Thursday, 16 February 2017

Senyap Macam Kat Kubor

Sekarang zaman media sosial. Facebook, Instagram, Pinterest, Whatsapp, Wechat, whatnot.. Makanya, medium yang membabitkan penulisan panjang lebar seperti blog ni dah dipandang sepi oleh kebanyakan orang, termasuklah oleh si penulis itu sendiri.

Nak justify juga kenapa aku dah tak banyak menulis. Hanya untuk coretan sendiri.

Aku perasan sekarang ini aku bukan sahaja kurang melibatkan diri dengan komunikasi di alam maya, malahan di alam nyata. Antara sebabnya adalah untuk mengelakkan diri daripada mengatakan sesuatu secara kurang berhemah. Aku bukannya pandai nak berlapik sangat. Makanya, daripada ada orang makan hati, diam saja sudah. TAPI keburukannya ialah, aku juga gagal membendung orang-orang daripada terjebak ke kancah yang menyesatkan.
Sebagai contoh, ada orang beritahu aku jangan makan kek jenama A ni. Sebabnya ada persatuan P yang menjaga kebajikan orang-orang Islam ni kata ada unsur babi dalam kek ni. Aku senyap saja sambil aku yang dalam pemikiran ni tengah menggaru kepala. Ada tanda halal mehhhhh... So, JAKIM certified-lah kiranya kek ni. Banyak kali juga benda yang sama dipesan, dan dengan produk-produk yang lain juga. Aku malas nak ambil pusing sebab tahu sudah persatuan tersebut memang banyak claim produk itu ini ada unsur babi walaupun produk tu halal. Kau orang pun tahu persatuan apa.
Kancah kesesatan yang terlibat ialah penyebaran berita-berita palsu yang boleh mengganggu gugat iman. Sebabnya kesan yang jelas dan nyata, orang tersebut sentiasa dalam was-was dan keterlaluan dalam mengamalkan agama. Boleh menyebabkan orang di sekelilingnya stress juga, hahaha. Kancah kesesatan yang lain ialah betapa mudahnya seseorang menerima apa yang disogokkan sehingga hilangnya amalan mengkaji kesahihan sebelum mengambil claim tersebut sebagai sesuatu yang boleh dipegang. Baca malas, mengkaji tak pandai, asyik kena suap saja. Kalau ikut kepala sendiri, tampal pad pada penutup tangki pun boleh percaya menjimatkan minyak. Sebab itu Islam suruh kita CARI ilmu, BERGURU pada mereka yang ARIF DALAM BIDANG tersebut.

Aku lihat ramai yang terjebak dengan benda-benda yang salah bila keterlaluan sangat 'mensosialkan diri' di media sosial. Aku pun nyaris juga terkesan sebab rajin sangat nak baca confessions. Cerita pekung suami isteri ni, dalam tahun lepas tak berapa hebat sangat. Sekarang ni menjadi-jadi. Katanya untuk pedoman orang lain. Perempuan ni memang ada instict bab suami. Tapi bila disogokkan cerita laki curang bini curang 3 kali sehari semalam, tiap-tiap hari, mau juga ter-trigger instict tu.
Senyap-senyap sudah. Ada problem dengan laki, bincang dengan dia. Tak jalan, bincang dengan keluarga. Kalau tak settle dan boleh menyebabkan kita akan derhaka dengan dia, berpisahlah secara baik. Bukan pung pang dalam media sosial. Memang boleh settle. Tapi satu pakej dengan malu la.

Tak tambah lagi dengan orang yang konon bijak. Cerita pung pang air alkali ni boleh ubatkan kanser. 'Kucing kepada nenek kepada ex kepada abang aku dulu ada kanser testis tahap 5 tapi bila amalkan air ni boleh sembuh.' Chaiiiittttt!!! Bila tanya bukti, tunjuk testimoni. Apa kes? Tunjuk surat doktor la dey. Nak berhujah google saja. Mana kredibiliti kau orang sebagai manusia? Orang yang tertariknya adalah orang yang TAK MAHU perawatan di hospital sebab tak sanggup dah ulang-alik banyak kali nak jumpa doktor, buat chemo bagai, kena tahan wad sentiasa. Makanya dah pastilah pesakit tu nak consume air tu walaupun terpaksa bayar mahal gila untuk mesinnya. Minum air saja, mudah. Duduk rumah saja tak perlu nak susah-susah. Sudahnya, duit melayang, ubat dan rawatan tinggal, nyawa pun go sekali.

Bila ada orang-orang sekeliling kau, yang terlibat dengan kancah-kancah kesesatan seperti di atas ini, kau rasa patut kau tegur ke tidak? Kalau tak cakap, bertambah parahlah. Kalau kau cakap, bergaduhlah bermasam muka.
.
Aku ni dah lama sangat diamnya. Aku rasa patut aku bercakaplah. Nak maki, makilah. Aku pun bukannya baik sangat. Kau orang maki, aku bengang juga. Tapi lepas tu baru aku fikir balik. Haha...
Aku pun manusia juga beb.

Satu hal lagi, aku ni suka perbincangan. Kalau aku berborak rancak, banyak juga benda yang orang tak berapa nak layan. Contohnya, aku dengan laki aku pernah borak pasal biofuel siap google tentang fatty acids, reactions penghasilan biofuel ni bagai, Benda lain yang biasa kami borak adalah tentang kereta (enjin, gear, sistem tayar, etc), military machines, politics (of course!), economy (yang buat aku review semula benda yang aku belajar masa A-level dulu yang aku tak berapa faham sebab asyik ponteng kelas saja), tentang bahasa (BI dan BM, ada sikit-sikit Arab), food and how it affects our health and behaviour, dan macam-macam lagilah. Berapa kerat sangatlah orang yang aku boleh borak benda macam ni yang ada dekat-dekat aku. Sebab tu aku banyak diam. Nak borak sikit-sikit bolehlah.

Kesimpulannya, diam itu baik, berkata-kata itu pun baik. Gunakanlah sebaiknya.

No comments: