Sunday, 15 April 2012

Sangat teruk. Emosi sangat terganggu menjelang minggu ketiga, apatah lagi minggu keempat praktikum. Rasa macam nak give-up jadi cikgu. But well, bila emosi stabil semula, aku rasa okay saja. Nampak sangat aku tak pandai nak mengajar. So, belajarlah wehhh!!

Anyway, aku pun ada stress tentang perkara lain. Dan aku akan sangat terganggu jika permintaan untuk mendapatkan benda tu ditolak atau diambil remeh. Seriously, I am very serious this time. No NO will be accepted kali ni.

Apa-apa pun, assignment menunggu. Semalam dah berjaya membuat beberapa Bahan Bantu Mengajar. Today buat report dan refleksi. Then kumpul dengan the rest of my group's part, then boleh hantar esok. Dan dalam masa yang sama, kena kerja untuk assignment yang lain. Haihhhh.. what a weekend. Bila kepala buntu dan sangat memerlukan cuti yang betul-betul cuti, kerja masih berlambak untuk disiapkan. Within next week kena pergi sekolah semula, minta tandatangan guru pembimbing untuk portfolio praktikum.

I need a break!

Saturday, 7 April 2012

Stress Praktikum dan Pra-Perkahwinan

It is tooooooooooooo hard to accept, to do all the things. Pertama sekali, mengajar adalah sangat susah, sangat memenatkan dan sangat memecahkan hati. Sekarang aku akui, aku memang tak pandai nak mengajar. Kadang-kadang terasa nak give up jadi cikgu ni. Itu tak termasuk bila buat kerja-kerja yang tak berkaitan dengan mengajar lagi. Setelah sekian lama tak migrain, migrain datang dua hari tak henti-henti. Badan penat satu hal lagi. Air tak ada, tambah lagi satu bebanan sebab kena merantau ke blok lain untuk lepas hajat; masa dah dibazirkan untuk itu.

Dan sepanjang 3 minggu praktikum, aku tak sempat nak sentuh pun Al-Quran. Terasa macam loser sangat. Sebab tu hati makin jauh je rasa. Kering.

Kemudian, tentang pertunangan yang akan datang ni. Sebelum ni terasa amatlah bersedia, fizikal dan mental, untuk pergi dan menghadapi alam perkahwinan. Tapi bila macam-macam fikir, dari segi kewangan dan masa sebenarnya, terasa macam nak give up juga. Tambah lagi bila sedang buat praktikum ni, sibuk sampai nak tidur pun fikir beberapa kali, macam mana aku bila dah kahwin, bila dah ada anak nanti?

Dan sejak semalam, bila balik rumah, aku duduk diam-diam dalam bilik. Kalau tak tidur, menangis. Kalau tak menangis, tidur. Mula dah nak jadi orang takde pegangan ni.

Bila stress macam ni, aku lepas masa drive. Bukan sikit-sikit dah pecut. Semua benda nak buat cepat, nak siap cepat. Tak terasa macam nak bersantai, nak relax sikit masa buat apa-apa.

Dari Khamis aku fikir, macam mana aku nak ajar budak-budak darjah 5 ni tentang electricity. Darjah 5 inilah yang paling memeningkan kepala aku. Darjah 3 tahan lagi.