Monday 31 May 2010

Freedom Flotilla

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053113252437484.html

Aku baca di Al Jazeera tentang serangan daripada Israel kepada aktivis yang menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza, dan banyak sudah komen-komen malah group yang ditubuhkan membantah tindakan ini di Facebook. As such, Israel is well known for the 'excuses' claiming they are the victims. So, the excuse this time is they've been attacked by the activists with knives, clubs and fire. Even if they've been attacked with such things, should they killed the activists? No! Senjata api lawan pisau? Sungguh...... menipu.

Around 20 were killed, most of them are Turkish. InsyaAllah, syahid fi sabiliLlah.

Sampai bila kita nak diam diri? First of all, kita semua kena bersatu. There are lots of things need to be done, still, kita bergelumang dengan benda-benda remeh yang sia-sia.

Freedom Flotilla

http://english.aljazeera.net/news/middleeast/2010/05/201053113252437484.html

Aku baca di Al Jazeera tentang serangan daripada Israel kepada aktivis yang menyertai misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza, dan banyak sudah komen-komen malah group yang ditubuhkan membantah tindakan ini di Facebook. As such, Israel is well known for the 'excuses' claiming they are the victims. So, the excuse this time is they've been attacked by the activists with knives, clubs and fire. Even if they've been attacked with such things, should they killed the activists? No! Senjata api lawan pisau? Sungguh...... menipu.

Around 20 were killed, most of them are Turkish. InsyaAllah, syahid fi sabiliLlah.

Sampai bila kita nak diam diri? First of all, kita semua kena bersatu. There are lots of things need to be done, still, kita bergelumang dengan benda-benda remeh yang sia-sia.

Jaga Mulut & Hati

"Apa keslah orang ni," omel seorang brader yang baru saja sampai di stesen bas.

Aku diamkan saja. Dah letih dengar makcik tu menyumpah seranah. Kesnya, dia tertinggal bas. Tak tahu bas mana agaknya yang kena naik. Mulanya simpati jugalah. Tapi bila dia menyumpah seranah kuat-kuat sampai semua orang di stesen dengar, mula rasa macam kurang senang. Mulanya simpati, akhirnya malu sahaja yang dapat. Seorang perempuan tua bertaraf nenek, menyumpah seranah kakak di kaunter tiket; macam orang takde agama.

Sedar tak sedar, aku cermin semula diri. Bagaimana pula diri bila musibah datang. Salahkan orang itu, salahkan orang ini. Sebagai contohnya, tertinggal bas. Yang pertama, tidak berwaspada. Tengoklah bas mana yang akan bertolak. Tengok papan tanda, bas tu nak menghala ke mana. Ataupun bertanyalah. Tak ada orang yang akan datang menyambut dan mempersilakan kita naik. Inisiatif sendiri kena ada.

Banyak perkara dalam hidup ni yang kita tak suka. Bila terjadi pada kita, kita bertindakbalas secara reaktif. Mengamuk, bermasam muka, marah orang tak tentu pasal. Semua tu buat orang hilang rasa hormat pada kita. Semua orang ada masalah. Semua orang belajar menghadapi masalah. Tapi bukanlah dengan cara mengamuk.

Sekecil-kecil ujian pun kita nak meletus. Ujian itu Allah yang beri, untuk menguji keimanan hambaNya. Kalau ujian yang kecil pun kita tak pass, iman kita bagaimana pula?

Sunday 30 May 2010

Multiply

Early days of me with the internet was all about Multiply.com. I know lots of people, get to know one of my boyfriend there, keep in touch with my friends, got lots of music pieces I love, some sort of that. I stopped 'multiplying' just before I went back to Malaysia, about a year ago. And after that, I kept writing in this blog.

It's just too... pitiful just to let it go. It is the best community web I've ever use, and know. It still is. But having too much account on the net is too much for me. Yes, we can cross-post all the entries that are in here. But the communication that is gained is not meaningful as it is supposed to be.

Now, I usually log in to Facebook. Nothing to do actually. I update something, so see others' updating, and that's that. I don't even write much reply to any of the comments.

Since a year ago, I felt that I've lost the desire to talk, to communicate. I talk rarely, and write more. There is no two ways communication in this blog. The reason is because only one or two comments for all the entries, because I write something out of others' interest, but I really write something out of interest. This makes this blog act more as a diary rather than a blog.

Who cares?

Go back about Multiply. I login just to see some updates. I noticed that the site is getting heavier these days. I planned to write something there. But maybe some other time. And maybe reconstruct my site too.

Wednesday 26 May 2010

AlhamduliLlah

This is my first semester in maktab. Time flies fast eh? Really, I never thought I can survive here. With shortage of water supply about once per week for a week, I passed all these lots of craziness and tiresome events. And I never thought life's gonna change and I turned to be much happier than before. It's all like magic!! Hehe..

So, I am not interesting in reading and making notes before end of next week. We need to have files about the stuffs we learnt; notes, exercises, reports. It's for MQA, Malaysian Qualification Agency, so the degree program is valid and meet the requirement as a degree. I don't know whether we need to make notes or just depends on the notes given by the lecturer. But whatever it is, I need to make it too for my personal reference.

And I love to do some sewing. That's the only thing I can think of when I am bored. Recently, I've done a baju kurung (with Mak's help of course). And during the study time, I sow some of my tudung, just to kill time. Next time I think I want to make some bed and pillow sheets. That's much easier and take less time. I'll save some money for that.

Oh, Pak Ngah is going to get marry this coming mid semester holiday. So I might be busy doing the stuffs. The first week preparing for the akad, hantaran etc. The second week is the walimah at rumah Wan so lots of things to do. Another week is to get my driving licence!! So I can drive after this, hopefully. (Boleh pinjam kereta Abang and treat it like my own car and biar dia guna motor saja). Hehehe.. sudah plan yang macam-macam padahal apa pun belum dapat lagi.

So, thanks everyone for this enjoyable semester. (^_^)

Tuesday 25 May 2010

Second Last Paper

Hoho... I am so happy. Masih tinggal dua paper lagi, biologi dan pedagogi. Dah lama rasanya tak exam dengan paper yang sedikit macam kali ni.

Anyway, tak sabar nak balik rumah. Nak main dengan Kecik (^_^).

The fact is, Kecik dah pun besar. 9 years old. Dan bila Along dia ni balik rumah, kami switch peranan. Hahahahahaha... bayangkan budak 9 tahun pujuk akak dia yang 23 tahun ni merengek-rengek. Bear (adik aku) bila dia tengok aku buat perangai macam tu mesti dia kata, 'apa benda korang berdua mengarut ni??!!' dengan muka menyampah dia. Hahahahaha..

There's no place like home.

Monday 24 May 2010

Being Fashionable

Okay, I am stupid about this fashion thing. But back in UK, I like to buy clothes, about at least one per week. It was easy to go out to town and find nice shops there. I have loads and loads of them. From simple t-shirt and shirt, I moved on to short dress. Most of the dress are short-sleeve or sleeveless, but there is not problem to wear jacket, simple sweater or cardigan outside. My favourite is jeans or leather jacket.

Going back to Malaysia, I found that it is difficult to wear a bit fancy than before. First, because it is too hot in here, so it is almost impossible to wear two layers of clothes even at night. Second, I think it is wise to let your tudung and shirt a bit longer than usual in here because you need more 'protection' in Malaysia rather than in UK (seriously!!!). So, slowly I left my fancy clothes to be wore at home (and hostel) and relax myself with baju kurung each time I go out. It is more airy, and comfortable.

Oh, about tudung. I discovered that the tudung fashion in Malaysia now tends to be shorter and shorter. Yes, the tudungs are more simple to be wear and this encourage women to wear tudung. But too simple has kicked out the reason of wearing them. Plus, it is worsen with nowadays fashion of wearing tight inner and leggings (as if 'covering' your legs and arms) with short skirts and baby tops. It looks ridiculous!!

That's the reason guys have less respect to women even if WE wear properly and modestly.

Sunday 23 May 2010

Kerana Aku Cinta

Bila tengok budak-budak, rasa macam seronok. Teringat sepupu-sepupu yang tiap hujung minggu pasti kami sama-sama berkumpul. Bila masing-masing duduk dekat macam ni, rasa seronok. Macam zaman aku kecil dulu. Dan pastinya tumpuan utama kami tak kira yang kecil atau besar adalah kepada budak kecik ni.



Her name is Munira Aqilah. Berusia lebih kurang 3 tahun. Sangat..petah..dan..bijak. Bila dia buat apa-apa, rasa geram saja tengok keletah dia. By the way, she's a mix of Malay and Indian, and she looks more Indian than Malay.

Kanak-kanak ini, tidak dinafikan, kadang-kadang buat kita rasa menyampah dan meluat. Yep, yang jenis tak dengar kata, suka mengamuk. Tapi fikir-fikirkan, kenapa kanak-kanak boleh jadi macam tu?

As we all know, kids learn from what they see. Kalau mak ayah jenis suka mengamuk, anak-anak besar kemungkinan jadi macam tu. Kalau mak ayah jenis suka mengambil kesempatan atas orang lain, anak-anak pun membesar dengan didikan sedemikian rupa.

And as our kids growing up, the tantrums, the problems, anything that we find so irritating, means that there are flaws being picked by the little ones throughout the time. Dan sangat menyedihkan andainya anak yang kita timang-timang dan tatang menjadi seseorang yang bengis dan pemarah, tidak berpekerti baik, malah melawan kita semula secara fizikal mahupun kata-kata.

Kami diajar sebagai bakal guru ini untuk menerapkan nilai-nilai murni semasa di sekolah, agar menjadi ikutan murid, supaya manusia yang lahir nanti sempurna dan seimbang termasuklah dari segi emosi dan rohani. Cuba kira sekarang, berapa ramai remaja dan kanak-kanak yang benar-benar menghormati orang tua? Berapa ramai remaja dan kanak-kanak yang berkata-kata kesat, malah hingga jadi suatu yang biasa? Berapa ramai remaja dan kanak-kanak yang solat cukup 5 waktu sehari semalam?

Everything starts from the house. Tanggungjawab mendidik itu dipikul oleh ibubapa. Teachers just adding the spices to be much better.

Remaja awal belasan tahun sudah ramai yang ketagih seks, ketagih dadah dan menghidu gam. Tak dikira lagi dengan yang menyertai kumpulan-kumpulan samseng.

Aku cinta pada kanak-kanak, dan bila meningkat dewasa, aku sedih melihat kanak-kanak sewaktu kecilnya sangat naive kini menjadi seseorang yang tak sepatutnya. Cool itu bukan diukur dengan keberanian melakukan sesuatu yang dilarang atau 'jadi budak nakal'.

I just hope, kita yang sudah dewasa ini, punya kekuatan dan akal yang waras, bimbinglah adik-adik dan anak-anak kita. Janganlah kita sekali hanyut dalam dunia ini. Kalau kita sendiri lagi masih belum memikirkan tentang masa depan dan realiti hari ini, susahlah.

Kalau bukan kita, siapa lagi?

Always Out Of The Topic

I was trying to study, when I have another idea of doing another thing, which is outside of the topic area. I wrote something, and then surf the internet about 'fashion' of young chicks in Malaysia. It is very odd. You look like colourful candy. That's today's trend. Really odd. And I have my point to ponder about this matter.

Colourful candy is reaaaallllyyyy delicious. Yummy!!

Saturday 22 May 2010

It's Exam Week, And I Feel Reaaaaaaaallllllyyyy Bored

It is supposed a week of studying and revising. But no, I really can't do that. So I kept on sleeping, or surf the internet, eat, sewing, listening to music, etc other than reading books.

Just now I have this feeling of want to cook. And it is almost impossible to cook in here. Well, if I can bring rice cooker, stove and oven here. Hehe...

I had 3 cups of mushroom soup today. Wish I have garlic bread to eat with.

Diabetes

Orang kita panggil kencing manis. Pernah ada orang bergurau, nak tahu kena kencing manis ke tidak, tengok ada tak semut hurung kencing kita. Hahahahaha...

Siang tadi I was told by Abang, antara symptoms of diabetes ni ialah selalu nak kencing. Suddenly I was like.... no way!! So, I googled about the symptoms, and here what I got.

http://www.diabetessymptomsonline.com/symptoms.htm

Diabetes Symptoms

Diabetes can and often does go undiagnosed because the symptoms can seem harmless and oftentimes normal.

Some diabetes symptoms include:

Frequent urination
Excessive thirst
Extreme hunger
Unusual weight loss
Increased fatigue
Irritability
Blurry vision

Type 1 Diabetes Symptoms

Frequent urination
Excessive thirst
Extreme hunger
Unusual weight loss
Increased fatigue
Irritability
Blurry vision

Type 2 Diabetes Symptoms

Blurry vision
Cuts or sores that are slow to heal
Itchy skin, yeast infections
Increased thirst
Dry mouth
Need to urinate often
Leg pain

------------------------------------------------------------

I got about 5 of the symptoms, I presume. I planned to check last week when I went home. Tapi sibuk sangat sampai lupa. I need to check next week, need to remind Mak to remind me.

Okay, stop worrying too much. Study!!!

Friday 21 May 2010

Tak Boleh Bercakap Sangat

saya.ada.ulser.di.hujung.lidah.saya.maka.saya.tak.boleh.nak.bercakap.dengan.betul.dan.tak.boleh.bercakap.banyak.sebab.tiap.kali.lidah.saya.bergerak.akan.rasa.sangat.sakit.nak.makan.pun.susah.sampai.saya.terpaksa.minum.sup.sahaja.dan.makan.nasi.bila.terlalu.lapar.sahaja.

teringin la nak makan nasi kerabu...... lapo...............

Baby

Aku sangat teruja bila dengar berita Naili dah selamat bersalin. She got a baby boy, named Umar Ziyad.

Dan bila dengar cerita kawan-kawan dah ada anak ni, sayu pun datanglah. Keinginan nak ada anak sejak bertahun lamanya ni datang kembali. And lots of people tanya, bila nak kahwin?

InsyaAllah, bila sampai masanya.

Monday 17 May 2010

Monday Evening

Rasa macam pagi lagi. Burung pun masih seronok berkicau. Salah timing mungkin. Hehe..

Pagi ini asyik nak makan saja. Sebab nasi lupa nak beli. Dan malas nak salin baju dan keluar beli. Sebab rasa lain macam, macam hari ni hari cuti. Tapi memang macam hari cuti. Aku sedar jam 9 bila Ija kejut. Dalam mamai-mamai, aku cuba proses ayat Ija tadi, 'Along, bangun Long! Dah pukul 9 ni'. Dia cakap dengan nada yang bersahaja dan bukan kelam kabut.

Dah pukul 9. Emm....
Eh, hari ini hari apa? Bukan Isnin ke? Kenapa baru bangun pukul 9? Kenapa dia pun baru bangun pukul 9?

Sebenarnya aku tak tahu kalau minggu exam tak perlu ke kelas. Orang barulah katakan. Aku sudah gosok baju untuk seminggu, sebab aku fikir kena ke kelas. Mujur aku tak gosok lagi baju untuk 2 minggu seterusnya.

Aku mengidam nak makan ayam goreng. Setelah bergaduh dengan Abang semalam sebab dua-dua kurang sihat dan aku kalau kurang sihat selalunya meragam, aku nak keluar juga hari ni. Biarlah pengsan tengah jalan ke, muntah-muntah ke, apa ke. Pedulikan!! Pertama sekali, aku nak beli ubat batuk. Tak larat asyik terjaga pagi buta sebab batuk tahap dewa hampir setiap hari. Semalam pun batuk juga tapi aku dah tak larat sangat sampai dah tak mampu nak terjaga lama walaupun agak sakit juga dada dan tekak ni. Itu belum lagi hidung ni berair sampai tak boleh nak bernafas + perit tekak.

Sistem immune sudah slow ke? Aku punya ureter ni ada masalah lagi. Sakit bila nak kencing. Aku ingatkan kena batu karang ke apa. Mujur ada lagi antibiotik yang tak habis dulu (jenis lupa nak makan ubat). Sekali dua makan, kuranglah rasa sakit tu. Dan asyik lupa nak check darah untuk tengok aras gula dalam darah. Minggu depan kot kalau balik. Tak pun minggu depan satu lagi. Ah, balik tiap-tiap minggu sajalah. Senang cerita.

Lagi satu, badan ni selalu saja berbidat macam kena taik ulat. Besar-besar pula tu. Tak tahu apa masalahnya. Di rumah ke, hostel ke, sama saja.

Aaa... mengidam nak makan ayam goreng. Ye, nak ayam goreng yang crispy tu. Yang panas-panas lagi tu. Biarlah aku nak mengada-ngada hari ni (esok, esok, esok dan seterusnya sampai aku bosan). Walaupun aku tahu tak mampu nak habiskan dengan tekak yang rasa lain macam ni, aku nak juga.

Exam lagi 3 hari. Aku tak baca lagi FPM. Paper hari Khamis. Sedang study Pedagogi Sains. Esok baru study FPM. Ye, last minute revision. Sekarang tengok biol dengan Behaviourist Theories. Setiap nota yang ada yang berkenaan topik yang sama, berbeza sedikit terma dan konsepnya. Boleh menimbulkan kekeliruan. Tapi basic tetap sama. Kalau rujuk satu bahan sahaja boleh sesat. Kemudian nak bezakan dengan teori kognitif pula. Sangat menarik sebenarnya, apabila aku bandingkan dengan kehidupan masa di sekolah dulu. Rasa kurang percaya pada bekas guru pun boleh ada. Fake appreciation. Heh...

Learn about behaviour of kids to understand them, kan bagus. Not just 'applying' what we learnt, just to teach them. Pembelajaran itu makin bermakna apabila wujudnya hubungan kasih antara murid dan guru. Andai hubungan itu hambar, manakan datang kesungguhan untuk belajar?

Sunday 16 May 2010

It Happens

Ah, ketentuan Allah. Tak menyalahkan, tapi apa yang aku takuti dah terjadi.

AKU DEMAM.

Memang agak menyedihkan sebenarnya. And it takes lots of effort and some time before I realised ini adalah ujian Allah untuk aku. And I should be happy with it. HE STILL LOVES ME. Despite all the things that happen today, yesterday and hari-hari yang akan mendatang.

Today, fortunately I realised that 20th May is on Thursday, not Friday as I thought weeks before. Haha... jenis orang tak pernah nak ingat sangat tarikh. Well, I just realised today is 16th. Hari guru. And I said something pada mak about teachers.

Aku pernah tulis berkenaan dengan guru. Lebih kepada kritikan. Aku banyak mengkritik, bukan untuk point out kesalahan tapi untuk dipositifkan dan menjadi perkara-perkara yang boleh diambil pengajaran mengenainya dan dibaiki demi kepentingan semua.

Kali ini aku nak bercakap berkenaan menghormati guru. Dalam adab kita sebagai orang Melayu, juga Islam sendiri, memang mengajar kita untuk menghormati guru. Tapi pada pendapat aku sendiri, tak semua guru perlu kita hormat. This is because mereka makhluk yang boleh berfikir dan membuat pilihan. Pilihan mereka untuk berperangai mengalahkan budak-budak, pada hemat aku, tidak menggalakkan pelajar untuk menghormati mereka.

Guru adalah seseorang yang berusia lebih tua daripada murid-murid mereka. Orang yang lebih tua mempunyai ego yang lebih. Mereka menganggap diri mereka sentiasa betul, ego jika mendapat teguran daripada murid-murid terutamanya, dan berpegangan bahawa kata-kata mereka WAJIB dituruti. Benar, guru merupakan golongan yang mulia dan dimuliakan. Namun begitu, ini bukan tiket untuk mereka MERAIH kemuliaan daripada murid-murid.

Kanak-kanak juga manusia. Mereka ada akal, ada perasaan. Rasa hormat pada seseorang itu bukan boleh dipaksa-paksa. Apatah lagi jika murid sendiri rasa muak dengan guru. Manakan datang rasa hormat itu andai ada kebencian dalam hati?

Solutionnya mudah. Jadilah seseorang yang wajar untuk dihormati, ANDAI MAHU DIHORMATI. Namun, sebagai seorang hamba Allah yang kerdil, penghormatan itu bukanlah pokok utama dalam melaksanakan tugas mendidik manusia. Ikhlaskan diri dan cubalah terima untuk mendapat imbuhan yang tidak setara dengan 'pengorbanan' yang dilakukan. Kenapa perlu rasa ditindas kerana banyak pandangan serong daripada orang lain, dan gaji tidak sepadan dengan kelayakan, atau kerja bertimbun-timbun? KITA MERAIH SIMPATI DARIPADA ORANG LAIN. KITA MEMINTA SUPAYA DIHORMATI DAN DISANJUNGI.

Sangat tak malu orang yang berfikir sedemikian.

Namun, tak salah untuk meminta gaji dinaikkan. Tak salah untuk meminta supaya bebanan kerja dikurangkan. Yang salah adalah meminta-minta sebegitu rupa seolah-olah kita ini mangsa. Andai sedar diri ini mangsa, berusaha untuk memperbaiki keadaan bagus juga. Daripada menjaja-jaja diri.

Ini apa yang aku lihat pada bakal guru yang masih sangat muda dan guru-guru yang dah pun tua tapi 'berjiwa muda'. Bukan semua, tapi itulah mentaliti yang ada.

Itu baru jadi cikgu. Bila jadi ibu bapa nanti, begitulah juga yang terjadi.

Thursday 13 May 2010

Sangat Marah

Sebenarnya nak bercerita panjang. Tapi tak tahu apa yang patut diceritakan. Apa kata kalau cerita tentang marah?

Marah itu sinonim dengan kita. Kalau tunggu lama sikit, nak marah. Jalan tersepak batu, nak marah. Orang bising-bising, nak marah. Sakit sikit, marah. Sakit banyak, tahu pula nak slow down.

Lawan kepada marah, tentulah sabar. Besar kelebihan kalau sabar. Yang pertama, darah kita pun tak mendidih dan nafas pun teratur. Orang pun taklah mengecop kita ni panas baran. Kalau marah budak-budak, beri kesan kepada emosi dan psikologi mereka. Kalau marah batu yang kita sepak, nampak macam bodoh sebab marah pada batu. Marah batu buat apa, bukan salah dia. Yang menyepaknya kita. Patutnya batu tu yang marah kita. Tak payahlah nak salahkan sesiapa. Itu pun satu masalah juga. Musibah datang, salahkan itu ini.

Mudah ke nak tahan marah, nak bersabar ni? Susah beb!! Tapi takkan tunggu darah muda jadi tua baru nak bersabar kan? So, everything starts with practice. And everything should start now.

Pernah aku jadi panas baran tahap main pisau-pisau api. Pernah juga ada perasaan marah pada suami hingga tahap nak bunuh anak-anak depan suami baru puas hatinya. Alangkah dangkal pemikiran yang didorong oleh marah hingga mendesak diri untuk jadi seorang pembunuh. Juga pernah seseorang yang aku kenal sangat tinggi tahap marahnya sampai lari susunan gigi kerana mengetap diri dek marah yang teramat sangat.

Masa kita marah, nampak sangat keputusan yang kita ambil adalah berasaskan nafsu semata dan tidak tepat langsung. Contohnya, kerana marah kepada anak yang tak henti-henti merengek, kita menampar, memukul dan mencubit kanak-kanak yang pada ketika itu fungsi akal mereka tidak cukup sempurna lagi berbanding kita. Wajar ke?

Baru-baru ini, aku menengking Kecik yang sememangnya selalu rapat-rapat dengan aku kerana suka sangat aku balik rumah. Dia rasa attached dengan aku, tapi aku sendiri rasa rimas dengan dia. Tak wajar aku tengking. Dia hanya kanak-kanak, dan dia suka ada dengan aku. Itu baru adik. Kalau anak bagaimana? Kita sendiri sebagai ibu bapa rasa rimas dengan kerenah anak yang ingin bermanja-manja dan 'mengada-ngada' dengan kita. Sangat tidak wajar.

Untuk ada rasa sabar ini, perlu tahu kawal diri sebaiknya. Tapi yang penting, kena bersihkan hati dulu. Jauhkan perkara-perkara yang melalaikan, yang tak berfaedah. Biasakan dengan diam kalau jenis yang banyak cakap, yang jenis cakap lepas, yang jenis panas baran. And the most important, think positive, berlapang dadalah. Apa yang terjadi, baik atau buruk, menyusahkan atau menyenangkan, kedua-duanya adalah ujian. Beruntunglah kalau kita dapat melepasi ujian-ujian tu dan menambahkan kasih sayang kita pada Allah dan menambah pengalaman dan pengetahuan kita.

Marah itu bukan tak boleh, tapi kalau tak bertempat kan dah salah fungsi.

Marah pada orang yang suka mencarut, kita sama lawan dengan lidah sampai dengan kita-kita mencarut sekali. Bukan tak mencapai objektif ke macam tu? Cara-cara menegur atau berdakwah ni kan dah pernah belajar di sekolah.

So, mari belajar kawal diri. Bila kita mampu kawal diri, bukan marah saja yang tak beri kesan pada kita. Malah tamak gelojoh, malas, menipu dan macam-macam benda tak elok lain pun boleh kita kawal.

Wednesday 12 May 2010

Pre-Exam

Rasa seronok jawab TITAS tadi, dan English pada minggu lepas. Seronok itu bukan kerana soalan mudah atau susah. Seronok kerana soalannya menarik.

Sesungguhnya aku sungguh tak suka homework semasa sebelum peperiksaan. Terasa macam satu bebanan yang tak sudah. Latihan dan homework berbeza. Latihan dibuat di kelas, siap pada waktu itu dan kemudian di hostel terserah nak buat apa sahaja. Homework, atau kerja rumah kena buat di hostel (atau di rumah).

Apa-apa pun, kerja 'last minute' begini agak membantu jika dibuat dalam suasana yang berlapang dada kerana kerja 'last minute' inilah yang kuat diingatan daripada perkara bertimbun-timbun yang dah dibaca sebelumnya.

Last minute study is good for certain people. But not all subjects. Sebagai contohnya, diri aku sendiri. Aku sangat lembab tahap gaban dalam bab menghafal. So, throughout my life, where my life before was about numbers, I only need to remember the formulae. And I didn't need to read much. I hate reading. Until now. But I read, whenever I have interest in that certain subjects, and if the subjects have no or less connection with the subject I took in class. And I rarely read novels. I usually read boring things; something that brings you knowledge when you read it.

So, today, when I realised all the subjects I take need reading, I was like...... argggghhhhhh!!! But, I feel funny. I like philosophy, and psychology, but then when I learn it formally in here, I cannot grasp even a thing. It is just too factual, and the work given are too schematic. It's like learning without having our heart learning it. It's like wasting time. Like the years I felt wasted when I was studying Physics and all the small components of it. I do realise I like Physics in some sort when it counters with numbers, but the core of it means nothing.

I really, really want to get good result. At least I pass. I am worry about myself. My brain was not as it was 5 years ago. It is going worst and worst. With headache I experience these days. Really, I am going old inside without anyone noticing. It is worrying when you fall sick and weak almost each day, you cannot comprehend much of what you read or others say to you, your sight sometimes going blur. I am worry of myself.

So, that is my pre-exam blues. Pathetic, isn't it?

Monday 10 May 2010

Rasa Sangat Happy (^_^)

Seronok sebab Mak sendiri dah merestui.


It took 5 years for her to agree.


InsyaAllah, some years ahead sebelum habis this degree program.

Friday 7 May 2010

Cerita Waktu Cuti

Balik rumah. Rasa gembira Hafiz tak ada (sepupu aku). Dekli pun secara automatiknya takde. Emm, bagus juga. So, hanya ada Kecik dengan Zakwan. And Bear. Tiba-tiba balik dan bawa kawan dua orang sekali. Not a problem, not at all. Tapi rasa janggal ada orang lain dalam rumah. I'm not really like chatting, so selalunya aku bergurau dan bercakap dengan Kecik saja, ataupun duduk di atas, asingkan diri daripada orang lain, macam sekarang ni.

Okay, first impression mereka, 'akak ni kecik la.'

I know that. Hehe...

Rasa macam kepala ni asyik sakit saja. Tak tahulah kenapa. Panas sangat kot.

Esok nak balik rumah Wan. Nak mandi sungai!!! Hoho..

Sebenarnya idea nak menulis terbantut sebab tiba-tiba Kecik ada di sebelah. Menyibuk sungguh.

Emm, teringat masa exam English semalam. Tiba-tiba Mr Abu Bakar berdiri di sebelah dan baca essay aku. Hilang idea terus. Kacau sungguhlah.

Ahhh, ada kerja yang macam banyak sebenarnya. Aci dak kalau malas? Dah nak exam pun bagi kerja banyak lagi? Tak boleh ke bagi masa untuk study pulun-pulun?

Sangat............. annoying. Really, I hate homework, terutama masa nak exam. Macam nak 'kejar silibus' as one of my lecturers said about habits of teachers at school. Bezanya kali ni, kejar tutorials and ISLs and credit hours yang masih tak cukup. Not that I want to condemn my own lecturers, but, rasa macam sangat skematik dan turus sangat. Nak buat apa pun kena tengok keadaan juga.

Okay, cakap banyak sangat nanti jadi fitnah pula. Just my 2p. Tak perlu nak diperbesarkan.

Thursday 6 May 2010

Air Tak Ada dan Aku Sakit Perut

Semalam ada jamuan makan-makan, Cik Halimah belanja. Terima kasih banyak-banyak.

Aku tak makan banyak sangat, tapi minum banyak juga. Soft drink ok!!

Hari ni sakit perut. Pagi tadi dan membuang sekali, dan sekarang pun ada lagi. Nak buang apa-apa masa di kelas sajalah. Kalau di blok, kena tadah dan angkut air dulu.

Mujur juga hari ni balik.

Oh ye. Hari ni balik agak lewat. Jam 5 lebih kot. Nak angkat barang sikit sebelum cuti sem. Nanti barang banyak sangat tak larat nak pack, nak angkat lagi.

Bear tak balik minggu ni. Dia kata ada praktikal. Entah ke ceruk mana dia kena hantar kali ni.

Wednesday 5 May 2010

Berfikir; Baik atau Buruk Sebenarnya?

Aku banyak berfikir kebelakangan ni. Berkenaan hakikat seorang muslim. It is because we are born Muslim, or because we really want to do what we are doing right now. An easy example is pray. Do we really pray because we want to pray, or 'if I don't pray people will think bad of me'. Sometimes I do really feel like that. BECAUSE OF OTHER PEOPLE.

Let see, some people do separate life and religion. Example, we don't cover ourselves properly (including men who wear shorts and tight clothes), we shake hands with different gender, we have sex before marriage. Just a several physical example. Not to mention that they also think that religion restrict the production, economics, interaction between male and female, some sorts of that. AND, they pray, fast, celebrate Hari Raya, pay zakat, etc. Means, they do what religion told them to do but in the same time do what religion forbid them to do.

Remembering one of my thoughts, I do think that the rules are too much. I mean, what if I don't pray and in the same time be a good guy. I mean, I don't steal, I never kill anyone, I don't cheat. Look at others with different religion. They don't pray all the time, they don't have to cover most parts of their body. I mean, can't I wear moderately yet not too exposing?

These are my thoughts. Quite dangerous. It do means that the iman in myself are not strong enough, but I like myself to think like that as a revision, to let me dig deeper to make me understand more about my own religion. I don't want to be someone who just accept but know and understand and love.

Love is not something that comes and stay just like that. It needs to be taken care of and nurtured each time, so that it will bloom and cherish our life.

Tuesday 4 May 2010

Bosan Dengan Kelapangan

Really, I am bored. After few of busy and stressful weeks, a sudden stop surely makes anyone lost for a moment. Hilang momentum.

So, I decided to copy notes from a book into my laptop. Just to kill time. I did lots of things except reading. So, copying notes should be okay for me. Just a way to read,I cannot read by opening a book and read just like that.

Exam is in two weeks time. I decided to study about pedagogy first, because I am really poor in that area, then proceed to biology, perkembangan kanak-kanak and the last one falsafah pendidikan. I can't memorise things well, so need to read a lot to get me get the points.

I love exam. (^_^)

Just hope I'm okay this coming exam. Teringat last exam, demam dan pening. Sangat......tertekan, ditambah dengan keadaan diri yang memang sedia tertekan. It was spring but still sejuk. Kemudian, ada satu hari yang aku salah venue, dan masa tu hujan, dan demam. Rasa macam..........bengang. Next day, tak pergi exam langsung. Semangat down dan keadaan badan sangat tak larat.

Ah, dah hampir setahun berlalu rupanya. Rasa macam baru lagi.

I miss Cardiff. (^_^)

Satu masa nanti, ada rezeki, nak menetap di sana. Entah kenapa, rasa lebih selesa di sana. But then, persoalan menaburkan bakti kepada anak bangsa akan diutarakan. It's because I am sponsored by rakyat so I need to serve them. Very true.

But I believe, as long as we are alive, we should do anything that we can to change ourselves and people around to be better and successful, in life, in the afterlife, in all aspects. We must do good deed. We must be the ones who initiate.

So, mari produktifkan diri. (^_^)

Monday 3 May 2010

Uhukkkk!!!

Am not having a good day so far, maybe will change to be better later (aahhhh, need to make today better me-self). Woke up early after a long night of coughing. Sangat...... berat kepala.

I realised that I always have trouble with my throat and nose, ie coughing and sneezing. For more than a week. Agak tersiksa bila nak tidur batuk-batuk sampai perit tekak, berair hidung sampai lendir sekat salur pernafasan dan tekak, hidung gatal-gatal dan bersin.

Ija is away until Wednesday. Tak seronoknya duduk bilik sorang-sorang. But then, I got chance to sew baju kurung. Siap satu sebelum cuti ni pun jadilah. At least tak mengganggu dia. And one thing, need to read a lot. Exam dah dekat.

(^_^)

.

Saturday 1 May 2010

Weekend At Home

Nobody's at home, all balik kampung. I am happy to be home, but as no one is here, feels like a bit lonely. And there's no one to cook for me. I thought when going back home I can relax a bit and have some nice days. Not at all. Plus I need to repair my PBS portfolio.

Did I said before I have a male cousin live in the house? So, each time I went back home, I need to wear properly except in my room. And of course when at rumah Wan. It is 'menyusahkan' because I need to wear like that even when sleeping. Tidur ramai-ramai tengah rumah. I think I never sleep at rumah Wan since my cousin's family moved in to rumah Wan from Perlis. All the rooms are used, so anak dara sunti pun tidur tengah rumah juga.

So I want TO THANK my lecturer for giving me this work. I really appreciate it this time. ONLY.