Friday, 22 July 2011

Emotionally Down

Entahlah... Macam rasa tidak senang hati. Terasa seperti ada cerucuk-cerucuk benci sedang menyucuk-nyucuk aku sekarang ni. Dan teruslah menjadi down, takut nak jumpa atau pandang atau berada bersama manusia.

Kalaulah boleh pergi jauh-jauh.

Tuesday, 19 July 2011

Alhamdulillah (^_^)

Hari ni bawa barang-barang jualan ke kelas (Sssyyyyhhhhhh...)

Dan alhamdulillah, banyak jugalah yang dijual. Oh, aku tak mengharapkan sangat. Kalau ada rezeki, adalah. Sebab part-time saja kan kerjanya. Dan it is more as a hobby and a way to release stress rather than a business.

Dapat peluang untuk pasarkan dengan lebih luas. Suami mak sedara aku nak buat online business (as mine) using my stuffs. But then, to copy the exact bracelet or brooch is a bit troublesome because I might not have the same beads in my collection now. But, I'll try my best (have to try my best sebab orang dah beri kepercayaan) to do what I can.

And now, I am facing too many homework sampai terasa macam malas nak buat langsung. Tapi aku buat jugalah. Slowly. And actually, ada banyak lagi homework yang macam kurang penting yang aku put aside for a while sebab nak bagi ruang pada kerja lain dan tidur. Hehe...

Dan Ramadhan kian mendekat. Oh, terasa macam excited dan tak sabar nak berpuasa.

Sunday, 10 July 2011

Terasa Menua....

A : Ahhh...umur tak sampai sedekad pun lagi.

B : Kawan-kawan ramai dah beranak pinak.....iskk..iskkk...

Oh, stail saya pun seperti menua saja terasa.....

A : Hujung bulan Julai dah nak sampai ni.

B : Yay!! Puasa!! (tak nak sebut tentang hari lahir sebab penulis tak suka menyambutnya, cuma buat ingatan saja) Tapi tahun ni Mak tak jual air dah di bazar. Kurang thrill dah rasanya. Dari dulu mesti tolong Mak dan Abah, dengan adik-adik semua pergi. Kali ni dah tak ada.

A : Tak mengapalah. Boleh tolong Mak masak berbuka.

B : Mak Abah pun makin tua juga. Risau......

A : Kenapakah orang beranggapan kalau nak kahwin, macam tak nak tolong Mak Abah dah. Ini zaman tok kaduk dulu lagikah? Selagi mereka ada, selagi tu aku ada tanggungjawab atas mereka. Biarpun aku dah ada anak.

B : Betul! Wan (emak kepada Mak) dah bertahun sakit, boleh kata 8 tahun dah sakit. Yang menjaganya, anak-anak perempuan dia. Anak lelaki adalah juga, tapi nak higlight di sini, even dah ada suami dan anak-anak sendiri juga bekerja, tak semestinya kita akan abaikan ibu bapa kita.

A : Wanita sekarang tak seperti wanita dahulu. Sekarang ni, peluang pekerjaan lebih luas. Kepakaran pun makin terserlah. Perempuan ni mampu nak buat banyak kerja dalam satu masa. Jadi pakar sehebat mana pun, tanggungjawab yang wajib tu masih boleh diuruskan dengan baik.

B : Dan lelaki yang jadi menantu pun kenalah sokong dan bantu si isteri. Ibu bapa si isteri tu dah jadi ibu bapa dia juga kan?

A : Easily said than done.

B : Apa yang penting? KERJASAMA!!

Petang Ahad Yang BOSAN

Ohhhh...saya bangun lewat pun masih terasa bosan. Nak tidur pun dah penat. Semalam lagi masyuk....kejap main game, kemudian gosok baju, dan berulang-ulanglah bergilir-gilir keduanya hingga teman sebilik pun gelak-gelak.

Sebenarnya, bukan tak ada kerja. Banyak sangat. Tapi rasa berat teramat nak buat. Padahal semuanya perlu dihantar dan sekurang-kurangnya ditunjukkan esok. Beginilah. Kebosanan dan banyak masa lapang boleh membunuh keupayaan dan efisiensi seseorang, lagi-lagi anak muda yang masih punya kudrat dan kemampuan yang lebih.

Dan akhirnya saya mengusik juga 'bisnes' yang dah lama dilupakan. Sekarang musim orang tak berduit jadi tak mengharapkan ada orang nak beli pun. Dan mungkin ada yang sengaja tak mahu tengok sebab takut 'terambang mata' lantas mengikut sangat nafsu.

Duit pun keperluan asas sudah sekarang. Sebabnya, kalau nak dapatkan keperluan asas dan keperluan tak asas, perlu duit juga. Kalau tak, tengok sajalah sambil telan liur.

Takpe. Rezeki ada di mana-mana. Yang penting, cari! Kalau tak boleh kerja sepenuh masa, kerja separuh masa pun boleh.


Saturday, 9 July 2011

Babies!! Suka! Suka!

I just browsed over Anis Mimi's new baby's photo, born yesterday. Sungguh comel! And I also browsed over several friends' and seniors' and juniors' baby's photos.

Terasa sangat gembira bila tengok kawan-kawan semua sedang berbahagia. Allah permudahkan dan berkati hidup mereka. Sangat gembira untuk semuanya.

And, I must be positive! Kita usaha, tapi masih belum dapat lagi, kiranya belum masanya lagi.

Oh, tak sabarnya rasa nak menjadi seorang ibu.

Selamat? Makmur??

Kita sebenarnya, sedang elok saja. Masing-masing diam, pendam. Ditekan. Kemudian, bila ada yang nak bersuara, gegak gempita satu dunia.

Hidup di zon selesa memang aman.

Kemudian kerja, beli rumah, kereta, kahwin, ada anak, sampai masa bersara, kemudian mati.

'Lurus'nya hidup.

Hidup sebenarnya lebih daripada itu. Dan tak semua hidupnya selurus itu.

Perubahan itu perlu. Perubahan itu baik. Bila semuanya ditekan, kita jadi tak terbuka. Jumud.

Memang akan huru-hara pada prosesnya. Tidak pernah ada secara aman. Itu sesuatu yang mustahil.

Dan bila huru-hara melanda, keselamatan pun jadi longgar.

Aku juga punya orang tersayang yang sekarang ini sedang bertugas mengawasi keamanan. Dan aku sangat risau. Aku tak nak orang tersayang aku mati.

Tapi, bila dia sudah memilih jalan hidupnya begitu, aku kena redha. Aku kena lepaskan. Aku kena sedia walaupun aku belum lagi bersedia.

Kalau tak nak orang mati, nak live happily ever after, baik kita jadi pak turut saja mengikut macam lembu.

Thursday, 7 July 2011

Kertas Kerja

Aku tengok contoh kertas kerja lawatan, dan aku macam..... erkkkk!!! Tercekik jugalah rasanya.

Simple saja aku tengok. Tapi bab mengedit tu yang memeningkan. Pendek cerita, boleh siapkan hari ini. Tapi terpaksa panjangkan sebab yang merancang sepatutnya bukan aku. Geddit?

Bila terasa nak siapkan sepantas boleh tapi tersekat macam ni (ie hal teknikal), terasa malas terus menjalar memamah setiap kerajinan yang ada, dan aku pun jadi malas. Hehehehe.. best betul alasan ni.

Layan P. Ramlee pun syok juga..

Tiada kata secantik bahasa
Untuk kupuji adinda~~