Friday, 10 May 2013

Aku Rasa Macam Orang Boleh Baca Fikiran Aku

Manusia kebanyakannya bertopeng. Ramai yang menyembunyikan perasaan di sebalik wajah masing-masing, tak kiralah perasaan itu bagaimana. Ramai yang menyembunyikan pendapat sebenar, contohnya apabila berada dalam situasi berdepan dengan orang yang digeruni atau disayangi. Contohnya, kita sebenarnya sangat marah pada guru kita, tapi bila dihadapannya kita masih bersikap mesra, hormat dan taat. Kan?

Sebenarnya, aku sedang kebosanan. Menghadap buku Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak ini selama beberapa hari ini, bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Teringat kata-kata seorang kenalan semalam, 'Nak jadi seorang guru kena ikhlas. Kita kena kuasai ilmu psikologi kanak-kanak, supaya kita dapat pegang budak tu.'

Sejak aku tahu berkenaan kaunseling, aku memang elakkan untuk berdepan orang yang bernama kaunselor. Aku tak suka orang 'baca' diri aku. Well, aku memang banyak topeng. So, what? I need to show something nice to avoid people knowing my 'dark side'. Tak naklah jaja benda yang tak elok tentang diri aku, apatah lagi peristiwa silam yang tak elok. Kan?

Tapi aku tak nafikan bahawa kaunselor merupakan seorang yang hebat. Kuasa seorang kaunselor memang hebat, bermula daripada meyakinkan seseorang untuk bercerita hal peribadinya, sehinggalah seseorang itu dapat memandang ke hadapan dengan yakin dan mampu untuk meneruskan hidup dengan normal. It needs skills. Dan jika seorang amatur, atau seseorang yang kuat mendesak, cuba untuk membantu seseorang yang sedang terkapai, alamatnya yang terkapai tu akan tenggelam. Seriously.

Apa yang aku belajar dalam subjek ni, untuk nasihatkan seseorang kita hanya perlu bantu seseorang itu untuk fikirkan alternatif dan juga akibat sekiranya tindakan itu dan ini dilakukan; jangan paksa seseorang itu untuk ambil tindakan yang KITA FIKIR terbaik untuknya.

Mungkin tindakan kita boleh menghancurkan hidupnya. Kan?

Friday, 3 May 2013

Entri Pertama Dua Ribu Tiga Belas

Bismillahirrahmanirrahim..

Punyalah lama tak update blog ni. Well, tak kisahlah. Macamlah orang rajin sangat nak baca. Aku tulis ni pun, nanti aku sendiri juga yang baca. Tapi, kalau ada yang baca, alhamdulillah. Tapi, tak banyaklah benda yang anda semua dapat kalau baca pun. Just personal opinions, omelan kosong saja yang banyak.

Jadi, sekarang dah pun masuk bulan Mei. Banyak perkara yang dah berlaku dalam beberapa bulan sejak 2013 menjelma. Antaranya, praktikum 3 bulan yang menyiksakan (sebab kena ajar Bahasa Inggeris). Aku pun dah kurangkan life depan laptop dan lebih fokus kepada hidup realiti bersama manusia. So far, agak bagus kehidupan sekarang. Kawan-kawan pun aku tengok ramai yang dah kahwin, dah beranak pinak.

Tahun 2013 aku melihat orang berduyun-duyun guna 'smartphone' di sekitar aku. Adik aku yang baru 12 tahun pun dah ada galaxy y. Dan fenomena sekarang, ramai dah follow Twitter, online all the time, tablet laris di pasaran,........ ramai dah student IPG sini yang berkereta, including me. Sejak mula berpraktikum, sejak itulah berkereta. Daripada gagap bawa manual, sekarang ni boleh tahanlah. Duit Abah juga.

Cakap tentang internet ni, laman sosial contohnya, ramai yang masih lagi gila. Gila 'likes'. Hehe.. Bagus laman sosial ni, sebab mudah nak update tentang kawan-kawan. Bagus untuk orang-orang yang 'introvert' nak berkomunikasi. Kalau cakap face-to-face macam janggal je, nak pandang muka orang pun susah apatah lagi nak keluar suara; so laman sosial ni banyaklah membantu meningkatkan keyakinan seseorang.

Tapi yang tak bestnya, bila nak borak secara realiti, ramai duk ralit dengan telefon masing-masing. Kadang-kadang balik rumah, mak ayah nak juga berborak, bermesra dengan anak-anak yang sekali sekala je balik. Tapi anak duk asyik dengan telefon. Dulu aku macam tu jugalah. Ralit dengan gajet, nak keluar bilik susah, kalau keluar bilik pun telinga mesti sumbat 'earphone'. Akhirnya, mak ayah terguris hati. Dulu tak faham. Sekarang ni baru sedar.

Tukar topik sikit. Lagi dua hari, pilihanraya ke 13 akan berlangsung. Tepi jalan memang penuh dengan bendera, banner dan sebagainya (roket, kereta kebal, kapal selam, etc). Aku berharap ramai yang tetap waras sepanjang tempoh minggu pilihanraya ni. Everybody has their own opinion, which can be right or wrong. Dah namanya pendapat. Yang baik jadi tauladan, yang buruk jadi sempadan. Jangan kira periuk nasi sendiri saja; setakat dapat imbuhan sementara tu tak menjamin seseorang itu boleh memimpin. Fikir dengan waras, dan bertindak dengan waras.

Lastly, Happy Teachers Day. Dan Selamat Pengantin Baru.