Sunday 31 January 2010

Ahad Yang....Entah

I proposed this suggestion to Abang, regarding our marriage. Ever heard about 'kahwin gantung'? In this 4 years, I do believe IF we live separately, we can avoid me getting pregnant, IF we get married. As I am now living in Lipis and he is just 15 mins away from here, I do think we need to consider to get married earlier than what we plan.

Suddenly, I Feel Lost

I read a blog, just now, about a brother, who just finish his degree in Medicine, at the time he was diagnose with cancer. He did several treatments, including highly dose of chemotherapy, but the cancer seems to spread through his body at faster rate, and that's that.

As I read further, how he not blame and question THE ONE who make him fall this low, I feel, stopped. My laughter and madness stopped abruptly, and think, 'Allah, forgive me'.

I want to be strong, like him. Forget all the dreams. Do the best in everything.

Me too might not last long.

I'm In Love

Hahaha..tajuk tak boleh blah!!

Setelah planning untuk menyiapkan TIGA report eksperimen tak tercapai, dek perangai menggila dalam 2-3 hari ni, penulis macam hilang arah dan menghabiskan waktu senggang dengan berjiwang dan memerut.

Aduihhh, tak ada motivasi langsung nak bikin kerja ni. Padahal bukannya susah sangat. Main taip-taip saja. Jawab soalan tu mungkin agak susah sebab kena baca dulu (another dilemma of budak yang tak pernah belajar biology sebelum ni).

Semalam usha-usha radio cassette + cd player sekali. Yang biasa-biasa pun dah RM120. Yang cun sikit entah berapa pulak. Risau kaset-kaset aku lama tak main. Dahlah tak sampai-sampai lagi. Kalau ikut pengiraan hujung bulan 2 nanti baru sampai. Aku dah siapkan satu laci khas untuk kaset-kaset tu. Lepas tu harap TV aku ok. Nak beli kabel. Boleh main dvd sambung dari laptop ke TV. Muahahahahahahahahaha...

Entah muat ke tidak meja ni. Yang pasti laci kaset tu nanti tak muat. Untuk compartment buku pun tak muat rasanya.

Tak sabar rasanya nak tunggu barang-barang aku sampai. Boleh decorate bilik sesuka hati. Ada postersssss (plus the one yang gambar di Bute Park masa snow dulu tu), then bantal busuk + musyuk + my anak-anak tikus, Harry Potter books, dua buku tebal of Shakespeare and Sherlock Holmes, my Mathematics an Physics books (kalau mereka sertakan sekali), shoes, make-up kits, creams, my collection of teas, coffees, baju. Banyaknya barang aku. Malangnya tak berani nak bawa balik vases. Sayang sungguh. Tapi sini nak dapat fresh flowers sangat susah. Bunga plastik tak best. Kalau bunga kering ok juga.

Aci dak kalau cakap kat mak ' I need a new room, my stuffs banyak sangat ni. So, as our home tak ada tempat nak tambah bilik lagi, can I get married so that I will get a new room and much larger space to put all of the stuffs?'

Ayat tak boleh blah!!! Hehehehe...

I'm serious what! Ini pun macam bercadang nak tambah handbag and shoes and books and baju kurung lagi. I need maybe 2 almari besar untuk letak baju-baju ni.

As we grow older, and less larger, our collection of clothes akan sentiasa bertambah :D

Trust me.

Saturday 30 January 2010

Terang Bulan Malam Ini..



Ini gambar bulan. Memang tak dapat nak buat clear gambar permukaannya. Cantik sangat. Dahlah tak pandai sangat nak ambil gambar malam-malam ni.




Dan ini pula perarakan Thaipusam. Puas kejar, tapi tak dapat angle yang menarik. Nak keluar kereta dan join the group, so that dapat gambar yang clear dan shot best. Malangnya rasa segan sikit, lagipun kereta banyak. Masa gambar ni, kereta dah kurang tapi malas dah sebab dah letih mengejar.




Ini di tepi jalan, di Taman Tasik. Melepak sekejap situ, sambil ada orang menghabiskan Nusantara sebatang (dapat juga ;) ). Aku pula merayau sambil mengendong kamera burok tu.





Dan ini my beloved one, yang agak kedekut nak beri tapi last-last mengalah sebab aku
dah ketagih macam orang gila tadi. Kata dia 'Macam gian nak ganja je'.



Itu kisah aku malam ni. Hari ni aku buat perangai lama, pasal apa entah tapi otak aku sikit biol sekarang ni.

P/S : Seorang makcik yang sedang solat maghrib di masjid india tadi, terperanjat beruk dan marah 'Apa ni dekat-dekat dengan orang. Pergilah ambil sejadah sana!', bila aku berdiri sebelah dia. Aku jawab balik 'Saya nak jemaah ni makcik, kena rapat-rapatlah'. Aku buat dek terus angkat takbir, rukuk terus sebab dah rakaat ketiga dan imam dah rukuk. Kemudian makcik tu sambung balik rakaat ketiga. (^_^)

Wanita Dan Airmata

Wanita dan airmata memang sinonim. Aku sejak 2-3 tahun kebelakangan ini memang cepat dan kuat menangis. Sekali menangis paling sekejap setengah hari baru reda. Paling lama, 2 minggu. Berhenti pun sekadar beberapa jam, atau ketika tidur sahaja.

People with mental problem like me, tend to feel emotional even because of a very simple thing.

Tapi kadangkala, bila tak dapat apa yang aku inginkan, atau benda yang berlaku tak mengikut apa yang aku racangkan, maka macam-macamlah yang aku fikir, dan mengalirlah airmata.

Mengikut pengalaman aku, wanita ni cepat menangis sebab hatinya tersentuh, cepat terluka, dan kadangkala hanya untuk meraih simpati.

Hari ini aku menangis untuk membuat seseorang mengalah, agar aku dapat keluar dari tempat ni dan merayau-rayau di bandar. Dalam erti kata lain, mengeksploitasikan kelebihan wanita nan satu ini untuk mengalahkan lelaki.

Wanita memang hebat!!!

Hidung I Gatal-lah!

I was quite astonish when I looked at the ATM machine's screen last night. Whose money is that actually? Mak said she only deposited RM 100. Who put that ribu riban in my account?

Abah said, don't touch the money. It will be pain in the ass to pay it back IF I spend it. The reason is, I just passed up my agreement, so it will be impossible for the allowance to be deposited in such a short time. As I told Sya, she said, it is possible, because the amount is just right.

You know what I think? I want to take my driving test. Hahahahahahaha..

The rest I will save for my hantaran. If I can save about RM 1000 per semester, in the end I will get RM 8000. Abang punya duit lagi, so boleh jadi agak grand as both our parents want our wedding to be.

I like to put my wedding above most of the thing. It has been 5 years, and we need to wait for another 4-5 years. Life is not as what we want it to be.

Oh ye, last Thursday aku ada usrah dengan Aishah and Kak Maher. After the usrah, kami borak-borak. Kak Maher is a teacher in SMK Clifford. Aishah told Kak Maher, that the eldest students in this IPG are the ones who were born in 87, which include us. Agak mengejutkan juga. Dan, by the end of my degree, I will be the eldest of all. Sebab, sekarang aku baru semester 1. Semester 8 nanti, I will be 27, the rest will be 24. Juniors of course will be much younger.

But no worry. How old I will be nanti, still look younger. Yalah, even now people think I am doing the foundation course, budak-budak yang masih lagi 18-19 tahun. I look 6 years younger tau!!!

Ok, sudah sudahlah perasan.

Friday 29 January 2010

Arrggggggghhhhhhhh!!!!

Itu...intro lagu Attack With Spell - Abigail. Hehe...

Emmpphh, bila cuti saja, memang bosan. Room mate pun tak ada, balik kampung. Tinggallah aku sendirian di sini.

Malam minggu macam ni memang membosankan.

Ini entri bosan. Ini tentang penantian. Orang kata penantian satu penyiksaan. Aku pun kata penantian itu satu penyiksaan.

Hari ini 'tetamu' tak diundang datang, masa perhimpunan, masa timbalan pengarah sedang memberikan ucapan. Adanya sahabat di sebelah yang membantu, jeritan yang selalunya bertalu-talu berjaya diganti dengan tangisan sedu sedan tak tahu apa punca.

Sekarang, aku tak rasa aku betul-betul stabil. Cuma, insyaAllah dapat aku kawal.

Emosi terlebih hari ini.

Update : Tajuk lagu tu bukan Attack With Spell, tapi Mephistopheles. Salah tajuk daa..

Coretan Sebelum Tidur

Merenung jauh ke belakang. Seronoknya zaman muda dulu.

Nostalgia itu satu perkara yang selalu aku tulis di sini, dan entri-entri lama yang sudah dipadam pun, banyak bercerita tentang kisah lama.

Tadi, bercerita sedikit semasa usrah; 'Saya ni, rockers tegar.'

Memang, jiwa amat sebati dengan musik keras. Sebati dengan musik 80an - 90an. Kerana ia melambangkan ekspresi dan bentakan yang ada dalam diri. Sejak dulu.

Kalau ada sesiapa perasan, dulu aku selalu guna avatar ini untuk mana-mana akaun.




Emmm....

Aku dapat kalendar baru nanti. Bos belanja.

Thursday 28 January 2010

Siapa Dihatimu

Mari berjiwang!!!

No-lah. Saja nak bercerita.

Aku ada beberapa orang lelaki yang pernah menjadi seseorang yang menyinari hidup. Oleh kerana aku tak rapat dengan keluarga, dan tak punya rakan yang betul-betul memahami dan rapat, maka beberapa orang lelaki ini memang sandaran utama.

Tapi got to remember. Jodoh ini ketentuan Allah. Maka, apabila kegagalan itu berlaku ada sebabnya. Pertemuan itu juga ada sebabnya.

AlhamduliLlah, beberapa orang lelaki dalam hidup aku ini, berjaya mengajar aku, untuk lebih berhati-hati, bertoleransi, juga secara tak langsung memulakan konflik pencarian Tuhan dalam hidup aku, lantas membawa aku ke tempat aku berada sekarang. Terima kasih ya Allah atas perhatian dan bantuan juga ujian yang telah Engkau berikan kepada aku.

Apa yang dah berlaku, semoga kita jadikan ingatan bagi diri. Juga ingatlah, dalam hidup ini, walau payah dan sakit macam mana pun, semuanya nikmat Allah. We got to get a way to resolve the complication.

Selama usia aku yang tak seberapa ini, banyak sungguh yang aku belajar. Walau tak sehebat orang yang miskin dan hidup melarat, tapi apa saja benda yang telah berlaku, adalah istimewa khas untuk kita saja. Sama ada kita biarkan apa saja yang dah berlalu, atau berfikir apa yang ada di sebaliknya, pilihan ditangan kita.

Dari sampah, aku cuba untuk jadi manusia. Proses itu bukan dengan sekelip mata. Siapa saja boleh berubah. Usaha itu perlu.

Tuesday 26 January 2010

Terasing

Tajuk tak berkenaan, cuma sebagai hiasan semata. Semalam saya berborak dengan mak saya. Macam.... pehhhh!! Bila masa pula boleh nak bertoleransi dengan mak ni? Entahlah, mungkin kerana bila diri dalam tekanan, dan tak punya sesiapa untuk bercerita.

Mak kata nak masukkan duit (dilema orang yang tak dapat elaun lagi).

Aku nak beli buku!!!

Sunday 24 January 2010

Mari Berjiwa

Feeling....a bit nostalgic this day. Nothing happens though. Well, get up late and didn't attend class activity is out of the question.

Sometimes, we forget what gives us passion in life. I do forget for quite some time. But life is not always as what we want it to be. And life is not about enjoying it most of the time. We got our destiny, and it is not now. We need to sacrifice our beloved ones.

I feel a bit nostalgic today.

Basah Kuyup Jam 1 Pagi

Bukan kerana hujan lebat yang sudah dua hari melanda daerah Lipis, semenjak kemangkatan Sultan Johor kelmarin. Tetapi punya kaitan juga dengan hujan lebat tersebut. Kerana hujan, maka ampaian banyak yang kosong. Maka aktiviti menyental pakaian sebakul dua adalah idea yang bernas walaupun kekhuatiran hujan akan turun lagi. Tapi, kalau takut hujan turun memanjang, sampai bila pun tak akan berbasuh baju tu. Maka di atas kesempatan di waktu tengah malam hingga ke jam 1 pagi tadi dipenuhi dengan aktiviti membasuh.

Maka entri ini adalah berkenaan membasuh baju.

Hehe..

Saturday 23 January 2010

Mata Bengkak

Mata saya bengkak, dari semalam. Semakin bengkak. Sakit dan sepet. Bangun tidur, sebakul tahi mata berkumpul di sekeliling mata.

Before I Go.....

.....to sleep. I have plenty of questions screaming in my mind. But, ignore them for a while, and answer one by one.

Why people are different? Sometimes I feel frustrated when dealing with people. It's not too complex thing but some person always making it complex and at the same time burdening someone else. Have anyone been experiencing that before?

I feel annoyed but nothing much can be said. Nobody is perfect, and Allah give us different types of knowledge, style of thinking, believes, life principles, and that is why we need to learn to interact with others. Just be patient.

Another thing is about me-self. I have this attitude of scare of people. I am afraid of talking to people, unless I have to. I have said several things which irritate some person. As the result, I become more and more quite than before. So, many of my ideas, I just keep in mind. Well, that's not a problem, as I easily forget. But, in some areas, I do believe discussion should be done. But, the easiest part is just keep quite. Some time maybe, I'll be loud. But not now.

Another part, I want to go home!! I feel bored here, very much. Internet is not too slow, but I don't have much motivation to read. Sometimes I feel isolated in here. Not that I don't have any friend. Instead lots of people wants to know and talk to me. Maybe because it is the first time since 4 years ago, I go to class without skipping any. Unbelievable!!! I want to sleep a lot so much. But what can I do?

It's 1 AM. I got class tomorrow for replacing the day that the IPG use for Chinese New Year's holiday. Mari tido!!!

P/S : I uploaded several photos from this evening at 'taman herba'.

Wednesday 20 January 2010

Hidup

Teringat zaman kolej, bila berada di sini. Agak terpencil (sebab asrama dan kelas jauh dari jalan besar), susah nak keluar (sebab aku tak ada kenderaan sendiri + malas nak menapak ke perhentian bas di hadapan IPG), dan berada di tengah hutan.

Memetik kata-kata Faiq (member kelas) siang tadi, 'Aku dengar bunyi sampah kena selongkar. Ingatkan kucing, rupa-rupanya babi!'

Aku kira kata-katanya di atas dapat menerangkan suasana tempat ini.

Pada aku, tentang kemudahan infrastruktur dan keselesaan, aku lebih suka berada di Cardiff. Cuma jika pada waktu itu aku guna broadband, mungkin aku jadi lebih suka. Ya, internet sangat penting di zaman ini.

Menyentuh tentang budaya pembelajaran, agak suram. Tak dinafikan ada yang sangat rajin. Tapi aku lihat kebanyakkan mereka suka bermain, macam aku dulu-dulu. Sangat susah nak jumpa orang yang workaholic atau serius. Kontras dengan suasana di kolej mahupun universiti di mana kita jumpa pelajar yang nampak sangat sempoi, selamba, kutu, serabai, gila-gila, mat metal, dan apa saja yang ada, jadi 'nerd' bila belajar atau buat kerja.

Apa pun, harapan diri semoga semua akan berjaya dapatkan ijazah. Terutamanya aku sendirilah. Umur dah meningkat. Dah dapat degree nanti, bolehlah aku tumpukan kepada apa yang aku nak capai pula. Emm, walau ada perasaan kurang selesa dek jadi tumpuan utama sekarang ni, segala perbuatan kita orang tengok, kaji, cakap, caci, komen etc; tapi tak mengapalah. Aku manusia biasa, orang kenal lama pun tahu aku asalnya macam mana, so kena sabar. Lagipun mereka budak-budak, masih tak terbuka pada dunia luar.

Bak kata ustaz yang beri tazkirah semalam, 'mereka manusia biasa, maafkanlah.......'

welcome back to me

Wahhhhh... sudah lama rasanya tak menjenguk ke sini.

Right, sekarang aku berada dan belajar di Institut Pendidikan Guru Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, Pahang. Dekat dengan rumah, dan sudah biasa dengan keadaan di bandar Lipis. Dan subjek yang aku ambil sekarang ialah Sains. Tapi silibus banyak menjurus kepada psikologi kanak-kanak dan cara mengajar mereka.

Di sini, aku adalah antara student yang paling tua. Aku masih di semester satu. Dan orang yang sebaya dengan aku rata-rata berada di semester tujuh. Rata-rata classmates aku berusia 19 dan 20 tahun.

Life di sini macam simple dan tenang. Aku dapat rasa yang aku berubah ke arah yang lebih baik. Stress pun dah kurang. Dan yang paling aku suka di sini ramai student yang mengambil subjek Pengajian Shariah dan Pendidikan Islam, jadi ruang untuk istiqamah pun luas. Rasa bersyukur sangat dapat masuk sini, walau aku tak berjaya dapatkan degree dari UK.

Ketenangan itu yang membuat kita rasa bahagia. Apa guna kemahsyuran, keagungan, kekayaan andai hati tak tenang dan bahagia.

So, these are my classmates.

Lalalalalala~ ~ ~

At last, all the tension dah hilang. Now, it seems there is nothing to worry much. I can do anything if this one problem is solved, and alhamduliLlah it is now. Rasa sangat lega dan bersemangat nak study.

Anyway, I have several works which the deadline is tomorrow. And, I finished them!! Wahhhh.. rasa macam kat sekolah. Rasanya selepas sekolah, tak pernah serius buat kerja macam sekarang.

And now I need to read about breathing mechanism of frog and fish(including several amphibians and whale as back-up) for tomorrow's presentation. I do think that I don't have to be too detail in reading, as long as I have basic idea about the mechanism.

Wish me luck.

And after this I can finish reading The Introduction of Educational Psychology for presentation 3 weeks from now, and do the essay of 800 words on experiments and hands-on experience for children in science class, which the due date is Monday next week.

Gua dah pening. This Saturday I got kelas ganti untuk cuti Tahun Baru Cina, so, less time I guess to relax and calm me-self.

Sunday 17 January 2010

Blurrrrrr

I got several tutorials and ISLs (independent self-learning), yang aku dah tak tahu yang mana satu nak buat. And I got practical tomorrow. Nooooooo!!!!!

Notes kena kemas kini sebab pada 29 Januari ini ada satu badan akan datang dan pantau sistem pembelajaran, untuk memberi pengiktirafan kepada ijazah pendidikan yang dikelolakan oleh PISMP ini. Jadi, segala nota, tutorial, ISL dan apa sahaja bahan mesti dimuatkan dalam satu fail untuk setiap semester. Maka, aku kena kerja keras sikit untuk siapkan semuanya.

Sabtu - Ahad sangat sedap untuk tidur. Patutnya manfaatkan masa cuti.

Saturday 16 January 2010

Tensi

Always. Always got problem. Well, that's life. Life will never be a life without problem. And my life is all about problem. People will do something to solve the problem, and they'll tend to relax or cool down when they are problem-free. Usually when we are in our comfort zone, we will be unaware and unprepared to face what will be coming next. So, as a conclusion, be very thankful to Allah of the problems that we faced from the beginning of our life till now.

Ini entri memujuk hati.

I am very stressful due to the mistake that I've done yesterday. I never intend to embarrass her (them), but that's my mistake, I speak too loud and reveal their mistakes (during their presentation) in front of everyone. For me, morality mistakes can be told personally. But in academic, we need to be precise and serious if there's any fake or unsuitable data. I was too serious. I do believe I am wrong, and right at the same time. But I have this phobia, I always feel that people hates me. And when clearly someone is mad at me, how come I shouldn't feel the way I am now?

I'm not good at words, and I need meet her and say sorry. She don't want to see me yet. She really hates me now. I am really not okay.

I should keep smiling.

Broadband Celcom 3G

AlhamduliLlah, Allah beri kurnia besar selepas kejadian menyayat hati siang tadi. Berbekalkan niat untuk bertanya tentang broadband di blue cube di bandar baru Lipis, Allah permudahkan dengan adanya promosi melanggan broadband dengan harga permulaan sebanyak RM100. Sedang elok ada RM100 dalam genggaman. Syukur tak terkira. Kalaulah aku mengikut sangat kata teman-teman yang sudah ada, kata mereka dalam RM200 termasuk modem. Aku dapat beli dengan half price, dalam keadaan ekonomi yang terlalu bergantung kepada duit mak abah semata-mata sekarang ni, rasa sangat bersyukurlah.

Internet di sini, satu keperluan. Assignment, tutorial, memerlukan sumber online. Juga untuk rujukan peribadi, perlu juga online. Untuk tambah ilmu, membaca (ini termasuk Naruto dan Bleach), perlu juga online.

Selama ini belajar tak perlu sangat nak guna internet. Sekarang, sangat perlu ada internet.

Oh ya, promosi ini untuk tiga bulan sahaja. Dan untuk bayaran bulan ada dua pakej, sama ada RM68 ataupun RM98 per month. Ini promosi sahaja.

Sekarang rasa seronok, even badan lembik akibat hampir pengsan tadi, juga 'benda' tu macam nak menyerang.

Anyway, tak cerita pun sangat lagi pasal tempat baru ni.

Lain kali sajalah.

Sunday 10 January 2010

Sakit Kepala

Seminggu aku rasa sakit. Pertamanya adalah sebab tidur. Aku biasa tidur lama, dan rutin harian tak mengizinkan. Ahhhhaaa, sebenarnya aku yang tak bagi 'can' untuk aku tidur lama. Natijahnya, pertamanya adalah sakit kepala yang melampau, kedua sakit badan yang melampau juga, yang ketiga bangun lewat untuk Subuh saban hari, dan yang keempat adalah ketidakmampuan untuk study dan buat nota.

Hujung minggu ini aku pulang ke rumah untuk menguruskan hal borang perjanjian. Maka sepanjang berada di rumah, aku bermalas-malasan tahap dewa dan 'qada' tidur. Sangat rasa lega bila dapat tidur.

Sekarang pun sudah mendekati jam 3 pagi. Ini tidur lewat penangan membuat kek, dan juga penangan borang-borang yang perlu diisi, internet perlahan yang menyukarkan aku meng'google' artikel berkenaan topik assignment yang dah pun aku dapat, juga memikirkan bajet sepanjang 3 bulan ini.

Cakap tentang bajet. Wang yang diberi Abah adalah sebanyak RM300. Cukup saja kalau untuk perbelanjaan makan aku untuk 3 bulan ini (itu pun aku makan tengah hari saja demi nak jimatkan duit). Malangnya banyak lagi keperluan lain. Pertamanya dakwat printer. Amali tiap minggu kena taip report, jadi kena print. Printer ada di rumah, cuma dakwatnya sudah habis. Kedua buku rujukan dan print out yang mesti dibeli atau bayar. Ketiga broadband, yang aku sangat perlukan untuk rujukan di internet.

Kesimpulannya, pleasssseeeee, berilah cepat elaun.

Monday 4 January 2010

Muka Sama

Adik beradik memanglah muka sama kan? Hehe..

Tapi aku baru saja sedar yang muka Angah memang sangat iras dengan aku, bila aku tengok gambar ke zoo dulu (ada aku letak sebelum ni).

Emm, setiap daripada kami pasti ada ciri-ciri yang ada pada Mak dan Abah. Ada antara kami yang punya persamaan, dan perbezaan yang ketara.

Semalam aku berborak panjang lebar dengan Bear, tentang kami. Dahulu katil yang sedang aku gunakan ini, dikongsi empat orang. Katil atas digunakan oleh Angah (sebab Angah tak ngam dengan aku dan Dekli), manakala katil bawah yang bersaiz besar digunakan oleh aku, Bear dan Dekli.

Mengenang kembali, masa itu aku baru berusia 10 tahun, Angah 8 tahun, Bear 6 tahun dan Dekli 4 tahun. Zakwan dan Kecik tak ada lagi. Rasa macam cepat sungguh masa berlalu, tak sedar dah 13 tahun berlalu. Aku yang sejak dulu kecil tak berubah banyak. Angah, Bear dan Dekli pula terlalu cepat membesar dan meninggi. Paling tak disangka Dekli-lah. Kalau dulu dia kecil saja, sekarang dah macam bapak budak, malahan paling besar antara kami 6 beradik.

Bila dikenang-kenang, sedikit sekali kenangan yang aku ingat bersama keluarga aku. Tak teringat bagaimana seronoknya aku dulu. Sayang rasanya nak tinggalkan rumah, adik-adik aku yang masih kecil 2 orang ini, Mak Abah, (Dekli?) bolehlah.

Satu persatu pergi, mencari dan membina hidup sendiri. Tinggallah ibu dan ayah menanti berita, menyambung keringat untuk yang masih berbaki. Sungguh, aku akan rindukan rumah ini dan segala penghuninya, kerana baru sekarang aku rasa indahnya ikatan itu.

Please-lah. Dekat saja ok!!

Emm, I think I'm going to be like Yetta when I reach 40. Tidak!! NaudzubiLlah.

Sunday 3 January 2010

Kehilangan

Emm, aku tak rasa kehilangan pun, tapi adik aku, ya. Sejak semalam dia merengek, "Along, janganlah pergi......." Meleret-leret sampailah ke hari ini.

Ahhhaaa!! Tiga bulan bersama boleh menambahkan kemesraan hingga ke tahap itu. Kanak-kanak memang berhati suci. Itulah masa mereka mencipta perasaan yang dinamakan kasih sayang.

Emm, pastinya hidup aku tak ceria tanpa kehadiran kanak-kanak riang itu.

Baik, satu luggage besar dan satu beg besar untuk pakaian, selimut dan cadar, satu beg kecil untuk kelengkapan lain, baldi, bakul, handbags, laptop. Stok makanan sikit pula. Should I ask Abah untuk beli lagi? Coklat, air gas, biskut, chips, oat etc? Ohhooo, lupa ada seorang mangsa untuk di'pow' hujung minggu nanti.

Emm, risau. Macam duduk di asrama ke? No jeans? Tolonglah, seluar aku semuanya jeans. Bekalan air macam mana ya? Electricity? (Okay, bab air dan letrik ni sebab terbayang hidup di Clifford dulu yang serba daif. Bayangkan ada satu masa, 1 toilet dikongsi antara beratus orang student sebab toilet lain rosak. Nak berus gigi pergi kelas kena panjat tangki air tinggal untuk dapatkan secebok air yang bercampur air hujan, daun-daun kering dan katak. That was the day.)

Hahahahahahahahahahaha...

Dah biasa hidup selesa rasa takut pada kesempitan hidup.