Friday, 25 November 2011

Dan....Begitulah!

Aku berkali-kali ingatkan diri, hidup ini bukan macam drama. Ada masa bahagia, bahagialah sangat. Sampai babak lain, berduka pula. Hidup ini, campur gaul segala bahagia derita tertekan masam manis semua ada dalam satu babak. Jadi tak kisahlah apa pun, be positive dan doa banyak-banyak moga Allah permudahkan.

Banyak perkara yang ingin aku perkatakan, seandainya aku menulis sesuka hati sahaja. Tapi bila ditapis oleh akal, cerita-cerita panas mahupun peribadi, tak cerita pun tak apa kalau tak memberi pengajaran pada orang lain.

Kali ini, aku nak bercerita tentang putus asa. Aku ada bisnes, kecil-kecilan. Buat gelang, secara spesifiknya daripada manik-manik. Dan aku serahkan pada Mak untuk dijual. Buat masa sekarang, perniagaan macam tak bergerak langsung, bermula selepas Aidilfitri lepas. Dan selepas Aidilfitri, aku pun agak sibuk dan tak terfikir langsung nak gerakkan perniagaan aku ni.

Tadi, aku berfikir sejenak, patutkah aku hentikan? Persaingan sangat tinggi, dan modal pun tak lepas lagi. Nak berkreatif pun seperti kehilangan idea (tapi sempat lagi buat 2 gelang..hehe..). Banyak idea untuk berniaga. Dan yang terutama sekali ialah perniagaan pakaian bundle. Secara seriusnya, banyak pakaian yang masih elok tapi dah pun disimpan di bawah katil secara besar-besaran (penuh 2 katil saiz queen) sebab sudah tak muat dipakai. Malangnya, ibunda tidak bersetuju.

Dalam setahun ni, banyak sangat fikir tentang duit. Boleh kata, sampai fikir tak nak makan (sebab banyak duit habis pasal makan, dan saiz badan tak menunjukkan langsung banyak mana duit tu digunakan). Dan cara yang sesuai untuk berduit ialah berniaga. Tapi, begitulah, jenis orang yang kurang bijak dalam berniaga ni, begitulah jadinya.

Memikirkan lagi masalah berkaitan dengan hutang keliling pinggang. Kalaulah boleh nak forward masa sehinggalah semua hutang tu dibayar. Tapi tak boleh. Kena lalui juga jerih perih dan dugaan yang menggegar otak dan segenap saraf sehingga tiba waktu itu. How unbearable!!

Tapi ingat semula, usaha itu yang menjanjikan pahala, bukan hasilnya. Jadi nak dapat banyak pahala, especially redha Allah, dan semestinya syurgaNya, bear everything that will come. Baik atau buruk, semuanya adalah demi kebaikan kita. And here, once again, be positive.

Dan masalah sakit hati tengok artis Muslim dalam TV dah tak ada beza dengan orang bukan Islam (dari segi pakaian dan kelakuan), cerita TV yang pointless yang terpaksa dihadap saban hari, budak-budak yang liat sangat nak ajak solat, dan diri ini yang selalu saja susah nak ikhlas buat apa-apa; mesti semuanya ada cara untuk atasi.

Dan aku percaya, apa-apa yang kita nak ubah, mesti mula dari diri kita. Bukan orang lain. Tapi orang lain boleh berubah daripada diri kita. Jadi, begitulah!

Wednesday, 9 November 2011

Life Hectic Kononnya

Hehe..merenung saja kotak barang kemas (yang takde emas pun) di hujung meja. Tak usik. Kalau usik pun, bahagian kerongsang kecil saja. Itu pun pakai yang sama saja saban waktu. Tak sempat nak memilih-milih rantai tangan, atau kerongsang fancy sikit yang besar-besar nak dipadankan dengan baju atau tudung. Cincin tak usah cakaplah. Memang dah lama pakai cincin yang sama saja.

Wahhhhh!!

Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Aku macam dah tak tomboy sudah!! Ekekekekeke...

Nak pakai seluar pun kadang-kadang fikir banyak kali. Pelik juga, bila hari ini tiba-tiba aku bandingkan dengan aku yang dulu. Then fikir-fikir, mungkin berkat duduk maktab ni, aku jadi perempuan. Dengan kasut wanita (tak berselipar dah, atau sport shoes, atau snickers), handbag....... Cuma yang slek sikitnya, aku masih lupa nak berbedak. Hehe...

Okay, kiranya aku macam suka nak melawa la juga sekarang ni.

Tapi sejak baru-baru ni, bila duduk rumah seminggu, dan jarang ke kelas dah sebab minggu ulangkaji dan minggu exam, aku jadi malas sikit. Apa yang ada tu, aku pakai sarung saja. Konon tak ada masa sangatlah. Memang tak ada masa sangat pun; masa banyak untuk tidur. Sedar-sedar orang ajak makan, atau sedar-sedar ajak balik kampung, atau sedar-sedar ada orang datang rumah. Kelam kabut jugalah. Jadi menyarung saja apa yang ada.

Sekarang nak berazam, nak nampak kemas, teratur, tak selebet sangat, dan yang pastinya kena cool.

OOOOOOYYYYYEEEAAAAHHHHH!!!!

Sunday, 6 November 2011

Aidiladha 2011

Aku teringat satu tulisan oleh Ustaz Hasrizal di laman web beliau, bertajuk Aidiladha: Satu Kekurangan Seribu Kelebihan yang pernah aku baca tahun lalu. Benar, Hari Raya Aidiladha kurang meriah disambut di Malaysia, kecuali di negeri Kelantan. Tapi kemeriahan yang kurang itu, andai tidak diselubungi dengan dosa dan maksiat seperti kebiasaannya Aidilfitri, adalah lebih baik.

Aidiladha ini kami sambut dengan sederhana sahaja. InsyaAllah malam nanti ada kenduri arwah dan tahlil. Petang tadi kami sekeluarga besar membakar lemang, mengacau dodol, membuat rendang dan kuah kacang. Penat juga walau aku buat sikit saja kerja. Tapi masih terasa meriahnya bila beramai-ramai dengan keluarga.



Dan menjelang hujung tahun ini, sinonim dengan musim perkahwinan, ingin aku ucapkan Selamat Pengantin Baru untuk sahabat-sahabat yang bakal melangsungkan pernikahan:

Anis dan Izzudin

Lanun dan Muna

Kak Ain dan Ade

Jeli dan pasangan

Fuzah dan pasangan

Mira dan pasangan

Dan tak lupa juga untuk Tina dan pasangan. Tak tahu nak wish perkahwinan Hindu macam mana. Hehe...



Kepada semua sahabat, yang jauh dan dekat, sahabat sedari kecil, sahabat di SK Batu Talam dulu, SK Muhammad Jabar, SK Clifford, SK (P) Methodist, SMK Clifford, SHAH, Kolej Matrikulasi Pahang, KYUEM, Cardiffians, sahabat sekitar UK dan Ireland, sahabat di IPG Tengku Ampuan Afzan dan sesiapa yang mengenali;

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

Tuesday, 1 November 2011

Thumbnail Video Yang Secara Tiba-Tiba Membuatkan Aku Terpana

Sedang merewang-rewang bahagian movie dan drama, tersempak dengan satu folder bernama 'Video Rakam Sendiri'. Bila aku buka folder, terpampang beberapa thumbnails. Dan salah satu daripadanya, membuat aku terpana sekejap. Dan aku terus tutup folder tu.

Thumbnail tu, ada Wan sedang baring di atas katil tepi tingkap, tempat biasa Wan, dan Pak Long duduk di tepi katil, atas lantai. Video raya tahun lepas.

I am okay as long as I don't see any of her photo. Bila dah tengok, rasa sebak semacam.

Terasa macam dia masih ada. Tiap kali aku balik rumah Wan, aku masih rasa dia ada. Tapi hakikatnya, tempat dia dah tak ada. Katil tu dah tak ada. Tingkap pun dah tutup. Gelap saja bahagian tu.

Sudah tak ada hari yang aku balik, jerit kuat-kuat 'Wan!!! Peace!!' sambil tunjuk simbol 'peace' pada dia, dan tengok dia senyum.

Sedih tiba-tiba malam-malam begini.