Tuesday, 28 February 2012

Menelusuri Jalan Kenangan..

Hehehe...

Aku ni mudah tergoda dengan irama sebenarnya. Macam Sinar.fm, pasang lagu-lagu lama yang membuat pakcik-makcik teringat zaman muda-muda. Kalau jenis beringat tak mengapalah. Kalau yang terkenang-kenang, rindu melampau zaman gila muda-muda dulu; daripada ingat mati boleh tukar 180 darjah. Dan bukan tidak ada sahabat-sahabat yang aku kenali, daripada seorang yang taat dengan perintah agama dah tak bertudung dan berseluar cikang sebab terlalu 'into the spirit of music'. Aku dulu pun lebih kurang macam tu jugalah. Dengan jeans rabak konon rockers. Hehe...

Muzik ini tak salah. Yang kata jadi haram tu bila dah leka sangat, contohnya seperti cerita di atas. Dan aku akui, lirik yang 'salah' boleh memberi kesan kepada psikologi pendengar. Lagu daripada 'luar' memang tak dinafikan, banyak 'mendakwah' orang supaya berhibur, enjoy tak kisah dunia nak kiamat ke apa, dan yang popularnya berunsur seksual. Sekarang, perilaku seksual seperti dah dikomersialkan. Jadi 'promoter' nak bagi laku barang.

Dan sekarang menular pada lagu-lagu dari 'dalam'. Kalau setakat lirik 'aku cinta kau, aku sayang kau, da da da..' tu rasanya boleh diterima akal lagi. Tapi kalau lirik 'ku kucup bibirmu', memang tak kena sangatlah. Setakat ni lagu untuk isteri pun kucup dahi saja. Ni baru kenal, jadi 'pakwe', dah pandai nak cium bibir. Budaya apa ni?

Cakaplah aku kolot ke, apa ke; kalau benda terang-terang tak betul, takkan nak kata betul. Dan bila adanya lirik-lirik macam ni, nilai keindahan sesebuah irama tu dah tak ada. Mana nak menikmati sedapnya sesebuah lagu kalau liriknya macam sampah?

Sebenarnya tujuan aku tulis ni sebab aku tadi tengok-tengok gambar lama aku. Tengok stail dulu-dulu macam cool je. Nak 'pusing belakang' jadi macam dulu, fikir balik........ dah tua dah. Patut ingat mati lebih. Kalau ikut nafsu lebih-lebih di dunia ni, azab di akhirat nanti. Rindu macam mana pun pada zaman tu, janganlah aku kembali semula. Allah banyak kali sebut tentang keadaan orang yang ingkar di akhirat nanti di dalam Al-Quran. Takut.

Encik Abang pun dah tak bagi aku jadi tomboy dah. Kenalah jadi 'macam' wanita ayu. Macam je la.. jiwa rock lagi. Hehe...

Sunday, 26 February 2012

Ikhlas.... Tak Ikhlas?

I have loads of work, and I have my own target of deadline for each work.

I have to take care of someone's pet. Not happy, very stressful, as this is my first time to have a pet even temporarily. I hate it. I never want any pet. I can play or just look at any pet, but to have one; never! But do I have a choice? No. But I can bear with it.

Someone came. We have a long chat. At first I was like..... what the?? But as the topic became so interesting, and both of us benefit something from the conversation, I was like....... wow!! We are talking about someone who doesn't believe in God right now. Of course it was so interesting.

A friend asking for help about.... well, related to my expertise. I have my own work, and I have my own target deadline for this particular work. But I spent the rest of my time available today trialing and erroring (what kind of word is that eh??) how to help this person. I want to help, but I think my work should be my priority. But I feel bad not to lend a hand.

In our daily life, everything we do, is counted. The good deed, the bad deed, the things that are going on in our very heart. Only Allah knows whether we are sincere in our actions or not.

One chaotic day, second day.

Anyway, that little guy has been 'quarantined' as he was so eagerly munching the rubber mat and refused to eat his food, several times a day, since yesterday. And I lost my patient several hours ago, bash him a bit at his head and body. Please take him away before I decide to really turn him into food.

Monday, 20 February 2012

Puhhh!! Puhhh!!!

Ohoiiiii.. lama sudah tak update blog ni. Malas. Memang sangat malas. Online pun jarang-jarang. Buka laptop semata untuk download. Dan buat kerja. Dan tengok movie. Dan dengar lagu.

Dan memang agak sibuk juga. Ke kelas sampai petang. Tak sempat rehat kena turun padang. Itulah rutin dalam beberapa minggu. Tak kira dengan 'ketidakproaktifan' ketika berada di rumah.

So, what happened these few weeks, other than stated above?

1. My cousin's 17yo daughter died, lemas semasa mandi laut. I still cannot accept that fact. The fact is, I didn't even remember her face, dah beberapa tahun tak jumpa. About 3 days after, baru ingat muka dia macam mana. And I keep remembering her until now. I can't stop! Not to be dramatic, tapi memang tak boleh nak lupa.

2. I was assigned by my classmates to be the so-called DJ masa petang-petang di padang sempena olahraga dan permainan anjuran budak batch kami la. Why me?? Aku bukan talkative. Dan my taste of music........... anyone nak dengar Cromok?

3. I managed not to jatuh pengsan masa olahraga, dalam aktiviti yang melibatkan lari-lari. Rahsianya....jeng jenggggg!! Main tali skipping hari-hari. Seriously, penat woo even skip dalam 10 minit. Boleh buat dalam masa yang sekejap, dan di dalam bilik. Hoho... Tapi kalau boleh buat di luar lagi bagus. Hirup udara segar.

4. Aku duduk sorang-sorang sekarang ni. Ijaaaaaaaa.......... cepat la habis praktikum.....................

5. Ada pet chomel nama Puteh tapi orang punya la. Aku tumpang bermanja aje.

Okay, cukup-cukuplah tu. Aku ada banyak kerja nak kena buat. Dah kerja, kahwin nanti tak ada masa free sangat dah, lagi dahsyat berbanding waktu belajar ni. Jadi, bila tengah belajar ni, belajar sungguh-sungguh. Tapi habis kelas dok melangut takpe. Ekekekekeke... Ok, mula nak mengarut. Wassalam.

Friday, 3 February 2012

What Happened These Past Several Weeks.....

...cuma menyesuaikan diri dengan semester baru. As hidup aku masih lagi berkisar sebagai seorang pelajar, jadi segalanya banyak berkenaan belajar. And even life sekarang hectic dan serabut, aku rasa macam bahagia sebab terasa macam..........dapat redeem semula hidup sebagai seorang pelajar yang aku sia-siakan dulu. And really, I have fun learning astronomy. I feel happy reading the Universe textbook. Dulu benda-benda macam ni tak bererti langsung bagi aku. Menyusahkan adalah.

And tengok kawan-kawan ramai yang dah kahwin sekarang, ada yang baru saja dapat anak; I feel great. Perasaan jealous tu macam kurang dah. Dulu, aku impikan macam-macam. Tapi I think, aku dah mula hargai kehidupan aku sekarang.

Last night, I texted Abang, and it is something lebih kurang macam ni:

 Pernah rasa tak, yang hidup bujang ni rasa macam lebih relax?
Biasa la..
 Pernah ekk fikir macam tu?
Adalah jugak.

Hidup bujang........ pernah juga aku fikirkan untuk jadi bujang saja sampai bila-bila. Relax... well, mungkin relax. Dan tak ada tanggungjawab yang besar dan berat untuk dipikul. Nampak macam the best option. Tapi sampai bila kan? Naluri manusia nak ada teman hidup, nak ada keluarga. I am excited for the coming wedding, takdenya aku nak tangguh lagi. Ahhhh.. kawan dengan orang-orang muda kadang-kadang buat aku terasa muda lagi. Rasa macam nak ulang semula zaman muda dulu. Hehe..

Anyway, semester ni aku mula praktikum. I am totally nervous nak mengajar. Me? A teacher? I hope aku tak mudah nak mengamuk nanti. I am okay dengan budak-budak nakal. I am just not okay dengan budak-budak yang lambat faham. Just..kena..sabar..