Thursday 31 December 2009

Jealous

Jealous sampai menangis.

Kata orang itu, 'Nak buat macam mana. Duit tak cukup lagi. Sabarlah ya.' Kemudian angguk walaupun dia tak nampak.

(^_^) Should smile even it hurts me so much.

Wednesday 30 December 2009

Nota Terakhir

Membelek buku nota lama. Tak ada apa-apa yang menarik. Hanya puisi-puisi lama, juga contengan, nota trade LP, alamat Firdaus, maklumat peribadi Abang untuk isi borang SPA dulu, nama-nama pilihan, ma'thurat, doa-doa etc. Membelek satu ruang, terjumpa nota terakhir, yang ditulis di dalam kapal terbang Air Asia, untuk pulang ke Malaysia.

Terdiam sebentar. Muhasabah diri. Betul-betul saat aku ingin kembali ke sini semula, aku betul-betul kuat, betul-betul berfikir secara rasional. Rasa seperti sudah keluar sedikit daripada dunia aku. Mengenal hidup dengan lebih luas, memandang dengan pandangan yang lebih matang.

Terima kasih untuk semuanya. Mak Abah, Abang, Kak Sue, Geng2 Plantagenet, Emma dan sesiapa lagi yang terlibat. Maaf, dan terima kasih.

Bertahun yang terbuang tak sia-sia.

Tuesday 29 December 2009

Rasa Macam Nak Mengumpat

AstaghfiruLlah. Ya Allah, tenangkan hatiku.

Rasa bengang + sedih tengok kawan makin tak senonoh perangai.

Emmmm, cermin diri dulu. Dia seksi pun, aku dulu seksi macam tu juga. Hidayah Allah datang bila-bila saja. Jangan biarkan saja peluang yang tiba sekarang ni. Ahhhaaa, ini jealous juga. Masih rindu pada hidup penuh dosa dulu.

Doakan, dan penting istiqamah dalam buat apa saja benda yang baik.

(^_^) Aku manusia hina.

Berubah

Tengah hari ini escape memasak buat sekian kalinya. Oh, hari ini aku membaca. Nampak macam pelik, tapi abaikan saja. Menghadap laptop berjam-jam tak semestinya membuang masa. Walaupun tak main bisnes (ada pendapat yang mengatakan buang masa saja kalau melayari internet tapi tak pernah nak guna untuk mendapatkan wang), insyaAllah dimanfaatkan (walau selalunya 'merewang' sebab bosan, e-book banyak tapi malas nak baca).

Oh ya, nak cakap pasal apa yang aku baca tadi. Ada dua topik. Pertamanya tentang perubahan kepada pemakaian tudung labuh. Keduanya tentang slogan 1Malaysia yang mendapat pujian juga kutukan daripada masyarakat.

Kedua-duanya membawa satu mesej, iaitu perubahan kepada sesuatu yang baik. Bolehlah juga dipanggil penghijrahan.

Tetapi perlu juga kita sedari, kedua-duanya hanya bersifat luaran, hanya alat yang mencerminkan tujuan.

Baik, mula-mula cerita penghijrahan kepada tudung labuh. Tidak dinafikan terlalu banyak fitnah hari ini tentang muslimah bertudung, termasuklah yang bertudung labuh. Masyarakat 'mengecop' seseorang berdasarkan pakaian. Kerana pakaian itu membawa imej. Jika pembawa imej itu berkelakuan selaras dengan imejnya, maka baiklah pandangan masyarakat kepadanya. Jika tidak, terjadilah fitnah yang mencemarkan pembawa imej yang lain sehinggakan orang lain yang nak berhijrah pun ragu-ragu dan takut.

Bersikap natural dan mengenal peribadi dulu adalah penting. Menunding jari dan memburukkan seseorang adalah petanda ketidakmatangan kita dalam membuat penilaian terhadap sesuatu.

Bagaimana nak menilai? Dengan ilmu. Contohnya, kita kata, 'Bertudung atau tidak itu tak penting. Yang penting aku baik, tak buat benda-benda tak senonoh, sembahyang tak tinggal.' Ini ayat biasa, dan aku sendiri pernah guna semasa aku tak bertudung dahulu.

Pertama, pernahkah kita terfikir, kita berbuat baik dan solat itu untuk apa? Antara jawapannya ialah untuk mendapat pahala, supaya orang suka, benda itu wajib, sendiri rasa suka untuk buat.

Ketahuilah juga menutup aurat itu (termasuklah bertudung) adalah perkara yang wajib, bila tidak dilakukan akan mendapat dosa. Walaupun ada khilaf juga tentang pemakaian tudung tapi agak terpencil kerana telah sepakat ulama tentang pemakaian tudung ini.

Macam mana nak tahu benda yang kita boleh buat dan tidak? Belajarlah. Ramai yang membaca Al-Quran, tak dinafikan. Tapi fahamkah kita apa yang terdapat di dalamnya?

Wahhhh, dah jauh terpesong daripada topik asal.

Dah tak ada idea nak cerita pasal 1Malaysia ni. Baik, aku cuba.

Slogan ini membawa idea perpaduan kepada rakyat Malaysia, supaya memahami dan menghormati perbezaan antara satu sama lain. Sikap suka menunding dan melabel memang popular antara kaum di Malaysia ini. Melayu contohnya, selalu merasa diri 'tinggi' berbanding satu sama lain. Alasannya kerana negara ini milik Melayu. Betullah, tambahan lagi kaum Cina khususnya semakin bertambah dan mempunyai kelebihan dari berbagai segi daripada Melayu.

Maka slogan ini, seperti slogan dan program-program sebelumnya mewar-warkan perpaduan supaya negara ini bebas rusuhan kaum (ataupun peperangan contohnya) dan berada dalam keadaan aman.

Ramai pihak melihat ini sebagai 'promosi' untuk melariskan tampuk pemerintah sekarang. Sokongan daripada masyarakat adalah perlu untuk kekal memerintah. Apalagi jika pemerintah sekarang mempunyai tujuan jangka panjang, untuk membasmi kemiskinan atau melahirkan generasi berilmu, berpandangan jauh dan berakhlak mulia contohnya. Ini kerana walaupun tujuannya sama dengan pemimpin yang terdahulu, dia perlukan sesuatu agar masyarakat yakin pada dirinya dan sekaligus melancarkan proses pembangunan negara.

Pandangan peribadi, tunggu dan lihat. Lagipun sebagai manusia, tak perlu pada slogan untuk jadi berbudi bahasa dan bersangka baik. Sekali lagi, ilmu itu perlu untuk memahami kenapa agama itu ritualnya begini dan begitu. Bukan untuk percaya tetapi untuk mengelakkan perselisihan faham. Jika mereka mengutuk tentang amalan ibadat kita tentu kita marah juga kan? Lagipun, kita kena sedari kita hanya manusia biasa, hamba Allah. Siapalah kita untuk mengagung-agungkan diri sendiri?

Jadi apa-apa pun, ketepikan sebentar fahaman politik kita, fahami makna slogan tersebut, kaji cara perlaksanaannya, motif dan nak terima atau tidak, itu pilihan kita. Jangan tunding jari sesuka hati semata.

Jadi itu sahaja yang aku nak cerita. Bertudung labuh kerana Allah, dan mengamalkan budaya memahami antara satu sama lain demi kesejahteraan negara. Hablun minAllah, hablun minnas. (^_^)

No Idea

Rasa macam lama tak menulis. Nak menulis pun tak ada idea, dan tak ada peristiwa menarik untuk dikongsikan.

Nak jadi budak baik, nak sihat selalu. Tak nak badan, perut sakit banyak angin sampai tak larat nak buat apa-apa. Tak nak menjerit-jerit, menangis dah (meracau). Yang penting, tak nak buat benda-benda dosa dah.

Squeezzzzzeeee me, perut beta sakit balik.

Sunday 27 December 2009

Yesterday's Barbecue

Semalam Pokcik ajak kami buat bbq beramai-ramai, ayam belanda, di rumah Wan.

Yang itu seronok. Yang tak seronoknya bila mula lambat dalam jam 10 malam, dan sudah jauh melepasi waktu tidur aku.

Jadi aku hanya makan nasi goreng, fries, coleslaw, daging panggang sahaja, kemudian tidur. Perancangan Mak adalah untuk balik ke rumah malam itu juga. Sebabnya esoknya Kakde (Bear) nak balik ke kolej.

Maka dalam jam 1 aku dikejutkan, dan kami pulang.

Aku meracau lagi untuk kali kedua sejak aku balik.

Dari dalam kereta aku dah rasa lain macam. Sampai ke rumah, aku cuba tidur semula. Tapi tak berjaya. Kecik yang baring di sebelah terus melompat dan turun memanggil Mak.

Angah ada, syukur, kerana Abah tak ada di rumah.

Dan itu kisah bbq.

Morale of the story, jangan kejutkan aku tengah-tengah malam masa aku sedap tidur. Sekali aku mamai, tak dapat kawal diri, semuanya keluar bergumbira.

Nak Serius

Fotografi adalah salah satu hobi yang aku minati. Dahulu aku punya satu akaun Flickr, menggunakan email `langsirkalerbiru'. Sekarang aku membuka lagi satu akaun, menggunakan email 'Hafiz Ismail', tetapi dengan nama pena lama iaitu langsirkalerbiru.

Hafiz Ismail (langsirkalerbiru) at Flickr

Friday 25 December 2009

Zoo Negara


This was taken by 8 years old Kecik. Impressive eh? (Please click on the photo)

Berkongsi

Pengajaran, nasihat, mahupun teguran, yang terbaik adalah apabila diterima secara tidak langsung.

Dan berfikirlah. Kerana akal yang diterima bukan semata untuk membezakan yang benar mahupun yang salah sahaja, tetapi juga makna di sebalik sesuatu peristiwa.

Kena proaktif, dan pandang jauh ke hadapan.

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Thursday 24 December 2009

Sindrom Kopi

Kafein tak bagus untuk kita, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Itu kata aku. Dan aku tahu ada banyak artikel tentang kebaikan kafein terutamanya kopi.

Tapi sungguh, kopi itu sedap. Kopi. Bukan Nescafe. Aku tak kategorikan Nescafe dalam kumpulan kopi. Tapi aku sedar kedua-duanya punya efek yang buruk pada aku.

Kata orang, alah bisa tegal biasa. Emmmppphhh.... tak semestinya benar.

Seperti penggemar sambal belacan contohnya. Pedas yang teramat sangat sampai mengalir airmata memakannya, itu tak kira lagi dengan gatal-gatal hidung makan belacan. Tapi bila ada di depan mata sukar sekali menolaknya.

Pernah aku dirasionalkan, hingga membuat aku hilang rasa berdosa. Niat peng-rasional itu hanya untuk memujuk, tapi tafsiran dalam kepala aku lain pula jadinya. Pernah seorang sahabat menjelaskan, dengan sifat 'takpe' dalam diri boleh membuatkan kita tak kisah dengan apa yang kita lakukan dan juga secara tak langsungnya apa yang berlaku di sekeliling kita.

Contoh satu, penutupan aurat apabila tinggal serumah dengan saudara mara, pada musim perayaan contohnya.
"Alahhh, dengan sepupu saja. Takkanlah nak kena pakai tudung juga? Takkanlah nak pakai tudung dalam rumah. Macam orang gaji."

Contoh dua, pemboikotan barang-barang daripada kompeni yang menyalurkan bantuan kewangan secara terbuka kepada mereka-mereka yang membunuh umat Islam.
"Takkanlah beli Maggi 70sen ni ada efek pada diaorang."

Berapa orang yang betul-betul kisah?

Berapa orang yang punya pemikiran seperti di atas?

Siapa yang boleh mengesahkan mereka boleh terselamat nanti?

Kopi sangat sedap sebenarnya, walau boleh buat aku sakit. Nak berhenti minum,susah; selagi stok ada.

Lama tak high.

Wednesday 23 December 2009

Don't Expect People To Recognise You

Sebenarnya, kena periksa diri dulu; apa tujuan asal?

Kemudian, pekakkan telinga saja.

I'm still happy.

Segala Puji Hanya UntukMu

Kelmarin kami bersuka ria di Zoo Negara. Semalam pagi-pagi lagi dikejutkan dengan kemalangan. Angah memandu dalam keadaan mengantuk dan terbabas. Separuh daripada kereta sedikit remuk, menghentam bukit atau penghadang di bahu jalan, barangkali. Tapi syukur pada Allah, hanya kelopak mata kanannya sahaja yang luka terkena serpihan kaca yang pecah, dan tidak ada luka yang lain.

Kalau ada tulang yang patah, agak sukar kerana latihan askarnya belum lagi tamat.

Oh ya, Mak dapat hubungi pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pelajar-pelajar yang fail macam aku ni. 4 Januari depan aku akan melapor diri, dan surat tawaran akan dihantar dalam minggu ini.

Mula-mula kena betulkan keypad laptop ni dulu. Akibat suka nak pomen barang suka-suka hati, kan dah berterabur jadinya.

Sunday 20 December 2009

Kehilangan

Emmmmm... runsing. Mp3 player hilang sejak seminggu yang lalu. Sebenarnya, lupa kali terakhir letak di mana. Hampir satu rumah sudah dibongkar, tapi masih tak jumpa.

Dan seterusnya membawa kepada masalah yang kedua. Hilang ingatan sementara. Dalam masa setengah tahun kebelakangan ini, aku rasa lain macam. Ada beberapa hal yang aku lupa. Kadang-kadang aku boleh ingat semula dalam masa setengah hari. Ada yang aku tak ingat langsung.

Pernah juga aku terfikir, mungkin sebab aku tak tumpukan perhatian, menyebabkan aku lupa benda-benda yang aku dah buat.

Apa-apa pun, hidup aku kena bergantung dengan buku nota selepas ni.

Thursday 17 December 2009

Angin Bertiup.......Perut Bergelora

Tengah sakit perut sebenarnya. Makan tak tetap dalam seminggu ni setelah ibu tersayang menetap di rumah Wan, dan alhamduliLlah, dah balik pun. Haha..this is a story about a lazy young lady yang sekarang ni rasa tak boleh nak hidup without her mother.

Semalam qada puasa, dan....semalam adalah satu hari yang sangat teruk. Pagi tu, rasa sangat lemah dan nak pengsan + loya tahap separa kritikal, maka setelah menyidai baju, naik ke bilik, pasang kipas kuat-kuat (suasana yang panas boleh mempercepatkan proses kehilangan tenaga), dan cuba tidur.

Itu satu bahagian. Petang pula, semasa memasak untuk berbuka, lengan rasa sangat sakit dan susah nak menggoreng nasi. Kemudian, dalam proses nak basuh kuali yang masih panas (sebab nak guna lagi untuk goreng fries), air mencurah-curah keluar dari sinki dan kepala blur maka aku berdiri tercegat tak tahu nak buat apa hingga Abah kata, "Tutuplah paip tu dulu," baru aku bertindak.

Dan selepas makan, tangan aku terkibas gelas yang berisi milo ais dan tumpah di atas tikar (macam mana boleh terkibas sedangkan aku hulur tangan nak pegang gelas tu dan bawa ke dapur?)

Entahlah, rasa macam tindakan tak seiring dengan arahan dalam kepala ni. Adakah kerana stress, ataupun tidur berlebihan, ataupun kerana sunyi maka aku stress dan itu menyebabkan aku tidur berlebihan yang menyebabkan badan aku jadi sedikit 'off-tune' macam ni?

I need Kecik. Dia antara kawan paling rapat yang aku ada sekarang ni.

Wednesday 16 December 2009

Mungkin Hanya Luahan Semata

Duduk berfikir, apa sepatutnya benda yang harus aku buat setiap hari? Bagaimana sebenarnya kehidupan yang normal, bagi seorang wanita khususnya?

Fikir-fikir, some people did complain about me not as other girls around my age in the family. Who cares? I believe I am right.

I did something, that I am truly happy with it, and the guilt seems is going away. True, we cannot change everything on the spot. We just need to do it step by step. Well, I do think I need to learn to be more patient.

So, the third thing that I want to change now is, JADI RAJIN!!

That's the hardest part. Abah came home at 9PM yesterday night, and found nothing to eat. Mak is at rumah Wan, and it is just me at home, and I'm the eldest daughter. If Mak is not at home, I have to replace her doing all the work. I didn't even went to the kitchen to prepare something for him. Maybe he was too hungry that he didn't even cook but bought instant noodles, and that's his dinner. Sori Abah....

So, that's that. Jadi rajin. Emm, kena buang sifat orang bujang yang tak kisah makan apa pun and bilik bersepah macam mana pun etc. You are a grown woman now dear. Haihhhhhh~~~

Tuesday 15 December 2009

Belajar Bahasa

Kadang-kadang ada rasa pelik pada diri. Bahasa sendiri pun tak betul sangat, Bahasa Inggeris pun cukup-cukup makan, Bahasa Arab lagilah sangkut-sangkut. Tapi semangat nak belajar bahasa ASING ini sangat kuat.

Cuba teka bahasa apa?

IBRANI (hebrew).

Jangan tanya kenapa, hanya berminat tanpa sebab yang sangat spesifik.

Tapi yang pastinya, susah sungguh nak tulis huruf-hurufnya.

Emm...

P/S : Ibrani adalah bahasa yang digunakan oleh bangsa Israel dan mereka yang tinggal di sekitar kawasan itu, juga merupakan bahasa yang digunakan dalam Torah dan juga Injil yang asal.

Iman Yang Masih Belum Teguh

Sedang menonton siri Sakaratul Maut di Astro Aruna. Satu-satunya program televisyen dari Indonesia yang aku minati. Yalah, peringatan itu boleh datang daripada apa-apa bentuk.

Kisah tentang lelaki yang luarannya 'alim, tidak meninggalkan solat dan sentiasa mengajak orang sama-sama berbuat kebaikan, tetapi yang sebenarnya selalu merogol kanak-kanak. Hinanya cara beliau meninggal dunia, membuat orang tertanya-tanya kenapakah sedemikian rupa jadinya. Isterinya juga yang asalnya lemah lembut, baik pekertinya dan seorang muslimah yang baik, tidak dapat menerima kenyataan kematian suaminya malah menyalahkan Allah atas apa yang terjadi pada suaminya. Satu tahap, isterinya cuba membunuh diri dan hampir murtad.

Itu dugaan besar, bagaimana seorang wanita yang taat pada Tuhannya boleh hilang kawalan dan tercarik keimanannya lantaran kematian suami tersayang.

Fikir-fikirkan, apakah dugaan yang pernah melanda diri kita, kecil atau besar; bagaimanakah kita menghadapinya?

Lemahnya manusia ini, selalu melakukan sesuatu di luar batasan. Tapi selalu kita lupa bahawa kesedihan dan kesusahan itu, adalah 'hadiah' daripada Allah untuk kita.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?

Al-Ankabut : 2


Jadi, ukuran keimanan itu adalah melalui ujian? Mari sama-sama kita duduk diam-diam dan periksa diri kita; adakah kita ini sudah boleh dikatakan sebagai beriman? Mungkin ya, kita beriman, tetapi seteguh manakah keimanan kita?

Monday 14 December 2009

Hari Yang Suram

Entahlah, rasa macam mendung ada di sekeliling.

Hati yang terluka, tak perlu dibesar-besarkan. Nilainya tak seberapa.

Ahh, mana gam UHU ya? Butang space tercabut, pemegangnya dah patah.

Sunday 13 December 2009

pergi port dickson.

ini nadhirah ni.masa hari tu pergi pd,tengok angah berkawat,best hebat sangat.

Brain Usage Profile

Got this address from ILuvIslam : Brain Usage Profile Test, and did the test. So, below is my result and the summary.

Your Brain Usage Profile:

Auditory : 50%
Visual : 50%
Left : 43%
Right : 56%

Hafiz, you are moderately right-hemisphere dominant and have even preferences between auditory and visual processing, traits that might make people perceive you as "slightly off balance."

You are most likely to be slightly disorganized, a "dreamer" and a person who focuses more on the end result than the immediate task at hand. You are creative and spontaneous if somewhat lacking in direction and focus. You are a learner who is generally patient and a person for whom time is an ally, not an enemy.

You are more passionate than most people with regard to life and learning and recognize your own intuitive abilities. You have sufficient goal-direction to satisfy yourself and guarantee success without being or feeling driven. You are willing to be reflective about yourself and others without getting lost in rumination.

The balance of your sensory modes allows for both learning and expressive capabilities achieved by few. You are active and "seeing" while retaining an equally strong propensity for being reflective which slows you down a little but allows for a more comprehensive perception and analysis of situations and problems. You do not spend excessive time analyzing since you mostly trust your perceptions.

In all likelihood, you have a tendency to overcommit and cannot under- stand why others get upset since you operate on a different "time table" than they do. Your organizational abilities are frequently overwhelmed by the stimulation seeking and active nature of your mind as well as by the tendency to create new categories and gloss over details, making categorization and classification almost impossible at times.

To the extent that your career path allows for creativity and abstraction as well as a bit of disorganization, you should find yourself equipped to handle any learning that is required. Your own personal adjustment to your style should come naturally although you are likely to feel frus- trated by your own limited discipline and often wonder "Why?"


(^_^) Just smiling after I read this.

Saturday 12 December 2009

I Don't Know The Right Word To Put In Here, But This Is About Marriage And Complains, And I Think My Gammar Sucks This Time

One day I had a chat with my sister, asking about her boyfriend, after tired of listening to her mumblings of how handsome he is, of how she loves him so much and so does him, etcetera etcetera.

As she is going to finish her study and starts working at a young age, I suggested that she should get married right away. Why should wait when you have the one that you really want?

But I'm quite surprise when she said no, telling me that she's too young to get married.

And suddenly I remembered several friends of mine told me this when I said I want to get married as soon as possible : You'll lose your opportunity to enjoy your life. You'll have to stuck with your husband, and can't go out without his permission, and....... that's not fun.

Does marrying really chain you that you cannot do anything, and does it really makes you suffer? So, does that means your parents suffered when they get married and having you around?

After quite a few incidents happen to me, in relation with my plans to get married, this topic really makes me sad. Of course I am. I've been denied times, and my parents hate the guy that I like, and everything seems like a complete disaster when I lose the thing that I treasure the most, and still being denied, why should I keep calm when people especially women think that this wedding thing is just a piece of crap?

How can you just being lovers without intention of getting married?

Does carier women really need to put aside the need of having a family, and building it when their menopause is around the corner?

Frankly, I received these kind of advices from almost everyone. It really stressed me out, and my emotional level will be at its peak.

I'm now, need to do my degree again, and it will take 5 and a half years. By that time, I will be 29. That's not a small number. Not for me who targeted to get married before 23. I will be soon, but I'm still alone.

It's so lonely in here. Let me have someone please.

Friday 11 December 2009

Dunia Yang Tak Pernah Memuaskan

Pernah terfikir, 'Seronoknya jadi macam F tu. Cantik pun ya, pandai gila, perangai pun baik. Untunglah siapa yang dapat kahwin dengan dia.'

Itu antara dialog biasa apabila kita bertemu atau mengenali seseorang yang kita anggap sangat hebat di mata kita.

Memandang tinggi pada orang lain, tapi dalam masa yang sama menyesali diri kerana tak nampak sempurna dan seindah orang lain.

Sedarkah kita, tak semua orang sempurna. Kecacatan dan 'kesumbingan' itu pasti ada, cuma lain kategorinya daripada kita.

Kita selalu mengkelaskan orang dengan rupa paras, kelakuan, kekayaan dan kebijaksanaan. Tidaklah salah 100%. Ada gunanya bila kita melihat orang lebih daripada kita. Ianya mendorong kita untuk jadi lebih baik dari mereka. Itu adalah antara sifat 'hasad' yang dibenarkan.

Tetapi rata-rata kita lihat manusia gemar berangan-angan. Ingin mencapai seribu kejayaan, tetapi hanya tinggal angan-angan.

Dalam dunia sekarang, wang menjadi ukuran yang lebih utama. Masakan tidak, untuk kelihatan lebih cantik, wang diperlukan. Untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik, wang juga diperlukan. Untuk berjaya, wang amat diperlukan.

Tapi kita lupa, itu hanyalah alat. Kejayaan itu, terletak pada usaha yang gigih, yang berani bangun semula setelah dijatuhkan atau terjatuh, dan yang pastinya, dengan izin Allah Yang Maha Kuasa. Kerana dengan kekuasaan Allah-lah, manusia yang semalamnya kelihatan hina, nampak gah dalam sekelip mata.

Ingin aku sentuh sedikit, menegur diri sendiri. Kemenangan itu bukan dengan doa semata-mata. Kuatkan lagi keazaman, kenal pasti semula apa tujuan, dan teruskan berusaha dan berdoa.

Hidupmu yang kelam kabut dan samar-samar ini pasti akan terlerai di hujung nanti.

Thursday 10 December 2009

Are You A Muslim?

I read some blogs from Muslim reverts, just now, and I feel ashamed of myself.

Who am I?

Why am I still doing it?

Didn't I already have bulk of knowledge in this arena?

WHY AM I STILL DOING IT?











Ya Tuhan, sungguh aku lemah, mudah kalah dengan perbuatan dosa itu. Keindahan dan kenikmatannya sungguh menggoda. Ya Allah, berkali doa ini aku ulangi, ampunilah aku. Teguhkanlah iman dan taqwaku. Hati ini mudah sekali digoncang. Ya Allah, hanya engkaulah saja yang memegang hatiku, kuatkanlah.

P/S : My hormones seems to backfire me, and I feel terrible for the last few days. I really need somebody to talk to. Tomorrow I'll be alone, everybody will go to PD to see Angah graduating. Should be a very big opportunity to calm me-self down.

Sundae please!!

Sunday 6 December 2009

Sahabat Lama

Browsing over Facebook, and I found lots and lots of old friends. From school, and college.

I was an annoying girl back then. I really was.....am.

Proud of myself, unaware of others' feelings, like to do things in my way ONLY, never listen to others, and the list goes on.

Plus, I have some bad habits that are difficult for me to get rid of. Aaa.. these things are a bit personal to put in here.

At the same time, I do feel that I am not a good person, compared to what I look like. The confidence that was there, has been washed away by guilt. I was not as strong as I was before.

When I meet someone from my past, I feel terrible. I'm afraid to face them. Even not in the real world.

So I keep myself out of reach. Maybe that's the best reason of me being less friendly.

I'm in pain.

Saturday 5 December 2009

Walimah

Musim cuti sekolah ini memang banyak kenduri kahwin yang akan berlangsung. Khabar-khabar pun ada, tak dapat jemputan.

Tapi bagi sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini, tahniah diucapkan.

Thursday 3 December 2009

Aging Process

Sekarang sudah Disember 2009. Tak lama lagi akan berpindah ke tahun 2010. Bermakna umur memendek dan usia bertambah. 23 tahun hidup, dan xxx tahun lagi akan hidup.

Terima kasih kepada Ila sebab tolong contact 'orang besar' Bahagian Tajaan, di mana akhirnya aku dapat tahu akan status aku sekarang.

Menurut apa yang dicatat dalam fail milik aku, aku akan menyambung semula pelajaran, mengambil Ijazah Sarjana Muda, kemungkinan besar dalam bidang Sains, di mana-mana maktab perguruan yang akan ditetapkan nanti.

Oleh kerana aku hanya punya SPM (A-Level tidak diterima di Malaysia, malangnya), maka kemasukan ke maktab haruslah bersama-sama dengan ADIK-ADIK yang sedang menduduki peperiksaan SPM sekarang ini.

Aku katakan pada Abang, kalau aku mengaku umur aku 18 tahun juga nanti, sama seperti yang lain, adakah mereka akan percaya?

Mengikut pengalaman, andai si muda tahu yang di sebelahnya ialah seorang yang berusia bukan setahun dua tetapi 6-7 tahun lebih tua daripadanya, adakah mereka akan bersikap normal dan tidak hipokrit di dalam pergaulan?

Jawapannya, TIDAK.

Mereka lebih cenderung untuk 'hormat'. Aku tak perlukan hormat, aku perlukan rakan.

Selamat datang usia muda.

Mengenang Si Merah


Kau kelihatan mengajak aku kembali
Kau titipkan semarak cinta
Rindu akan bangkitnya dunia
Dicorakkan dengan pegangan
Rahmat daripada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Tiadalah yang mampu menakluki
Hanyalah Allah Yang Satu
Terpahatlah kata-kata itu hingga akhir nanti.



Lambaian itu bukan setakat mengenang-ngenang
Yang berlalu itu sudah pun mati
Yang tak mungkin hidup untuk berjuang semula.

Masa itu masa kita
Kita anak-anak yang masih merah.

Aku masih ingat udara sejuk yang menusuk
Bertemankan gunung putih yang lampai
Dan sinaran matahari yang mencelah
Dindingmu berkilau cahaya emas.



Indahmu bukti kuasa
Tegakmu bukti kekuatan
Sayang jika hanya disimpan
Melahirkan generasi lembik dan pondan.


Hafiz Ismail
3 Disember 2009
15 Zulhijjah 1430 H
Raub, Pahang

Merokok Membahayakan Kesihatan : Mengapa Anda Merokok?

Ahhhhaaaaaa!! Ini topik yang sangat menarik untuk dibincangkan, memandangkan perokok amatlah sinonim dalam kehidupan kita. Anyway, aku jumpa topik ni di dalam ILuvIslam.

Abah bukan seorang perokok. Tak tahulah jika masa remajanya dulu merokok. Menurut apa yang aku tahu, memang tak merokok.

Dua orang adik lelaki aku perokok. Angah pernah cuba berhenti, tetapi gagal. Sekarang dia dalam latihan askar, masih merokok cuma tak sebanyak biasa. Dekli tak pernah cuba untuk berhenti. Dan bila dia tak dapat rokok tu, dia mula pening dan berserabut.

Abang pula perokok tegar, tapi sudah dapat mengurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari.

Aku sendiri bekas perokok. Bekas itu adalah kerana pokai tak berduit untuk 'melanggan' sekotak sehari. Tapi bila ada peluang, aku lepas gian jugalah sekali sekala.

Kenapa susah nak berhenti?

Benda ni macam maksiat jugalah. Bahaya dan berdosa tapi sedap. Katakan kita memang kaki mengumpat. Kita tahu dosa, kita tahu salah. Kita nak berhenti. Tapi bila dalam sehari tak mengumpat, rasa macam kosong, tak sempurna hidup.

Itu analogi.

Memang ada yang kata nampak macho kalau merokok. Orang muda mungkin rasa macam tu. Nak nampak lebih dewasa mungkin. Entahlah. Rokok bukan penanda aras usia dan kematangan. Rokok tak ada kaitan langsung dengan kematangan.

Fakta-fakta kesihatan yang disebut juga benar. Tak aku nafikan penyakit dan implikasi yang boleh menimpa perokok dan mereka yang menghidu asap rokok berkenaan. Pernah juga aku simpulkan perokok ini membunuh diri dan membunuh orang lain. Double sin. Ever thought about that?

Ada yang kata, masalahnya memang tak nak berhenti merokok!! Dia punya syok sampai sayang nak tinggalkan.

Mentaliti. Bila didedahkan dengan suasana orang yang merokok, maka tak dapat nak disalahkan 100% kenapa budak-budak semuda 7 tahun sudah mula merokok. Tak perlu ada ahli keluarga yang merokok. Suasana masyarakat sendiri mencorakkan mentaliti seorang insan.

Begitu juga pergaulan terlalu sosial, seks bebas, hedonisme yang menjadi intipati masyarakat sekarang, menyerap melalui apa yang kita lihat dan alami saban hari. Satu hari nanti akan jadi sesuatu yang 'normal' sama seperti normalnya rokok hari ini.

Salahkan orang itu ini, mengeji, tak akan jadi apa-apa. Aku tak dapat nak beri apa-apa jalan yang boleh mengeluarkan diri daripada masalah ini dalam masa yang singkat.

Jika mentaliti itu puncanya, ambil masa yang lama. Mungkin bergenerasi lamanya. Bila nak mula? Bolehkah dari sekarang? Oleh kita sendiri?

Bagaimana?

Siapa bakal perintis umat akan datang? KITA.

Siapa bakal pendidik dan ibu bapa kepada generasi akan datang? KITA.

Dengan apakah kita dapat menjamin masa depan yang lebih murni dan bersih?

Dengan negara yang stabil dan pesat membangunkah? Atau dengan poket-poket yang sendat berisi? Ataupun deretan ijazah dan phD yang megah tergantung di dinding?

Fikir-fikirkan dan bergeraklah.

P/S : Tahniah kepada Naili dan suaminya Najib atas kehadiran insan baru yang akan lahir insyaAllah tahun depan. Ya Allah, sahabatku bakal punya anak. Percepatkan jodohku Ya Allah.

Tuesday 1 December 2009

Teguhkanlah Hatimu

Dunia ni menggoda kan? Cantik, seronok, dan cool.

Bila tengok fesyen sekarang contohnya, memang cantik-cantik belaka. Dengan warna warni, gemerlapan, nampak glamorous, dan memikat hati.

Banyak sungguh perkataan yang dapat nak ditambah kalau nak menerangkan keadaan dunia hari ini.

Wang, harta, kuasa, kecantikan dan kehidupan abadi, menjadi rebutan manusia, dari dulu hingga ke hari ini.

Mengejar dunia.

Tak salah mengejar dunia, itu keperluan.

Kecantikan, satu dadah yang menyiksa wanita. Semua ingin kelihatan cantik, anggun dan bergaya.

Lupa pada batasan.

Satu perkara yang penting, segalanya cubalah bersederhana. Moga dengan bersederhana, kita tak mudah dikalahkan nafsu, kita tak tersalah mengambil apa-apa keputusan, dan sentiasa merasa cukup.

Ya Allah, ampunkan dosaku.

Hitamnya Semalam


Hitamnya semalam
Bukti manusia ini selalu tersadung
Matanya celik
Namun terhijab terus dari realiti.

Mungkinkah cantik dilihat
Kiri dan kanan berpesta berkarya
Melaung kebebasan mencipta keindahan
Mendakwa hak milik mutlak setiap manusia.

Racun itu bagaikan madu
Sedap dan ketagihan tak dapat dilupakan
Apakah itu yang selalu kita suapkan
Dalam membina tubuh seorang insan?

Jika sudah terjatuh menyembah bumi
Tahulah juga asalnya kita
Bukan sekadar menganggapnya takdir
Teruskan juga kehidupan lama.

Pandanglah semula ke hadapan
Itu tempat semadinya kita
Hiraukan apa yang berlaku
Murka juga kita sengsara.

Hitamnya semalam
Ingat ingatkan
Hitamnya semalam
Kita cerahkan.



Hafiz Ismail
1 Disember 2009
14 Zulhijjah 1430 H
7.29 malam
Raub, Pahang