just fit your body, of course your shape will be clearly displayed when you wear that shirt or pants. And, don't you ever know that dancing and singing (especially girls) is forbidden by our religion? And praying and fasting are compulsory for us Muslims?

They speak to me, ask my opinion, or just telling me excitedly with their opened opportunity; and always I make myself to seem sincere with my answers or responds, but inside here, I am torn between to tell what I truly believe with to be reasonable so that I can slowly change their paradigm.
They also are okay watching TV or not to care to stop by when travelling while some of us are worried the praying time is almost at the end.

And I keep reminding myself, I was like that years ago. And I need to be patient and keep working hard to bear with things I hate, done by people around me that I love. Nothing can be achieved in a jiffy, and yes, if I really want to change people around me, I must change too.

No one is perfect, but we can work toward that.

Open your heart dude, it pays in the end. If not here, will be in the Hereafter.

And to those that I love, who might be accidentally reading this, I am not condemning you. I am worried about you, about me. I love you, and no one will be able to stand knowing that the persons that they love are facing Allah's anger.

And I keep being torn inside.... I know someday the sun will shine on us brightly. I will work for that day.

P/S: To my deary, remember what I told you yesterday? It is about this feeling, and especially what I feel about him (you know who he is). I know words cannot describe it all, but when he asked about qada'ing his fasts before, and the kafarah, I felt so happy to the core. And when I saw him, who never ever pray before, did pray and read the Quran for our late grandmother, what else can I say? Kebahagiaan itu sesuatu yang membuatkan kita speechless kan?
Sesungguhnya Allah tu memang memegang hati-hati manusia. And I need to prove myself that I can be one of the best example for him, but not just for him, but for the rest too.

Friday, 7 October 2011

Mata Tak Nampak

Sejak pakai cermin mata ni, mata jadi makin kabur. Tapi, sebenarnya sebab kanta mata meng'adjust' jarak fokus dengan lambat dari jarak pendek ke jarak yang jauh. Hehe...

Tapi bab silau memang tak boleh nak kata apalah. Kalau tak pakai cermin mata, mengecil terus bukaan mata sebab tak tahan silau. Sebab tu aku pakai photochromic glasses. Mengurangkan kesilauan yang melanda.

Pada yang matanya masih elok, jagalah. Jaga tu bukan saja dengan jaga jarak penglihatan, tak menonton dengan jarak terlalu dekat, jangan baca sesuatu dalam keadaan gelap. Tapi kena jaga pemakanan; makan makanan yang banyak vitamin B macam tomato, lobak. Dan jaga mata dengan tidak melihat perkara-perkara yang melalaikan, perkara yang mendatangkan dosa, benda-benda lucah.

Mungkin sebab tu mata aku cepat rosak. Kuat sangat skodeng orang dulu..... (Insaf..iskkk..iskkk..).

Wednesday, 5 October 2011

Muka Takde Perasaan

FUZAH DAH NAK KAWIN!!!!


Tahniah banyak-banyak untuk dia dan bakal suami.

Jangan tanya aku bila....



Sesungguhnya, terasa ada konflik dalaman yang sedang berlaku dan bergolak. She said she knows about my past. That past is nothing compared to my recent past. Setakat kisah aku tomboy dulu tu, apalah sangat. Well, she might hate me if she knew. Tak kisahlah. Abaikan saja.

Konflik dalaman ni, dalam diri aku. Sejak dua menjak ni, badan terasa sangat tak sihat. Tak demam, cuma angin yang dahsyat melanda badan sehingga dari ubun-ubun hingga ke tapak kaki terasa sakit. Hari ini, petang tadi secara tepatnya, merupakan puncak kesakitan dimana aku tertidur sebab tak mampu nak tahan sakit. Hehe...

Oh ye, kalau sakit macam ni, pergi hospital confirm tak dapat MC.

Tak kisahlah tentang MC tu. Kena semangat untuk belajar. Tak boleh nak buang masa lagi. Banyak sangat dah tahun-tahun yang terbuang. Tak mengapa kalau datang kelas hanya untuk tidur saja sebab tak larat dah nak terjaga. Hehe...

Cuma, bila sakit macam ni, dengan muka yang tak berperasaan tadi, kemudian mengingat kembali kisah dulu-dulu, dengan jiwa tengah stress; terasa macam..... eh, macam kat UK dulu aje yekkkkkk. Sunyi, terasing, dan rasa macam ditekan. Sungguh tak seronok. Banyak persoalan datang, yang berkaitan dengan masa tu la...

Antaranya, kenapa aku perlu buat apa yang orang nak aku buat, bukan apa yang aku nak aku buat?

Kenapa aku perlu ikut cara orang yang orang katakan terbaik untuk aku, bukan apa yang aku faham adalah yang terbaik untuk aku?

Kenapa aku kena tekan untuk cakap sesuatu yang aku tak mahu luahkan, sedangkan itu adalah sesuatu yang terlalu personal untuk aku?

-----------------------------------------

Ada sesuatu yang penting, yang aku kira boleh menawar jiwa aku sekarang yang sedang tak menentu. Dan harapnya aku tak kembali ke 'pangkal' jalan yang aku sedang tempuhi sekarang ni.

Tuesday, 4 October 2011

Dicelah Jahiliyyah

Aku baru saja menelusuri kisah seorang sahabat yang aku kenal beberapa masa lepas yang dulu. Dan, sahabat itu agak hebat juga kegiatan dan istiqamah dalam dakwah ni. Mengejutkan bahawa keluarga si sahabat itu agak 'moden' dan tidak menitikberatkan soal dosa pahala sangat. Dan aku pun diamlah, memikirkan betapa sesaknya jiwa dan perasaan si sahabat itu saban hari.

Dan begitu juga perasaan, andai sahabat-sahabat sekeliling kita, lebih-lebih lagi keluarga kita yang sangat kita sayangi, seperti tidak begitu kisah akan yang betul mahupun salah.

Dan bergelora jugalah jiwa andai kita telek diri kita sendiri, berdaki-daki dosa melekat pada badan ni.

Soal mudah, solat. Bila balik rumah contohnya, kita seorang saja yang ingat perkataan solat, kita seorang saja yang dirikan solat. Menyedihkan bukan? (Ini bukan cerita sebenar penulis)

Membaca kisah si sahabat tu, aku pun rindulah zaman semasa rajin ke daurah, selalu ada usrah, etc. Dan beban salahnya, aku letak di atas bahu aku. Sebab aku sendiri masih malas dan seronok dengan benda yang sia-sia.

Tapi, alhamduliLlah, berkat perubahan yang aku alami, ada juga aku lihat perubahan orang yang aku sayangi. Secara bahagianya, aku rasa seronok. Biarpun sedikit, aku rasa seronok. Biarlah segalanya berjangkit dan merebak. Jadi, jalinkanlah hubungan baik dengan semua. Be happy. Bila kita gembira dan tidak nampak serius sangat macam tok-tok tabligh, orang mudah nak terima walaupun kita taklah cakap secara 'direct'.

Okay, sebenarnya aku ni jenis mulut lepas bila ada sesuatu yang aku tak senangi berlaku. Susah sangat nak kawal mulut. Mungkin ada yang aku terlepas cakap. Harapnya beliau beliau beliau serta beliau yang terlibat berubah dengan niat ikhlas kerana Allah.

Terasa nak jadi macam kanak-kanak ribena macam seorang sahabat aku ni. Jarang sangat bermasam muka dan bermuka serius.

Panas Hati, Berat Kepala

Aku..... rasa cam apetah. Skema? Lurus sangat? Terlalu 'by the book'?

Kenapa perlu macam tu.... terasa macam, tak semua benda kena ikut all the rules yang ada. Mana ada sesuatu yang truly ideal. Rasa macam.... tak logik.

Dan berikutan itu, hati aku rasa panas, dan kepala aku rasa berat.

Give-up sementara waktu kejap.

Hafal? Hafaz? Which One Eh???

Ok, tak kisahlah yang mana satu. Dah hafal, kena jaga kan supaya hafalan tu tak hilang.

The story is, I was chatting with a dear friend of mine yang masa tu sedang menghafaz surah. And I was so curious how come she can memorize the surah, as I am too slow to do so. She told me, she is lousy too in 'hafazing' the surahs, but effort pays. Always stick to your tafsir, and each time yang free, kena ulang hafal.

To do something great, mana ada shortcut kan? Nak ke syurga pun, takde shortcut punya.

Kena sabar, maintain the deeds, improvise, dan of course, jauhkan diri dari perkara yang melalaikan yang buat kita hilang saham di akhirat nanti.

Fuhhhh!! Bermadah sekejap.

Seriously, rindu nak berusrah.

Saturday, 1 October 2011

Nota Fikiran Aku: Apa Niat Aku Sebenarnya?

Aku banyak berfikir. Selalu saja rasa, aku tak pernah berubah pun dari dulu. Masih ditampuk lama. Masih bergelumang maksiat. Dan kemudian aku menyesal. Mahu bertaubat. Bila tiba masa tu, aku terasa sayang pula dengan 'keindahan'nya. Dan kemudian aku buat lagi. Sama ada secara realiti mahupun virtual. Kemudian menyesal. Kemudian kitarannya pun bermula lagi seperti sebelum ini.

Apa niatku ingin berubah, sebenarnya? Aku fikirkan tadi, asalnya adalah sebagai satu kawalan untuk diriku supaya tidak terus-terusan berada dalam dosa, terutama dosa nan satu ini yang sejak bertahun dulu sukar untuk aku hentikan. Sungguh, imanku lebih nipis dari kulit bawang. Setebal satu sel saja.

Bila aku memulakan hijrah ini, aku inginkan ketenangan diri. Sungguh, aku tersiksa bila aku tahu jika aku tak menutup aurat dengan sebetulnya, aku berdosa; tapi masih aku lakukan. Aku tersiksa bila aku tahu aku tak sepatutnya keluar dengan lelaki kerana ia mendekati zina; tapi masih aku lakukan. Aku tersiksa bila aku tahu aku patut selalu ingat dan mendekatiNya; tapi masih tidak aku lakukan.

My life was like a hell. Tersiksa kerana jauh dariNya. Tak tenang. Semua masalah terasa beban. Walaupun sekecil tidak siap 'homework'. Gelisah. Lalu aku cuba untuk lupakan kesengsaraan itu. Aku tidur selalu. Tak keluar dari bilik. Biarkan malam dan siang berganti dengan cepat. Biar masa berlalu tanpa disedari. Kerana aku tak mahu fikirkannya.

Ramadhan 2009. Aku balik ke Malaysia. Dan sejak itu aku berubah. Sehingga sekarang, secara perlahan-lahan. Bukan dengan drastik. Gelisah masih ada. Tapi keseluruhannya tenang sekali hidup aku rasakan. Jarang sekali rasa tak keruan.

Cuma, ada ketika, bila aku leka, aku rasa seperti tertinggal sesuatu.

Dan aku fikirkan, aku putuskan; buangkan sifat malas yang ada. Buang jauh-jauh. Mari mula dari awal sekali lagi. Iman itu sifatnya turun dan naik. Bila terasa seperti turun, tugas kitalah untuk naikkannya semula.

It is never an easy journey. Perjalanan insan menuju Tuhannya...