Showing posts with label cerita kiasan. Show all posts
Showing posts with label cerita kiasan. Show all posts

Sunday, 10 July 2011

Terasa Menua....

A : Ahhh...umur tak sampai sedekad pun lagi.

B : Kawan-kawan ramai dah beranak pinak.....iskk..iskkk...

Oh, stail saya pun seperti menua saja terasa.....

A : Hujung bulan Julai dah nak sampai ni.

B : Yay!! Puasa!! (tak nak sebut tentang hari lahir sebab penulis tak suka menyambutnya, cuma buat ingatan saja) Tapi tahun ni Mak tak jual air dah di bazar. Kurang thrill dah rasanya. Dari dulu mesti tolong Mak dan Abah, dengan adik-adik semua pergi. Kali ni dah tak ada.

A : Tak mengapalah. Boleh tolong Mak masak berbuka.

B : Mak Abah pun makin tua juga. Risau......

A : Kenapakah orang beranggapan kalau nak kahwin, macam tak nak tolong Mak Abah dah. Ini zaman tok kaduk dulu lagikah? Selagi mereka ada, selagi tu aku ada tanggungjawab atas mereka. Biarpun aku dah ada anak.

B : Betul! Wan (emak kepada Mak) dah bertahun sakit, boleh kata 8 tahun dah sakit. Yang menjaganya, anak-anak perempuan dia. Anak lelaki adalah juga, tapi nak higlight di sini, even dah ada suami dan anak-anak sendiri juga bekerja, tak semestinya kita akan abaikan ibu bapa kita.

A : Wanita sekarang tak seperti wanita dahulu. Sekarang ni, peluang pekerjaan lebih luas. Kepakaran pun makin terserlah. Perempuan ni mampu nak buat banyak kerja dalam satu masa. Jadi pakar sehebat mana pun, tanggungjawab yang wajib tu masih boleh diuruskan dengan baik.

B : Dan lelaki yang jadi menantu pun kenalah sokong dan bantu si isteri. Ibu bapa si isteri tu dah jadi ibu bapa dia juga kan?

A : Easily said than done.

B : Apa yang penting? KERJASAMA!!

Saturday, 9 July 2011

Selamat? Makmur??

Kita sebenarnya, sedang elok saja. Masing-masing diam, pendam. Ditekan. Kemudian, bila ada yang nak bersuara, gegak gempita satu dunia.

Hidup di zon selesa memang aman.

Kemudian kerja, beli rumah, kereta, kahwin, ada anak, sampai masa bersara, kemudian mati.

'Lurus'nya hidup.

Hidup sebenarnya lebih daripada itu. Dan tak semua hidupnya selurus itu.

Perubahan itu perlu. Perubahan itu baik. Bila semuanya ditekan, kita jadi tak terbuka. Jumud.

Memang akan huru-hara pada prosesnya. Tidak pernah ada secara aman. Itu sesuatu yang mustahil.

Dan bila huru-hara melanda, keselamatan pun jadi longgar.

Aku juga punya orang tersayang yang sekarang ini sedang bertugas mengawasi keamanan. Dan aku sangat risau. Aku tak nak orang tersayang aku mati.

Tapi, bila dia sudah memilih jalan hidupnya begitu, aku kena redha. Aku kena lepaskan. Aku kena sedia walaupun aku belum lagi bersedia.

Kalau tak nak orang mati, nak live happily ever after, baik kita jadi pak turut saja mengikut macam lembu.

Thursday, 7 July 2011

Easy Things Made Complicated

Penat dengan 'birokrasi'. Trust me, takkan siap dan sempat dalam masa terdekat. I will try my best. Dengan kepala yang macam tak nak gerak je. Kita tunggu dia, dia tunggu kita.

Dan....segalanya menjadi rasmi. Duit yang keluar pun bertambah berkali-kali ganda.

Penat.

Monday, 6 June 2011

Berdosanya Aku

I was accidentally found out something I wish I should know. But the thing that I found out really bothers me as it is related to someone that I know and love so much.

And unfortunately, I found myself to be so weak to go face to face to that person and talk. It's just because I committed the same thing, and I am still finding it is too hard to maintain myself restraining from committing that very thing, and now to talk about the same matter to another person?

You know, nobody is perfect. We want to perfecting ourselves. And some don't really care about that. Life's short, should enjoy them while you're still young, I'm not that goody-goody type of person so what?, and many more 'excuses' that are used to denying the fact that we did something wrong.

And in this modern world, everything seems to be have no limit. Everything. And it scares me because I am a kind of person who actually doesn't care.

And then I came across these verses in Surah Al-Furqan, their meanings are:
dan orang-orang yang tidak mempersekutukan Allah dengan sembahan yang lain dan tidak membunuh orang yang diharamkan Allah kecuali dengan (alasan) yang benar, dan tidak berzina; dan barang siapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat hukuman yang berat, (68)
(yakni) akan dilipatgandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu, dalam keadaan terhina, (69)
kecuali orang-orang yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan; maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang. (70)


Reading the meaning of the verses, suddenly makes me cry. I felt like all the burdens that are crushing me, lifted. I felt..... Allah is so great. I always feel there is no hope for me to pay back of what I've done before. I felt helpless. I know He is the Most Forgiving, but a large lump inside me still doubting, because I know I am not truly turning over a new leaf. I still have the bad habits from the past which I still cannot get rid, and I am weak. I am very weak when it concern with feeling, wants and emotion.

And another thing that hits me, of how I am trying hard; not to skip prayers, read the Quran regularly, not to speak too much, do something that can make me forget about what-not, wear appropriately, and whatever I can do to make me close to Him to stop me to do the same thing over and aver again, but I'm not 100% success in doing so.

And what if another people who doesn't even have that sinful feeling, and doesn't really practicing religion faithfully; what should we do? What should I do?

And I don't know. I need to talk to someone. I really need to.

Sunday, 22 May 2011

Demam Exam

Ya. Saya sedang menjejakkan kaki ke alam demam. Dan saya tak nak.

InsyaAllah sihat nanti. Nak minum air banyak2, rehat, etc.

Dan mouse saya sudah rosak. Haihhh.. baru sahaja beli.

Sesungguhnya baru melihat gambar anak kepada sahabat, dan gambar kahwin sahabat-sahabat. Maka jadi pilu serta remuk redam hati. Rezeki tu milik Allah. Dan kita hanya mampu untuk usaha. Betapa bertahun-tahun yang berlalu begini buat aku rasa sedikit bersabar dan sedikit berfikiran positif berbanding dahulu. Dan memang sangat benar, seperti ayat ke-2, surah Al-'Ankabut yang maksudnya seperti di bawah:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?

Saturday, 16 April 2011

Ini Pasal Aku. Aku Bukan Nak Kondem Siapa Siapa.

Berat sebenarnya nak join. Tapi baguslah apa yang mereka buat tu. Mungkin untuk orang lain, agak releven, atau sangat releven. Tapi bukan untuk aku, mungkin. Dan, ada perkara lain yang lebih besar daripada itu untuk aku.

Perkara ini, boleh menimbulkan kontroversi. Tapi, biar lantaklah. Bukannya salah pun, walaupun ada konotasi negatif di dalam ajakan dan penerangan tu. Well, tiap manusia ada kepercayaan dan prinsip yang tersendiri.

Andai aku pergi pun, atas dasar menyokong sahabat sahaja.

Aku dah lalui benda-benda tu. Dan aku memang sangat berminat untuk tahu, tapi bukan untuk berdebat.

Sekali lagi, ianya tak salah. Sangat releven. Tapi bukan untuk aku.

Thursday, 3 March 2011

Recently......

I feel lost. Tapi sekarang terasa kesempitan itu dah berkurang sikit. Kurang dah rasa sesak dan serabut dengan jiwa.

Jiwa yang kering, yang lalai, hanya membuatkan kita semakin lupa. Bila di saat diri terasa 'jahat', itulah saat yang paling penting dan bertuah, sebab Allah beri ilham pada kita untuk berperasaan seperti itu. Dan seterusnya kena usaha untuk kembali semula kepada Dia.

What if Dia biarkan saja kita leka? Contohnya, sekeliling kita bukan tak ada orang yang nasihat-menasihati, bukan tak ada majlis ilmu, bukan tak ada orang yang soleh. Tapi kita masih lagi ditampuk lama. Tak ada perubahan. Tak ada perasaan nak melakukan perubahan. Ataupun terasa diri sudah terlalu jahat, tak guna nak buat baik dah.

Di saat itu kitalah yang paling rugi, sebab Allah macam dah 'lupa' pada kita. Tapi kan, kalau baca entri ni, maknanya Allah masih peduli pada kita. So, jom muhasabah diri.



Wednesday, 24 November 2010

Kawal Diri

I'm in dilemma. I don't know, I maybe am trying to be patient, to look at the bright sight, to make it looks positive; I AM TRYING TO BE OKAY.

But inside, I know I am not.

The tryings are quite working though. Aku sekarang macam ada semangat baru. Tapi apa pun kena betulkan niat sentiasa. Everything around is very tempting, melemahkan iman dan jiwa.

Well, ada rezeki, adalah. Kalau tak berkesempatan, dapat juga pahala untuk menuju ke situ, insyaAllah.

SO, smile dude!! You are strong, you can do it.

Anyway, tak sabar nak tunggu my first glass. Yep, aku dah disahkan rabun. Hahahahahahahahahahahahahahahahaha... nanti I letak gambar I pakai spek ye. (^_^) Nampak macam sedikit seperti 'makcik-makcik'.

Sunday, 31 October 2010

Longgar

I think, this institute is not as bad as others. Despite of the accommodation, I think this place is not really controlling and too restrict to its students.

And I'm really thankful there is Pendidikan Agama Islam course in here. It helps a lot!

So, what really is democracy then? Not allowing students to wear something as Islam told us to do?

Wednesday, 20 October 2010

Hikikomori II

Pandang kiri, kanan, semuanya dinding. Kipas berputar sedang itu jugalah. Jari-jemari masih lagi rancang menekan kekunci komputer ribanya, sedang headphone ditelinga juga rancak mengalunkan lagu-lagu kegemarannya. Sekejap kepalanya terangguk-angguk. Paling tidak pun dia duduk menopang dagu di hadapan skrin komputer ribanya, memikirkan sesuatu barangkali. Lalu lalang orang di hadapan biliknya tidak pun dia hiraukan. Perut yang berkeroncong, pundi kencing yang dah pun penuh, pun dibiarkannya. Entahkan asyik, entahkan malas.

Sekejap dia meraba-raba telefon bimbit yang ada berdekatan. Ditekan satu butang; tidak ada mesej yang diterima. Diletakkan semula telefon itu. Dia kemudian berdiri, berjalan dua tiga langkah, mengelilingi bilik kecilnya. Dia kemudian duduk kembali, mengadap skrin komputer ribanya. Kemudian dia mengeluh. Bosan.

Tangan kembali ke kekunci komputer. Menaip itu dan ini. Kemudian berteleku. Bosan berteleku, dia bersandar. Masih lagi headphone mengalunkan lagu, masih lagi ada yang lalu lalang di hadapan bilik.

Bosan.

Lantas dia ke katil, merebahkan diri. Pusing ke kanan, pejamkan mata. Setelah sepuluh minit, dia berpusing pula ke kiri. Kemudian menerap, menelentang, memeluk bantal. Masih tidak dapat melelapkan mata.

Dia duduk, merenung komputer riba yang berada di atas meja. Kembali dia ke sana, menekan kekunci. Dia mengeluh kembali. Meraba kembali telefon bimbit, tiada mesej.

Perut berkeroncong, pundi kencing penuh. Masih juga dia duduk di situ.

------------------------------------------------------------------------------

Bosan bukan? Ya, cerita di atas seperti tidak bermakna, dan kusam serta suram. Beginilah yang dilalui oleh mereka yang mengasingkan diri dari khalayak. Perkara yang sama, rutin. Dan mereka mencari kepuasan dengan gadjet serta alam maya, namun ianya tidak memberi kepuasan selamanya.

Situasi seperti di atas sebenarnya dialami ramai. Pernahkah kita menekan butang 'home' berkali-kali menanti update daripada 'friends' di Facebook? Ataupun refresh berkali-kali laman yang sama. Ataupun duduk menghadap kaca televisyen dari pagi hingga ke malam tanpa menghiraukan diri sendiri ataupun orang di sekeliling? Ataupun bermain PSP tak henti-henti hingga rosak console? Ataupun mengurung diri di dalam bilik, takut untuk bertemu dengan orang lain?

Bantulah mereka.