Tuesday, 18 December 2012

Eh, Dah Pertengahan Bulan 12 Dah?

Punyalah malas nak menulis sekarang ni. Dan, sebenarnya boleh dikatakan seperti kehilangan 'passion' untuk menulis. Terasa seperti, seandainya penulisan itu tidak membawa kebaikan atau manfaat kepada diri sendiri mahupun orang lain, untuk apa menulis?

Itu pendapat aku dalam masa terdekat ini. Tambahan lagi, sebelum ini aku agak sibuk dengan hidup sebagai seorang pelajar. Dan semasa cuti sekolah ini, aku kena tolong mak abah berniaga. Aku juga menjahit baju. Dan siang tadi sedikit sibuk membuat hantaran untuk majlis pertunangan adik aku, yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini.

Semalam aku ada menonton satu rancangan tv yang bercorak pendedahan kepada masyarakat akan aktiviti para remaja di Malaysia. Kali ini berkisar berkenaan bloggers. Bloggers yang ditemuramah menggunakan tema yang berbeza di dalam penulisan mereka. Ada yang menulis berkenaan makanan, filem, fesyen dan apa lagi entah, aku dah lupa.

Anyway, berkenaan menulis blog ini, teringat aku semasa aku mula-mula menulis dulu. Macam-macam yang ada di dalam penulisan aku. Dan semestinya, hampir semua adalah a la diari. Kelakar juga, dan ada juga malu sebab kadang-kadang aku menulis sesuatu yang tak patut diceritakan kepada dunia. Semasa itulah aku mula kenal internet, orang-orang yang wujud di dalamnya, dan sedikit sebanyak selok-belok secara teknikalnya.

Frankly speaking, aku dah bosan dengan internet. Mungkin kerana rangkaiannya yang sangat lembab, membuatkan aku rasa agak fade-up. Kalau dulu, nak set blog cantik-cantik laju je. Senang. Sekarang ni tak payah cakaplah. Masa aku tengah tulis entri ni pun internet sangkut-sangkut.

Sebab yang keduanya, mungkin sebab sekarang aku guna netbook. Processor pun perlahan, features kurang support program yang aku install. Jadi, kalau nak main photoshop, atau nak cuci lagu pun tak syok. Dan kadang-kadang aku ada kerja yang memerlukan aku guna perisian video sebagai contohnya. Dalam keadaan netbook yang dhaif sebegini, sikit lagi boleh meletup woooo....

Dulu aku berfikir tentang mudahnya bila segalanya portable. Senang nak bawa travel, pergi kelas, atau masa balik kampung, etc. Sekarang ini, aku rasa nak settle down saja.

Berbalik kepada blogging tadi, ya, dah sampai masa untuk aku settle down.