Showing posts with label cerita mimpi. Show all posts
Showing posts with label cerita mimpi. Show all posts

Thursday, 3 February 2011

Spending A Night At Rumah Wan

Wan demam. Jadi Mak ajak tidur sini, nak jaga Wan. Jadi, aku beranikan diri untuk tidur di sini. So far...okaylah.

This morning, Abang and his family is going to Tapah, meminang, untuk Lanun. That's his nephew's nickname at school. Rasanya tak ramai yang tahu nama betul Lanun tu. I don't, even being told lots of times, sebab nama Lanun tu dah lekat dalam kepala. Never thought that that Lanun is going to be my nephew-in-law. Ahhhhhhh...... kelakar pula rasa.
Semoga mereka selamat dalam perjalanan. Itu baru nak pergi meminang, bertunang. Nanti kahwin nanti kena pergi lagi. Jauh woooo...

Anyway, malam tadi tidaklah menyenangkan. Walau tak ada cerita mimpi yang menyeramkan seperti malam sebelumnya, tapi terjaga juga beberapa kali malam tadi. Kurang seronok terjaga tengah-tengah malam gelap dan tak nampak apa yang ada disekeliling. Kenapalah orang boleh tidur lena dalam gelap. Aku tak boleh langsung nak tenang tidur dalam gelap.

Oh, last night memang stress. Mimpinya. Makhluknya tak ubah macam makhluk yang merasuk orang di Anggerik pada hujung tahun lepas. Memang menggeletar jugalah masa tersedar tu. Thanks to my phone sebab berbunyi dan bergetar yang mengejutkan aku. Simptomnya sama macam orang kena tindih; tak boleh nak bergerak langsung dan mengharapkan orang dikeliling untuk gerakkan.

Dan pagi-pagi lagi budak-budak ni dah bising. Tapi bagus juga, senang nak jaga.

Seronok pagi-pagi di kampung ni. Budak of course ramai, sejuk dia memang superb! Kalaulah boleh duduk sini. Cuma malam sajalah yang tak seronok. Macam-macam binatang boleh ada.

Tapi hari ni balik rumah dahlah. Homework tak siap lagi, tak ada mood nak buat. Dan hari ni dah Khamis. Cuti dah nak habis. Kurang seronok.....

Wednesday, 20 October 2010

Cerita Mimpi : Inchuk

Ini cerita mimpi aku. Jangan percaya.
Satu dokumentari telah diadakan untuk menemuramah satu kaum yang diberitakan telah membunuh sekumpulan penyamun yang telah menyerang kampung mereka. Kaum ini dinamakan Inchuk, dan kampung tempat tinggal mereka ini seperti satu kota lama besar yang berdindingkan batu-batu gergasi seperti mana yang ditemui pada kota-kota dan kubu yang digunakan pada zaman dahulu. Kaum ini tinggal secara terpencil disalah satu negara di Eropah.

Kaum ini telah mengejutkan benua Eropah atas pembunuhan sekumpulan penyamun, kira-kira 20 orang yang telah menyerang kota mereka, dan pembunuhan itu telah dilakukan hanya oleh dua orang pemuda dengan hanya bersenjatakan tombak (spears).

Melalui kajian daripada beberapa orang pengkaji, kaum itu masih lagi mengamalkan cara hidup pada zaman feudal, akan tetapi masih mengikuti peredaran masa walaupun ketinggalan dalam 10 tahun ke belakang. Namun begitu, kaum ini begitu mahir menggunakan senjata, sama ada senjata lama seperti tombak dan pedang, mahupun senjata moden seperti pistol dan senapang. Maka tidak hairanlah penyamun-penyamun itu berjaya ditumpaskan dengan mudah oleh hanya dua orang pemuda.

Menurut kajian tersebut, pemuda kira-kira 15 tahun hingga 25 tahun merupakan golongan yang paling ramai di antara kaum tersebut. Pemuda-pemuda ini seperti tidak tertarik pun dengan trend dan ikutan zaman sekarang, malah menjadi kekuatan utama kaum tersebut. Didapati juga, kaum ini begitu kuat pegangan agamanya dan merupakan pendorong utama bagi kaum ini dalam meneruskan hidup mereka melawan arus dunia sekarang. Juga didapati, kebanyakan kaum ibu tinggal di rumah menjadi surirumah dan merupakan golongan agama yang paling kuat berbanding lelaki.

Seorang wartawan dengan berani cuba untuk menemuramah kaum itu, akan tetapi tidak mendapat keizinan, malahan diberi amaran oleh seorang pemuda yang kelihatan berusia kira-kira 20 tahun,' Kami tidak meminta apa-apa dari kamu. Jadi adalah lebih baik kamu pergi dan tidak mengganggu kami.'

Begitulah kaum yang hidupnya tidak menghiraukan peredaran masa yang dianggap hanya menghancurkan, malahan percaya bahawa agama merupakan tunjang dalam membentuk insan yang kuat dari segi jasmani mahupun mental. Yang lebih menarik ialah peranan kaum muda dalam mempertahankan dan membina bangsa tersebut.

Aku tak tahu kenapa aku boleh bermimpi tengok dokumentari dalam tv. Ini kali pertama aku mimpi macam tu, tapi sangat menarik. Rasa-rasa logik tak kalau bangsa kita boleh jadi macam tu?

Tuesday, 11 August 2009

Lagi Lapan Hari

Aku sebenarnya, tak perasan lagi seminggu lagi nak balik.

Aku dua kali menangis hari ni. Rindu, dan mimpi buruk. Orang yang dalam mimpi tu, paling rapat dengan aku, meninggal. Sedihlah kan? Dan aku tengok ada orang pegang pisau yang berdarah dalam mimpi tu. Dan aku tahu orang tu memang jenis panas baran macam tu. Risau.

Kenapa selalu fikir benda yang tak elok saja?