Aku berkali-kali ingatkan diri, hidup ini bukan macam drama. Ada masa bahagia, bahagialah sangat. Sampai babak lain, berduka pula. Hidup ini, campur gaul segala bahagia derita tertekan masam manis semua ada dalam satu babak. Jadi tak kisahlah apa pun, be positive dan doa banyak-banyak moga Allah permudahkan.
Banyak perkara yang ingin aku perkatakan, seandainya aku menulis sesuka hati sahaja. Tapi bila ditapis oleh akal, cerita-cerita panas mahupun peribadi, tak cerita pun tak apa kalau tak memberi pengajaran pada orang lain.
Kali ini, aku nak bercerita tentang putus asa. Aku ada bisnes, kecil-kecilan. Buat gelang, secara spesifiknya daripada manik-manik. Dan aku serahkan pada Mak untuk dijual. Buat masa sekarang, perniagaan macam tak bergerak langsung, bermula selepas Aidilfitri lepas. Dan selepas Aidilfitri, aku pun agak sibuk dan tak terfikir langsung nak gerakkan perniagaan aku ni.
Tadi, aku berfikir sejenak, patutkah aku hentikan? Persaingan sangat tinggi, dan modal pun tak lepas lagi. Nak berkreatif pun seperti kehilangan idea (tapi sempat lagi buat 2 gelang..hehe..). Banyak idea untuk berniaga. Dan yang terutama sekali ialah perniagaan pakaian bundle. Secara seriusnya, banyak pakaian yang masih elok tapi dah pun disimpan di bawah katil secara besar-besaran (penuh 2 katil saiz queen) sebab sudah tak muat dipakai. Malangnya, ibunda tidak bersetuju.
Dalam setahun ni, banyak sangat fikir tentang duit. Boleh kata, sampai fikir tak nak makan (sebab banyak duit habis pasal makan, dan saiz badan tak menunjukkan langsung banyak mana duit tu digunakan). Dan cara yang sesuai untuk berduit ialah berniaga. Tapi, begitulah, jenis orang yang kurang bijak dalam berniaga ni, begitulah jadinya.
Memikirkan lagi masalah berkaitan dengan hutang keliling pinggang. Kalaulah boleh nak forward masa sehinggalah semua hutang tu dibayar. Tapi tak boleh. Kena lalui juga jerih perih dan dugaan yang menggegar otak dan segenap saraf sehingga tiba waktu itu. How unbearable!!
Tapi ingat semula, usaha itu yang menjanjikan pahala, bukan hasilnya. Jadi nak dapat banyak pahala, especially redha Allah, dan semestinya syurgaNya, bear everything that will come. Baik atau buruk, semuanya adalah demi kebaikan kita. And here, once again, be positive.
Dan masalah sakit hati tengok artis Muslim dalam TV dah tak ada beza dengan orang bukan Islam (dari segi pakaian dan kelakuan), cerita TV yang pointless yang terpaksa dihadap saban hari, budak-budak yang liat sangat nak ajak solat, dan diri ini yang selalu saja susah nak ikhlas buat apa-apa; mesti semuanya ada cara untuk atasi.
Dan aku percaya, apa-apa yang kita nak ubah, mesti mula dari diri kita. Bukan orang lain. Tapi orang lain boleh berubah daripada diri kita. Jadi, begitulah!