Friday, 14 August 2009

Sudah Hari Jumaat

Penghulu segala hari, dan juga harapan semoga hari ini lebih baik dan ceria daripada semalam, juga seterusnya.

Be happy beb, after all the things that bothered you yesterday!!

Apa pun, kepala aku agak sakit sekarang. Normal things bila aku menangis, dengan beria. I thought 'histeria' aku datang semula semalam. Nahh.. just screaming a few times, without that feeling, harted, bursting out. Just sad. Funny how me can easily offended by remembering that kind of thing.

Oh ye, sekarang ni, hidung aku sakit. Dalam lubang hidung aku, bahagian dalam (area batang hidung), ada satu tempat yang merah dan membengkak. Aku tak tahu sebabnya, tapi aku perasan sakit sejak selasa baru ni, cuaca panas sangat. Tapi aku ingatkan sakit sebab luka. Selepas aku tengok-tengok (kena pakai lampu suluh juga), nampaklah ada benjolan dan merah. Aku tak pasti apa, ada kemungkinan bisul.

Aku selalu ada bengkak-bengkak pada ketiak. Kadang-kadang bisul. Sebelum ni ada bengkak yang besar juga, aku kira nak jumpa GP kalau tak surut, takut simptom breast cancer. Mujur dah surut. Tiba-tiba dalam hidung pula?

Anyway, nanti siang mahu keluarlah. Ada barang yang aku kena pulangkan, juga menjengah ke kedai cina cari megi (jenama KOKA, made in Singapore) beberapa bungkus untuk bekalan tengah malam bila tengah kebulur, juga ke kedai india beli pepsi sebotol dua buat perasa tekak. Masa angin aku tengah banyak, masa tu stok tak ada. Duit pun kena jimat-jimatlah. Ada dalam 3-4 pound je ni. Another 10 aku nak save untuk keperluan kot-kot berat beg terlebih sikit masa nak check in nanti. Kali terakhir aku timbang sedang elok 20kg. Tapi tak mustahil kalau terlebih sikit. Kalau akak kaunter tu baik hati, lepaslah aku. Lebih 1kg GBP5 ok. Mahal!!

Ada juga terfikir nak tukar berat beg, ambil 30kg, boleh bawa balik banyak lagi barang. Boleh bawa balik bantal busyuk, baju, buku. Sekarang ni aku bawa baju kemeja (sebab ringan) 4 helai saja. Seluar pun sama. Tak ada baju lain.

Untuk bawa beg yang sedia ada ni, memang dah cukup berat dah. Tapi setakat tarik ke stesen bas, boleh slow-slow. Ambillah dalam 45 minit, cukuplah untuk tarik dengan perlahan, ambil boarding pass dan berehat sekejap. Aku sangguplah sakit sikit.

Tapi, itulah, seluk kocek kiri, seluk kocek kanan, habuk saja yang ada.

Aku Rasa Jiwa Aku Kacau Sekarang

Aku 'tercerita' tentang sisi gelap keluarga aku, yang selalu aku tak fikirkan wujud. Dan bila aku fikir dan ingat, dendam dan amarah yang terbuku dalam lubuk paling dalam di dalam hati aku meluap-luap. Perasaan untuk membunuh itu datang kembali.

Tolonglah tidur, dan tolonglah lupa.

Aku rasa berat hati nak balik rumah.

Thursday, 13 August 2009

Rabbani - Muhammad Ya Habibi

Inna liLlahi wa inna iLaihi raji'oon, atas kembalinya Ustaz Asri ke rahmatuLlah pagi tadi. Sungguh, Rabbani dikenali dengan lagu yang agak agak rancak jika dibandingkan dengan lagu-lagu nasyid yang lain. Waktu mereka mula menggunakan khidmat KRU, memang dikritik oleh banyak pihak, kerana nasyid sinonim dengan irama yang perlahan dan syahdu. Tapi atas usaha mereka, golongan remaja khususnya lebih mendekati irama nasyid, dan insyaAllah sedikit sebanyak mengembangkan usaha dakwah Islamiyyah.

Yang pergi tak kembali, itu adalah salah satu lagu yang agak dikenali bagi rakyat Malaysia. Aku kira ramai yang sedang mendengarkan lagu itu dalam masa sekarang ni.

Tidak dinafikan suara Ustaz Asri memang merdu dan 'meremang'. Aku suka bila bahagian beliau bertakbir raya, tiap kali disiarkan di kaca televisyen.

Enough the story, doakan semoga rohnya dirahmati Allah, dan ingatlah, kematian itu pasti akan tiba, kerana usia kita bukan saja makin bertambah, malah semakin singkat setiap saat yang berlalu. Kematian itu untuk kita menginsafi diri, bukan meratapi mereka yang telah pergi.

Ini adalah lagu Rabbani yang aku suka. Aku punya sedikit kecenderungan pada nasyid berbahasa Arab, berbanding bahasa Melayu atau Inggeris. Feel free to listen.


Wednesday, 12 August 2009

Apa Beza Pengguguran Dengan Dera Anak Sampai Mati?

Aku ada baca berita, tentang sepasang kekasih yang mendera anak mereka sehingga mati. Mereka disabit dengan kesalahan tersebut, beserta dengan adik (atau abang) si lelaki. Ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun, hukuman sampingan aku tak pasti. Tapi, apa yang dikatakan di dalam berita tersebut, adalah keadaan ketiga-tiga mereka apabila sudah habis tempoh hukuman. Ini kerana, mereka terdedah dengan 'ancaman' daripada masyarakat, yang masih lagi sangat marah dengan kesalahan mendera hingga membunuh itu. Jadi, mereka bertiga mungkin akan bertukar identiti, diberi tempat tinggal juga bantuan kewangan. Maka, pembayar cukai (ie masyarakat Britain) kena 'tanggung' hidup mereka. Adil ke?

Tapi option yang lain, adalah penjara seumur hidup.

Masyarakat marah, sebab kekejaman yang mereka lakukan. Kliksini untuk berita penuh.

Apa bezanya dengan orang yang menggugurkan kandungan? Adakah sebab bayi itu masih belum cukup sifat, masih belum keluar lagi ke dunia, maka tidak dianggap sebagai satu makhluk hidup? Benar, dalam sesetengah kes, pengguguran dibenarkan demi menjaga nyawa ibu. Tapi kalau dilakukan kerana belum bersedia, akan kurang menarik, ataupun tak tersengaja (atau dalam kes masyarakat kita, terlanjur), adakah wajar untuk diberi kebenaran?

Ada satu buku yang aku baca, tentang perlunya manusia kepada agama, kepada Islam, kepada Allah. Kerana agamalah, manusia tahu antara yang betul atau tidak, bukan sekadar berdasarkan kepada perubahan zaman dan logikal semata-mata.

Tetapi, lihatlah dalam kes penderaan bayi ini, kesalahan diletakkan atas bahu ketiga-tiga pesalah. Tapi dalam kes pengguguran bayi, kerana gaya hidup mereka yang tidak mementingkan ikatan perkahwinan itu, terjadi bayi-bayi yang tidak disengajakan, mereka memberikan alasan-alasan tertentu berdasarkan kepentingan hidup mereka.

Perkara ini tidak menghairankan dengan keadaan masyarakat di Barat. Walau mereka punya agama sekalipun, tak ramai yang betul-betul mengikut suruhan agama mereka. Begitu juga di negara-negara yang ramai penduduk Islam. Kita punya agama juga, agama yang benar, tapi perkara yang sama tetap terjadi, malah kes pembuangan bayi makin rancak. Adakah hidup beragama sudah tidak releven? Adakah dengan penjara, bayaran denda, sebatan dapat membendung kejadian seperti ini daripada berleluasa?

Adakah semakin lama usia dunia, semakin matang umur manusia, semakin hilang sifat kemanusiaan dalam diri?

Tuesday, 11 August 2009

Lagi Lapan Hari

Aku sebenarnya, tak perasan lagi seminggu lagi nak balik.

Aku dua kali menangis hari ni. Rindu, dan mimpi buruk. Orang yang dalam mimpi tu, paling rapat dengan aku, meninggal. Sedihlah kan? Dan aku tengok ada orang pegang pisau yang berdarah dalam mimpi tu. Dan aku tahu orang tu memang jenis panas baran macam tu. Risau.

Kenapa selalu fikir benda yang tak elok saja?

Monday, 10 August 2009

Kenapa Perlu Sampai Bergaduh?

Aku menjenguk ke Iluvislam.com.

Ada satu forum, bertajuk 'Nilai Murni Orang Barat Yang Boleh Kita Contohi'. Ada orang bergaduh di sana. Sebabnya, ada yang berpendapat, buat apa nak contohi orang kafir padahal Islam itu syumul dan merangkumi seluruh kehidupan kita. Benar.

Tapi pendapat aku, apabila kita dah tengok aplikasi dari orang barat tentang nilai murni yang telah ada dalam Al-Quran dan Hadith, kita baru rasa worth to try. Kadang, kita tak punya akses dan kebolehan untuk belajar dan mendalami Al-Quran itu sendiri. Ataupun, kita hanya belajar secara 'surface' sahaja. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman dan aplikasi orang lain yang kita lihat dengan mata kita sendiri.

Sesetengah orang, menganggap budaya barat itu buruk. Contoh paling utama adalah pergaulan sosial. Apa saja yang datang dari barat adalah kafir dan harus dijauhi.

Aku sebenarnya dan sejujurnya, tak minat dengan 'orang putih' ni. Bukan sebab mereka kafir, ataupun berasal dari barat. Aku memang tak suka. Nature.

Tetapi, tak dinafikan, bangsa-bangsa dari negara atas angin ini, banyak mendatangkan cemuhan dari orang-orang timur. Sebab utamanya adalah kerana kebanyakan mereka beragama kristian. Dan dalam kepala kita, kalau orang kristian, mereka pasti nak tarik kita masuk agama dia. Kerana, kalau kita pun, mesti kita nak tarik mereka masuk agama kita. Tapi perlukah kita prejudis terhadap bangsa-bangsa tertentu?

Dalam setandan pisang pun, pasti ada yang buruknya. Dalam diri kita sendiri, walau taat dan baik macam mana pun kita, pasti ada sedikit sifat riak dalam diri. Begitu juga dengan manusia. Hidup dalam suasana Islam tak memastikan kita ikhlas dalam setiap detik kehidupan kita. TAPI tak dinafikan, kita disarankan untuk bergaul dengan orang yang berilmu dan beriman, kerana sahabat itu adalah orang yang boleh mempengaruhi diri kita sendiri.

Namun, adakah kerana mereka kafir, maka sifat-sifat peribadi yang baik terhapus terus dalam diri mereka?

Kita kadang memperlekehkan mereka yang bersifat 'racist'. Tapi dalam masa yang sama kita mencemuh jiran kita yang berbangsa cina dan india. Tak salah kita nak berjaga-jaga kerana mereka punya kelebihan mereka yang tersendiri. Tapi tak perlulah kita nak mengagung-agungkan bangsa kita sendiri kononnya lebih mulia. Patutnya, kita berusaha untuk meletakkan diri kita di tempat yang lebih tinggi dari mereka, jika kita teringin sangat nak mendabik dada.

Setiap orang ada buruk dan baiknya. Ambil pengajaran bagi yang buruk, dan yang baik, jika bersesuaian, bolehlah kita contohi.

Meditasi - Saat Ini Kau Tiada Lagi

Dah lama aku tak dengar lagu ni. Aku ada juga berminat dengan beberapa lagu Meditasi, dan aku rasa lagu fast rock mereka agak sedap juga. Ini salah satu lagu mereka yang popular, tak pasti tahun berapa dan album mana.


Saat Ini Kau Tiada Lagi

Saatnya, saat begini
Waktunya pedih memilu
Kenangan bersamamu
Tercipta kembali
Ohh..

Kuselam rasa cinta
Di waktu bersamamu
Engkau yang ku sayangi
Telah pergi jauh
Tak kembali.

Tersiksa langkah ini
Ke arah mana makin parah
Meninggalkan ku kehampaan
Hanyut dalam ombak derita.

Andai kau menyelami ia
Suara hati yang sepi
Walaupun kau tiada
Bayangmu menggodaku
Oh..Oh..

Tersiksa langkah ini
Ke arah mana makin parah
Meninggalkan ku kehampaan
Hanyut dalam ombak derita
.
Andai kau menyelami ia
Suara hati yang sepi
Walaupun kau tiada
Bayangmu menggodaku
Oh..Ohh..

Biarku mendakap duka
Bersama airmata
Doaku kau bahagia
Bersamanya
Ohhh..
Yang kau puja.

Sunday, 9 August 2009

Packing Untuk Sekian Kalinya

Dah berhari juga aku duduk diam depan laptop tapi tak tahu apa yang aku nak buat. Kadang menjenguk ke Saifulislam.com, kadang menjenguk ke Google Reader, kadang menjenguk ke Utusan Malaysia. Itu sajalah yang aku buat, selain tidur mencecah 12jam sehari. Juga mencari-cari di balik tabir filem Harry Potter, sambil mulut menyuap apa saja yang ada. Contohnya nasi, ataupun mi, ataupun sekadar cereal.

Walaupun ada beberapa orang rakan yang mengesahkan SLR kamera adalah dikira sekali dengan bagasi kabin, aku menjengah ke beberapa website, contohnya Air Asia dan juga Stansted Airport, perkara tersebut dikatakan tidak benar. Beg tangan pun, dikira satu beg yang lain. Makanya, aku terpaksa kemas semula beg dan memilih untuk menggunakan 'beg balik kampung', instead of beg sandang untuk memuatkan laptop, kamera juga beberapa helai pakaian sebagai kusyen untuk laptop aku.

Walaupun aku pernah ke Stansted Airport, aku rasa sedikit gabra kerana pengalaman pertama aku itu seperti tak pernah wujud pun. Aku tak ingat langsung bagaimana suasana sebenar di sana (kecuali beberapa lelaki Spanish yang agak bising dan bercakap bahasa ibunda mereka kepada kami sedangkan mereka tahu kami orang asing).
Macam dodgy-lah tempat tu.

Dalam beberapa hari lagi aku akan berpindah ke rumah belakang. Aku tengok Kak Is dah mengemas satu rumah, dan aku rasa lain macam. Pastinya aku tak buat sepah, tapi rumah tak berusik lama pun pasti berhabuk, kan? Aku selalunya berada dalam fasa tak berani tak usik apa-apa bila berada dengan orang yang aku tak biasa dan rasa janggal. Jadi, aku rasa aku nak lari. Lagipun aku tak bayar sewa. Hehe.. takkan nak duduk sini lagi?

Esok mahu jalan-jalan cuci matalah.