Tuesday, 18 December 2012

Eh, Dah Pertengahan Bulan 12 Dah?

Punyalah malas nak menulis sekarang ni. Dan, sebenarnya boleh dikatakan seperti kehilangan 'passion' untuk menulis. Terasa seperti, seandainya penulisan itu tidak membawa kebaikan atau manfaat kepada diri sendiri mahupun orang lain, untuk apa menulis?

Itu pendapat aku dalam masa terdekat ini. Tambahan lagi, sebelum ini aku agak sibuk dengan hidup sebagai seorang pelajar. Dan semasa cuti sekolah ini, aku kena tolong mak abah berniaga. Aku juga menjahit baju. Dan siang tadi sedikit sibuk membuat hantaran untuk majlis pertunangan adik aku, yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini.

Semalam aku ada menonton satu rancangan tv yang bercorak pendedahan kepada masyarakat akan aktiviti para remaja di Malaysia. Kali ini berkisar berkenaan bloggers. Bloggers yang ditemuramah menggunakan tema yang berbeza di dalam penulisan mereka. Ada yang menulis berkenaan makanan, filem, fesyen dan apa lagi entah, aku dah lupa.

Anyway, berkenaan menulis blog ini, teringat aku semasa aku mula-mula menulis dulu. Macam-macam yang ada di dalam penulisan aku. Dan semestinya, hampir semua adalah a la diari. Kelakar juga, dan ada juga malu sebab kadang-kadang aku menulis sesuatu yang tak patut diceritakan kepada dunia. Semasa itulah aku mula kenal internet, orang-orang yang wujud di dalamnya, dan sedikit sebanyak selok-belok secara teknikalnya.

Frankly speaking, aku dah bosan dengan internet. Mungkin kerana rangkaiannya yang sangat lembab, membuatkan aku rasa agak fade-up. Kalau dulu, nak set blog cantik-cantik laju je. Senang. Sekarang ni tak payah cakaplah. Masa aku tengah tulis entri ni pun internet sangkut-sangkut.

Sebab yang keduanya, mungkin sebab sekarang aku guna netbook. Processor pun perlahan, features kurang support program yang aku install. Jadi, kalau nak main photoshop, atau nak cuci lagu pun tak syok. Dan kadang-kadang aku ada kerja yang memerlukan aku guna perisian video sebagai contohnya. Dalam keadaan netbook yang dhaif sebegini, sikit lagi boleh meletup woooo....

Dulu aku berfikir tentang mudahnya bila segalanya portable. Senang nak bawa travel, pergi kelas, atau masa balik kampung, etc. Sekarang ini, aku rasa nak settle down saja.

Berbalik kepada blogging tadi, ya, dah sampai masa untuk aku settle down.

Saturday, 1 September 2012

Perjuangan Masih Belum Tamat

Tak nak aku cerita berbaur kemerdekaan. Penuh sudah dalam tv, surat khabar dan blog-blog lain. Nak cari inspirasi, cari blog para profesional. Kata-kata mereka lebih bermakna daripada kata-kata aku yang picisan ini.

Aku nak cakap tentang belenggu dunia. Banyak sangat perkara yang ada dalam dunia ini yang mengikat hati-hati manusia. Sebagai contohnya, 'Aku gila-gila study. Sebab nanti aku boleh jadi engineer berjaya.'

Hui, kira benda tak elok ke tu? Elok saja, asal tahu apa niat, apa motif nak jadi engineer berjaya tu. Kalau kejayaan di dunia ini boleh bawa kejayaan yang lebih gemilang di akhirat nanti, apa salahnya kan?

Ini, kalau ada kawan yang terasa, minta maaf. Sebab pada hemah aku, cerita yang aku nak khabarkan sekejap lagi ini, boleh bawa pengajaran pada semua.
Seorang hamba Allah ini, seorang wanita, sangat suka menari. Beliau memang menjadi wakil dan kepala bagi persatuan tarian tradisional di satu institusi ini. Satu masa, beliau rasa seperti hendak berubah. Beliau tahu bahawa bila beliau menari sebegitu, tambah lagi bila semua VIP menghulur tangan bersalam untuk mengucap tahniah, beliau telah terjebak dengan dosa. Akan tetapi, beliau berpegang kepada 'kalau niat baik, takkanlah salah perbuatan tu.'

Persepsi masyarakat sekarang, asalkan niat baik. Terus nak halalkan cara. Benda-benda yang baik, kononnya untuk kutipan tabung amal mangsa banjir contohnya, tapi buat konsert siap ada penari separuh bogel sebab yang menyanyi tu omputih dari holiwud; kira dah tak betullah tu. Tapi itu tahap ekstrim la.

Senang cerita, kalau benda tu dah sah dosa, tak payah nak cari alasan untuk tak nak ada rasa berdosa. Kalau hati dah terikat dengan dunia yang macam-macam kerenah ni, macam-macam alasan diberi untuk menjustifikasi minat masing-masing. Sakit nak menjawab di sana nanti.

Monday, 20 August 2012

Berhabuk Sudah....

Dah lebih sebulan tak mengemaskini blog ni. Entahlah, terasa ada sedikit tidak kisah tentang blog ni. Ada benda lain yang jauh lebih penting. Tambahan lagi, sepanjang Ramadhan ini aku berpraktikum di sekolah. Sibuknya, tak usah katalah. Tambah lagi bulan puasa. Stamina aku memanglah tersangat kurang. Tapi sepanjang bulan puasa ni aku tak pernah pengsan, kira baguslah tu.

Dalam beberapa hari sebelum Aidilfitri, sehinggalah sekarang ni, aku tak sihat. Terpaksa jugalah menggagahkan diri buat kerja. Bukan aku seorang saja yang sakit. Lebih separuh daripada isi rumah ni tak sihat. Tapi preparation tetap jalan.

Mengenangkan Ramadhan yang baru sahaja berlalu ni, alhamduliLlah, ada peningkatan sedikit. Bukan mudah nak melangkah dari fasa kemaksiatan ke fasa keinsafan. Haha.. apa punya ayat daa. Orang lain berbeza dugaannya. Dan tahap dugaannya semakin advance-lah, seiring dengan ke-advance-an perkembangan seseorang tu. Dan, insyaAllah, berdoalah semoga tahun depan dapat jumpa Ramadhan lagi.

Anyway, aku baru sahaja tadi meng-google gambar baju-baju kurung dan kebarung. Tersangatlah suka aku pada dua jenis baju ni. Ada sesetengah orang lebih gemarkan jubah, sebagai contohnya sebab mudah dipakai dan tak panas. Aku kurang berminat sedikit dengan jubah. Mungkin sebab aku ni agak ganas, jadi pakaian one-piece macam tu menyebabkan ianya lebih mudah terselak dan ter-segala macam lagi.

Aku terasa nak tambah koleksi baju kebarung ni. Ada orang-orang muda yang tak kenal baju kebarung ni sebenarnya. Kebanyakannya akan panggil baju ni, baju kebaya.

Pada hemah aku, kebarung ini jauh lebih sopan berbanding kebaya, sebab kebiasaannya kebarung ini tak mengikut bentuk badan ie. tak ketat dan labuh. Dan aku rasa kebarung nampak lebih tradisional berbanding baju kurung. Hehe.. biasalah. Wanita Melayulah katakan. Masalahnya, kain baju kebarung ini bukaan kakinya agak kecil sebab kainnya jenis susun depan. Jadi, kalau manusia ni jenis bukaan langkahnya besau, tak bolehlah nak jalan besau-besau. Kena jalan dengan sopan.

Tapi, tak kiralah apa pun pakaian kita, yang penting kita menutup aurat; pakaian tidak ketat, tutup semua yang wajib ditutup, tak jarang, tak melampau-lampau, tak tiru budaya agama orang lain.

Dan aku terjumpa satu qoute yang menarik hari ini:

Jangan sesekali tinggalkan solat.
Ramai sangat yang ada di dalam kubur pada saat ini yang ingin kembali semula ke dunia walau untuk satu saat sahaja, agar dapat beribadat kepada Allah.


SELAMAT HARI RAYA!!

Sunday, 8 July 2012

Saya Terasa Hensem Sekarang Ni...

Puas menggodek folder dalam 'pictures' mencari gambar drummer Fotograf. Last-last cari dalam pakcik Google jugalah, dan walllllaaahhhhh..

kredit pada Kamal@Muzikrock.com

Gambar yang dicari tu, yang kanan sekali tu. Dalam gambar ini sajalah yang nampak hensemnya. Ekekekeke....

Sejak semalam, banyak sungguh aku berkalau-kalau. Untuk angan-angan, memang nampak indah belaka. Sebab aku tahu, aku lebih hensem berbanding lawa. 

P/S: Stress buat poster. Aku sebenarnya cikgu Sains ke budak graphic designer sebetulnya??

Sunday, 1 July 2012

I'm Going Nuts!!

Buat logo persatuan. Yeah... 'easy' eh?? It is actually far much easier to draw using pencil and paper compared using computer. I spent several hours doing the actual thing but it turned out to be rubbish. And I began to give up, until.......

Why not just doing it the old way then scan it?

Hehe...

Saturday, 30 June 2012

Kepada Meksu....

I got your current photo!! Even I'm not there. Haha.. the power of Facebook eh?



Sangat chomel.. sangat chomel....

And thus, selamat pengantin baru. Semoga berbahagia dan kekal hingga ke syurga, dan dikurnia anak-anak yang soleh dan solehah, dan pastinya chomel juga. Hehe..

Friday, 29 June 2012

I Am Bored..

.. and I want to go to Chenor right now!!

Too much frustrating is occurring now. The kenduri is actually held yesterday, and I'm already at home; even I can drive to Chenor right away to Mek's wedding, but I don't have enough money to survive for another week; so basically I have nothing to do except work. And work doesn't seem fancy to me right now.

Why am I writing all these??

Okay, I read about an article about the current Egypt first lady just now. It's in a newsletter or whatever website it is; US-based. So, the article is somewhat natural; it doesn't condemn her for being 'religious', or 'too normal' or 'nothing like a first-lady-supposed-to-look-like'. In fact, the article laid out both opinions; from those who likes her normality, and those who are too ashamed of her.

In my opinion, working women or housewives, both are women. Women working or not, it's their choice. So, why should we argue on that?

I agree on a comment saying that Western way of life is not the only way of life, and people from non-Western cultures should maintain this variety. For instance, the Egypt first lady is an Egyptian, so let her be. That applies to all cultures. And Malay way of life is not too bad. Plus, we are exposed to many cultures. It is not wrong to pick up several good ones and practice them. We don't have to be too rigid.

Off topic; I just had a feeling I regret of having an expertise on something that some people relying on me to do the job. I prefer being nobody, or maybe a bit extreme; an underdog. Not good.... not good.....

Thursday, 7 June 2012

I Just Found Out Something In You That Makes Me Fall In Love With You..

..and forgetting the other that I've been chasing for some months.

I never know that the pages in PDF can be rotated clockwise and anti-clockwise, which turning my notebook to a very pleasant ebook reader device. Just turn the pages clockwise, and change the view to full screen, and wallllllaaaahhhh!!!

So long Nook Barnes and Noble.......  don't crave for you anymore.

Hehe...

Saturday, 2 June 2012

Status Baru

Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Selangkah saja lagi. Hehe..

Memang menggeletar tangan tadi masa cincin disarung. Entahlah, terasa macam mimpi pun ada juga. Selepas kena marah dengan Bear banyak kali (sebab dia fedap menonyoh muka aku sokmo), terasa cam berbaloi.

Dan pesanan pun diberi. Katanya, 'Tapi ingat, masa macam inilah dugaannya kuat betul.'

So, masa senggang ada lagi setahun. Sementara menunggu setahun tu, baik aku sibuk dengan kerja.

Alhamdulillah.

P/S: Tak dapat nak cari siapa ada gambar...isk..isk....

[UPDATE]




Saturday, 19 May 2012

Aku dah tengok artikel ni dulu dalam my Metro, tapi tak ada masa nak sebarkan. Hehe.. ini antara petikan yang menarik perhatian aku.


Petikan Satu
“Dulu guru hanya mengajar dan memantau masalah pelajar, tapi hari ini terpaksa berdepan ‘permintaan lain seperti kerja perkeranian, kursus dan sebagainya.

“Justeru tumpuan terhadap tanggungjawab hakiki akan terjejas sekali gus memberi ruang pelajar bertindak sesuka hati. Ini lari dari konsep pendidikan dan tanggungjawab guru.

“Sekali gus semakin menyukarkan usaha menjadi guru yang baik dan berkaliber,” katanya.


Petikan Dua
“Masyarakat dan ibu bapa dulu sangat padu membantu guru melaksanakan tanggungjawab. Mereka prihatin sekali gus memudahkan proses pendidikan dijalankan.

“Kekurangan kemudahan bukan alasan guru mendidik pelajar menjadi insan baik dan berdisiplin. Mereka berjaya hasil didikan guru manakala hubungan juga mesra.

“Kini sudah berbeza dan menyedihkan. Guru, pelajar dan masyarakat saling bercakaran hingga menyukarkan usaha melahirkan produk cemerlang, produktif kemahiran serta jadi diri,” katanya. 


Petikan Tiga
Guru juga, akuinya, tidak boleh membandingkan kegemilangan zaman pendidikan dulu dan masa kini.

Menurutnya, setiap ruang masa mempunyai ciri latar dan pengisian peristiwa serta cabaran berbeza.


So, the conclusion is, dua perkara di ataslah yang merupakan cabaran bagi guru zaman sekarang. Zaman akan datang nanti mesti tambah mencabar dan menyiksa jiwa. FYI, bagi yang di luar sana yang menganggap kerja cikgu ni habis jam 2 petang, balik rumah tak bawa balik kerja, dan hujung minggu boleh bercuti bersama keluarga; you are wrong. Kalau rasa nak cari isteri cikgu sebab dia akan sentiasa ada untuk sambut anda pulang kerja, boleh masak sedap-sedap dan grand, bila sekolah cuti dia pun cuti; sila berhenti bermimpi.

Dan, sekarang ini cikgu prasekolah pun dah ada ijazah. Dan adalah pegawai kelas satu. So.......... just stop the negative perception.

P/S: Entri kali ini sangat emosional. Aku terasa sangat emosional. SELAMAT HARI GURU.

Saturday, 12 May 2012

Minggu Yang Sibuk

Kejohanan Olahraga dah pun tamat. Penat sangat. Sampai sakit kepala aku datang, dan masih lagi sakit sampailah sekarang. Dan tak sempat nak rehat sangat pun, exam tinggal beberapa hari lagi saja lagi, dan aku baru saja mula nak ulangkaji pelajaran.

Exam kali ni aku macam risau. Sebab terasa amat susah. Terutama subjek kimia, ala astronomi+geografi punya subjek, english, pengurusan PJ. Dan subjek Budaya dan Pembelajaran pun aku terasa macam susah saja.

Pasrah sungguhlah untuk exam kali ni.

Monday, 7 May 2012

Susah Wooo Nak Bangun Subuh..

Bangun Subuh adalah salah satu perkara yang sangat susah untuk aku buat. Memang boleh kata hampir setiap hari bangun lambat. Kalau waktu kelas, bangun pun dah jam 7. Kalau waktu cuti, memang jarang sekali bangun. Alarm ada 3, tapi masih susah nak bangun.

Itu, realiti. Tambahan lagi iman bukan kuat sangat. Sebenarnya, kekuatan iman tu adalah sesuatu yang paling penting untuk memotivasikan kita untuk beribadah. Solat Subuh ni ibadah wajib, dan memang tak boleh buat main-main.

Apa pun, aku ada baca satu artikel berkenaan bagaimana untuk bangun Subuh. Dia sertakan satu 'doodle' yang aku kira simple, tapi padat dan mudah difahami.
Boleh tengok di link bawah ni.

http://www.productivemuslim.com/doodle-of-the-month-april-2012-how-to-wake-up-for-fajr/




Selamat beramal!

Knowledge Can Never Replace Friendship

I was watching this episode of Spongebob Squarepants, where Patrick's head was replaced accidentally with a brain coral, which causing him to be too genius and left Spongebob. So, the above quote is what was said by Patrick before putting back his original head in place.

Actually, I never experience any situation involving being an idiot or leaving someone I love behind because he/she is too slow to catch-up with me. I might have several incidents, but never involve someone I truly love. I am a fast person. I will finish my business first before coming back to that person and help them.

And that, makes me realize that I don't have one of the quality to be a teacher.

Sunday, 6 May 2012

Fasa Entah Ke Berapa Dalam Hidup Aku..



Gambar aku dengan Ija dan Madi di Bukit Tinggi. Aku macam suka gambar ni sebab aku nampak chomel dalam gambar ni. Haha... aku bukannya fotogenik mahupun fotogedik. Sebab tu aku kurang berminat nak bergambar.

Jadi, inilah dunia aku dalam masa 2-3 tahun ni.

Tukar Template Blog

Langsirkalerbiru bertukar jadi warna hitam semula. Puas hati aku. Memang tak kena sangatlah nak berwarna warni dan ceria sangat. Memang bukan aku. Well, walau di luarnya aku memang berwarna-warni (nama pun cikgu, kena ceria selalu).

Sekarang nak berazam untuk keringkan hati. Entah jadi entah tidak.

Menyentuh berkenaan entri sebelum ni, yang aku terasa seperti was-was nak bertudung tu, aku cuba untuk mengecilkan saiz apa-apa yang ada. Terasa tak best. Serius. Dan aku berfikir semula, Allah sayang pada aku. Sebab tu aku tak boleh nak buat benda-benda yang Dia tak suka. Jadi, aku duk diam-diam, fikir semula. Well, nak GOJES sangat pun untuk siapa?

Orang kata, perempuan kena sopan, kena lemah lembut, kena menurut je. And I said, pedulik hapa! And so, I will not put limit on what I want to do, despite of what others will say in front or behind my back.

And I dedicate this many thanks to Madi and Ija, for being a good example for me. Haha..

Wednesday, 2 May 2012

This Hijab Thingy....

Sometimes, I feel like giving up. Maybe because of the inner conflict that I am having now. Which leads to the basic question; why I am doing this at the first time?

Secara ikhlasnya, women are so much crazy about beauty. They want to feel beautiful, they want to be beautiful, they want everybody looks less beautiful than they are. That is normal. So........ nowadays, hijab has becoming a trend. There are many types of hijab, many styles of hijab (which some I found out to be too ridiculous!), and also outfits which claimed to be hijab-friendly (and some I found out just wrapping the aurah, not covering properly according to what is in the Quran). So, as a human being, a woman (whaaaa.. aku sudah jadi seorang perempuan sekarang ini), tipulah kalau aku tak tergoda.

That, is one thing.

The other thing is, I am still the tak-reti-nak-guna-bahasa-yang-sopan kind of person. This, has been the problem since I can remember things. I grew up with a brother. Boys won't play mekap-mekap with girls. Thus, that made me a tomboy. But I don't swear. I'm just harsh.

So, that is the second thing.

The third one, I feel like a hypocrite. I mean, I can change the way I look. But deep inside, I know I am not parallel to what people see. I feel like.... this is not me.

During this several years, I looked at the mirror, not liking what I see. Pedulikkanlah about the sloppy look, or un-trendy things or what-so-ever. I was always sloppy and kutu pun sejak dulu. Nak melawa pun dalam mimpi, memang tak pandai.

The question is, should I be a bit loose than what I am now? Still following the guides as stated in the Quran, but not to be too strict to myself?

Tuesday, 1 May 2012

Ebook Reader....

Meleleh air liur tengok. Sangat-sangat mahu. Sejak aku berkehendakkan PDA beberapa tahun dulu. And why? Because each day in class, kadang-kadang terpaksa refer pada sesuatu rujukan untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas berkenaan beberapa konsep. Nak buka laptop dalam kelas? No way! Hanya lecturer yang memahami sahaja membenarkan. Plus, secara logiknya students akan lebih tertarik untuk log in Facebook daripada dengar lecture.

Nak bawa buku yang tebal dan berat rasanya bukan opsyen yang menarik. Come on! It's digital era! And I am really fortunate to have a small notebook yang sangat useful. But, yeah... to read something else semasa waktu senggang atau sementara menanti sesuatu, dalam kereta, atau semasa rehat; again, to bring such heavy and bulky book is not an interesting option. And this notebook distracts people. Online.... songs..... blogs....online retailers...........

Baiklah, manusia memang selalu tak pernah rasa cukup. Tapi zaman berubah. Kalau dulu, ada telefon bimbit adalah sesuatu yang sangat WOW!! Sekarang telefon bimbit dah jadi benda biasa. Sekarang zaman tab, zaman tablet. But actually, it looks weird when seeing people putting that 10 inch thing pada telinga sebab nak call orang. I've seen that once, and I hope I will never see it again.

And actually, other than financial problem, aku risau bab security sebenarnya. Reading in a public, using real book, is of course safe. No one will ragut the book. Tapi kalau gadgets ni... faham-faham sajalah kan.

As I was browsing about ebook reader ni, I realised that this thing is quite new, means that the technology is not quite advance. So, I guess I need to wait for several years for it to be a bit mature-lah lebih kurang.

I already had my eyes for Nook Tablet. A bit large, yes. The large size is the one that makes me fell in love with it. Kindle is nice too, because of the large collection of ebooks one can get through Amazon.

--------------------------------------------------------------------------------------------

I think my eyes are getting worse. Maybe because of the hot weather. Mata jadi kering. Walaupun silau macam tak melampau sangat dah, tapi mata mudah jadi cepat letih.


Sunday, 15 April 2012

Sangat teruk. Emosi sangat terganggu menjelang minggu ketiga, apatah lagi minggu keempat praktikum. Rasa macam nak give-up jadi cikgu. But well, bila emosi stabil semula, aku rasa okay saja. Nampak sangat aku tak pandai nak mengajar. So, belajarlah wehhh!!

Anyway, aku pun ada stress tentang perkara lain. Dan aku akan sangat terganggu jika permintaan untuk mendapatkan benda tu ditolak atau diambil remeh. Seriously, I am very serious this time. No NO will be accepted kali ni.

Apa-apa pun, assignment menunggu. Semalam dah berjaya membuat beberapa Bahan Bantu Mengajar. Today buat report dan refleksi. Then kumpul dengan the rest of my group's part, then boleh hantar esok. Dan dalam masa yang sama, kena kerja untuk assignment yang lain. Haihhhh.. what a weekend. Bila kepala buntu dan sangat memerlukan cuti yang betul-betul cuti, kerja masih berlambak untuk disiapkan. Within next week kena pergi sekolah semula, minta tandatangan guru pembimbing untuk portfolio praktikum.

I need a break!

Saturday, 7 April 2012

Stress Praktikum dan Pra-Perkahwinan

It is tooooooooooooo hard to accept, to do all the things. Pertama sekali, mengajar adalah sangat susah, sangat memenatkan dan sangat memecahkan hati. Sekarang aku akui, aku memang tak pandai nak mengajar. Kadang-kadang terasa nak give up jadi cikgu ni. Itu tak termasuk bila buat kerja-kerja yang tak berkaitan dengan mengajar lagi. Setelah sekian lama tak migrain, migrain datang dua hari tak henti-henti. Badan penat satu hal lagi. Air tak ada, tambah lagi satu bebanan sebab kena merantau ke blok lain untuk lepas hajat; masa dah dibazirkan untuk itu.

Dan sepanjang 3 minggu praktikum, aku tak sempat nak sentuh pun Al-Quran. Terasa macam loser sangat. Sebab tu hati makin jauh je rasa. Kering.

Kemudian, tentang pertunangan yang akan datang ni. Sebelum ni terasa amatlah bersedia, fizikal dan mental, untuk pergi dan menghadapi alam perkahwinan. Tapi bila macam-macam fikir, dari segi kewangan dan masa sebenarnya, terasa macam nak give up juga. Tambah lagi bila sedang buat praktikum ni, sibuk sampai nak tidur pun fikir beberapa kali, macam mana aku bila dah kahwin, bila dah ada anak nanti?

Dan sejak semalam, bila balik rumah, aku duduk diam-diam dalam bilik. Kalau tak tidur, menangis. Kalau tak menangis, tidur. Mula dah nak jadi orang takde pegangan ni.

Bila stress macam ni, aku lepas masa drive. Bukan sikit-sikit dah pecut. Semua benda nak buat cepat, nak siap cepat. Tak terasa macam nak bersantai, nak relax sikit masa buat apa-apa.

Dari Khamis aku fikir, macam mana aku nak ajar budak-budak darjah 5 ni tentang electricity. Darjah 5 inilah yang paling memeningkan kepala aku. Darjah 3 tahan lagi.

Saturday, 17 March 2012

Baru Hari Sabtu,

aku dah ada dalam maktab dah. Semangat tak? Kononlah. Sebab utamanya ialah nak kemas bilik. Yalah, each mid-semester or semester break, kami semua kena kemas semua barang dan simpan bawah katil, dalam bilik multimedia (yang act as a store), atau bawa balik sebab guru-guru yang ambil kursus sepanjang cuti ini akan tinggal dalam bilik kami. Jadi, nak tak nak, aku kena kemas jugalah barang-barang yang aku dah simpan hari tu.

Selalunya aku akan balik tengah hari hari Ahad, tapi disebabkan tak nak esok kepenatan amat sangat yang boleh menyebabkan aku bangun lambat pagi Isnin nanti, jadi aku balik hari Sabtu dan berpenat-penatlah hari ini supaya esok aku dapat rehat secukupnya untuk aku bangun awal hari Isnin nanti.

First day for the first practicum maaaa.... Kenalah awal. Lagi-lagi aku yang kena drive.

And I was thinking, kalaulah aku tak mampu nak cope hidup sibuk dalam masa sebulan ni, how am I going to cope bila dah kerja, dan kahwin, dan ada anak nanti? Nak ambil orang gaji? Oh, please. Aku akan duduk di kampung. Perlu orang gaji juga ke?

Sekarang ni, everything I do, mesti aku akan relate dengan hidup selepas kahwin nanti. I was like.... what is happening to me actually? Am I too excited? Hoping too much? Gee... macam tak ada life saja. Anyway, fyi, the date has not being fixed yet, but certainly will be at the end of the year, insyaAllah. 7 years waiting, this will be it.

Ape ke hal aku cakap pasal benda ni pulak?

Wednesday, 14 March 2012

Relying On The Technology

Baru selesai menyiapkan satu siri peta minda berkenaan satu journal dalam English Language Teaching. Kena buat peta minda dalam Words. Aduh la penatnya; tak terkata!

Sekarang ni aku perasan aku banyak update blog ni. Menunjukkan aku banyak online, yang menunjukkan aku banyak buat kerja. Hahahaha..

Aku nak cakap sikit pasal bergantung pada teknologi ni. Dulu, masa belajar di Cardiff Uni dulu, rasanya presentation pernah buat dua kali saja, dalam masa dua tahun. Sekarang ni, boleh kata tiap-tiap minggu ada presentation. Penggunaan teknologi komputer sangat pesat di IPG. Memang kena beli laptop sendiri. Sebab komputer di makmal memang tak boleh nak guna. Limited to subjects yang memerlukan penggunaan komputer. (sedikit sarkastik di situ).

Dan aku tengok adik aku, yang tengah ambil diploma sekarang ni dalam bidang kejururawatan, memang tak pernah ada laptop. Tak perlu pun. Aku pernah tengok sekali dia guna, masa nak buat assignment untuk final dia. Dan aku bandingkan dengan aku. Jauh sangat beza. Tapi, yalah. Dia lebih menekankan tentang soft skill, sedangkan aku kena kuasai soft skill and presentation.

Tapi aku perasan juga, ramai yang jenis copy paste kerja. Sebab utamanya, bebanan kerja yang banyak. Jadi untuk siapkan kerja yang ada, terpaksa copy paste, sampai originality tak ada. Tak nak tunding jari. Semua ada salah. Fikir sendiri apa punca, dan apa yang boleh dibuat untuk atasi.

Secara umumnya, aku perasan ramai juga yang hanya tahu guna komputer untuk buka Facebook semata-mata. Atau nak edit gambar bagi bling-bling. Nak taip atau buat apa-apa dokumen guna Microsoft Words pun tak tahu. Nak cari guna Google Search di Google Chrome, dia pergi ke page Google.com dulu baru taip apa yang dia nak, tak terus guna address bar yang juga berfungsi sebagai tempat untuk search.

Aku pun taklah pandai IT sangat. Tapi perkara asas tu bolehlah nak buat. Terasa macam sayang teknologi yang ada ni boleh diguna untuk tambahkan ilmu (tak kisah ilmu apa pun, baik atau buruk), atau untuk menjana pendapatan, atau untuk berhubung dengan ahli keluarga yang duduk jauh, digunakan semata-mata untuk hiburan. Dan kita dah tengok contoh sekarang, terutamanya di negara-negara membangun, kanak-kanak tak lagi teringin nak bermain permainan yang melibatkan aktiviti fizikal di luar rumah. Everything is about video games, chatting, cartoons, movies, etc.

Dan sekali lagi, penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting sekarang sebab medium komunikasi universal sekarang ialah Bahasa Inggeris. Ada yang belajar Bahasa Inggeris secara tak langsung melalui penggunaan komputer atau internet mereka. Baguslah. Yang kurang bagusnya ialah orang yang memang tak tahu langsung Bahasa Inggeris. Bergantung pada sumber bahasa ibunda semata-mata untuk mendapatkan maklumat menyebabkan ilmu yang kita dapat tertumpu pada pendapat satu kelompok masyarakat saja, dan boleh menyebabkan kita bias, atau mungkin kurang berfikiran terbuka dalam menerima ilmu.

Above all, technology is just technology. The matter that is important is what is in you. Teknologi hebat, ada Galaxy Tab contohnya tapi beli sebab rasa nak ikut trend tanpa ada keperluan, hanya satu pembaziran. Dan generasi yang lahir pun lebih bergantung kepada maklumat yang tersimpan dalam memori hard disk daripada mencabar kemampuan diri sendiri.

Tepuk dada tanya iman.

Monday, 12 March 2012

Usrah

Aku baru saja baca satu entri di dalam laman web Wardina Safiyyah. Berkenaan usrah.

Aishahhhhhhh.. lama dah tak usrah. Sedihhhhhh......

Di saat rasa diri terumbang-ambing, di saat rasa diri sudah mula goyah, terasa sangat memerlukan seseorang yang betul-betul kenal kita, yang tahu hati budi kita, untuk mengingatkan kita supaya kita menjadi kuat semula.

Hari ini, aku mencari apa maksud 'modesty'. Bagaimana untuk jadi seseorang yang betul-betul 'modest'.

Teringat bicara aku pada seorang kawan, dalam bulan lepas kalau tak salah. Isinya lebih kurang begini.

'Saya tahu, kalau pakai tudung 4 segi biasa, lengan panjang biasa, saya tetap menutup aurat dengan sempurna. Tapi saya bukan orang yang kuat. Saya mudah sangat tergoda dengan dunia. Saya asalnya orang yang sangat bebas. Tipulah kalau saya terkadang tak merasa rindu pada dunia itu yang saya tinggalkan.

Akan tetapi, berpakaian sebegini, sebagaimana awak tengok sekarang ni, bukan jaminan saya seorang yang sempurna. Saya tetap juga buat dosa. Sebab saya masih lagi dalam perjalanan untuk berubah. Mereka tak faham. Mereka kata saya hipokrit. Saya hipokrit begini sebab saya nak didik diri saya supaya terus istiqamah.'

Sungguh aku berterima kasih kepada kawan aku tu. She made my day. Bila masa ada saat-saat kita seolah-olah mahu jatuh, ada yang sudi untuk menyambut. Sungguh, rahmat Allah sangat luas dan besar untuk hamba-hambaNya.

Pondering About......

...... modesty.

I was doing my English assignment, and one of the tasks is about English Language: My Thought and Aspiration. And I was.... okay. I treat English as a language, which is quite has a lot of use in this era. It is good to know English, even not mastering it fully; it helps in lots of things.

But reflecting in the past lessons in class, I was quite displeased (whaaa.. polite gila!) when my lecturer seemed to say that the development of this language in this society is very important. That time, I believe that learning English is good, when that certain someone knows what to do with the thing that he is learning. But her (yes, she is a she) way of talking showed that nothing is more important than English. We should talk and use English all the time in any occasion (oh, what an irony it is.... I feel awkward).

In my opinion, English is good. Malay language is good either. So as Malayalam. Or Mandarin. Cantonese, or what so ever. These all are means of communication. It is idiotic to speak Malay language to someone whose mother tongue is English, don't you think? And it is idiotic to use English to someone who doesn't consider English as his means of communication.

And naturally, we tend to use a language which both sides are familiar with.

Okay. What is all of this related to modesty?

In Malaysia, generally, everything related to 'orang putih' are....... not good in sense of morality. The sexual mentality, the entertainment, fashion; these kind of things really are not fit into the lifestyle of Eastern society, for Muslims especially (as I am a Muslim).

The current mindset nowadays is to be modern, be like the white people. In order to be free, to be liberate, to be...... whatever you want to say, they are there as your idol. Pick any that you like.

We tend to chose something that shows our 'naughty' side. What about the good ones? Polite even to strangers; hold the door for you, smile, say sorry when accidentally bump into you. All these small things are the good things that we can follow. And working hard, give all you get when doing something. Not 'kerja sambil lewa' as Malay people say.

In conclusion (I am hungry right now, need to stop writing as soon as possible), every culture has its own good and bad sides. Choose wisely.
Pepatah Melayu mengatakan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Apa kaitannya fikir sendiri.

Sunday, 4 March 2012

Arnab



Arnab.

Arnab.

Dulu nampak chomel je. Sekarang pun nampak chomel gak, cuma tambah perasaan nak sepak-sepak aje. Tak boleh nak kawal marah bila tengok haiwan ni.

Seriously, aku tak sabar nak cuti sebab aku tak payah tengok makhluk ni dah. Biarlah nanti dia bahagia di tempat dia. Pastinya aku tak begitu bahagia bila dia ada.

Sangat stress tahu?

Saturday, 3 March 2012

Nak Beli PC???

PC sesungguhnya adalah satu pilihan yang lebih baik berbanding laptop. Dan memang aku nak juga beli PC. (Seluk poket.... eh, seluar takde poket pulak)

Keinginannya bermula apabila aku tengok macam 'cool' saja kalau main 'game'. PC untuk 'game' ni selalunya memang canggih dan of course mahal. Tapi dengan RAM sampai 4 GB, 8 GB....... dengan hard disk sampai 1TB, siapa tak tergoda. Ekekeke... macam tergodanya aku pada MacBook jugalah.

Ketepikan tentang harga, ada keperluan ke sebenarnya kalau nak beli PC ni? Tak ada kan? Plus, aku bukan jenis minat sangat nak main game ni.

Lepas tu fikir lagi. Aku selalu main software untuk lagu-lagu. Edit bagi sound cantik sikit. Potong sini potong sana. Kalau ada PC yang sistemnya lagi tahan daripada netbook aku ni, bagus juga. Taklah 'hang' selalu bila buat kerja. But still, not even in the priority list.

Kuat nafsu betul aku ni.

E-reader... pun best juga. Tengok Kindle dalam Amazon tu....fuhhhh!!

Ahhh...sudah.......

Thursday, 1 March 2012

Aku Manusia Banyak Dosa

Kalau nak tahulah, aku dulu bukan macam aku sekarang ni. Aku dulu tak kisah sangat tentang aurat, tentang solat, tentang pergaulan. Aku suka jadi cool yang tak kena tempat. Aku suka jadi macam lelaki. Sebab pada aku perempuan ni cerewet. Sangat cerewet. (Tapi aku cerewet dengan kecerewetan perempuan ni menunjukkan aku ni cerewet juga)

Anyway, dah masuk tiga tahun aku di maktab ni, dah lebih tiga tahun aku balik dari UK, dan dah lebih tiga tahun juga hampir konsisten menutup aurat dengan penuh. Dan...... dah hampir setengah tahun tak dating. Ooooohhhh yeahhhhh!! Oppss... alhamduliLlah.

Betapa... betapa rasa seronoknya. Ketagihan pun dah kurang.. both. Even kadang-kadang tak tertahan juga. But so far tahan la... Tapi masih lagi terlajak perbuatan.

Tapi masih selalu saja dibayangi, digamit, digoda-goda oleh keindahan jahiliah dulu. Sebab benda ni best sebenarnya. Kalau tak best takkan aku boleh relax saja buat dulu kan?

Merenung diri sendiri, apa dosa yang aku buat hari ni, semalam, kelmarin, etc? Solat kenapa fikiran melayang tak menentu? Kenapa malas nak pergi surau? Mulut melaser lagi ke? Mata melilau tengok jantan lagi ke? Kepala berangan tahap dewa lagi ke?

Dan jawapannya selalu 'Ya. Ya. Ya.'

Lepas tu, tengok gambar-gambar kawan lama di Facebook. Ohhoooo.. dari tudung besar dah pakai tudung kecik sampai nampak bentuk breast??!! Aiyyyooo.. she was one of my 'role models' masa mula-mula nak berubah dulu. Dan antara modal untuk memujuk hati supaya istiqamah. When this happens, rasa macam tak seronoklah.

Aku pun berfikirlah. Kalau dah kahwin nanti (macam kawan aku tu), ada anak, sibuk dengan kerja, suami pula jenis tak kisah sangat, agak-agak macam mana aku nanti? Agak-agak aku jadi macam dulu semula ke? Lepas tu fikir lagi, buruk sangat dah tua-tua menjinjit anak kanan kiri pakai jeans rabak lagi dengan rambut gondrong.

Sebabnya keinginan nak jadi macam dulu tu kuat sangat. Melampau-lampau.

Kembali semula pada persoalan hati. Niat. Kenapa semua ni terjadi? Aku dulu kata nak ketenangan. Dan ketenangan itu dah ada, cuma soal perhubungan dengan Tuhan tu masih lagi tak tip-top. Kalaulah, kalau aku jadi minah rokers macam dulu semula, adakah aku boleh jadi tenang macam sekarang ni? Dan kalaulah aku mati dalam keadaan aku ingkar pada perintah Dia, rasa-rasa macam mana nasib aku dalam kubur nanti? Kaki terlanggar kerusi pun dah melompat-lompat sakit. Ini kena balun dalam kubur. Neraka tak payah cakaplah.

Dosa lama pun tak tertebus lagi.

Bila ingat semula dosa-dosa yang selamba saja aku buat, dan ingat tentang neraka yang Allah buat 'special' untuk pendosa dan penderhaka ni, rasa macam........... tak mengapalah aku rasa macam tak cool sekarang ni. Sementara aje ni.

Bukan tak tutup aurat pun kalau pakai tudung biasa-biasa, t-shirt lengan panjang biasa. Memang dah sempurna dah. Cumanya aku nak didik diri, daripada perempuan yang liar ni, untuk tutup walaupun sedikit peluang untuk jadi liar kembali. Dan untuk aku jadikan satu penanda aras tahap ibadah yang aku kena buat dan jiwai, sebab dosa aku banyak sangat dan aku tak tahu nak tebus macam mana supaya aku nanti tak masuk neraka.

Hehe... banyak cakap pulak malam ni. Kurang perasaan nak buat kerja sebenarnya. Kerja banyak tak ingat dunia ha!!

Tuesday, 28 February 2012

Menelusuri Jalan Kenangan..

Hehehe...

Aku ni mudah tergoda dengan irama sebenarnya. Macam Sinar.fm, pasang lagu-lagu lama yang membuat pakcik-makcik teringat zaman muda-muda. Kalau jenis beringat tak mengapalah. Kalau yang terkenang-kenang, rindu melampau zaman gila muda-muda dulu; daripada ingat mati boleh tukar 180 darjah. Dan bukan tidak ada sahabat-sahabat yang aku kenali, daripada seorang yang taat dengan perintah agama dah tak bertudung dan berseluar cikang sebab terlalu 'into the spirit of music'. Aku dulu pun lebih kurang macam tu jugalah. Dengan jeans rabak konon rockers. Hehe...

Muzik ini tak salah. Yang kata jadi haram tu bila dah leka sangat, contohnya seperti cerita di atas. Dan aku akui, lirik yang 'salah' boleh memberi kesan kepada psikologi pendengar. Lagu daripada 'luar' memang tak dinafikan, banyak 'mendakwah' orang supaya berhibur, enjoy tak kisah dunia nak kiamat ke apa, dan yang popularnya berunsur seksual. Sekarang, perilaku seksual seperti dah dikomersialkan. Jadi 'promoter' nak bagi laku barang.

Dan sekarang menular pada lagu-lagu dari 'dalam'. Kalau setakat lirik 'aku cinta kau, aku sayang kau, da da da..' tu rasanya boleh diterima akal lagi. Tapi kalau lirik 'ku kucup bibirmu', memang tak kena sangatlah. Setakat ni lagu untuk isteri pun kucup dahi saja. Ni baru kenal, jadi 'pakwe', dah pandai nak cium bibir. Budaya apa ni?

Cakaplah aku kolot ke, apa ke; kalau benda terang-terang tak betul, takkan nak kata betul. Dan bila adanya lirik-lirik macam ni, nilai keindahan sesebuah irama tu dah tak ada. Mana nak menikmati sedapnya sesebuah lagu kalau liriknya macam sampah?

Sebenarnya tujuan aku tulis ni sebab aku tadi tengok-tengok gambar lama aku. Tengok stail dulu-dulu macam cool je. Nak 'pusing belakang' jadi macam dulu, fikir balik........ dah tua dah. Patut ingat mati lebih. Kalau ikut nafsu lebih-lebih di dunia ni, azab di akhirat nanti. Rindu macam mana pun pada zaman tu, janganlah aku kembali semula. Allah banyak kali sebut tentang keadaan orang yang ingkar di akhirat nanti di dalam Al-Quran. Takut.

Encik Abang pun dah tak bagi aku jadi tomboy dah. Kenalah jadi 'macam' wanita ayu. Macam je la.. jiwa rock lagi. Hehe...

Sunday, 26 February 2012

Ikhlas.... Tak Ikhlas?

I have loads of work, and I have my own target of deadline for each work.

I have to take care of someone's pet. Not happy, very stressful, as this is my first time to have a pet even temporarily. I hate it. I never want any pet. I can play or just look at any pet, but to have one; never! But do I have a choice? No. But I can bear with it.

Someone came. We have a long chat. At first I was like..... what the?? But as the topic became so interesting, and both of us benefit something from the conversation, I was like....... wow!! We are talking about someone who doesn't believe in God right now. Of course it was so interesting.

A friend asking for help about.... well, related to my expertise. I have my own work, and I have my own target deadline for this particular work. But I spent the rest of my time available today trialing and erroring (what kind of word is that eh??) how to help this person. I want to help, but I think my work should be my priority. But I feel bad not to lend a hand.

In our daily life, everything we do, is counted. The good deed, the bad deed, the things that are going on in our very heart. Only Allah knows whether we are sincere in our actions or not.

One chaotic day, second day.

Anyway, that little guy has been 'quarantined' as he was so eagerly munching the rubber mat and refused to eat his food, several times a day, since yesterday. And I lost my patient several hours ago, bash him a bit at his head and body. Please take him away before I decide to really turn him into food.

Monday, 20 February 2012

Puhhh!! Puhhh!!!

Ohoiiiii.. lama sudah tak update blog ni. Malas. Memang sangat malas. Online pun jarang-jarang. Buka laptop semata untuk download. Dan buat kerja. Dan tengok movie. Dan dengar lagu.

Dan memang agak sibuk juga. Ke kelas sampai petang. Tak sempat rehat kena turun padang. Itulah rutin dalam beberapa minggu. Tak kira dengan 'ketidakproaktifan' ketika berada di rumah.

So, what happened these few weeks, other than stated above?

1. My cousin's 17yo daughter died, lemas semasa mandi laut. I still cannot accept that fact. The fact is, I didn't even remember her face, dah beberapa tahun tak jumpa. About 3 days after, baru ingat muka dia macam mana. And I keep remembering her until now. I can't stop! Not to be dramatic, tapi memang tak boleh nak lupa.

2. I was assigned by my classmates to be the so-called DJ masa petang-petang di padang sempena olahraga dan permainan anjuran budak batch kami la. Why me?? Aku bukan talkative. Dan my taste of music........... anyone nak dengar Cromok?

3. I managed not to jatuh pengsan masa olahraga, dalam aktiviti yang melibatkan lari-lari. Rahsianya....jeng jenggggg!! Main tali skipping hari-hari. Seriously, penat woo even skip dalam 10 minit. Boleh buat dalam masa yang sekejap, dan di dalam bilik. Hoho... Tapi kalau boleh buat di luar lagi bagus. Hirup udara segar.

4. Aku duduk sorang-sorang sekarang ni. Ijaaaaaaaa.......... cepat la habis praktikum.....................

5. Ada pet chomel nama Puteh tapi orang punya la. Aku tumpang bermanja aje.

Okay, cukup-cukuplah tu. Aku ada banyak kerja nak kena buat. Dah kerja, kahwin nanti tak ada masa free sangat dah, lagi dahsyat berbanding waktu belajar ni. Jadi, bila tengah belajar ni, belajar sungguh-sungguh. Tapi habis kelas dok melangut takpe. Ekekekekeke... Ok, mula nak mengarut. Wassalam.

Friday, 3 February 2012

What Happened These Past Several Weeks.....

...cuma menyesuaikan diri dengan semester baru. As hidup aku masih lagi berkisar sebagai seorang pelajar, jadi segalanya banyak berkenaan belajar. And even life sekarang hectic dan serabut, aku rasa macam bahagia sebab terasa macam..........dapat redeem semula hidup sebagai seorang pelajar yang aku sia-siakan dulu. And really, I have fun learning astronomy. I feel happy reading the Universe textbook. Dulu benda-benda macam ni tak bererti langsung bagi aku. Menyusahkan adalah.

And tengok kawan-kawan ramai yang dah kahwin sekarang, ada yang baru saja dapat anak; I feel great. Perasaan jealous tu macam kurang dah. Dulu, aku impikan macam-macam. Tapi I think, aku dah mula hargai kehidupan aku sekarang.

Last night, I texted Abang, and it is something lebih kurang macam ni:

 Pernah rasa tak, yang hidup bujang ni rasa macam lebih relax?
Biasa la..
 Pernah ekk fikir macam tu?
Adalah jugak.

Hidup bujang........ pernah juga aku fikirkan untuk jadi bujang saja sampai bila-bila. Relax... well, mungkin relax. Dan tak ada tanggungjawab yang besar dan berat untuk dipikul. Nampak macam the best option. Tapi sampai bila kan? Naluri manusia nak ada teman hidup, nak ada keluarga. I am excited for the coming wedding, takdenya aku nak tangguh lagi. Ahhhh.. kawan dengan orang-orang muda kadang-kadang buat aku terasa muda lagi. Rasa macam nak ulang semula zaman muda dulu. Hehe..

Anyway, semester ni aku mula praktikum. I am totally nervous nak mengajar. Me? A teacher? I hope aku tak mudah nak mengamuk nanti. I am okay dengan budak-budak nakal. I am just not okay dengan budak-budak yang lambat faham. Just..kena..sabar..

Monday, 2 January 2012

My Third Year....

Hoho...third year? I feel just like yesterday I got into this Maktab, struggling to fit myself in it and doing things I don't really put my mind into. Sometimes, well, almost of the time, I find myself not really learning but more to copying, do things that pleases the authority, and pass exams. So, I think a good 'new year resolution' for this year is to really learn what I suppose to learn. Yeah, I should must kick away all the laziness and get serious. I did when I was in my first semester, but when I started to loose up a bit in my second semester, I did a bit well in my marks. Seems not fair, eh?

Satisfaction in knowing new things is nowhere to be found, today. There are too many people I want to blame, but the first one is me.

Enough about that. Tomorrow I will going back to Maktab. I hate it. If I got any chance of living outside, I will definitely grab that chance. Thus, I am hoping this year will be my last year living inside. I can't stand any foolishness anymore.