Showing posts with label kurang sihat. Show all posts
Showing posts with label kurang sihat. Show all posts

Saturday, 2 July 2011

Lebam-Lebam Badan I

Aku berbekam angin malam tadi. Dengan Madi dan Ija. Ija jadi tukang tengok saja. Dan Madi yang asalnya nak berbekam angin juga, tak jadi dan hanya buat rawatan resdung.

Dan rupanya, Encik Fazli yang kami contact tu Encik Fazli Bazin yang merupakan pensyarah kami. Hoho!! Dan yang buatkan untuk kami semalam tu isterinya.

Aku macam kurang puas setakat berbekam angin ni. Terasa macam tak cukup. So, next time, dengan Madi (hopefully dia tak tarik diri kali ni), nak berbekam darah pula. Hoho!!

Hari ini ada larian 1murid, 1sukan, 1malaysia. Aku jalan saja. Pun dah nak pitam. Padahal round maktab ni saja kot. Dan aku tak join dah aktiviti seterusnya. Disarankan oleh YDP (ecehh!!) untuk balik bilik saja. Dan aku baliklah. Dan... aku terasa aku ternampak sesuatu dalam keadaan mamai (terjaga masa tidur tadi) sesuatu yang tak sepatutnya aku lihat. Bila aku cerita pada Ija, dia bergurau pula tapi maksud di sebalik gurauannya = biarkan dan lupakan saja benda tu.

Dan aku terbaca sesuatu, yang mendorong aku untuk menyimpan diari. Berniat besar dah ni. Sebab menulis diari boleh membaiki penulisan kita. Yalah, kita bukannya academics yang selalu menulis. Tapi................. forget it!! Bukan tak pernah buat. Tak menjadi selalu. Buat dalam satu dua hari, kemudian buat tak reti saja diari tu wujud. Just now aku terfikir, I already have this blog. Dan blog ini pun ala diari juga. So, untuk apa lagi nak berdiari bagai? Aku bukannya pandai nak menulis untuk diri sendiri. Aku menulis untuk audien. Dan aku tahu aku sangat rajin menulis dalam blog ni. Dah 5xx entries. Itu tak termasuk yang dah dipadam dulu-dulu tu. Haha!! Dan masih ada rasanya yang dari Multiply yang belum aku pindahkan lagi.

Aku dah seminggu batuk. Teruk juga. Kahak ada sikit, tapi bila batuk, terasa macam kering saja tekak ni. Kahak degil ni. Harap saja kecil. Susah nak tanggal even batuk nak macam muntah.

Saturday, 11 June 2011

Upset Tummy

Terasa macam budak-budak bila perut sakit macam ni. I woke up very late dan lambat sangat makan. So, beginilah jadinya.

Well, kalau kat maktab pun perut sentiasa sakit juga. Perut sensitif. Makanan yang kurang bersih, selalunyalah. Boleh kata hampir setiap hari cirit birit. Hehe....

Anyway, nothing much to do today. I updated my new website. Just finishing the drafts. I uploaded 90% of the photos. But I just keep them in the drafts. Sebab malas nak buat banyak-banyak. Why the hurry?

Oh, I figured out the best way to wear pashmina that I am comfortable with dan tidak menyesakkan leher aku. Finally, for about a month of trials and error. Next is to try the same style with shawl. You know, most the the shawls are not too wide to cover the chest and give good coverage at the back. Currently, I have one which is a bit wider than the normal shawl. But it is see-through so I must have an inner too.

But, I'm not really going to wear shawl or pashmina all the time. I am still comfortable with square hijab. But sometimes, we want to wear something different kan?

Sunday, 22 May 2011

Demam Exam

Ya. Saya sedang menjejakkan kaki ke alam demam. Dan saya tak nak.

InsyaAllah sihat nanti. Nak minum air banyak2, rehat, etc.

Dan mouse saya sudah rosak. Haihhh.. baru sahaja beli.

Sesungguhnya baru melihat gambar anak kepada sahabat, dan gambar kahwin sahabat-sahabat. Maka jadi pilu serta remuk redam hati. Rezeki tu milik Allah. Dan kita hanya mampu untuk usaha. Betapa bertahun-tahun yang berlalu begini buat aku rasa sedikit bersabar dan sedikit berfikiran positif berbanding dahulu. Dan memang sangat benar, seperti ayat ke-2, surah Al-'Ankabut yang maksudnya seperti di bawah:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, 'Kami telah beriman,' dan mereka tidak diuji?

Monday, 29 November 2010

Monday Morning (^_^)

Well, selalunya aku tak rasa gembira apabila hadirnya hari Isnin, sebab malas nak ke kelas. But then, bila sedang cuti panjang macam ni, everyday is a bless, unless hari terakhir cutilah. So, today hidung ni masih berair dan sedikit tersumbat. Aku pun tak pergi jogging sebab kepala masih lagi berat sikit. But I kill the time dengan menjahit. Aku ada banyak baju yang asalnya milik orang, dan saiznya lebih besar daripada besar, so I end up repairing the bajus supaya lebih selesa untuk dipakai.

And Kecik bangun awal hari ni, jadi aku taklah kebosanan sangat. Tak seronoklah kalau tak ada kawan untuk berborak. Encik Abang sudah berminggu-mingguan sibuk dan tak ada masa. Well, dia kerja kuat pun bukan untuk orang lain juga. Kasihan juga. Sekarang ni, kos untuk buat kenduri kahwin terlalu besar. I was like, going crazy thinking about money. Even my parents sekarang pun struggling sebab Zakwan nak masuk sekolah menengah dan akan duduk asrama. Bear pun, even dapat PTPTN, kena bagi duit poket sebab elaun PTPTN sangat tak cukup, lagi-lagi dia duduk di tempat yang agak besar juga kos hidupnya. Like me, I have my own biasiswa, Angah dah kerja dan Dekli memotong getah sekarang ni. Jadi, dapatlah juga kurangkan beban Mak Abah.

Sunday, 28 November 2010

Of Kepala Berat And Hidung Berair

I'm not feeling well. Bukan demam, macam cold saja. Sekarang sedang terbaring menghadap kipas (Malaysia's becoming more hot hot and hot!) sambil hidung sroootttt... srooooottt!! Satu badan sudah bau minyak angin.

Well, hari sudah hujan. Tapi masih panas.

Aku rasa, banyak sungguh projek aku nak buat sekarang ni. Projek nota, buku, baju, menulis. Tapi, sikit saja usik. Kemudian jadi confuse mana satu nak buat. Dalam satu masa, banyak sungguh perasaan berbaur. Dalam satu masa lagi, aku hanya nak relax dan watch tv.
Jadual boleh buat, tapi I don't think jadual pernah berfungsi dalam hidup aku.

Tapi yang paling rancak projek baju-lah. Sampai tidur dengan mesin jahit dah ni. Sekarang sedang tunggu kain untuk baju uniform Puteri Islam untuk jahit tepi. Dapat nanti (esok mungkin), bolehlah bergerak aktif semula.

Emm, nak tidur. Kepala rasa sangat berat dah.

Saturday, 30 October 2010

Coretan Sebelum Tidur

Hari ni, aku rasa macam sedikit kosong. Cepat berlalu. Sakit kepala yang sekejap datang, sekejap hilang, hati yang mudah terusik, perbualan dengan kenalan lama, terbunuh cicak secara tak sengaja; semuanya rasa macam agak menyiksa jiwa.

Aku nak risau tentang exam yang akan datang, betapa banyak lagi yang aku tak baca lagi dan aku tak tahu langsung berkenaan apa, tapi aku tak mampu nak risau. Entahlah, better just read through the book; make the notes later sebab masa sudah suntuk, tambah dengan batuk dan sakit kepala ni, tak mampu nak buat semuanya on time.

Beginilah, bila sakit datang dalam keadaan yang tak terduga, masa kesihatan itu amat diperlukan, untuk lulus exam, demi untuk masa depan. Just pray to Allah, semoga diberi kesihatan, ataupun kemudahan melalui masa sempit ini, sebab Allah yang beri semua ni, He wants us to come closer to Him and pray to Him, remember Him all the time; He knows the best for us. Dan sakit ini juga adalah penebusan dosa-dosa lampau yang tak terkira banyaknya. Be positive kan? Siapa tahu kalau-kalau aku sihat, aku terlalu berfoya-foya thus menambahkan lagi dosa yang sedia ada ataupun menjadikan aku seorang manusia yang berhidung tinggi kononnya mudah sangat subjek ni aku boleh buat pejam mata je?

Semoga kita selalu dalam perlindungannya. Orait, mari kita tidur dan berehat. Esok banyak lagi yang perlu dikejar.