Tuesday 19 April 2011

Aku Tak Mahu Ada Di Sini Lagi

'Welcome back to hell!' kata aku, masa menjejakkan kaki semula ke kawasan maktab, setelah seharian keluar. Dah sebulan, tiap kali hari Ahad, mesti aku keluar pagi, pergi Raub, jalan-jalan, kemudian balik rumah, lepak-lepak sambil tengok tv, malam baru balik semula ke maktab (tak boleh balik terus, musim assignment tak habis lagi). Aku dah jemu duduk sini. Dan rasa boleh stress dan gila duduk sini. Bukan tak ada benda nak dibuat. Tapi, masih terasa keadaan di sini semacam menekan kewarasan.

Tadi berborak dengan Ija dan Madi, Madi kata batch kami nanti akan duduk di luar. Nak tampung pelajar lain, yang dah tak muat tempat dah nak duduk di hostel ni. Well, good for us. Dan, aku pun memang bercadang nak duduk di luar. Tak nak duduk hostel dah. Ridiculous tahu? Kalau duduk hostel dan life tak macam budak sekolah menengah, tak mengapalah juga. But then.........

Tapi fikir semula, kalau student bertambah, mana cukup kelas!!

Sedangkan sekarang, ada unit yang tak berkelas, berkongsi kelas, tumpang menumpang. Nak buat blok kot, macam style kat uni dulu. Well, ok juga. Tak ada kelas, melepak saja mana yang boleh. Library, surau, bilik (dengar cerita nanti boleh dah balik bilik bila dah tak ada kelas, ataupun waktu free; dengar cerita la...).

Dan kelebihan tak ada kelas ni, tak perlu nak berhabis duit nak hias kelas, ataupun nak kena kemas kelas.

Tapi masalah lain pula, di kelaslah segala harta fail yang bertimbun, kerja-kerja, ABM yang pernah buat dulu disimpan. Dan segala harta-harta tu banyak bukan kepalang. Dalam bilik pun dah penuh, sampai bawah katil di rumah pun dah bersusun fail. Betapa banyaknya duit habis membeli fail, kertas a4, fotostat dan dakwat printer. Elaun kami separuh ada pada fail-fail itu sahaja. Kenapakah tak boleh kami nak tunjuk bahan bukti dalam bentuk soft copy. Dunia kan sudah moden sekarang ni?

Banyak duit habis. Itu tak kira nak makan lagi. Dahlah makan macam dinasor.

Dan, terasa macam sangat beza dengan life di UK dulu. Dulu dapat dalam GBP650 per month. Sewa rumah GBP150, air dalam GBP9 setiap orang, internet GBP5, api mahal sikit tapi dah lupa, makan pun memang macam dinasor juga, topup phone, bayar lesen tv lagi. Kiranya, banyak jugalah nampak macam guna. Tapi masih mampu untuk shopping sakan, berjalan sakan. Sini? Sewa sikit, makan macam dulu juga (kurang lagi ada la), api air tak payah bayar, broadband mak bayarkan. Tapi duit keluar macam air. Tak dapat nak save langsung. Padahal balik berjemput berhantar, berjalan berpoya jarang sekali.

Dan, aku pernah buat kira-kira. Kalaulah dihentikan sistem filing yang macam kami buat sekarang ni, boleh save kira-kira RM1000 dalam satu semester. Banyak bukan?

Dan dalam keadaan ekonomi yang sangatlah 'membangun' seperti sekarang ni, segalanya mencekik darah dan menyusahkan.

No comments: