Friday, 8 May 2009

Watching Movies

Yesterday I went out to city center and dropped by at HMV, got myself two sets of DVD boxes, which are collections of Indiana Jones and Pirates Of The Caribbean. Both cost me £30, with total of 6 movies. I'm not really an Indiana Jones' fan, but I used to watch one, which I don't know the title, and I like it. And, for Pirates Of The Caribbean, my friends told me the first one is good. I never watch any.
I also thought of buying Lord Of The Rings collection too, but maybe another time. Well, I'm not fond of watching, but shopping. Hehe..

So, first I watched Indiana Jones & The Raiders Of The Lost Ark. The story is so-so, but the special effect is quite good, considering it was around 1980's. Klasik habis!!
Then Izat came to watch Pirates Of The Caribbean : The Curse Of The Black Pearl. I should say, it was good. I like (not love) Jack Sparrow. Sengal!!
Lastly, I watched Indiana Jones & The Last Crusade. This is the movie that I'm searching for. The story is about the cup that Jesus Christ used for the last supper, and Indiana Jones had to get for it in order to save his father, which was shot by the bad guy.

So, three movies in a row, for today. I never watch anything this long. It really steals my time. But the first plan is to watch Nang Nak. I never ever watch this film. It was released in 1996, if I'm not mistaken. I found one in Amazon, but I'll wait for the price to drop. Hehe..

Friday, 1 May 2009

I'm Home!!

Haaaahhhh!!! Letih!!

Semalam sampai Cardiff lebih kurang jam 9.30 malam. Izat kononnya nak datang jemput (walaupun rumah tak sampai 1 kilometer dari stesen bas), tapi aku dah halfway nak sampai rumah masa bertembung dengan dia (dan Husna dan Yan). Sampai rumah, aku terus tukar baju dan tidur. Masa atas plane, hanya berjaya tidur selama 4 jam sahaja (walau dah lebih 24 jam tak tidur). Dan masa di emegresen, terlalu ramai orang. Jadi lama jugalah beratur. Mujur tak pengsan saja, rasa nak muntah pun ada juga.

Sekarang tengah kemas bilik. Aku berjaya seludup keropok!! Huhu..
Dan juga bawa semua koleksi kaset aku. Sikit saja, jadi tak ambil banyak space. Tapi seronoklah tengok semuanya tersusun atas rak. Benda yang aku kumpul sejak habis sekolah. Dari zaman minat Sheila On 7, sampailah ke rock.

Lepas ni nak buat pot pourri pula. Hehe...seronoknya balik rumah . (lupa dua minggu lagi exam..study!!)

Sunday, 26 April 2009

Balik Kampung

      Lebih kurang...setengah hari tambah setengah hari berada di rumah Wan. Mula-mula set dalam kepala, balik hanya untuk suka-suka. Hehe..siapa tak nak berfoya-foya kan? Dalam sejam sampai, ada lori datang, bawa pasir, bawa batu bata. Malangnya tak muat nak masuk dalam halaman rumah (motor saja yang muat masuk-pintu pagar kecil), jadi lori tinggalkan saja pasir dan batu bata di halaman sekolah (rumah Wan betul-betul sebelah sekolah), dan kami-kami (termasuk seorang kanak-kanak berusia 3 tahun), kenalah mengangkat pasir dan batu bata tersebut ke halaman rumah. Malam tu, ramailah yang sakit-sakit badan.

       Tapi seronok juga. Melepak di batang nyor (yang dah pun ditebang), sambil makan mempelam muda ramai-ramai. Heh..kalau ramai lagi ahli keluarga ada, seronok juga. Ohh..Wan tak buat apa-apa. Baring atas katil tepi tingkap menjerit-jerit panggil anak cucu dia suruh tolong alihkan badannya, kalau-kalau dia nak mengiring menghadap ke ruang tamu, atau menghadap ke dinding, atau nak baring menelentang, ataupun kalau dia nak makan buah duku yang ada di sebelah katil. Bear kata, dia tak nak suapkan. Tapi selalunya nama dialah yang kena sebut. Hehe... 
Tapi macam biasalah, lebih kurang 10 kali Wan panggil, baru ada orang datang. 

Heh..malam tadi, mati kutu jugalah. Takde apa nak buat. Nak tengok kartun, ada orang tengah tengok bola. Nak lepak internet, laptop tak bawa. Nak dengar lagu, mp3 player pun tak bawa.

Friday, 24 April 2009

Rahsia Bukan Lagi Rahsia

Setelah beberapa lama, hampir sebulan mungkin, aku membawa diri dan menyepi, kini rasanya elok juga andai aku kembali menulis secara terang-terangan di hadapan khalayak ramai. Dan dalam masa sebulan ini, aku banyak benar berubah, dan berbolak-balik fikiran dan kelakuanku. Mungkin dari perasaaan kecewa dan terhimpit, membuat aku jadi keliru dan ingin mencuba sesuatu yang baru; tidak berada dalam lingkungan yang sama, mengulang perkara yang sama dan kecewa dengan perkara yang sama. Dan mengenangkan diri aku yang tak mudah untuk berubah menerima cara 'contoh' yang ideal dengan penyelesaian yang sudah termetri secara idealnya oleh manusia yang berjiwa ideal, aku mengambil jalan untuk meniti jalan yang lain, yang aku kira lebih santai dan tidak membunuh jiwa, dan insyaAllah akan membawa kepada destinasi yang sama.

Juga permohonan maaf kepada beberapa orang sahabat dan kenalan yang selama beberapa lama ini, aku lukai dan endah. Memang aku sengaja berbuat demikian, lebih-lebih lagi dengan orang yang aku rasa aku tak mampu lagi bersua muka (melainkan terpaksa). Dan sekarang ini pun, aku berdepan dengan konflik yang mahu tak mahu aku terpaksa berdepan dengannya setiap masa dan selamanya. 

Bukan aku menafikan kesudian tangan-tangan yang ingin membantu, tapi dek pemikiran dan pegangan yang berbeza, cukup membuat diri merasa kurang selesa dan memberontak. Aku seorang yang sepi, maka aku senang dengan sepi. Aku seorang yang hitam, maka aku senang dengan hitam. Cukup dengan memikirkan keinginan manusia dan harapan terhadapku, aku menderita bertahun-tahun lamanya. Ini bukan kerana dendam, tapi tidak selesa dan seronok menjadi subjek utama.

Hidup sekarang ini, walau terasa kosong, namun lebih santai. Walaupun masih baru, tapi bekas-bekas kehidupan lama juga kenangan kadang-kadang datang menyiksa. Dengan bantuan beberapa kenalan dan orang terdekat, sedikit sebanyak luput juga sedikit sebanyak sisa hitam kehidupan yang lama. Juga aku akan menjauhkan diri daripada beberapa bahagian kebiasaan hidup lama yang tak perlu ada.

I'm coming home!! Lagi seminggu, dan kemudian terbang ke rumah. Apa khabar bilik hantu itu ya? Anyone who wants the sofa outside the room, silalah ambil. Nak renovate the room before the exam. Huhu...

Saturday, 18 April 2009

Lama Dah...

Lama dah.. tak mendengar mengikut album. Selalunya, hentam pasang lagu yang aku suka saja. Kalau album baru dapat, tak dengar langsung. Jadi, bazir saja space yang ada tu. Juga, bazir juga kaset yang dibeli tu. Kalau ada, kena dengar semua. Kena adil. Baru betul. Mungkin aku malas nak tukar-tukar playlist selepas satu album habis dengar. Tapi sekarang aku bukan dengar selalu pun lagu. Kadang-kadang bila bosan.

Jadi, apa kata tukar playlist dalam mp3 player, dan letak berdasarkan album, juga letak satu playlist campur-campur kalau rasa macam nak dengar lagu yang sedap. Tapi..masalah satu-satunya, album-album aku tak rename lagi. Jadi kurang syoklah.

Tiba-tiba dapat idea, letak lagu metal saja dalam mp3 player, untuk hari ni. 20 album cukuplah. 10(lagu) x 5 (minit) x 20 (album) = 1000 minit = 16 jam ++. Dah lebih dari cukup kot. Dari Raub nak ke Temerloh + Triang paling lama pun 6 jam. Pergi balik 12 jam. Tu tak campur dengan tidur lagi. Mana aci dengar album sambil tidur. Itu bukan untuk dengar betul-betul, suka-suka saja.

Semalam, merembat album Belenggu Irama (akhirnya beli juga!!), Ella - Puteri Kota, dan May - Hakikat. Yang dengarnya, baru Belenggu Irama. Aa..bukan takde mp3, tapi rasa lagi syok pasang kaset dengan radio, baring-baring belek inlay sambil dengar lagu. Letih berjual pun tak rasa sangat. Album dari Firdaus tu pun, baru dengar Adhoc (separuh), Wira Cyborg, Erat (separuh), Best of Desire (dengar berapa kali sudah). Babylon...lain harilah. Kalau album pertama, mungkin aku dengar berkali-kali juga. Haha...
Entah kenapa aku rasa May masa dengan Yantzen memang ngam habis. Lagu slow okay, lagu heavy dia mengancam ah. Sesuai dengan suara Yantzen. Masa Yanzten dengan Rusty Blade, aku taklah minat sangat. Biasa-biasa saja. Lagi satu apa nama album tu eh, Ziet Geist ka? Ha...yang tu pun gaya macam syok. 
Evolusi - Lefthanded, aku tak dengar lagi. Fanatisme tu, aku minat juga, tapi tak fully lah. Masa dengar tu, ada juga melayang-layang sebab bosan sikit. BPR.....aku tak minat sangat, tapi kalau nak dengar lagu mild, bolehlah layan. Hah..Silaturrahim tak dengar pun lagi. 
Banyak ni...susah nak dengar satu-satu.

Friday, 17 April 2009

Esok Jalan-Jalan Pergi Temerloh

Whaa...jauhnya nak pergi. Kalau naik kereta, ikut jalan lama (tak payah bayar tol), adalah dua jam lebih ke tiga jam. Dan dari Temerloh, ke Triang pula, lebih kurang dua jam lagi kot dari bandar Temerloh. Abah kena berubatlah. Dah teruk sangat gayanya. Malam-malam tak boleh nak tidur. Resah semacam, macam aku jugalah. Dah dua hari macam ni. Tapi aku boleh tidur. Cuma kalau berjaga, tak senang duduk. Pagi tadi buli Kecik. Gunting rambut dia (masa tu dia tengah tidur). Lepas tu kacau dia tidur sampai dia bangun. Geletek, jentik-jentik sikit, cucuk sana sini, dukung, lambung-lambung, cekik sikit, picit-picit badan, dan rasa macam nak pecahkan muka dia. Tapi, aku buat sambil gelak-gelak. Macam tengah bergurau, dan dia pun tak berasa hati. Kalaulah dia tahu.

Sebenarnya, kecewa dengan 'The Best Of Desire' tu. Tapi takpelah. Dah dapat dah pun. Merajuk dengan Bear dua kali. Sekali tu, sebab dia tak nak ke bandar belikan kaset Desire kompilasi. Kedua pula, sebab dia tak nak belikan aiskrim. Huh, perangai jadi macam budak-budak betul sekarang ni. Merengek-rengek, mengalahkan Kecik. Jadi dalam masa seminggu kat rumah ni, berkawan dengan Kecik sajalah.

Tapi dia baik, lurus aje. Semalam tu, aku bosan sangat-sangat. Dia balik sekolah pukul 6 lebih. Mulanya dia nak keluar bermain, tapi aku tak kasi. Ajak dia teman aku, layan aku borak-borak. Malam tu, tertidur dia tunggu aku yang kononnya nak ajar dia Sains dengan Arab. Makan pun tidak, sampai tertidur. Baik sangat.
Tadi, masa dia nak ke sekolah, aku cakaplah pada dia, 'Jangan la pegi sekolah....nanti Along nak kawan dengan siapa....' sambil main-main jari dia. Dia jawab,'Ala...nanti kite balik sekolah nanti kite teman la Along.'
Huhu.....sweetttttt!!!!!!!
Aku juga yang macam budak-budak. Macam dia pula yang jadi kakak, aku jadi adik. Oh ye, Kecik umur dia 8 tahun saja, dan aku...aaaa....22 tahun. Hehe..

Ohhh yeahhhh...esok boleh jalan-jalan. Boleh jumpa abang!!

Thursday, 16 April 2009

Malam Aku Bermimpi...

Siapa puteri? Aku? Hanya mimpi. Puteri yang dibuli, oleh permaisuri negara musuh, menjadi orang gaji. Ditumpah air, dibuat itu ini, aku yang disuruh bersihkan. Satu masa, dia conteng dinding, dengan kapur, ditulisnya nama aku dan ditandatangan. Aku dimarah pak menteri. Aku tak nyatakan aku dianiaya, tapi bila pak menteri sudah pergi, aku bertekak dengan si permaisuri bodoh akal macam budak-budak tadika tu. Akhirnya, dengan jampi serapah apa entah, aku ludah dilehernya, katakan orang-orang di sekeliling supaya lari kena ular tedung akan datang dan mematuk tempat aku ludahkan itu. Masing-masing lari dan mengunci diri di dalam istana dan biarkan saja di permaisuri (yang dibenci ramai) itu mati. 

Tak lama kemudian terdengar jeritan permaisuri.

"Whooaaaa!! Shit! Look at that," jerit seseorang, seingat aku seorang wanita berambut pendek yang kurus tinggi memakai blaus lengan panjang berwarna ungu gelap. Dan ramai betul yang bersorak, kegembiraan. Dari jauh aku nampak seseorang dengan satu 'tali' memanjat melilit kakinya. Dan ada seorang lelaki yang sedang menariknya.

"Ahhh...kapten tu baik sangat," kata seseorang lain yang entah siapa. Ya, lelaki yang dipanggil kapten itu memang baik. Dia cuba menolong permaisuri, tak kiralah permaisuri itu jahat atau baik. Tapi permaisuri itu insaf barangkali. Menolak si lelaki dan tak mahu orang lain yang mati. Dan aku, aku menangis mendengar jeritannya.

Dan aku bangun dari tidur. Cari telefon. Taip mesej.

"I kill people in my dream"

Perasaan aku, biasa saja. Tak rasa bersalah ataupun sedih. It was not a bad dream, for me. Not a good dream too, because I don't feel entertain with the cry of the queen. One thing I regret (maybe), I should kill the queen with my own hands. Baru rasa puas!!

Saturday, 11 April 2009

I'm Home.....

Akhirnya sampai juga rumah. Dan sampai rumah, tidur terus selepas berborak-borak sekejap dengan mak, abah dan wan. Letih dan mengantuk. Dan bangun tidur selepas 13 jam berlalu. Tapi adalah sedar sekali sekala bila mak abah datang dalam bilik, semalam.

Bangun tadi, baring lagi. Tengok bayang-bayang adik aku yang paling kecil. Besar dah budak ni. Aku sajalah yang paling pendek.
Jadi aku terus bangun dan mandi. 3 pagi, takpe la. Bukan awal sangat pun. Ada dah gayanya orang rumah belakang yang dah bangun. Tak tahulah itu orang betul ke tidak. Biasalah, lorong belakang rumah yang memisahkan barisan rumah aku dan barisan rumah belakang ni, dikatakan ada 'benda' yang suka lalu lalang.
Kadang rasa sikit seram nak ke bawah gelap-gelap ni. Rumah aku ni pun ramai juga orang yang ada 'benda' teman. Wan, abah, dekli. Oh...aku pun mungkin ada. Jadi kenapa nak takut kan? Hehe...

Siap mandi, naik atas dalam bilik semula. Dengar suara dekli menyanyi-nyanyi. Tak tidur lagi ke? Rasanya tadi masa turun, nampak dia tidur dah. Masuk bilik, nampak dia masih lagi tidur. Tahap mengigau dia dah advance, sampai boleh menyanyi dengan jelas dan betul. Heh..

Tadi di bawah, mencari kaset-kaset aku. Takde. Aihh...jangan ada orang buanglah. Dalam kepala dah set nak mengamuk dah. Hehe..akhirnya aku cari bawah katil. Jumpa. Kena sorok dah ke kaset-kaset aku ni? Agaknya sejak kes aku histeria dulu kot. Abah pun dah suruh aku buang semua gambar dan lagu rock. Tak nak....

Usha-usha kaset-kaset aku, baru perasan ada satu set kaset yang takde. Rock Lama-Lama. Nak marah, tak boleh nak marah sangat. Kadang-kadang, bukan sengaja nak jadi kedekut dengan budak-budak ni. Tapi masalahnya, kalau pinjam, buat macam harta sendiri. Pinjam tak reti nak pulang, tak pun pinjam lepas tu hilangkan, tak pun pinjam tapi pulang dalam keadaan rosak. Siapa tak marah kan? Bila marah, kata aku kedekutlah, berkiralah dengan adik sendirilah, dah nak hilang nak buat macam manalah. Yang kena tuju balik, aku jugak.

Lepas ni, boleh start rip sikit-sikit. Nak test main dulu, kot-kot dah berkarat bunyinya.

Tengok keadaan rumah, rasa macam hidup aku dah jadi normal balik. Rasa sedikit tenang jiwa dan fikiran ni.