So,dah lama rasanya nak menulis. Actually, tak ada idea sangat nak menulis. Dan hari-hari sebelum ni agak dull sedikit sebab mula dah nak tidur dengan banyak. Bosan ye, duduk rumah saja. Nak keluar jogging, aku dah malas nak drive, dan main badminton depan rumah adalah sesuatu yang kurang menyenangkan lantaran ibu-ibu yang tinggal berdekatan itu matanya macam laser dan mungkin sinar gamma sebab boleh tembus-tembus kat badan aku, dan aku rasa memang sangat tidak selesa.
Jadi, masa aku habiskan dalam bilik dan di atas katil, yang natijahnya membawa aku ke alam fantasi paling kurang pun dalam tiga jam. Dan itu tidak produktif. Cuti memang seronok, tapi cuti yang terlalu lama rasa macam tak cukup sebab apabila sudah bosan dan lali dengan aktiviti harian yang hampir kepada rutin robot yang diprogram, maka pembuangan masa yang berleluasa pun menjadi-jadi dan mengakibatkan litar pintas dalam litar otak dan merembeskan sel-sel malas dalam diri dan hati.
Okay, I am excited untuk belajar, but then, boleh tak kalau nak ulang alik dari rumah? This is the best place to live, and to be alive, compared to the hostel (obviously).
Yang paling best, kami akan belajar fizik!! Oh my, rasanya macam dah lupa macam mana nak kira itu ini etc. Tapi macam agak excited sebab ada harapan dalam hati ini untuk menghadapi nombor-nombor yang dah bertahun tak ketemu. Dan dapat guna kalkulator. Sweet!!
Tapi I bet, mesti belajar fakta juga yang banyaknya nanti. Boringgggg~~~~
And next sem, aku fikir nak ambil MUET. Right, English sudah berterabur.
Welcome year 2011. Harapan aku untuk jadi manusia yang lebih manusia. Actually, I am proud of myself sebab akhirnya aku mampu juga, even not 100% tapi berjaya juga. And I believe, this kind of environment is the best for me. It happened once, during my secondary school, and now it happens again. So, I am right about my choice.
Kata-kata nasihat itu boleh didengar, tapi tak semestinya kena ikut semua.
No comments:
Post a Comment