Aku ada baca berita, tentang sepasang kekasih yang mendera anak mereka sehingga mati. Mereka disabit dengan kesalahan tersebut, beserta dengan adik (atau abang) si lelaki. Ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun, hukuman sampingan aku tak pasti. Tapi, apa yang dikatakan di dalam berita tersebut, adalah keadaan ketiga-tiga mereka apabila sudah habis tempoh hukuman. Ini kerana, mereka terdedah dengan 'ancaman' daripada masyarakat, yang masih lagi sangat marah dengan kesalahan mendera hingga membunuh itu. Jadi, mereka bertiga mungkin akan bertukar identiti, diberi tempat tinggal juga bantuan kewangan. Maka, pembayar cukai (ie masyarakat Britain) kena 'tanggung' hidup mereka. Adil ke?
Tapi option yang lain, adalah penjara seumur hidup.
Masyarakat marah, sebab kekejaman yang mereka lakukan. Kliksini untuk berita penuh.
Apa bezanya dengan orang yang menggugurkan kandungan? Adakah sebab bayi itu masih belum cukup sifat, masih belum keluar lagi ke dunia, maka tidak dianggap sebagai satu makhluk hidup? Benar, dalam sesetengah kes, pengguguran dibenarkan demi menjaga nyawa ibu. Tapi kalau dilakukan kerana belum bersedia, akan kurang menarik, ataupun tak tersengaja (atau dalam kes masyarakat kita, terlanjur), adakah wajar untuk diberi kebenaran?
Ada satu buku yang aku baca, tentang perlunya manusia kepada agama, kepada Islam, kepada Allah. Kerana agamalah, manusia tahu antara yang betul atau tidak, bukan sekadar berdasarkan kepada perubahan zaman dan logikal semata-mata.
Tetapi, lihatlah dalam kes penderaan bayi ini, kesalahan diletakkan atas bahu ketiga-tiga pesalah. Tapi dalam kes pengguguran bayi, kerana gaya hidup mereka yang tidak mementingkan ikatan perkahwinan itu, terjadi bayi-bayi yang tidak disengajakan, mereka memberikan alasan-alasan tertentu berdasarkan kepentingan hidup mereka.
Perkara ini tidak menghairankan dengan keadaan masyarakat di Barat. Walau mereka punya agama sekalipun, tak ramai yang betul-betul mengikut suruhan agama mereka. Begitu juga di negara-negara yang ramai penduduk Islam. Kita punya agama juga, agama yang benar, tapi perkara yang sama tetap terjadi, malah kes pembuangan bayi makin rancak. Adakah hidup beragama sudah tidak releven? Adakah dengan penjara, bayaran denda, sebatan dapat membendung kejadian seperti ini daripada berleluasa?
Adakah semakin lama usia dunia, semakin matang umur manusia, semakin hilang sifat kemanusiaan dalam diri?
No comments:
Post a Comment