Thursday, 31 October 2013

Cemburu

Aku selalu rasa macam a loser. Dikala sahabat dan kenalan sedang berada di puncak kerjaya, menjadi seseorang individu yang profesional and doing well in life, tengok diri sendiri yang masih terkedek-kedek nak habiskan degree; rasa cemburu selalu menjelma. Nak kata menyesal dengan keputusan dulu, memang ada tapi for good thing taklah kuat sangat penyesalan tu. Always have to tell myself yang ini adalah yang terbaik, dan juga natijah daripada salah dosa kehidupan dulu. 
Susah nak jadi positif ni.

Bagaimanapun, aku rasa nikmat hidup sedikit ditarik. Susah jugalah nak ada perasaan gumbira seperti dulu. Mungkin telah wujud satu persepsi dalam diri ini yang menyebabkan aku risau tentang appearance for example (ini yang sangat jelaslah) yang membuatkan aku asyik fikir nak duit saja sebab nak beli itu ini. Ekekekekekeke..
Tapi, kesannya melibatkan hati. Dalam hati akan sentiasa rasa tak cukup. Dah mula nampak penyakit hati mula nak merebak. Bila rasa tak cukup, mula rasa kedekut, rasa nak bolot dan memonopoli harta.

Berbalik kepada cemburu, aku cemburu dengan keriangan dan passion yang ada dalam masa 5 - 6 tahun lepas. For instance, I can be happy to just listen to a song. I would sing and dance (not really dance-lah, more to rocking my body following the melody), and can listen to the same song for quite some time. Walaupun lagu tu lagu yang sedih. Lebih-lebih lagi lagu yang rancak... metal ke...best pe headbanging.
Sekarang macam kurang soul. Hehe..

Andai dulu, dapat satu shot yang menarik, akan rasa excited dan berbangga dengan diri sendiri yang dhaif ilmu fotografi + kamera yang dhaif juga. Sekarang, tak berapa nak ada perasaan. 

And I was happy with jeans + simple t-shirt + selipar. Sekarang, banyak fikir kalau aku pakai macam ni, tak sesuai as a girl, kalau pakai macam tu nampak macam makcik sangat, kalau pakai macam ni tak proper pula. Tapi lastly macam makcik jugalah gayanya. Me trying to be mature la konon. (Sometimes I hate people assuming aku budak baru habis sekolah, jadi berpakaian macam makcik taklah menjadikan aku nampak semuda itu).

And maybe lastly, I was not really feeling bad to be the worst in class. Memang aku slow pun, tak berapa nak bijak dan kuat ponteng kelas. Orang kata apa pun, naik pejabat berulang kali; still tak berapa nak kisah. Rasa relax dan tak down... in short, still happy.
Sekarang ni, perasaan macam orang marah tu sangat kuat. Kalau tak dapat nak datang kelas atau event (tertido ke, tak sihat ke, malas ke, ada hal penting lain ke), macam rasa berdosa sangat pula. Untuk kelas tu, perlulah rasa bersalah. Kalau event yang sepatutnya perlu ada option tak perlu hadir pun tak mengapa, pun rasa macam tak best kalau tak datang. Orang soksek belakang of course ada. Tapi kenapa perlu kisah sekarang tapi dulu tak kisah pun.

Growing up membuatkan aku jadi lain ke?

Monday, 28 October 2013

Aku Rasa Macam Muda Semula

Sedang buat perangai orang bujang, ie. membuta, mengadap skrin lama-lama dengan penuh minat, tak nampak perbezaan antara bilik kemas dengan bilik bersepah.

Somebody said aku berfikiran matang (pfffttt!!). Terima kasih pada yang berkata demikian. Aku rasa aku lebih banyak mengulas daripada menunduk dan berkata 'ya'. Mungkin kerana cara pembelajaran sebelum ini yang menggalakkan berlakunya proses berfikir di kalangan pelajar yang mengizinkan pelajar bersuara di dalam kelas untuk merancakkan pembelajaran (sesi ini bukan dirancang oleh tenaga pelajar tetapi berlaku secara spontan) dan menyebabkan pelajar lain memperolehi 'a point to ponder', I tend to question almost everything before accepting something. (Sila tanya mereka yang pernah berada di sebelah aku untuk pengesahan).

Orang muda perlu lebih kritikal dalam pemikiran. Dunia pendidikan kini (even in Malaysia) menggalakkan proses berfikir aras tinggi. Don't ask about is it true or false ONLY. Ask why is it true, or why is it false. Biarkan malu seketika di dalam kelas sebab jawapan kita memalukan, tidak tepat, mengarut; sebab itu yang akan buat kita belajar.

Dan apa saja isu yang berbangkit di dada akhbar, jangan dipercayai 100%. Cari maklumat lain daripada sumber lain; daripada pihak yang menyokong dan yang menentang. Then buat penilaian sendiri and draw your own conclusion. Barulah tak jadi lembu yang mudah ditarik hidungnya.

Anyway, satu pihak tak semestinya sentiasa dipihak yang benar dan satu pihak tak semestinya sentiasa salah. Begitu juga aku. Kot nak pakai apa aku cakap, pakai la. Kalau rasa sampah, buang saja jauh-jauh.

Sunday, 27 October 2013

Cerita Setiap Hujung Minggu

Jadi weekend housewife, sejak 5 bulan yang lalu; sangat menyedihkan. Itu pun rumah cik abang dekat, dalam setengah jam saja kalau pandu 60 km per jam.

Balik rumah, kalau abang ada baguslah. Kalau dah kerja, kemas bilik. Basuh baju yang ada dalam bakul kotor, susun baju yang dah dilipat. Kalau rajin sikit, sapu sampah. Lepas asar terus menapak turun ke kolam; memancing. Petang dalam waktu maghrib, abang balik sekejap untuk makan, temankan. Lepas isyak terus tidur, atau duduk melepak dalam bilik tunggu abang balik atau tertidur tunggu abang balik kerja yang tak menentu waktu pulangnya.

I pity myself. Masih tak dapat nak adjust hidup walau dah 5 bulan. Meaning, tak berapa produktif sangatlah hidup. Weekdays pula mengira hari nak balik rumah.

Rasa macam pungguk merindukan bulan selalu. Asyik menunggu bulan jatuh ke riba, nak terbang ke sana tak berdaya. Ecehhhhh!!!

Makanya, banyak kerja tak terlangsai, dan tak berapa nak kisah dah tentang benda-benda lain. Asyik rindukan bulan saja kan?

Nasihat untuk adik-adik yang tengah belajar tu, kalau nak kahwin dan konon duduk berjauhan, hanya jumpa hujung minggu; kuatkanlah iman. Jangan sampai pelajaran dan hidup terbengkalai. Aku tak apa lagi, masih lagi cool walau tak berapa nak teguh sangat dah ni. Dah berjauhan sejak 8 tahun yang lepas. Ecehhhhhhhh lagi sekali!!!

(Teringat kenalan lama yang ada beberapa orang jadi surirumah hujung minggu, mungkin ada yang jadi surirumah hujung bulan sahaja. Dalam keadaan begitu, ada yang sedang sarat, ada yang beranak-anak kecil. Kot jadi pada aku, mau hari-hari nangis.)

Peperiksaan akhir dah nak menjelang. Aku sangat hargai kawan-kawan yang masih lagi sempat mengendalikan kursus, event dan sebagainya dalam masa suntuk nak exam begini. Jasa dan pengorbanan saudara saudari sangat aku kagumi. Semoga saudara saudari dipermudahkan urusan dan diberikan kerehatan yang cukup untuk exam akan datang ini.

Hujung minggu ini aku balik lagi. Ulang rutin yang sama. Tambah sikit drama dan airmata. Dan berharap dapat talapia yang diidam-idamkan sejak beberapa bulan yang lepas.

Okay, aku nak jadi pungguk dah ni. Selamat malam.