Saturday, 17 March 2012

Baru Hari Sabtu,

aku dah ada dalam maktab dah. Semangat tak? Kononlah. Sebab utamanya ialah nak kemas bilik. Yalah, each mid-semester or semester break, kami semua kena kemas semua barang dan simpan bawah katil, dalam bilik multimedia (yang act as a store), atau bawa balik sebab guru-guru yang ambil kursus sepanjang cuti ini akan tinggal dalam bilik kami. Jadi, nak tak nak, aku kena kemas jugalah barang-barang yang aku dah simpan hari tu.

Selalunya aku akan balik tengah hari hari Ahad, tapi disebabkan tak nak esok kepenatan amat sangat yang boleh menyebabkan aku bangun lambat pagi Isnin nanti, jadi aku balik hari Sabtu dan berpenat-penatlah hari ini supaya esok aku dapat rehat secukupnya untuk aku bangun awal hari Isnin nanti.

First day for the first practicum maaaa.... Kenalah awal. Lagi-lagi aku yang kena drive.

And I was thinking, kalaulah aku tak mampu nak cope hidup sibuk dalam masa sebulan ni, how am I going to cope bila dah kerja, dan kahwin, dan ada anak nanti? Nak ambil orang gaji? Oh, please. Aku akan duduk di kampung. Perlu orang gaji juga ke?

Sekarang ni, everything I do, mesti aku akan relate dengan hidup selepas kahwin nanti. I was like.... what is happening to me actually? Am I too excited? Hoping too much? Gee... macam tak ada life saja. Anyway, fyi, the date has not being fixed yet, but certainly will be at the end of the year, insyaAllah. 7 years waiting, this will be it.

Ape ke hal aku cakap pasal benda ni pulak?

Wednesday, 14 March 2012

Relying On The Technology

Baru selesai menyiapkan satu siri peta minda berkenaan satu journal dalam English Language Teaching. Kena buat peta minda dalam Words. Aduh la penatnya; tak terkata!

Sekarang ni aku perasan aku banyak update blog ni. Menunjukkan aku banyak online, yang menunjukkan aku banyak buat kerja. Hahahaha..

Aku nak cakap sikit pasal bergantung pada teknologi ni. Dulu, masa belajar di Cardiff Uni dulu, rasanya presentation pernah buat dua kali saja, dalam masa dua tahun. Sekarang ni, boleh kata tiap-tiap minggu ada presentation. Penggunaan teknologi komputer sangat pesat di IPG. Memang kena beli laptop sendiri. Sebab komputer di makmal memang tak boleh nak guna. Limited to subjects yang memerlukan penggunaan komputer. (sedikit sarkastik di situ).

Dan aku tengok adik aku, yang tengah ambil diploma sekarang ni dalam bidang kejururawatan, memang tak pernah ada laptop. Tak perlu pun. Aku pernah tengok sekali dia guna, masa nak buat assignment untuk final dia. Dan aku bandingkan dengan aku. Jauh sangat beza. Tapi, yalah. Dia lebih menekankan tentang soft skill, sedangkan aku kena kuasai soft skill and presentation.

Tapi aku perasan juga, ramai yang jenis copy paste kerja. Sebab utamanya, bebanan kerja yang banyak. Jadi untuk siapkan kerja yang ada, terpaksa copy paste, sampai originality tak ada. Tak nak tunding jari. Semua ada salah. Fikir sendiri apa punca, dan apa yang boleh dibuat untuk atasi.

Secara umumnya, aku perasan ramai juga yang hanya tahu guna komputer untuk buka Facebook semata-mata. Atau nak edit gambar bagi bling-bling. Nak taip atau buat apa-apa dokumen guna Microsoft Words pun tak tahu. Nak cari guna Google Search di Google Chrome, dia pergi ke page Google.com dulu baru taip apa yang dia nak, tak terus guna address bar yang juga berfungsi sebagai tempat untuk search.

Aku pun taklah pandai IT sangat. Tapi perkara asas tu bolehlah nak buat. Terasa macam sayang teknologi yang ada ni boleh diguna untuk tambahkan ilmu (tak kisah ilmu apa pun, baik atau buruk), atau untuk menjana pendapatan, atau untuk berhubung dengan ahli keluarga yang duduk jauh, digunakan semata-mata untuk hiburan. Dan kita dah tengok contoh sekarang, terutamanya di negara-negara membangun, kanak-kanak tak lagi teringin nak bermain permainan yang melibatkan aktiviti fizikal di luar rumah. Everything is about video games, chatting, cartoons, movies, etc.

Dan sekali lagi, penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting sekarang sebab medium komunikasi universal sekarang ialah Bahasa Inggeris. Ada yang belajar Bahasa Inggeris secara tak langsung melalui penggunaan komputer atau internet mereka. Baguslah. Yang kurang bagusnya ialah orang yang memang tak tahu langsung Bahasa Inggeris. Bergantung pada sumber bahasa ibunda semata-mata untuk mendapatkan maklumat menyebabkan ilmu yang kita dapat tertumpu pada pendapat satu kelompok masyarakat saja, dan boleh menyebabkan kita bias, atau mungkin kurang berfikiran terbuka dalam menerima ilmu.

Above all, technology is just technology. The matter that is important is what is in you. Teknologi hebat, ada Galaxy Tab contohnya tapi beli sebab rasa nak ikut trend tanpa ada keperluan, hanya satu pembaziran. Dan generasi yang lahir pun lebih bergantung kepada maklumat yang tersimpan dalam memori hard disk daripada mencabar kemampuan diri sendiri.

Tepuk dada tanya iman.

Monday, 12 March 2012

Usrah

Aku baru saja baca satu entri di dalam laman web Wardina Safiyyah. Berkenaan usrah.

Aishahhhhhhh.. lama dah tak usrah. Sedihhhhhh......

Di saat rasa diri terumbang-ambing, di saat rasa diri sudah mula goyah, terasa sangat memerlukan seseorang yang betul-betul kenal kita, yang tahu hati budi kita, untuk mengingatkan kita supaya kita menjadi kuat semula.

Hari ini, aku mencari apa maksud 'modesty'. Bagaimana untuk jadi seseorang yang betul-betul 'modest'.

Teringat bicara aku pada seorang kawan, dalam bulan lepas kalau tak salah. Isinya lebih kurang begini.

'Saya tahu, kalau pakai tudung 4 segi biasa, lengan panjang biasa, saya tetap menutup aurat dengan sempurna. Tapi saya bukan orang yang kuat. Saya mudah sangat tergoda dengan dunia. Saya asalnya orang yang sangat bebas. Tipulah kalau saya terkadang tak merasa rindu pada dunia itu yang saya tinggalkan.

Akan tetapi, berpakaian sebegini, sebagaimana awak tengok sekarang ni, bukan jaminan saya seorang yang sempurna. Saya tetap juga buat dosa. Sebab saya masih lagi dalam perjalanan untuk berubah. Mereka tak faham. Mereka kata saya hipokrit. Saya hipokrit begini sebab saya nak didik diri saya supaya terus istiqamah.'

Sungguh aku berterima kasih kepada kawan aku tu. She made my day. Bila masa ada saat-saat kita seolah-olah mahu jatuh, ada yang sudi untuk menyambut. Sungguh, rahmat Allah sangat luas dan besar untuk hamba-hambaNya.

Pondering About......

...... modesty.

I was doing my English assignment, and one of the tasks is about English Language: My Thought and Aspiration. And I was.... okay. I treat English as a language, which is quite has a lot of use in this era. It is good to know English, even not mastering it fully; it helps in lots of things.

But reflecting in the past lessons in class, I was quite displeased (whaaa.. polite gila!) when my lecturer seemed to say that the development of this language in this society is very important. That time, I believe that learning English is good, when that certain someone knows what to do with the thing that he is learning. But her (yes, she is a she) way of talking showed that nothing is more important than English. We should talk and use English all the time in any occasion (oh, what an irony it is.... I feel awkward).

In my opinion, English is good. Malay language is good either. So as Malayalam. Or Mandarin. Cantonese, or what so ever. These all are means of communication. It is idiotic to speak Malay language to someone whose mother tongue is English, don't you think? And it is idiotic to use English to someone who doesn't consider English as his means of communication.

And naturally, we tend to use a language which both sides are familiar with.

Okay. What is all of this related to modesty?

In Malaysia, generally, everything related to 'orang putih' are....... not good in sense of morality. The sexual mentality, the entertainment, fashion; these kind of things really are not fit into the lifestyle of Eastern society, for Muslims especially (as I am a Muslim).

The current mindset nowadays is to be modern, be like the white people. In order to be free, to be liberate, to be...... whatever you want to say, they are there as your idol. Pick any that you like.

We tend to chose something that shows our 'naughty' side. What about the good ones? Polite even to strangers; hold the door for you, smile, say sorry when accidentally bump into you. All these small things are the good things that we can follow. And working hard, give all you get when doing something. Not 'kerja sambil lewa' as Malay people say.

In conclusion (I am hungry right now, need to stop writing as soon as possible), every culture has its own good and bad sides. Choose wisely.
Pepatah Melayu mengatakan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Apa kaitannya fikir sendiri.

Sunday, 4 March 2012

Arnab



Arnab.

Arnab.

Dulu nampak chomel je. Sekarang pun nampak chomel gak, cuma tambah perasaan nak sepak-sepak aje. Tak boleh nak kawal marah bila tengok haiwan ni.

Seriously, aku tak sabar nak cuti sebab aku tak payah tengok makhluk ni dah. Biarlah nanti dia bahagia di tempat dia. Pastinya aku tak begitu bahagia bila dia ada.

Sangat stress tahu?

Saturday, 3 March 2012

Nak Beli PC???

PC sesungguhnya adalah satu pilihan yang lebih baik berbanding laptop. Dan memang aku nak juga beli PC. (Seluk poket.... eh, seluar takde poket pulak)

Keinginannya bermula apabila aku tengok macam 'cool' saja kalau main 'game'. PC untuk 'game' ni selalunya memang canggih dan of course mahal. Tapi dengan RAM sampai 4 GB, 8 GB....... dengan hard disk sampai 1TB, siapa tak tergoda. Ekekeke... macam tergodanya aku pada MacBook jugalah.

Ketepikan tentang harga, ada keperluan ke sebenarnya kalau nak beli PC ni? Tak ada kan? Plus, aku bukan jenis minat sangat nak main game ni.

Lepas tu fikir lagi. Aku selalu main software untuk lagu-lagu. Edit bagi sound cantik sikit. Potong sini potong sana. Kalau ada PC yang sistemnya lagi tahan daripada netbook aku ni, bagus juga. Taklah 'hang' selalu bila buat kerja. But still, not even in the priority list.

Kuat nafsu betul aku ni.

E-reader... pun best juga. Tengok Kindle dalam Amazon tu....fuhhhh!!

Ahhh...sudah.......

Thursday, 1 March 2012

Aku Manusia Banyak Dosa

Kalau nak tahulah, aku dulu bukan macam aku sekarang ni. Aku dulu tak kisah sangat tentang aurat, tentang solat, tentang pergaulan. Aku suka jadi cool yang tak kena tempat. Aku suka jadi macam lelaki. Sebab pada aku perempuan ni cerewet. Sangat cerewet. (Tapi aku cerewet dengan kecerewetan perempuan ni menunjukkan aku ni cerewet juga)

Anyway, dah masuk tiga tahun aku di maktab ni, dah lebih tiga tahun aku balik dari UK, dan dah lebih tiga tahun juga hampir konsisten menutup aurat dengan penuh. Dan...... dah hampir setengah tahun tak dating. Ooooohhhh yeahhhhh!! Oppss... alhamduliLlah.

Betapa... betapa rasa seronoknya. Ketagihan pun dah kurang.. both. Even kadang-kadang tak tertahan juga. But so far tahan la... Tapi masih lagi terlajak perbuatan.

Tapi masih selalu saja dibayangi, digamit, digoda-goda oleh keindahan jahiliah dulu. Sebab benda ni best sebenarnya. Kalau tak best takkan aku boleh relax saja buat dulu kan?

Merenung diri sendiri, apa dosa yang aku buat hari ni, semalam, kelmarin, etc? Solat kenapa fikiran melayang tak menentu? Kenapa malas nak pergi surau? Mulut melaser lagi ke? Mata melilau tengok jantan lagi ke? Kepala berangan tahap dewa lagi ke?

Dan jawapannya selalu 'Ya. Ya. Ya.'

Lepas tu, tengok gambar-gambar kawan lama di Facebook. Ohhoooo.. dari tudung besar dah pakai tudung kecik sampai nampak bentuk breast??!! Aiyyyooo.. she was one of my 'role models' masa mula-mula nak berubah dulu. Dan antara modal untuk memujuk hati supaya istiqamah. When this happens, rasa macam tak seronoklah.

Aku pun berfikirlah. Kalau dah kahwin nanti (macam kawan aku tu), ada anak, sibuk dengan kerja, suami pula jenis tak kisah sangat, agak-agak macam mana aku nanti? Agak-agak aku jadi macam dulu semula ke? Lepas tu fikir lagi, buruk sangat dah tua-tua menjinjit anak kanan kiri pakai jeans rabak lagi dengan rambut gondrong.

Sebabnya keinginan nak jadi macam dulu tu kuat sangat. Melampau-lampau.

Kembali semula pada persoalan hati. Niat. Kenapa semua ni terjadi? Aku dulu kata nak ketenangan. Dan ketenangan itu dah ada, cuma soal perhubungan dengan Tuhan tu masih lagi tak tip-top. Kalaulah, kalau aku jadi minah rokers macam dulu semula, adakah aku boleh jadi tenang macam sekarang ni? Dan kalaulah aku mati dalam keadaan aku ingkar pada perintah Dia, rasa-rasa macam mana nasib aku dalam kubur nanti? Kaki terlanggar kerusi pun dah melompat-lompat sakit. Ini kena balun dalam kubur. Neraka tak payah cakaplah.

Dosa lama pun tak tertebus lagi.

Bila ingat semula dosa-dosa yang selamba saja aku buat, dan ingat tentang neraka yang Allah buat 'special' untuk pendosa dan penderhaka ni, rasa macam........... tak mengapalah aku rasa macam tak cool sekarang ni. Sementara aje ni.

Bukan tak tutup aurat pun kalau pakai tudung biasa-biasa, t-shirt lengan panjang biasa. Memang dah sempurna dah. Cumanya aku nak didik diri, daripada perempuan yang liar ni, untuk tutup walaupun sedikit peluang untuk jadi liar kembali. Dan untuk aku jadikan satu penanda aras tahap ibadah yang aku kena buat dan jiwai, sebab dosa aku banyak sangat dan aku tak tahu nak tebus macam mana supaya aku nanti tak masuk neraka.

Hehe... banyak cakap pulak malam ni. Kurang perasaan nak buat kerja sebenarnya. Kerja banyak tak ingat dunia ha!!