Saturday, 1 September 2012

Perjuangan Masih Belum Tamat

Tak nak aku cerita berbaur kemerdekaan. Penuh sudah dalam tv, surat khabar dan blog-blog lain. Nak cari inspirasi, cari blog para profesional. Kata-kata mereka lebih bermakna daripada kata-kata aku yang picisan ini.

Aku nak cakap tentang belenggu dunia. Banyak sangat perkara yang ada dalam dunia ini yang mengikat hati-hati manusia. Sebagai contohnya, 'Aku gila-gila study. Sebab nanti aku boleh jadi engineer berjaya.'

Hui, kira benda tak elok ke tu? Elok saja, asal tahu apa niat, apa motif nak jadi engineer berjaya tu. Kalau kejayaan di dunia ini boleh bawa kejayaan yang lebih gemilang di akhirat nanti, apa salahnya kan?

Ini, kalau ada kawan yang terasa, minta maaf. Sebab pada hemah aku, cerita yang aku nak khabarkan sekejap lagi ini, boleh bawa pengajaran pada semua.
Seorang hamba Allah ini, seorang wanita, sangat suka menari. Beliau memang menjadi wakil dan kepala bagi persatuan tarian tradisional di satu institusi ini. Satu masa, beliau rasa seperti hendak berubah. Beliau tahu bahawa bila beliau menari sebegitu, tambah lagi bila semua VIP menghulur tangan bersalam untuk mengucap tahniah, beliau telah terjebak dengan dosa. Akan tetapi, beliau berpegang kepada 'kalau niat baik, takkanlah salah perbuatan tu.'

Persepsi masyarakat sekarang, asalkan niat baik. Terus nak halalkan cara. Benda-benda yang baik, kononnya untuk kutipan tabung amal mangsa banjir contohnya, tapi buat konsert siap ada penari separuh bogel sebab yang menyanyi tu omputih dari holiwud; kira dah tak betullah tu. Tapi itu tahap ekstrim la.

Senang cerita, kalau benda tu dah sah dosa, tak payah nak cari alasan untuk tak nak ada rasa berdosa. Kalau hati dah terikat dengan dunia yang macam-macam kerenah ni, macam-macam alasan diberi untuk menjustifikasi minat masing-masing. Sakit nak menjawab di sana nanti.