Monday, 20 August 2012

Berhabuk Sudah....

Dah lebih sebulan tak mengemaskini blog ni. Entahlah, terasa ada sedikit tidak kisah tentang blog ni. Ada benda lain yang jauh lebih penting. Tambahan lagi, sepanjang Ramadhan ini aku berpraktikum di sekolah. Sibuknya, tak usah katalah. Tambah lagi bulan puasa. Stamina aku memanglah tersangat kurang. Tapi sepanjang bulan puasa ni aku tak pernah pengsan, kira baguslah tu.

Dalam beberapa hari sebelum Aidilfitri, sehinggalah sekarang ni, aku tak sihat. Terpaksa jugalah menggagahkan diri buat kerja. Bukan aku seorang saja yang sakit. Lebih separuh daripada isi rumah ni tak sihat. Tapi preparation tetap jalan.

Mengenangkan Ramadhan yang baru sahaja berlalu ni, alhamduliLlah, ada peningkatan sedikit. Bukan mudah nak melangkah dari fasa kemaksiatan ke fasa keinsafan. Haha.. apa punya ayat daa. Orang lain berbeza dugaannya. Dan tahap dugaannya semakin advance-lah, seiring dengan ke-advance-an perkembangan seseorang tu. Dan, insyaAllah, berdoalah semoga tahun depan dapat jumpa Ramadhan lagi.

Anyway, aku baru sahaja tadi meng-google gambar baju-baju kurung dan kebarung. Tersangatlah suka aku pada dua jenis baju ni. Ada sesetengah orang lebih gemarkan jubah, sebagai contohnya sebab mudah dipakai dan tak panas. Aku kurang berminat sedikit dengan jubah. Mungkin sebab aku ni agak ganas, jadi pakaian one-piece macam tu menyebabkan ianya lebih mudah terselak dan ter-segala macam lagi.

Aku terasa nak tambah koleksi baju kebarung ni. Ada orang-orang muda yang tak kenal baju kebarung ni sebenarnya. Kebanyakannya akan panggil baju ni, baju kebaya.

Pada hemah aku, kebarung ini jauh lebih sopan berbanding kebaya, sebab kebiasaannya kebarung ini tak mengikut bentuk badan ie. tak ketat dan labuh. Dan aku rasa kebarung nampak lebih tradisional berbanding baju kurung. Hehe.. biasalah. Wanita Melayulah katakan. Masalahnya, kain baju kebarung ini bukaan kakinya agak kecil sebab kainnya jenis susun depan. Jadi, kalau manusia ni jenis bukaan langkahnya besau, tak bolehlah nak jalan besau-besau. Kena jalan dengan sopan.

Tapi, tak kiralah apa pun pakaian kita, yang penting kita menutup aurat; pakaian tidak ketat, tutup semua yang wajib ditutup, tak jarang, tak melampau-lampau, tak tiru budaya agama orang lain.

Dan aku terjumpa satu qoute yang menarik hari ini:

Jangan sesekali tinggalkan solat.
Ramai sangat yang ada di dalam kubur pada saat ini yang ingin kembali semula ke dunia walau untuk satu saat sahaja, agar dapat beribadat kepada Allah.


SELAMAT HARI RAYA!!