Membaca. Sesuatu yang sukar dilakukan bagi mereka yang jarang melakukannya. Dan ramai juga membaca, tapi lebih kepada bahan-bahan yang ringan seperti komik ataupun novel remaja.
Bahan bacaan yang agak berat, mahupun yang ringkas tetapi padat isinya, jarang disentuh kecuali mereka yang mahupun ilmu atau pengajaran yang terkandung di dalamnya. Dan sudah semestinya bahan-bahan seperti itu tidak mudah untuk dihadam. Bukannya seperti bahan bacaan ringan yang boleh dibaca banyak-banyak.
Maka, pendapat aku, bukanlah kuantiti itu yang menunjukkan perkembangan tetapi apa yang kita perolehi melalui bahan itu. Contohnya, ramai yang mahu anak-anak khatam Al-Quran, kalau boleh dari kecil lagi. Kiranya itu menunjukkan anak itu pandai membaca dan punya ilmu. Tapi berapa orangkah yang benar-benar mengerti dan mengamalkan apa yang dibaca? Berapa orangkah yang 'pandai' membaca Al-Quran malah dengan lagu dan tarannum yang indah, tetapi aurat pun tidak ditutup, solat pun sekali sekala, mulutnya celupar dan penuh kata-kata carut, ibu bapa pun tidak dihormati?
Perkara ini mungkin terjadi pada kita. Tidak kiralah bacaannya seperti mana pun, waima melalui serangkap lirik lagu sekalipun, ataupun melalui buku bacaan kanak-kanak, ambillah pengajaran yang ada. Manusia ini bijak, punya akal. Melalui bahan yang baik dia boleh mengambil pelajaran, melalui bahan yang buruk pun dia boleh mengambil pelajaran.
Pilihan terletak di atas tangan kita.
0 comment(s):
Post a Comment