Monday, 9 August 2010

Keadaan Air Yang Menyedihkan

Entahlah. Bak kata Mak 'nak buat macam mana. Jimat-jimatlah air yang ada tu.'

Ini namanya dugaan Allah. Orang istimewa saja Allah duga banyak-banyak ni. Sebab Allah nak tingkatkan darjat kita, nak hapuskan dosa-dosa kita. Jadi, bersyukurlah.

Well, itu ayat selepas rasa macam.... penat sangat. Letih rasanya nak hadapi banyak masalah dalam masa yang singkat. Memang sangat penat. Fizikal dan emosi dua-dua diuji. Dan saat tu juga iman tu rasa macam nak tercarik-carik.

Baik, mari sambung buat kerja.

Arab & Aidit - Warna Hampa

Baru saja discover lagu ni. Biasalah, in one album, orang selalunya dengar lagu 'hit' saja. Anyway, lagu ni adalah track terakhir dalam satu-satunya album Arab & Aidit, iaitu Anak Alam pada tahun 1991.



Warna Hampa

Untuk apa lagi bicara
Jika kosong belaka
Memebakar rasa hati jiwa
Terasing rebah dalam kepasrahan
Terlontar ku tiada berhaluan.

Untuk apa lagi setia
Jika masih curiga
Menimbul hiba dan kecewa
Dalam arena yang penuh berliku
Menjadi laungan cinta yang palsu.

Keindahan tiada lagi kurasakan
Kau bunga yang megah
Pasti berubah
Sehingga terlupa ditelan alpa
Aku jadi melara.

Untuk apa lagi bersama
Kasih telah tiada
Rinduku pudar warna hampa
Apalah ertinya persahabatan
Jika masih bertopeng kebendaan.

(solo)

Jiwaku resah meronta
Jiwaku parah tersiksa
Kau manusia yang berpura
Hentikanlah lakonanmu
Yang mengambil kesempatan
Tanpa belas kasihan.

Keindahan tiada lagi kurasakan
Kau bunga yang megah
Pasti berubah
Sehingga terlupa ditelan alpa
Aku jadi melara.

Untuk apa lagi bersama
Kasih telah tiada
Rinduku pudar warna hampa
Apalah ertinya persahabatan
Jika masih bertopeng kebendaan.

What Is Going On In Here

I still have love for my past. Love dear, not just like.

Why is that happen? Well, the best reason is I am not a good example of people who are istiqamah in everything that they do. And I tend to react on situations, rather than being cool and let everything just go.

And I have lots of situations; well, everybody has. I'm not the only one suffering.

No, I ain't blaming anyone; just me. Just... how weak I am. How... fragile I am. Damn!! I ought not to be like that again.

One time, I dare to say, I don't want to be a Muslim anymore. Why is that? Because of people's expectations. I dare to quit studying because of people's expectation, before. Yeah, I'm at that level.

I can't make people shut their mouth. And I know, there is something wrong in here (sambil tekap dada); in my heart. I pray and pray a lot, please Allah, make me strong. I want to be a Muslim, I want to be a good person, because that's the way You will accept me.

I should just be deaf, so I can hear nothing. And heartless, so I can cool down each time everything comes upon me. But I can't.

Allah is testing me. I suppose to know that.

Saturday, 7 August 2010

Main Gitar



Ini gambar bekas gitar aku. Bekas tu maksudnya aku dah jual pada orang lain. Gitar ni kecil berbanding dengan gitar biasa. Sebabnya aku ni kecik, tangan pun pendek. I really love guitar, followed by drum, next is bass. Masa aku beli ni, aku memang nak belajar main gitarlah. Anip jadi cikgu, tapi pernah belajar sekali saja. Sebabnya, aku give up. Kadang-kadang tu, ada note yang perlu dicover oleh kelima-lima jari. Jari kelingking aku tak boleh nak bengkok mengikut arahan yang diberi oleh otak aku. Dan kalau dia bengkok pun, sakit. Setelah beberapa lama, aku give up untuk belajar. Dan aku pun masa tu nak balik Malaysia dah, so better jual saja.

Baru-baru ni, masa aku cari kain pasang untuk baju raya, melintas depan kedai alat musik. Adalah nampak gitar dan bass bergantung dalam kedai tu. Sayu saja tengok. Dalam hati teringin nak main, tapi tak boleh. Hehehehehe... macam apa-apa entah.

Maybe that's why I love rock so much. Dengar bunyi gitar ngengggg ngengggg tu rasa syok habis.

P/S : Tengah layan Earthshaker T-O-K-Y-O 'tokiyo!!! aoooooo.......'

P/S : Anip sekarang dah jadi professor... uni mana tah, aku lupa dah.

Anak-Anak

Program Semarak Kasih, or whatever it is called, we in here supposed to be their 'kakak angkat', and take care of them in their two days in here. Me and Ija got one, named Salia, but after 5 to 6 hours of waiting, she didn't come. Demam.

How disappointed I was. Slow-slow jalan balik bilik, sampai saja bilik, air mata mencurah-curah. Tapi akhirnya berkongsi kasih dengan jiran sebelah. Hehe...

Her name is Wak Jadi, Ita called her Diey (ini, dia saja nak mengenakan sesetengah orang). She is very shy, I heard she speaks just once when she was with her friend, Wak Pulang yang dijaga oleh jiran sebelah punya jiran sebelah. Not really understand Bahasa Melayu. And oh, she's from Lenjang.

Mengikut cerita Ija, students from Lenjang mula-mula naik bot dari kampung mereka. Then naik lori hingga ke Betau. Mereka sepatutnya naik bas yang disediakan maktab untuk ke sini, tapi terlepas, jadi mereka continue naik lori sampai ke maktab. Budak-budaknya kecil-kecil belaka. Kami masa menunggu tu, rasa kesian sangat, dan aku pun jadi teruja amatlah menanti diaorang ni. (That's one of the reason rasa hampa bila 'anak' aku tak datang.)



Anyway, yang pakai topi tu Jadi, yang pakai tudung tu Pulang. Mereka ni kawan baik di sekolah. Ada lagi seorang, namanya Wak Nena. Tapi duduk di blok lain. Semalam kami cari, tapi tak jumpa. Ni berhias ni sebab ada pertandingan pakaian beragam. Sebenarnya Jadi tak dapat masuk sebab datang lambat, tapi kami suruh Ita pergi menyelit, bawa naik ke pentas. And terpilih dan menang hamper. Pada awalnya Jadi tak nak masuk. Penat agaknya. Malam tu dia demam.



Ini gambar Jadi dan Ita. Hadiah disampaikan oleh Tengku Puan Pahang. I heard Tengku said, 'macam Micheal Jackson' sambil gelak-gelak dengan Puan Razimah atas pentas tu. Well, Jadi memang lain sikit dari orang lain last night.

Hari ni diaorang nak balik dah. Rasa macam sekejap sangat diaorang kena duduk sini.

I'm gonna miss them.

Wednesday, 4 August 2010

Size Does Matter

Ramai juga yang menegur aku terlalu kurus. Well, not intentionally saja nak jadi kurus. Size ni maintain, makan banyak atau kurang tetap macam ni, berat pun tak berubah.

Ramai di luar sana, terutama perempuan yang sangat fobia berkenaan saiz dan berat badan ni. Just bear in mind, untuk apa saiz yang kecil andai ada penyakit atau sentiasa tak sihat? And most of the girls I met, size mereka okay. Just fine. Yalah, manusia susah nak bersyukur kan? Nak cari baju yang padan, senang. Nak cari kasut yang padan, senang. Cuma bila ada kawan yang kurang sikit berat badannya dari kita, kita dah jadi susah hati. Padahal, dia ringan sikit sebab badan dia memang kecil.

One day, bila umur meningkat, anak dah besar-besar, dah tak kisah dah saiz macam mana. And if size really matters, jagalah terutamanya bila lepas bersalin. Dan jangan jadi malas. Jangan sampai suami tegur baru nak mula.

For me, tak perlu beria-ia nak diet sampai kesihatan terganggu. Kita bukan nak jadi model. Kita nak jadi sihat. Dan lain kali, kalau nak banding-banding, bandinglah BMI. Rasanya lagi logik kot daripada nak banding-bandingkan berat badan macam tu aje.

Sakit Kepala, Tekak, Badan, Hati

Sakit kepala dan badan itu, sebab angin attack. Tak boleh minum kopi, tapi minum juga. Well, ubat sebenarnya, kind of. Itu pun sepatutnya 2 kali sehari, aku minum sekali sehari saja. Kalau tak, mau pengsan angin menyerang bertubi-tubi.

Sakit tekak ni, entahlah. Kering sangat kot. Minum air dah banyak dah, kena minum banyak lagi.

Sakit hati pula sebab internet agak slow. Tengah download video dari Youtube, untuk materials for Science Exhibition next week. Sebelum download, Firefox ada masalah entah apa tah. Lepas ni aku nak install semulalah benda ni. Even jarang sangat guna Firefox, tapi sangat berguna untuk download banyak benda.

Emm, dah lama blog aku tak bertukar wajah. Header tu sebenarnya untuk blog MinahRok. Tapi aku dah malas nak sambung siri tu. Jadi aku guna saja untuk blog ni. Dan, aku kembali ke 'langsirkalerbiru'!! Hati dah terubat mungkin, dari kesedihan masa lalu. Dan sekarang aku tengah transfer entri-entri yang ada di Multiply. Sayang sangat, entri aku sejak 2007 dah pun aku delete. Dalam sebulan aku selalunya taip 50 - 60 entri, kali 12 dah 720. Kemudian kalau darab 3, dapat 2160. Memang sangat banyak. Tapi itulah, dulu cepat sangat berasa hati, tertekan, ikut perasaan etc. Semua kena delete, konon nak lari dari semua. Hehe...

Itu zaman muda yang banyak pancaroba. Sekarang pun banyak, cuma dah cool down sikit.

Minggu ni aku rasa minggu paling tak best. Esok ada PJ 3 jam, Jumaat ada Pedagogi 4 jam dan tak boleh nak balik rumah sebab ada kelas ganti pada hari Sabtunya. Tapi mungkin balik juga petang Sabtu nanti, depends pada keadaan.

Okay, nak sambung usha handbags di Amazon UK. Sangat thrilled okay!!

Tuesday, 3 August 2010

Gila Shopping

I am crazy about shopping right now since I decided not to buy a new laptop replacing mine yang dah rosak.

First is clothes. I bought 3 pasang of kain baju kurung. Supposedly for Raya, but then usually I wear only a pair for Raya Puasa and Raya Haji, so the rest are just saja-saja nak beli. Well, better for me to buy baju kurung than baju biasa-biasa macam blouse atau t shirt because I know I rarely wear t shirts. Yang sedia ada pun tak terpakai. Kalau baju kurung akan tahan sampai 10 atau 20 tahun lagi, so beli baju kurunglah!!

Second is handbags. Or bags. Tote bags is okay. I am now collecting bags. Senang nak padan dengan mana-mana baju yang ada. Nak beli various colours and style and sizes. And my eyes sekarang berkenan dengan 2 biji beg yang maybe akan tempah this weekend if balik rumah.

Next is kasut. Ohh, rasa macam rambang mata masuk kedai kasut. Next time aje la, bila rasa enough money to buy one. Well, memang cukup. Tapi kena fikir juga untuk masa depan.

Sejak nak jadi cikgu ni, rasa macam lain macam pula nak melawanya. Even taklah sangat melawa. I just love it. Having lots of money memang seronok. Plus aku agak bahagia sekarang. Jadi lebih seronok.

Tapi kena ingat. Ada benda yang lebih memerlukan.