Sunday 10 April 2011

Mati Kutu

Tak tahulah kutu siapa. Yang pastinya, bukan aku. Sebab makhluk tu dah lama tak hinggap dan bermastautin atas kulit kepala aku ni.

Aku ada SANGATTTTT banyak assignment dan homework yang perlu aku siapkan. Tapi aku tak mampu langsung nak buat satu apa pun. Word dah buka, buku dah buka, tapi masih tak dapat nak buat. Jiwa macam tak ada sekarang ni. Rasa macam..... nak buat sesuatu aktiviti fizikal yang tidak berkaitan langsung dengan tugasan aku ni. Tadi, aku dah ralit buat gelang (walaupun tak jadi), tapi bila dah tak jadi tu, aku rasa fade-up dan tolak tepi kit tu. Then aku nak kemas bilik. Tapi... what the??

Aku nak balik rumah.

Tak pun, at least jalan-jalan. Keluar dari maktab ni. Tak terasa pun suasana kondusif yang boleh meningkatkan tahap pembelajaran mahupun kesihatan mental pelajar di sini. Semuanya..... membebankan fikiran.

Bukannya nak enjoy, kena ada kelab malam ke, karaoke ke, konsert rock ke. Tapi.... suasana yang sebenarnya tenang, sunyi, segar (fresh dari hutan) ni pun, tak dapat nak datangkan ketenangan.

Tak ada adventure bak kata orang putih, dan orang yang tak putih tapi reti cakap orang putih.

Terasa macam nak travel dan menghabiskan duit.

No comments: