Oit!! Jangan fikir bukan-bukan ye.
Aku sedang melepak atas katil, dari siang tadi. Sekali sekala bila perlu ada jugalah bangun dan bergerak ke tempat lain seperti tandas contohnya. Dan sekali sekala adalah cuba untuk duduk tetapi selepas 10 minit nescaya aku berdebuk jatuh ke atas tilam sebab kepala tak tahan duduk tinggi sangat daripada anggota badan yang lain. Dia gayat, lepas tu mulalah nak loya-loya.
I was told to go to sleep, but then dalam kepala ni asyik fikir 'next week exam. Aku tak habis study lagi.' Kemudian kepala mulalah menerawang perkara-perkara yang tak patut dan membawa kesan emosi yang negatif seterusnya melayakkan airmata untuk mengalir membasahi pipi.
I want to read, I want to write. Tapi keadaan sungguh tidak mengizinkan. Setakat ni hanya bahan bacaan yang amat ringan saja yang mampu untuk melepasi halangan ni.
Tadi melihat gambar kawan-kawan semasa di kolej. Rindu saat tu, zaman tu. Dan seterusnya mengenang kembali zaman gila-gila dulu. Kenapa ye, semasa tu bukan aku tak tahu salah ataupun tidak, tapi masih juga buat. Dan kenapa ye, masa tu aku tak boleh nak tahan mengantuk dan terus-terusan tak ke kelas berbulan lamanya sedangkan di sini hanya beberapa kali saja aku ponteng, itu pun bersebab.
Adakah kerana suasana yang sangat skema? Ataupun kerana pengaruh usia menyebabkan aku mampu untuk tidak main-main lagi? Atau adakah kerana faktor dah-tua-tak-habis-belajar-lagi-orang-lain-dah-mula-kerja-kawin-ada-anak-ko-still-belajar-lagi berjaya memotivasikan aku untuk tak ponteng walaupun mengantuk gila tak tidur malam tu?
Sesungguhnya mengenangkan kejahilan di masa lalu selalu membuat aku rasa nak saja diputarkan masa kembali ke zaman itu maka dapat aku betulkan apa yang salah, yang pincang dan yang keterlanjuran. Okay, zaman itu aku bangga aku jadi macam bohsia. Well, sebab orang tak berani buat benda yang aku berani. Berani tak bertempat. Really, I was such a stupid person.
Okay, sekarang pun taklah baik sangat pun. Selalu saja buat jahat. And sometimes aku rasa gembira jadi macam dulu. Dan ada saja perangai lampau yang dah jadi macam habit dan sukar nak kikis. Tapi sorok lama-lama pun perangai huduh tu akhirat nanti semua orang tahu. Okay, itu sangat memalukan dan aku betul-betul nak stop.
Aku ada terfikirlah nak jadi gorgeous sikit, tapi rasa malu pulak.
Sejak bila aku jadi pemalu?
No comments:
Post a Comment