Tuesday 19 April 2011

Akidah II

Dalam sebulan dua ini, hidup aku rasa macam agak terkontang-kanting, macam tak berpegangan. Solat entah ke mana, kepala fikir merata-rata, kepala kusut, berserabut, kerja bertimbun terkejar-kejar nak buat itu ini; di mana aku?

Pernah aku baca disatu artikel, pada zaman akhir ini, manusia disibukkan dengan banyak perkara, sehingga kesempatan untuk menghadap Allah itu tiada. Tak sempat nak ingat Tuhan, kerja melampau sangat.

Dan aku lihat sekeliling; pada diri aku, mak abah, abang, saudara-mara. Benar sangat. Sekarang sudah jadi normal, seseorang pasti ada kerja sampingan sekurang-kurangnya satu. Semuanya sebab nak menampung kos kehidupan keluarga. Dan akibat yang jelas, Tuhan tak sempat nak ingat. Pernah aku buat kerja, sampai tak sempat nak solat dek mengejar deadline. Sampai begitu sekali.

Aku Tak Mahu Ada Di Sini Lagi

'Welcome back to hell!' kata aku, masa menjejakkan kaki semula ke kawasan maktab, setelah seharian keluar. Dah sebulan, tiap kali hari Ahad, mesti aku keluar pagi, pergi Raub, jalan-jalan, kemudian balik rumah, lepak-lepak sambil tengok tv, malam baru balik semula ke maktab (tak boleh balik terus, musim assignment tak habis lagi). Aku dah jemu duduk sini. Dan rasa boleh stress dan gila duduk sini. Bukan tak ada benda nak dibuat. Tapi, masih terasa keadaan di sini semacam menekan kewarasan.

Tadi berborak dengan Ija dan Madi, Madi kata batch kami nanti akan duduk di luar. Nak tampung pelajar lain, yang dah tak muat tempat dah nak duduk di hostel ni. Well, good for us. Dan, aku pun memang bercadang nak duduk di luar. Tak nak duduk hostel dah. Ridiculous tahu? Kalau duduk hostel dan life tak macam budak sekolah menengah, tak mengapalah juga. But then.........

Tapi fikir semula, kalau student bertambah, mana cukup kelas!!

Saturday 16 April 2011

Ini Pasal Aku. Aku Bukan Nak Kondem Siapa Siapa.

Berat sebenarnya nak join. Tapi baguslah apa yang mereka buat tu. Mungkin untuk orang lain, agak releven, atau sangat releven. Tapi bukan untuk aku, mungkin. Dan, ada perkara lain yang lebih besar daripada itu untuk aku.

Perkara ini, boleh menimbulkan kontroversi. Tapi, biar lantaklah. Bukannya salah pun, walaupun ada konotasi negatif di dalam ajakan dan penerangan tu. Well, tiap manusia ada kepercayaan dan prinsip yang tersendiri.

Andai aku pergi pun, atas dasar menyokong sahabat sahaja.

Aku dah lalui benda-benda tu. Dan aku memang sangat berminat untuk tahu, tapi bukan untuk berdebat.

Sekali lagi, ianya tak salah. Sangat releven. Tapi bukan untuk aku.

Anda Stress???

Pagi ini bermula lambat. Sekarang, sudah Zuhur. Tapi aku baru nak bersarapan. Tapi, tak kisahlah. Itu bukan perkara utama yang aku nak cakap.

Aku stress. Sebab tahu, jiwa aku ni makin hari makin lemah. Iman makin lama makin merudum. Solat entah ke mana, asyik tidur dan buat perkara yang tak sepatutnya. Semua ni bermula beberapa minggu lepas. Sejak assignment mula bertimbun.

And I was thinking that aku masih belum fit untuk menguruskan diri apatah lagi menguruskan orang lain. Masa belajar ini pun sudah rasa tak cukup masa dan tertekan untuk buat kerja rumah serta assignment. Kalau dah kerja nanti, masalah kerja, masalah pelajar, masalah kewangan, masalah dengan suami dan anak-anak, masalah rumah; bukankah lebih menyesakkan?

Maka apakah tidak reti-reti nak belajar walhal dah bertahun-tahun hidup membujang masih lagi tak pandai nak uruskan perkara yang mudah?

Dan masalah emosi serta mental hingga kini masih tak habis. Terkawal tu ada, kadang-kadang. Tapi masih tak cukup.

Dan bagaimana nak teruskan hidup andai dugaan yang sama sejak bertahun dulu sampai sekarang masih tak boleh nak tempuh?

Sunday 10 April 2011

Mati Kutu

Tak tahulah kutu siapa. Yang pastinya, bukan aku. Sebab makhluk tu dah lama tak hinggap dan bermastautin atas kulit kepala aku ni.

Aku ada SANGATTTTT banyak assignment dan homework yang perlu aku siapkan. Tapi aku tak mampu langsung nak buat satu apa pun. Word dah buka, buku dah buka, tapi masih tak dapat nak buat. Jiwa macam tak ada sekarang ni. Rasa macam..... nak buat sesuatu aktiviti fizikal yang tidak berkaitan langsung dengan tugasan aku ni. Tadi, aku dah ralit buat gelang (walaupun tak jadi), tapi bila dah tak jadi tu, aku rasa fade-up dan tolak tepi kit tu. Then aku nak kemas bilik. Tapi... what the??

Aku nak balik rumah.

Tak pun, at least jalan-jalan. Keluar dari maktab ni. Tak terasa pun suasana kondusif yang boleh meningkatkan tahap pembelajaran mahupun kesihatan mental pelajar di sini. Semuanya..... membebankan fikiran.

Bukannya nak enjoy, kena ada kelab malam ke, karaoke ke, konsert rock ke. Tapi.... suasana yang sebenarnya tenang, sunyi, segar (fresh dari hutan) ni pun, tak dapat nak datangkan ketenangan.

Tak ada adventure bak kata orang putih, dan orang yang tak putih tapi reti cakap orang putih.

Terasa macam nak travel dan menghabiskan duit.

Saturday 9 April 2011

Menyelit Sekejap

Pagi tadi, boleh la... buat la juga sikit kerja. Sehinggalah aku teringat yang Mak pergi KL hari ni untuk beli stok tudung. Aku pun apa lagi, menyelitlah nak beli cord dan dawai. Pesan dah. Kalau tak beli, berangin juga aku nanti.

Dan, pagi yang seterusnya dihabiskan dengan membeli-belah di alam maya. Esok boleh bayar, dan Selasa insyaAllah boleh dapat. Seronok buat kerongsang dan gelang ni sebenarnya. Bila tengah ralit tu, kurang sikit fikir pasal assignment yang menyakitkan kepala. Dan bila orang seronok tengok hasil kerja kita, rasa lagi seronok.

Sekarang sudah jam 1. Aku baru terfikir nak breakfast. Hehe.. dan sekarang sedang mengadap 'kopi kuat' (bak kata Ijun). Bila lagi nak hentam kopi dan sakit-sakit sampai tak larat nak bangun kan?

Esok balik rumah~~~

Friday 8 April 2011

Senyummmmm (^_^) Bak Kata Mel

Seriously, sangatttttt 'gembira' aku mengadap kerja yang hari ini bedebuk!! jatuh menimpa-nimpa.

Dan tambah lagi 'gembira' bila kerja ni kena hantar 20hb ni, dan ada lagi satu assignment yang perlu hantar 22hb. Kedua-duanya sangat banyak untuk dibuat dalam masa yang pendek.

Aku rasa kejutan budaya di IPG ni, aku masih tak dapat nak cope sepenuhnya.

Sekarang pulun saja kerja yang ada malas nak fikir banyak atau sikit nanti stress sampai menangis-nangis dan tak mampu nak buat apa pun lepas tu.

Sila jangan sakit dalam bulan ni.

Thursday 7 April 2011

Death

Bila berlaku kematian, dalam masa yang sama akan ada orang yang bersedih dan meratap akan kehilangan itu. Masalahnya bukan pada orang yang telah mati, tetapi pada orang yang masih hidup. Atas dasar sayang itu, maka akan ada yang ingin ikut sekali mati. Sampai begitu sekali. Dan bila yang mati itu orang-orang yang masih muda atau kematian itu tidak disangka-sangka, meratap-rataplah orang-orang yang menyayanginya menyalahkan takdir dan berkalau-kalau.

Kalau-kalau itu, takkan memutarkan masa dan menghidupkan orang yang telah mati.

Aku tak pernah rasa sedih atas kematian. Belum ada lagi orang-orang kesayangan aku yang pergi. Tapi tak dinafikan, kekadang bila berfikir akan kematian orang-orang yang disayangi, aku akan menangis. Terasa amat kehilangan. Terasa akan sengsara hidup. Terasa sudah tak mampu untuk hidup lagi.

Tuesday 5 April 2011

Hidup Ini Sucks!!

Tapi kita ada Tuhan. Lagipun, memang hidup di dunia ni takkan betul-betul aman dan indah. Sementara saja. Dan memang banyak dugaan, ujian dan sebagainya. And that what life truly is. Jangan harap nak duduk senang lenang goyang kaki sampai mati. Kalau hidup senang lenang, maksudnya Allah macam tak ambil kisah pasal kita. Kalau Dia sayang kita, Dia mesti nak upgrade darjat kita. Dan caranya, dengan uji kita. Well, sebenarnya kesenangan itu ujian juga. But then, kesenangan itu, kita akan rasa macam rahmat, dan kesusahan itu ujian. Both are ujians. But then, bila macam senang sangat hidup tak rasa susah, dengan automatiknya hidup tak rasa macam hidup. Macam dalam fairy tale. Dan akan rasa bosan. Hidup macam monotonous.

Dan apalah sangat kesenangan dan keindahan dunia ni kalau nak bandingkan di syurga nanti. So, biar lantaklah hidup yang sucks macam mana pun. Bear with it.

P/S : Luahan hati oleh orang yang sedang stress. Tekanan daripada tugasan terasa ringan kalau nak bandingkan tekanan yang diberikan oleh manusia. Hehe.. semuanya sedang tertekan barangkali jadi melepaskan rasa tertekan itu kepada manusia lain, baru betul sharing is caring kan?
Why, bahasa aku makin hari terasa macam makin kasar. Ahhh... masih rasa indah cara hidup yang lama. Bersopan sentiasa itu bukan aku.

Friday 1 April 2011

'Fasa Pertama' Lawatan Kami

Sekarang sudah 10.27 malam. Kami semua masih lagi ada di tepi tol Sungai Besi, menunggu bas yang sedang dibaiki. Kami dah ada di sini sejak jam 8 lebih tadi, dan perlu tunggu lagi dua jam. Sangat menarik fasa pertama lawatan kami ni.

Dijangka, dalam jam 2 - 3 pagi nanti baru sampai Melaka. Doakan keselamatan kami, dan kejayaan lawatan ni.

Mari Berpoya-Poya~~

Ohhhh... macam excited saja nak pergi Melaka hari ni. Muahahahahahahahaha..

But then, malas nak pack barang, malas nak travel jauh-jauh. Kenapakah tak wujud sesuatu macam 'pintu suka hati'? Boleh travel tanpa guna duit yg banyak, tak penat sangat.

So, kami sekelas akan off to Melaka petang ni, sampailah hari Ahad. Ahhh.. assignment yang perlu buat masa lawatan tu entah hilang ke mana. Sempat kot nak cari dan pack lepas kelas nanti.

Semoga selamat pergi dan selamat balik.

(^_^) InsyaAllah.