Friday, 30 August 2013

Makin Malas

Orang kata, bila kita susah sangat nak dapat sesuatu tu, kita akan usaha lebih kuat untuk dapatkan. Contohnya la, kita nak sangat lulus satu killer paper tu. Jadi kita usahalah sedaya upaya sanggup tak makan tak tido masa malam periksa, konon nak lulus.

Dah lama tak dengar dan guna perkataan 'killer paper'. Dulu selalu guna untuk describe papers untuk further maths.

Makin lama rasa makin luntur semangat untuk berada di sini. Learning things is good, lagi seronok kalau belajar perkara yang kita suka. Tapi lebih bermakna jika perkara yang kita belajar tu memang diperlukan sepanjang hidup.

Frankly, I hate academic papers. Dan bila kena baca selalu macam sekarang ni, memang at the brink of vomiting. Well, maybe because of the aspect of the papers kot, yang bukan dalam lingkungan kecenderungan aku.

After 4 years in here, even selepas habis praktikum, I don't think I still have the passion to be a teacher. Pernah juga bercerita dengan seorang sahabat tentang hal ni.
'Sepanjang praktikum, rasanya kita fokus pada observation daripada nak mengajar budak dengan betul.'
Everything we do during practicum is to please the lecturers. Tapi alhamdulillah, aku pernah dapat pensyarah penyelia yang menyelia baik-baik, yang tak kondem kalau mengajar tak berapa pandai sebab 'awak pelatih lagi' dan 'asal objektif tercapai, budak seronok, kira awak dah berjaya la tu'.

Pernah seorang guru pembimbing aku 'nasihat'. Katanya, 'Awak buat gempak-gempak. Lepas posting nanti boleh awak nak buat gempak macam ni?'
Maksud dia bukan nak suruh kita jadi pemalas bila jadi cikgu betul nanti. Maksudnya, tak perlulah nak beria sangat masa praktikum. Buat yang selogiknya seorang manusia biasa mampu buat. Hidup sehari 24jam bukan semata-mata fikir untuk buat ABM saja. Sebab bila lepas posting, kita takkan mampu nak buat ABM dan aktiviti yang hebat macam masa praktikum dulu.

Recently, ada seorang lecturer yang sebut pasal masa depan nanti dalam 5 tahun akan datang dia nak kami sambung belajar ie sambung ke peringkat master. I thought a lot about my life. About what I actually want to be. Don't mind being a teacher. But different subject, please. I would love to make a second degree. In maths. I want to teach addmaths. Badly. Biar pening kepala dengan perangai budak sekolah menengah. Tak kisah. Biar gila belajar statistics (part ni memang aku tersangat lemah). Tak kisah. This is where my passion lies all these years. Numbers.

So, kalau ikut hati, mati. Sekarang ni taklah sampai mati nak describing things for all the assignments and exam questions. It's just not my thing. I hate it. I hate it so much.
Dan bila kita benci sesuatu, sekuat mana pun kita usaha, susah untuk kita berjaya.

Dan aku pun jadi semakin malas, walaupun deadline dah semakin dekat.

Friday, 2 August 2013

Changing....for good?

Dalam setahun dua kebelakangan ni, aku rasa macam sangat banyak membazir masa. Terutama untuk tidur. Dan kemalasan yang ada ni, macam susah sangat nak kikis.

Dan semua ni berlarutan sehingga saat orang berebut mengejar 10 malam terakhir Ramadhan. Malam tadi, aku berbaring sambil berfikir. Apa yang dah aku buat untuk kebaikan diri dan orang lain hari ini? Semalam?

Kadang terasa, aku sangat pentingkan diri. Sayang dan cintakan sesuatu yang tak pasti lagi akan kekal. All should be treated accordingly, based on its priority. Tapi, salah mencurahkan kasih boleh menyebabkan ramai yang tersisih. Haha..

Aku sedar, bila dah berumahtangga ni, rasa macam kesuntukan masa. Jadi, bila ada masa free tu, terus nak berehat sepuasnya.

Dah berapa lama Al-Quran tak diselak? Dah berapa lama tak membaca buku? Dah berapa lama tak buat sesuatu yang produktif?

Semua terkorban atas dasar penat. How pathetic is that?