Sunday 8 March 2009

Izzati Dah Balik Rumah!!!

Izat dah balik!! Mujur juga hari ni aku dah okay. Rasa tak seronok kalau dia tengok aku buat perangai tak senonoh macam baru-baru ni. Tapi Yan dan Husna pasti akan bercerita juga pada Izat. Jangan jadi macam sesetengah orang tu, terus buat tak kenal + dingin.

Dan tadi, masa makan-makan sambil teman Husna tengok bola, dia ceritalah pengalaman dia di Turki. Katanya, Turki sangat cantik dan banyak tempat-tempat bersejarah. Macam Istanbul, pernah jadi pusat pentadbiran untuk kerajaan Islam Uthmaniyyah dulu. Jadi banyaklah khazanah Islam yang ada. Yang popularnya Masjid Biru, Aya Sofia. Dan dia kata ada satu tempat pameran ni, ada macam-macam tinggalan dari nabi-nabi terdahulu. Macam janggut dan tapak kaki Nabi Muhammad, pedang Nabi Daud, tongkat Nabi Sulaiman. Rasa macam rugi pula tak ikut.
Tapi dia kata yang tak seronoknya, hari terakhir di Istanbul, Barrack Obama datang jadi banyak tempat yang ditutup seperti bazar, masjid, dan jalan-jalan.
Dan dia kata, tak tertumpu di Istanbul saja. Dia adalah pergi ke tempat lain, tak ingat namanya tapi jauh perjalanan 11jam dari Istanbul.
Juga melawat rumah-rumah tinggalan Rom dan Greek dahulu.

Masjid Biru, Istanbul (kredit gambar : http://www.dailyistanbultours.com)

Perkara yang pelik, orang-orang di sana sangat excited tengok perempuan bertudung. Bukan takde yang bertudung, ada, tapi tak ramailah kalau nak dibandingkan dengan di Malaysia.
Ada seorang lelaki ni, berniaga di kedai yang ada jual arak, dia tanya, "Are you Muslim?" dan Izat jawab ya. Lelaki tu gembira dan kata, "AlhamduliLlah, MashaAllah," padahal di belakangnya penuh botol-botol arak.
Dan tak pernah terjadilah kejadian kena tipu dengan pemandu teksi, atau di'goda' oleh lelaki-lelaki di sana, seperti yang dialami oleh kawan-kawan yang pernah melawat Turki.

Sebenarnya, abah tak kasi aku ke sana. Dan waktu itu pun aku tak berminat nak melancong, kononnya nak study. Last-last tak study pun.
Yalah, kalau kita ingat-ingat balik sejarah Turki semasa Mustafa Kamal Altartuk, kita tahulah betapa teruknya Turki di'sekular'kan. Hmm, sejarah ni dah lama dilupakan, dan ramai yang tertumpu pada Gaza saja.

Oh ya, tahniah pada Datuk Nizar sebab masih lagi menang pilihanraya semalam, dan bilangan majoriti pun bertambah dari seribu lebih kepada dua ribu lebih.
Yeah...dah boleh daftar mengundi ni.

No comments: