Kalau-kalau itu, takkan memutarkan masa dan menghidupkan orang yang telah mati.
Aku tak pernah rasa sedih atas kematian. Belum ada lagi orang-orang kesayangan aku yang pergi. Tapi tak dinafikan, kekadang bila berfikir akan kematian orang-orang yang disayangi, aku akan menangis. Terasa amat kehilangan. Terasa akan sengsara hidup. Terasa sudah tak mampu untuk hidup lagi.
Bila difikirkan, bodoh rasanya. Bukanlah tidak boleh bersedih. Manusia normal pasti akan rasa sedih. Tapi sampai bila? Orang yang telah pergi sudah 'settle' urusan mereka. Yang masih hidup masih banyak ruang untuk perbaiki diri.
Takkan maut sudah menjenguk baru nak sedar diri?
Aku suka nak tahu berkenaan mati. Bagaimana keadaan sebenarnya alam itu? Apakah perasaan semasa nyawa itu ditarik?
Bila kita banyak
Dan cakap berkenaan hantu, jin, syaitan, malaikat, roh ini, aku terfikir pula berkenaan dimensi-dimensi yang wujud. Dan bila difikirkan mereka dan kita ini ada bersama-sama, tapi kita tak nampak dengan mata kasar, betapa lemah sangat manusia ini, tak nampak apa yang ada di sebelah kita dan sedang mengerumuni kita. Dan kedudukan mereka yang berada di dimensi yang berbeza dengan kita, it is just amazing!
Bumi ini sudah terbukti luas. Dunia apatah lagi. Dan alam lain di dimensi lain daripada kita lagi........
Dan kita hanya satu titik yang seperti tak bererti berbanding dengan alam ini. Dan kalau nak bandingkan dengan Penciptanya, apatah lagi. How arrogant we are...
Dan bila mati itu menjenguk, tetap juga kita tidak terkecuali. Dan tetap juga tidak terkecuali untuk dapat 'imbuhan' atas keangkuhan kita dulu.
Life eh?
No comments:
Post a Comment