Saturday, 14 August 2010

Keluhan

Aku baru membaca keluhan seorang sahabat, yang baru saja memulakan program KPLI. Memang menyedihkan. Yes, mentaliti dan suasana sungguh berbeza daripada di UK dulu. Apa yang aku boleh simpulkan, ikutkan saja dan diamkan diri. Kalau bersuara, diri sendiri yang akan susah. Tapi andai punya kekuatan, jadilah orang yang lantang dan ubahlah manusia di sekeliling kepada yang lebih baik.

Teringat zaman di kolej. Aku bukan orang yang bijak. Sikit pun tidak. Apa yang aku dapat sekarang ni purely rezeki. Tiap masa aku give up untuk belajar. Dan tiap masa itu juga Allah hantar 'back-up' untuk aku. Berada di mana-mana, dengan orang-orang yang pandai, dan diri yang dah tak mampu nak berfikir, melemahkan semangat.

Sesungguhnya manusia tu sama. Bezanya pada iman dan taqwa. Pangkat, tinggi mana pun, tetap manusia biasa. Jangan bangga dengan kedudukan, harta dan ilmu yang ada, sekejap saja Allah boleh tarik.

I just hope I will be strong enough to be here.

Friday, 13 August 2010

Cool Hair Style


pic credit: www.muzikrock.com
Salah satu anggota kumpulan Fotograf. Aku suka style rambut macam ni, dan selalunya aku buat rambut macam ni.



pic credit: http://lagendarock.com
Man Rani, bassist SYJ dan Sofea. Ini zaman SYJ. Rambut panjang biasa, tapi still nampak cool, pada aku la.




pic credit: http://picsdigger.com/image/c0deccce/g
HIDE, bekas gitaris X-Japan. Memang gilalah rambut ni. Satu hari nanti, aku nak cuba buat style ni.

Mansuh Tak Mansuh Itu Kerja Orang Atas

Aku nak kata 100% setuju UPSR & PMR mansuh ni, tidaklah. Bak kata kebanyakan orang, modify mengikut keperluan semasa. Yalah, sekarang ni ibu bapa ramai yang mendesak anak dapat gred A. Kalaulah boleh, semua subjek yang ada, semuanya nak ambil. Kalau yang jenis pintar cerdas tu, biarlah. Tapi bagi yang lemah? Yang berkeperluan khas? Yang mahir dalam amali dan praktikal tapi lemah dalam menjawab soalan peperiksaan?

Semuanya kena kira. Make it 40-50% kerja kursus dan projek, a small proportion on monthly test or regular observations, and the rest on exams. Maka yang lahirnya, pelajar yang berkualiti dan punya tenaga kerja yang mahir. Bukan graduan atas kertas semata-mata.

Di kawasan perumahan aku ramai sangat dah yang berhenti sekolah. Bukan sebab miskin, atau bodoh. Tapi dah jemu.

Kalau budak-budak dah malas dan jemu nak belajar, macam mana dengan masa depan? Yang rosak itu MUSLIM. Bukan orang lain.

Second Day Passed..

Today, rasa letih juga. Angin. Tidur dengan amat lena sekali. Mujur mampu nak bangun juga gagahkan diri ke usrah.

Rasanya, hari ini hectic juga seperti semalam. Masa sangat cepat berlalu. Terkejar-kejar nak buat itu ini. But I think it is better for me to do stuffs like these past two days, rather than mengadap laptop dan buat homework or essays or answer questions semata-mata. Lebih penat memerah otak daripada memerah tenaga.

Haha..aku pernah cakap ayat yang sama masa aku kerja jadi cleaner di Caltex dulu. Waktu-waktu yang agak seronok bagi aku, walaupun penat. Masuk kerja jam 3, then kerja sampailah jam 7 non-stop, kemudian rehat dan makan (kalau tak ada costumer), dan kemas semula kedai. Jam 11 lebih sikit, balik rumah. Sampai rumah, melepak tengok tv atau buat apa-apa sajalah, sampai ke Subuh. Kemudian tidur sampailah tengah hari.

Bagaimana penat pun fizikal, tak sama dengan penatnya mental. Kalau kita tengok orang yang kerjanya buat research, ataupun study for final exam; lebih penat daripada buat kerja-kerja fizikal atau bersukan. Our brain sangat fragile. Penatnya boleh effect badan sekali.

That's why bila kita tengok orang yang mempunyai masalah emosi dan mental, nampak lesu. Tenaga tak ada, semangat pun hilang.

Thursday, 12 August 2010

Tormentor - Cry War

Aku tak boleh nak up lagu ni, nanti ada orang marah. Tapi seriously kali pertama dengar memang layan gila. Love the musik. Cool and boleh bikin kepala goyang. Hehe.. kalau nak cuba dengar, cuba google. Aku ada jumpa dalam Youtube, tapi bunyi burok. By the way, ni lirik yang aku jumpa.

Cry War

All night you can feel all the blood it runs
Dying from the death of the machine gun
Crying on a field without mercy
Death in your eyes you have never seen
Torment all the priests on earth
Quarter all the enemies tonight
Nail all their corpses to the cross
Choose the dirty laughing from your face
Cry war
Flashlight is taking all the flash from your face
Torture feels like the fastest black race
Dying everyday it is the same
Laughing about the corpses in this game

Wednesday, 11 August 2010

Here Goes The First Day....

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga keberkatan yang ada di dalam bulan ini kita rasai bersama dan sama-samalah kita ambil kesempatan untuk memperbaiki diri dan amalan kita, supaya menjadi manusia dan muslim yang baik dan paling penting, bertaqwa.

Aku taklah nak cakap banyak sangat kali ni. Sementara nak set-up 'attach file' di e-mail, nak bercerita berkenaan hari pertama berpuasa di sini. Sebenarnya, sejak semalam sibuk dan tak fikir sangat nak berpuasa. Plus, aku memang ada tabiat tidur siang, dan siang tadi sangat perlu tidur sebab malamnya aku tidur jam 5.30. So, basically aku rasa sangat penat.

Puasa kali ni, rasanya macam puasa zaman kolej dulu, ie disebabkan TAKNAK ke surau dan TAKNAK solat Maghrib dulu baru makan, aku berbuka dengan MAGGI selama sebulan. Makan nasi hanya waktu sahur. Tapi bagus jugalah ada dewan makan. Makanan memang terjamin ada, dan sedap. Sekarang ni, bukanlah macam dulu sampai BENCI surau. Cuba untuk ke surau. Memang sangat malas. Dan rasa lagi berbaloi duduk bilik buat kerja, ataupun just melepak. Tapi, orang bodoh saja yang masuk lombong emas tapi tak bawa keluar emas walau sedikit pun. Itu, perumpamaan yang seorang lecturer aku bagi. Ramadhan kali ni, aku harap dapatlah tarawih sekurang-kurangnya 5 hari. Rasanya dah 7 tahun tak tarawih. Kali terakhir kalau tak silap aku masa di SHAH dulu.

Berbuka puasa hari ni, mengingatkan aku zaman hidup di UK dulu. Makan apa saja yang ada. Berhari-hari tak makan nasi itu adalah biasa. Kerjanya hanyalah mengadap laptop. Makan bila rasa nak makan saja. Bukan perkara penting.
About the same here. Bezanya dulu berpoya-poya, sekarang ni mengadap laptop buat kerja yang bertimbun-timbun.

I just hope, akan ada perubahan bagi diri aku selepas Ramadhan kali ni. Dan mula dari Ramadhan lepas, aku mula dan cuba biasakan diri dengan tudung labuh. Alhamdulillah setakat ini okay, dan harap Ramadhan kali ni akan tetap hati aku untuk bertudung labuh. That's physically. Dalamannya, yang pertama sekali agak aku teguh hati untuk jadi seorang muslimah dan tak kembali jadi jahat balik. And the rest will follow.

Monday, 9 August 2010

Keadaan Air Yang Menyedihkan

Entahlah. Bak kata Mak 'nak buat macam mana. Jimat-jimatlah air yang ada tu.'

Ini namanya dugaan Allah. Orang istimewa saja Allah duga banyak-banyak ni. Sebab Allah nak tingkatkan darjat kita, nak hapuskan dosa-dosa kita. Jadi, bersyukurlah.

Well, itu ayat selepas rasa macam.... penat sangat. Letih rasanya nak hadapi banyak masalah dalam masa yang singkat. Memang sangat penat. Fizikal dan emosi dua-dua diuji. Dan saat tu juga iman tu rasa macam nak tercarik-carik.

Baik, mari sambung buat kerja.

Arab & Aidit - Warna Hampa

Baru saja discover lagu ni. Biasalah, in one album, orang selalunya dengar lagu 'hit' saja. Anyway, lagu ni adalah track terakhir dalam satu-satunya album Arab & Aidit, iaitu Anak Alam pada tahun 1991.



Warna Hampa

Untuk apa lagi bicara
Jika kosong belaka
Memebakar rasa hati jiwa
Terasing rebah dalam kepasrahan
Terlontar ku tiada berhaluan.

Untuk apa lagi setia
Jika masih curiga
Menimbul hiba dan kecewa
Dalam arena yang penuh berliku
Menjadi laungan cinta yang palsu.

Keindahan tiada lagi kurasakan
Kau bunga yang megah
Pasti berubah
Sehingga terlupa ditelan alpa
Aku jadi melara.

Untuk apa lagi bersama
Kasih telah tiada
Rinduku pudar warna hampa
Apalah ertinya persahabatan
Jika masih bertopeng kebendaan.

(solo)

Jiwaku resah meronta
Jiwaku parah tersiksa
Kau manusia yang berpura
Hentikanlah lakonanmu
Yang mengambil kesempatan
Tanpa belas kasihan.

Keindahan tiada lagi kurasakan
Kau bunga yang megah
Pasti berubah
Sehingga terlupa ditelan alpa
Aku jadi melara.

Untuk apa lagi bersama
Kasih telah tiada
Rinduku pudar warna hampa
Apalah ertinya persahabatan
Jika masih bertopeng kebendaan.