Thursday 31 December 2009

Jealous

Jealous sampai menangis.

Kata orang itu, 'Nak buat macam mana. Duit tak cukup lagi. Sabarlah ya.' Kemudian angguk walaupun dia tak nampak.

(^_^) Should smile even it hurts me so much.

Wednesday 30 December 2009

Nota Terakhir

Membelek buku nota lama. Tak ada apa-apa yang menarik. Hanya puisi-puisi lama, juga contengan, nota trade LP, alamat Firdaus, maklumat peribadi Abang untuk isi borang SPA dulu, nama-nama pilihan, ma'thurat, doa-doa etc. Membelek satu ruang, terjumpa nota terakhir, yang ditulis di dalam kapal terbang Air Asia, untuk pulang ke Malaysia.

Terdiam sebentar. Muhasabah diri. Betul-betul saat aku ingin kembali ke sini semula, aku betul-betul kuat, betul-betul berfikir secara rasional. Rasa seperti sudah keluar sedikit daripada dunia aku. Mengenal hidup dengan lebih luas, memandang dengan pandangan yang lebih matang.

Terima kasih untuk semuanya. Mak Abah, Abang, Kak Sue, Geng2 Plantagenet, Emma dan sesiapa lagi yang terlibat. Maaf, dan terima kasih.

Bertahun yang terbuang tak sia-sia.

Tuesday 29 December 2009

Rasa Macam Nak Mengumpat

AstaghfiruLlah. Ya Allah, tenangkan hatiku.

Rasa bengang + sedih tengok kawan makin tak senonoh perangai.

Emmmm, cermin diri dulu. Dia seksi pun, aku dulu seksi macam tu juga. Hidayah Allah datang bila-bila saja. Jangan biarkan saja peluang yang tiba sekarang ni. Ahhhaaa, ini jealous juga. Masih rindu pada hidup penuh dosa dulu.

Doakan, dan penting istiqamah dalam buat apa saja benda yang baik.

(^_^) Aku manusia hina.

Berubah

Tengah hari ini escape memasak buat sekian kalinya. Oh, hari ini aku membaca. Nampak macam pelik, tapi abaikan saja. Menghadap laptop berjam-jam tak semestinya membuang masa. Walaupun tak main bisnes (ada pendapat yang mengatakan buang masa saja kalau melayari internet tapi tak pernah nak guna untuk mendapatkan wang), insyaAllah dimanfaatkan (walau selalunya 'merewang' sebab bosan, e-book banyak tapi malas nak baca).

Oh ya, nak cakap pasal apa yang aku baca tadi. Ada dua topik. Pertamanya tentang perubahan kepada pemakaian tudung labuh. Keduanya tentang slogan 1Malaysia yang mendapat pujian juga kutukan daripada masyarakat.

Kedua-duanya membawa satu mesej, iaitu perubahan kepada sesuatu yang baik. Bolehlah juga dipanggil penghijrahan.

Tetapi perlu juga kita sedari, kedua-duanya hanya bersifat luaran, hanya alat yang mencerminkan tujuan.

Baik, mula-mula cerita penghijrahan kepada tudung labuh. Tidak dinafikan terlalu banyak fitnah hari ini tentang muslimah bertudung, termasuklah yang bertudung labuh. Masyarakat 'mengecop' seseorang berdasarkan pakaian. Kerana pakaian itu membawa imej. Jika pembawa imej itu berkelakuan selaras dengan imejnya, maka baiklah pandangan masyarakat kepadanya. Jika tidak, terjadilah fitnah yang mencemarkan pembawa imej yang lain sehinggakan orang lain yang nak berhijrah pun ragu-ragu dan takut.

Bersikap natural dan mengenal peribadi dulu adalah penting. Menunding jari dan memburukkan seseorang adalah petanda ketidakmatangan kita dalam membuat penilaian terhadap sesuatu.

Bagaimana nak menilai? Dengan ilmu. Contohnya, kita kata, 'Bertudung atau tidak itu tak penting. Yang penting aku baik, tak buat benda-benda tak senonoh, sembahyang tak tinggal.' Ini ayat biasa, dan aku sendiri pernah guna semasa aku tak bertudung dahulu.

Pertama, pernahkah kita terfikir, kita berbuat baik dan solat itu untuk apa? Antara jawapannya ialah untuk mendapat pahala, supaya orang suka, benda itu wajib, sendiri rasa suka untuk buat.

Ketahuilah juga menutup aurat itu (termasuklah bertudung) adalah perkara yang wajib, bila tidak dilakukan akan mendapat dosa. Walaupun ada khilaf juga tentang pemakaian tudung tapi agak terpencil kerana telah sepakat ulama tentang pemakaian tudung ini.

Macam mana nak tahu benda yang kita boleh buat dan tidak? Belajarlah. Ramai yang membaca Al-Quran, tak dinafikan. Tapi fahamkah kita apa yang terdapat di dalamnya?

Wahhhh, dah jauh terpesong daripada topik asal.

Dah tak ada idea nak cerita pasal 1Malaysia ni. Baik, aku cuba.

Slogan ini membawa idea perpaduan kepada rakyat Malaysia, supaya memahami dan menghormati perbezaan antara satu sama lain. Sikap suka menunding dan melabel memang popular antara kaum di Malaysia ini. Melayu contohnya, selalu merasa diri 'tinggi' berbanding satu sama lain. Alasannya kerana negara ini milik Melayu. Betullah, tambahan lagi kaum Cina khususnya semakin bertambah dan mempunyai kelebihan dari berbagai segi daripada Melayu.

Maka slogan ini, seperti slogan dan program-program sebelumnya mewar-warkan perpaduan supaya negara ini bebas rusuhan kaum (ataupun peperangan contohnya) dan berada dalam keadaan aman.

Ramai pihak melihat ini sebagai 'promosi' untuk melariskan tampuk pemerintah sekarang. Sokongan daripada masyarakat adalah perlu untuk kekal memerintah. Apalagi jika pemerintah sekarang mempunyai tujuan jangka panjang, untuk membasmi kemiskinan atau melahirkan generasi berilmu, berpandangan jauh dan berakhlak mulia contohnya. Ini kerana walaupun tujuannya sama dengan pemimpin yang terdahulu, dia perlukan sesuatu agar masyarakat yakin pada dirinya dan sekaligus melancarkan proses pembangunan negara.

Pandangan peribadi, tunggu dan lihat. Lagipun sebagai manusia, tak perlu pada slogan untuk jadi berbudi bahasa dan bersangka baik. Sekali lagi, ilmu itu perlu untuk memahami kenapa agama itu ritualnya begini dan begitu. Bukan untuk percaya tetapi untuk mengelakkan perselisihan faham. Jika mereka mengutuk tentang amalan ibadat kita tentu kita marah juga kan? Lagipun, kita kena sedari kita hanya manusia biasa, hamba Allah. Siapalah kita untuk mengagung-agungkan diri sendiri?

Jadi apa-apa pun, ketepikan sebentar fahaman politik kita, fahami makna slogan tersebut, kaji cara perlaksanaannya, motif dan nak terima atau tidak, itu pilihan kita. Jangan tunding jari sesuka hati semata.

Jadi itu sahaja yang aku nak cerita. Bertudung labuh kerana Allah, dan mengamalkan budaya memahami antara satu sama lain demi kesejahteraan negara. Hablun minAllah, hablun minnas. (^_^)

No Idea

Rasa macam lama tak menulis. Nak menulis pun tak ada idea, dan tak ada peristiwa menarik untuk dikongsikan.

Nak jadi budak baik, nak sihat selalu. Tak nak badan, perut sakit banyak angin sampai tak larat nak buat apa-apa. Tak nak menjerit-jerit, menangis dah (meracau). Yang penting, tak nak buat benda-benda dosa dah.

Squeezzzzzeeee me, perut beta sakit balik.

Sunday 27 December 2009

Yesterday's Barbecue

Semalam Pokcik ajak kami buat bbq beramai-ramai, ayam belanda, di rumah Wan.

Yang itu seronok. Yang tak seronoknya bila mula lambat dalam jam 10 malam, dan sudah jauh melepasi waktu tidur aku.

Jadi aku hanya makan nasi goreng, fries, coleslaw, daging panggang sahaja, kemudian tidur. Perancangan Mak adalah untuk balik ke rumah malam itu juga. Sebabnya esoknya Kakde (Bear) nak balik ke kolej.

Maka dalam jam 1 aku dikejutkan, dan kami pulang.

Aku meracau lagi untuk kali kedua sejak aku balik.

Dari dalam kereta aku dah rasa lain macam. Sampai ke rumah, aku cuba tidur semula. Tapi tak berjaya. Kecik yang baring di sebelah terus melompat dan turun memanggil Mak.

Angah ada, syukur, kerana Abah tak ada di rumah.

Dan itu kisah bbq.

Morale of the story, jangan kejutkan aku tengah-tengah malam masa aku sedap tidur. Sekali aku mamai, tak dapat kawal diri, semuanya keluar bergumbira.

Nak Serius

Fotografi adalah salah satu hobi yang aku minati. Dahulu aku punya satu akaun Flickr, menggunakan email `langsirkalerbiru'. Sekarang aku membuka lagi satu akaun, menggunakan email 'Hafiz Ismail', tetapi dengan nama pena lama iaitu langsirkalerbiru.

Hafiz Ismail (langsirkalerbiru) at Flickr

Friday 25 December 2009

Zoo Negara


This was taken by 8 years old Kecik. Impressive eh? (Please click on the photo)

Berkongsi

Pengajaran, nasihat, mahupun teguran, yang terbaik adalah apabila diterima secara tidak langsung.

Dan berfikirlah. Kerana akal yang diterima bukan semata untuk membezakan yang benar mahupun yang salah sahaja, tetapi juga makna di sebalik sesuatu peristiwa.

Kena proaktif, dan pandang jauh ke hadapan.

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Thursday 24 December 2009

Sindrom Kopi

Kafein tak bagus untuk kita, lebih-lebih lagi kanak-kanak. Itu kata aku. Dan aku tahu ada banyak artikel tentang kebaikan kafein terutamanya kopi.

Tapi sungguh, kopi itu sedap. Kopi. Bukan Nescafe. Aku tak kategorikan Nescafe dalam kumpulan kopi. Tapi aku sedar kedua-duanya punya efek yang buruk pada aku.

Kata orang, alah bisa tegal biasa. Emmmppphhh.... tak semestinya benar.

Seperti penggemar sambal belacan contohnya. Pedas yang teramat sangat sampai mengalir airmata memakannya, itu tak kira lagi dengan gatal-gatal hidung makan belacan. Tapi bila ada di depan mata sukar sekali menolaknya.

Pernah aku dirasionalkan, hingga membuat aku hilang rasa berdosa. Niat peng-rasional itu hanya untuk memujuk, tapi tafsiran dalam kepala aku lain pula jadinya. Pernah seorang sahabat menjelaskan, dengan sifat 'takpe' dalam diri boleh membuatkan kita tak kisah dengan apa yang kita lakukan dan juga secara tak langsungnya apa yang berlaku di sekeliling kita.

Contoh satu, penutupan aurat apabila tinggal serumah dengan saudara mara, pada musim perayaan contohnya.
"Alahhh, dengan sepupu saja. Takkanlah nak kena pakai tudung juga? Takkanlah nak pakai tudung dalam rumah. Macam orang gaji."

Contoh dua, pemboikotan barang-barang daripada kompeni yang menyalurkan bantuan kewangan secara terbuka kepada mereka-mereka yang membunuh umat Islam.
"Takkanlah beli Maggi 70sen ni ada efek pada diaorang."

Berapa orang yang betul-betul kisah?

Berapa orang yang punya pemikiran seperti di atas?

Siapa yang boleh mengesahkan mereka boleh terselamat nanti?

Kopi sangat sedap sebenarnya, walau boleh buat aku sakit. Nak berhenti minum,susah; selagi stok ada.

Lama tak high.

Wednesday 23 December 2009

Don't Expect People To Recognise You

Sebenarnya, kena periksa diri dulu; apa tujuan asal?

Kemudian, pekakkan telinga saja.

I'm still happy.

Segala Puji Hanya UntukMu

Kelmarin kami bersuka ria di Zoo Negara. Semalam pagi-pagi lagi dikejutkan dengan kemalangan. Angah memandu dalam keadaan mengantuk dan terbabas. Separuh daripada kereta sedikit remuk, menghentam bukit atau penghadang di bahu jalan, barangkali. Tapi syukur pada Allah, hanya kelopak mata kanannya sahaja yang luka terkena serpihan kaca yang pecah, dan tidak ada luka yang lain.

Kalau ada tulang yang patah, agak sukar kerana latihan askarnya belum lagi tamat.

Oh ya, Mak dapat hubungi pegawai yang bertanggungjawab menguruskan pelajar-pelajar yang fail macam aku ni. 4 Januari depan aku akan melapor diri, dan surat tawaran akan dihantar dalam minggu ini.

Mula-mula kena betulkan keypad laptop ni dulu. Akibat suka nak pomen barang suka-suka hati, kan dah berterabur jadinya.

Sunday 20 December 2009

Kehilangan

Emmmmm... runsing. Mp3 player hilang sejak seminggu yang lalu. Sebenarnya, lupa kali terakhir letak di mana. Hampir satu rumah sudah dibongkar, tapi masih tak jumpa.

Dan seterusnya membawa kepada masalah yang kedua. Hilang ingatan sementara. Dalam masa setengah tahun kebelakangan ini, aku rasa lain macam. Ada beberapa hal yang aku lupa. Kadang-kadang aku boleh ingat semula dalam masa setengah hari. Ada yang aku tak ingat langsung.

Pernah juga aku terfikir, mungkin sebab aku tak tumpukan perhatian, menyebabkan aku lupa benda-benda yang aku dah buat.

Apa-apa pun, hidup aku kena bergantung dengan buku nota selepas ni.

Thursday 17 December 2009

Angin Bertiup.......Perut Bergelora

Tengah sakit perut sebenarnya. Makan tak tetap dalam seminggu ni setelah ibu tersayang menetap di rumah Wan, dan alhamduliLlah, dah balik pun. Haha..this is a story about a lazy young lady yang sekarang ni rasa tak boleh nak hidup without her mother.

Semalam qada puasa, dan....semalam adalah satu hari yang sangat teruk. Pagi tu, rasa sangat lemah dan nak pengsan + loya tahap separa kritikal, maka setelah menyidai baju, naik ke bilik, pasang kipas kuat-kuat (suasana yang panas boleh mempercepatkan proses kehilangan tenaga), dan cuba tidur.

Itu satu bahagian. Petang pula, semasa memasak untuk berbuka, lengan rasa sangat sakit dan susah nak menggoreng nasi. Kemudian, dalam proses nak basuh kuali yang masih panas (sebab nak guna lagi untuk goreng fries), air mencurah-curah keluar dari sinki dan kepala blur maka aku berdiri tercegat tak tahu nak buat apa hingga Abah kata, "Tutuplah paip tu dulu," baru aku bertindak.

Dan selepas makan, tangan aku terkibas gelas yang berisi milo ais dan tumpah di atas tikar (macam mana boleh terkibas sedangkan aku hulur tangan nak pegang gelas tu dan bawa ke dapur?)

Entahlah, rasa macam tindakan tak seiring dengan arahan dalam kepala ni. Adakah kerana stress, ataupun tidur berlebihan, ataupun kerana sunyi maka aku stress dan itu menyebabkan aku tidur berlebihan yang menyebabkan badan aku jadi sedikit 'off-tune' macam ni?

I need Kecik. Dia antara kawan paling rapat yang aku ada sekarang ni.

Wednesday 16 December 2009

Mungkin Hanya Luahan Semata

Duduk berfikir, apa sepatutnya benda yang harus aku buat setiap hari? Bagaimana sebenarnya kehidupan yang normal, bagi seorang wanita khususnya?

Fikir-fikir, some people did complain about me not as other girls around my age in the family. Who cares? I believe I am right.

I did something, that I am truly happy with it, and the guilt seems is going away. True, we cannot change everything on the spot. We just need to do it step by step. Well, I do think I need to learn to be more patient.

So, the third thing that I want to change now is, JADI RAJIN!!

That's the hardest part. Abah came home at 9PM yesterday night, and found nothing to eat. Mak is at rumah Wan, and it is just me at home, and I'm the eldest daughter. If Mak is not at home, I have to replace her doing all the work. I didn't even went to the kitchen to prepare something for him. Maybe he was too hungry that he didn't even cook but bought instant noodles, and that's his dinner. Sori Abah....

So, that's that. Jadi rajin. Emm, kena buang sifat orang bujang yang tak kisah makan apa pun and bilik bersepah macam mana pun etc. You are a grown woman now dear. Haihhhhhh~~~

Tuesday 15 December 2009

Belajar Bahasa

Kadang-kadang ada rasa pelik pada diri. Bahasa sendiri pun tak betul sangat, Bahasa Inggeris pun cukup-cukup makan, Bahasa Arab lagilah sangkut-sangkut. Tapi semangat nak belajar bahasa ASING ini sangat kuat.

Cuba teka bahasa apa?

IBRANI (hebrew).

Jangan tanya kenapa, hanya berminat tanpa sebab yang sangat spesifik.

Tapi yang pastinya, susah sungguh nak tulis huruf-hurufnya.

Emm...

P/S : Ibrani adalah bahasa yang digunakan oleh bangsa Israel dan mereka yang tinggal di sekitar kawasan itu, juga merupakan bahasa yang digunakan dalam Torah dan juga Injil yang asal.

Iman Yang Masih Belum Teguh

Sedang menonton siri Sakaratul Maut di Astro Aruna. Satu-satunya program televisyen dari Indonesia yang aku minati. Yalah, peringatan itu boleh datang daripada apa-apa bentuk.

Kisah tentang lelaki yang luarannya 'alim, tidak meninggalkan solat dan sentiasa mengajak orang sama-sama berbuat kebaikan, tetapi yang sebenarnya selalu merogol kanak-kanak. Hinanya cara beliau meninggal dunia, membuat orang tertanya-tanya kenapakah sedemikian rupa jadinya. Isterinya juga yang asalnya lemah lembut, baik pekertinya dan seorang muslimah yang baik, tidak dapat menerima kenyataan kematian suaminya malah menyalahkan Allah atas apa yang terjadi pada suaminya. Satu tahap, isterinya cuba membunuh diri dan hampir murtad.

Itu dugaan besar, bagaimana seorang wanita yang taat pada Tuhannya boleh hilang kawalan dan tercarik keimanannya lantaran kematian suami tersayang.

Fikir-fikirkan, apakah dugaan yang pernah melanda diri kita, kecil atau besar; bagaimanakah kita menghadapinya?

Lemahnya manusia ini, selalu melakukan sesuatu di luar batasan. Tapi selalu kita lupa bahawa kesedihan dan kesusahan itu, adalah 'hadiah' daripada Allah untuk kita.

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?

Al-Ankabut : 2


Jadi, ukuran keimanan itu adalah melalui ujian? Mari sama-sama kita duduk diam-diam dan periksa diri kita; adakah kita ini sudah boleh dikatakan sebagai beriman? Mungkin ya, kita beriman, tetapi seteguh manakah keimanan kita?

Monday 14 December 2009

Hari Yang Suram

Entahlah, rasa macam mendung ada di sekeliling.

Hati yang terluka, tak perlu dibesar-besarkan. Nilainya tak seberapa.

Ahh, mana gam UHU ya? Butang space tercabut, pemegangnya dah patah.

Sunday 13 December 2009

pergi port dickson.

ini nadhirah ni.masa hari tu pergi pd,tengok angah berkawat,best hebat sangat.

Brain Usage Profile

Got this address from ILuvIslam : Brain Usage Profile Test, and did the test. So, below is my result and the summary.

Your Brain Usage Profile:

Auditory : 50%
Visual : 50%
Left : 43%
Right : 56%

Hafiz, you are moderately right-hemisphere dominant and have even preferences between auditory and visual processing, traits that might make people perceive you as "slightly off balance."

You are most likely to be slightly disorganized, a "dreamer" and a person who focuses more on the end result than the immediate task at hand. You are creative and spontaneous if somewhat lacking in direction and focus. You are a learner who is generally patient and a person for whom time is an ally, not an enemy.

You are more passionate than most people with regard to life and learning and recognize your own intuitive abilities. You have sufficient goal-direction to satisfy yourself and guarantee success without being or feeling driven. You are willing to be reflective about yourself and others without getting lost in rumination.

The balance of your sensory modes allows for both learning and expressive capabilities achieved by few. You are active and "seeing" while retaining an equally strong propensity for being reflective which slows you down a little but allows for a more comprehensive perception and analysis of situations and problems. You do not spend excessive time analyzing since you mostly trust your perceptions.

In all likelihood, you have a tendency to overcommit and cannot under- stand why others get upset since you operate on a different "time table" than they do. Your organizational abilities are frequently overwhelmed by the stimulation seeking and active nature of your mind as well as by the tendency to create new categories and gloss over details, making categorization and classification almost impossible at times.

To the extent that your career path allows for creativity and abstraction as well as a bit of disorganization, you should find yourself equipped to handle any learning that is required. Your own personal adjustment to your style should come naturally although you are likely to feel frus- trated by your own limited discipline and often wonder "Why?"


(^_^) Just smiling after I read this.

Saturday 12 December 2009

I Don't Know The Right Word To Put In Here, But This Is About Marriage And Complains, And I Think My Gammar Sucks This Time

One day I had a chat with my sister, asking about her boyfriend, after tired of listening to her mumblings of how handsome he is, of how she loves him so much and so does him, etcetera etcetera.

As she is going to finish her study and starts working at a young age, I suggested that she should get married right away. Why should wait when you have the one that you really want?

But I'm quite surprise when she said no, telling me that she's too young to get married.

And suddenly I remembered several friends of mine told me this when I said I want to get married as soon as possible : You'll lose your opportunity to enjoy your life. You'll have to stuck with your husband, and can't go out without his permission, and....... that's not fun.

Does marrying really chain you that you cannot do anything, and does it really makes you suffer? So, does that means your parents suffered when they get married and having you around?

After quite a few incidents happen to me, in relation with my plans to get married, this topic really makes me sad. Of course I am. I've been denied times, and my parents hate the guy that I like, and everything seems like a complete disaster when I lose the thing that I treasure the most, and still being denied, why should I keep calm when people especially women think that this wedding thing is just a piece of crap?

How can you just being lovers without intention of getting married?

Does carier women really need to put aside the need of having a family, and building it when their menopause is around the corner?

Frankly, I received these kind of advices from almost everyone. It really stressed me out, and my emotional level will be at its peak.

I'm now, need to do my degree again, and it will take 5 and a half years. By that time, I will be 29. That's not a small number. Not for me who targeted to get married before 23. I will be soon, but I'm still alone.

It's so lonely in here. Let me have someone please.

Friday 11 December 2009

Dunia Yang Tak Pernah Memuaskan

Pernah terfikir, 'Seronoknya jadi macam F tu. Cantik pun ya, pandai gila, perangai pun baik. Untunglah siapa yang dapat kahwin dengan dia.'

Itu antara dialog biasa apabila kita bertemu atau mengenali seseorang yang kita anggap sangat hebat di mata kita.

Memandang tinggi pada orang lain, tapi dalam masa yang sama menyesali diri kerana tak nampak sempurna dan seindah orang lain.

Sedarkah kita, tak semua orang sempurna. Kecacatan dan 'kesumbingan' itu pasti ada, cuma lain kategorinya daripada kita.

Kita selalu mengkelaskan orang dengan rupa paras, kelakuan, kekayaan dan kebijaksanaan. Tidaklah salah 100%. Ada gunanya bila kita melihat orang lebih daripada kita. Ianya mendorong kita untuk jadi lebih baik dari mereka. Itu adalah antara sifat 'hasad' yang dibenarkan.

Tetapi rata-rata kita lihat manusia gemar berangan-angan. Ingin mencapai seribu kejayaan, tetapi hanya tinggal angan-angan.

Dalam dunia sekarang, wang menjadi ukuran yang lebih utama. Masakan tidak, untuk kelihatan lebih cantik, wang diperlukan. Untuk mendapatkan pendidikan yang lebih baik, wang juga diperlukan. Untuk berjaya, wang amat diperlukan.

Tapi kita lupa, itu hanyalah alat. Kejayaan itu, terletak pada usaha yang gigih, yang berani bangun semula setelah dijatuhkan atau terjatuh, dan yang pastinya, dengan izin Allah Yang Maha Kuasa. Kerana dengan kekuasaan Allah-lah, manusia yang semalamnya kelihatan hina, nampak gah dalam sekelip mata.

Ingin aku sentuh sedikit, menegur diri sendiri. Kemenangan itu bukan dengan doa semata-mata. Kuatkan lagi keazaman, kenal pasti semula apa tujuan, dan teruskan berusaha dan berdoa.

Hidupmu yang kelam kabut dan samar-samar ini pasti akan terlerai di hujung nanti.

Thursday 10 December 2009

Are You A Muslim?

I read some blogs from Muslim reverts, just now, and I feel ashamed of myself.

Who am I?

Why am I still doing it?

Didn't I already have bulk of knowledge in this arena?

WHY AM I STILL DOING IT?











Ya Tuhan, sungguh aku lemah, mudah kalah dengan perbuatan dosa itu. Keindahan dan kenikmatannya sungguh menggoda. Ya Allah, berkali doa ini aku ulangi, ampunilah aku. Teguhkanlah iman dan taqwaku. Hati ini mudah sekali digoncang. Ya Allah, hanya engkaulah saja yang memegang hatiku, kuatkanlah.

P/S : My hormones seems to backfire me, and I feel terrible for the last few days. I really need somebody to talk to. Tomorrow I'll be alone, everybody will go to PD to see Angah graduating. Should be a very big opportunity to calm me-self down.

Sundae please!!

Sunday 6 December 2009

Sahabat Lama

Browsing over Facebook, and I found lots and lots of old friends. From school, and college.

I was an annoying girl back then. I really was.....am.

Proud of myself, unaware of others' feelings, like to do things in my way ONLY, never listen to others, and the list goes on.

Plus, I have some bad habits that are difficult for me to get rid of. Aaa.. these things are a bit personal to put in here.

At the same time, I do feel that I am not a good person, compared to what I look like. The confidence that was there, has been washed away by guilt. I was not as strong as I was before.

When I meet someone from my past, I feel terrible. I'm afraid to face them. Even not in the real world.

So I keep myself out of reach. Maybe that's the best reason of me being less friendly.

I'm in pain.

Saturday 5 December 2009

Walimah

Musim cuti sekolah ini memang banyak kenduri kahwin yang akan berlangsung. Khabar-khabar pun ada, tak dapat jemputan.

Tapi bagi sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ini, tahniah diucapkan.

Thursday 3 December 2009

Aging Process

Sekarang sudah Disember 2009. Tak lama lagi akan berpindah ke tahun 2010. Bermakna umur memendek dan usia bertambah. 23 tahun hidup, dan xxx tahun lagi akan hidup.

Terima kasih kepada Ila sebab tolong contact 'orang besar' Bahagian Tajaan, di mana akhirnya aku dapat tahu akan status aku sekarang.

Menurut apa yang dicatat dalam fail milik aku, aku akan menyambung semula pelajaran, mengambil Ijazah Sarjana Muda, kemungkinan besar dalam bidang Sains, di mana-mana maktab perguruan yang akan ditetapkan nanti.

Oleh kerana aku hanya punya SPM (A-Level tidak diterima di Malaysia, malangnya), maka kemasukan ke maktab haruslah bersama-sama dengan ADIK-ADIK yang sedang menduduki peperiksaan SPM sekarang ini.

Aku katakan pada Abang, kalau aku mengaku umur aku 18 tahun juga nanti, sama seperti yang lain, adakah mereka akan percaya?

Mengikut pengalaman, andai si muda tahu yang di sebelahnya ialah seorang yang berusia bukan setahun dua tetapi 6-7 tahun lebih tua daripadanya, adakah mereka akan bersikap normal dan tidak hipokrit di dalam pergaulan?

Jawapannya, TIDAK.

Mereka lebih cenderung untuk 'hormat'. Aku tak perlukan hormat, aku perlukan rakan.

Selamat datang usia muda.

Mengenang Si Merah


Kau kelihatan mengajak aku kembali
Kau titipkan semarak cinta
Rindu akan bangkitnya dunia
Dicorakkan dengan pegangan
Rahmat daripada Tuhan Yang Maha Kuasa.

Tiadalah yang mampu menakluki
Hanyalah Allah Yang Satu
Terpahatlah kata-kata itu hingga akhir nanti.



Lambaian itu bukan setakat mengenang-ngenang
Yang berlalu itu sudah pun mati
Yang tak mungkin hidup untuk berjuang semula.

Masa itu masa kita
Kita anak-anak yang masih merah.

Aku masih ingat udara sejuk yang menusuk
Bertemankan gunung putih yang lampai
Dan sinaran matahari yang mencelah
Dindingmu berkilau cahaya emas.



Indahmu bukti kuasa
Tegakmu bukti kekuatan
Sayang jika hanya disimpan
Melahirkan generasi lembik dan pondan.


Hafiz Ismail
3 Disember 2009
15 Zulhijjah 1430 H
Raub, Pahang

Merokok Membahayakan Kesihatan : Mengapa Anda Merokok?

Ahhhhaaaaaa!! Ini topik yang sangat menarik untuk dibincangkan, memandangkan perokok amatlah sinonim dalam kehidupan kita. Anyway, aku jumpa topik ni di dalam ILuvIslam.

Abah bukan seorang perokok. Tak tahulah jika masa remajanya dulu merokok. Menurut apa yang aku tahu, memang tak merokok.

Dua orang adik lelaki aku perokok. Angah pernah cuba berhenti, tetapi gagal. Sekarang dia dalam latihan askar, masih merokok cuma tak sebanyak biasa. Dekli tak pernah cuba untuk berhenti. Dan bila dia tak dapat rokok tu, dia mula pening dan berserabut.

Abang pula perokok tegar, tapi sudah dapat mengurangkan jumlah rokok yang dihisap setiap hari.

Aku sendiri bekas perokok. Bekas itu adalah kerana pokai tak berduit untuk 'melanggan' sekotak sehari. Tapi bila ada peluang, aku lepas gian jugalah sekali sekala.

Kenapa susah nak berhenti?

Benda ni macam maksiat jugalah. Bahaya dan berdosa tapi sedap. Katakan kita memang kaki mengumpat. Kita tahu dosa, kita tahu salah. Kita nak berhenti. Tapi bila dalam sehari tak mengumpat, rasa macam kosong, tak sempurna hidup.

Itu analogi.

Memang ada yang kata nampak macho kalau merokok. Orang muda mungkin rasa macam tu. Nak nampak lebih dewasa mungkin. Entahlah. Rokok bukan penanda aras usia dan kematangan. Rokok tak ada kaitan langsung dengan kematangan.

Fakta-fakta kesihatan yang disebut juga benar. Tak aku nafikan penyakit dan implikasi yang boleh menimpa perokok dan mereka yang menghidu asap rokok berkenaan. Pernah juga aku simpulkan perokok ini membunuh diri dan membunuh orang lain. Double sin. Ever thought about that?

Ada yang kata, masalahnya memang tak nak berhenti merokok!! Dia punya syok sampai sayang nak tinggalkan.

Mentaliti. Bila didedahkan dengan suasana orang yang merokok, maka tak dapat nak disalahkan 100% kenapa budak-budak semuda 7 tahun sudah mula merokok. Tak perlu ada ahli keluarga yang merokok. Suasana masyarakat sendiri mencorakkan mentaliti seorang insan.

Begitu juga pergaulan terlalu sosial, seks bebas, hedonisme yang menjadi intipati masyarakat sekarang, menyerap melalui apa yang kita lihat dan alami saban hari. Satu hari nanti akan jadi sesuatu yang 'normal' sama seperti normalnya rokok hari ini.

Salahkan orang itu ini, mengeji, tak akan jadi apa-apa. Aku tak dapat nak beri apa-apa jalan yang boleh mengeluarkan diri daripada masalah ini dalam masa yang singkat.

Jika mentaliti itu puncanya, ambil masa yang lama. Mungkin bergenerasi lamanya. Bila nak mula? Bolehkah dari sekarang? Oleh kita sendiri?

Bagaimana?

Siapa bakal perintis umat akan datang? KITA.

Siapa bakal pendidik dan ibu bapa kepada generasi akan datang? KITA.

Dengan apakah kita dapat menjamin masa depan yang lebih murni dan bersih?

Dengan negara yang stabil dan pesat membangunkah? Atau dengan poket-poket yang sendat berisi? Ataupun deretan ijazah dan phD yang megah tergantung di dinding?

Fikir-fikirkan dan bergeraklah.

P/S : Tahniah kepada Naili dan suaminya Najib atas kehadiran insan baru yang akan lahir insyaAllah tahun depan. Ya Allah, sahabatku bakal punya anak. Percepatkan jodohku Ya Allah.

Tuesday 1 December 2009

Teguhkanlah Hatimu

Dunia ni menggoda kan? Cantik, seronok, dan cool.

Bila tengok fesyen sekarang contohnya, memang cantik-cantik belaka. Dengan warna warni, gemerlapan, nampak glamorous, dan memikat hati.

Banyak sungguh perkataan yang dapat nak ditambah kalau nak menerangkan keadaan dunia hari ini.

Wang, harta, kuasa, kecantikan dan kehidupan abadi, menjadi rebutan manusia, dari dulu hingga ke hari ini.

Mengejar dunia.

Tak salah mengejar dunia, itu keperluan.

Kecantikan, satu dadah yang menyiksa wanita. Semua ingin kelihatan cantik, anggun dan bergaya.

Lupa pada batasan.

Satu perkara yang penting, segalanya cubalah bersederhana. Moga dengan bersederhana, kita tak mudah dikalahkan nafsu, kita tak tersalah mengambil apa-apa keputusan, dan sentiasa merasa cukup.

Ya Allah, ampunkan dosaku.

Hitamnya Semalam


Hitamnya semalam
Bukti manusia ini selalu tersadung
Matanya celik
Namun terhijab terus dari realiti.

Mungkinkah cantik dilihat
Kiri dan kanan berpesta berkarya
Melaung kebebasan mencipta keindahan
Mendakwa hak milik mutlak setiap manusia.

Racun itu bagaikan madu
Sedap dan ketagihan tak dapat dilupakan
Apakah itu yang selalu kita suapkan
Dalam membina tubuh seorang insan?

Jika sudah terjatuh menyembah bumi
Tahulah juga asalnya kita
Bukan sekadar menganggapnya takdir
Teruskan juga kehidupan lama.

Pandanglah semula ke hadapan
Itu tempat semadinya kita
Hiraukan apa yang berlaku
Murka juga kita sengsara.

Hitamnya semalam
Ingat ingatkan
Hitamnya semalam
Kita cerahkan.



Hafiz Ismail
1 Disember 2009
14 Zulhijjah 1430 H
7.29 malam
Raub, Pahang

Monday 30 November 2009

Teluk Anson





Matahari yang redup itu masih lagi memancarkan cahayanya.

Belum masanya waktu itu berhenti.

Gambar Kelas

Inilah satu-satunya bukti kewujudan aku di SHAH Pekan pada tahun 2003 dahulu.



Notice something?

What can I say. They don't like me.

Saturday 28 November 2009

Ahhhh....

I'm home!!!

Akhirnya. Baru seminggu tinggal di rumah Wan, rasa macam dah berbulan-bulan. Sangat letih, sangat gelap, dan sangat panas. Memang sangat rindu rumah.

Rutin harian di sana, bangun, kemas rumah, sapu sampah, tolong Mak masak, mandi, makan dan melepak sampailah ke malam. Tidur awal pada mulanya, tapi lama-lama dah boleh tidur selewat 5 pagi, menghindarkan rasa berdebar-debar dan risau dengan salakan anjing yang tak henti-henti.

Ohooo.. semalam Dekli bercerita, dalam jam 3 pagi, dia ke dapur nak buat air teh, Wan memanggil minta dialihkan kedudukan (Wan dah lama tak boleh nak bergerak sendiri), Wan bertanyakan siapa yang baring dekat tangga, Pak Chu ke? Dekli rasa risau dah. Yalah, Pak Chu memang tak balik kampung lagi, dan memang tak ada sesiapa yang tidur di situ, kecut perut jugalah.

That house is spooky actually. Memang ada yang selalu singgah sekejap.

Anyway, happy to be home. And very happy for Kak Sue and Rais atas pernikahan mereka nanti. Sangat terkejut, dan teruja.

P/S : Still waiting for the sponsor's result.

Thursday 19 November 2009

Layan Lagu



Dengarlah insan satu cerita
Tentang duka dan pahit perjalanan
Tentang hina dan rapuh pertimbangan
Tentang penyerahan pada Tuhan.

Seorang gadis tersungkur di ranjang noda
Kerana asyik mengejar nikmat dunia
Demi lupanya pada Yang Kuasa
Di hujung kembara rasa berdosa.

Seorang pria terpesong dari kiblatnya
Tapi sepanjang hayat redha bertaqwa
Demi takutnya kepada Yang Kuasa
Menangislah ia sepanjang malam.

Mereka semua menghadap kiblat
Menadah tangan kudus air mata
Memohon pengampunan dariNya
Atas dosa sebagai manusia.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Sebenarnya, rasa macam nak menulis, tapi tak ada idea. Jadi letak saja lagu ni di sini.

Sangat risau tentang belajar ni. Dah lambat dah ni rasanya. Risau..risau.

Tuesday 17 November 2009

I Hate You

It is normal, when you meet someone that doesn't behave, and he/she is old enough to know what irritates or hurts people. It seems that he/she have no sense of responsibility, or pity to other human being.

We meet this kind of people almost everyday in our life. In the family, in the neighbourhood, on the road, in the work place, even on tv. So, how to handle this hate feeling when it comes to the maximum?

No idea. Everyone got their own way in handling things. For example, if we met some kind of 'samseng jalanan', what we can do is, just ignore them, jangan cari pasal.



If we saw someone that is very nasty or impolite, at least we can avoid from 'mengumpat'. We just got nothing other than sin. And if we are brave enough, advise him/her. Nothing will change if we just keep silent.

Sunday 15 November 2009

My First Made-By-Myself Baju Kurung

Ini kain pemberian Mokcik, dan dijahit tanpa menggunakan mesin. Jadi, ini akan jadi baju raya aku nanti.

Saturday 14 November 2009

Pelita Hidup - Hijjaz

Hidup ini bagai pelita dinding,
Yang dinyalakan di malam hari,
Apabila minyak sudah kering,
Ia kan pasti padam sendiri.


Just want to remind me myself and everybody, whatever our religion is, whatever our belief is, this one thing is undeniable. We, all of us, one day, will die eventually.

I believe these words below are from Ali RA, roughly said :

If the hereafter is not exist, then both of us (the believers and the non-believers) are save. BUT, IF IT DOES EXIST, I will be save, and you'll go astray.


The question is, what did we do this day? Is today is an achievement, or another episode of our *unintended* mistakes?

May Allah help us and guide us to the right path.

Deleting Posts

Now, I deleted all the entries before. I know lots of them are inappropriate to write in here. So, just assume this is one new blog and you never read anything inside here before.

The concept is maybe still the same. A-la diary. Actually, I don't know what is okay to put in here. Personal experience, personal opinion, personal.....life?

I was having difficulties in understanding what my life is all about before. I was blaming all the bad things and habit that I picked up and learnt and experienced all these horrible 22 years of my life. Blaming others, and Allah's arrangements (even not directly), pretending that I am the victim. How.....arrogant!!

I hope this feel-good feeling will never end. Because, there is something that I am worrying about recently. I believe, I have shortage of memories. I mean, I easily forget things that I felt and said as early as yesterday. Well, not all things but a quarter of them. For example, I know I did chat with a friend yesterday, but I don't remember about what. We had a long chat, the topics might be random, and it was great, but I don't remember what.



No, I'm going senile!!

Well, another thing about yesterday, I had a long chat (too) with my parents. I was asked to follow them to Sungai Buluh. I will have a session, to cure me actually. It got something to do with the 'thing' that resides within me. And I was told that I am not normal and weird. I was sad at first, but to think, it's not just me who behaves like me. I know someone as I am. And not surprisingly, I feel attached to that person and we go well together. Maybe, it's just because of the differences of our personalities which make people think that we are not normal. (^_^)

Let me get this straight, if nothing change after this, I don't want to go to another session anymore.

Whatever happens, I feel great this morning. I hope it will always be, insyaAllah.

Friday 14 August 2009

Sudah Hari Jumaat

Penghulu segala hari, dan juga harapan semoga hari ini lebih baik dan ceria daripada semalam, juga seterusnya.

Be happy beb, after all the things that bothered you yesterday!!

Apa pun, kepala aku agak sakit sekarang. Normal things bila aku menangis, dengan beria. I thought 'histeria' aku datang semula semalam. Nahh.. just screaming a few times, without that feeling, harted, bursting out. Just sad. Funny how me can easily offended by remembering that kind of thing.

Oh ye, sekarang ni, hidung aku sakit. Dalam lubang hidung aku, bahagian dalam (area batang hidung), ada satu tempat yang merah dan membengkak. Aku tak tahu sebabnya, tapi aku perasan sakit sejak selasa baru ni, cuaca panas sangat. Tapi aku ingatkan sakit sebab luka. Selepas aku tengok-tengok (kena pakai lampu suluh juga), nampaklah ada benjolan dan merah. Aku tak pasti apa, ada kemungkinan bisul.

Aku selalu ada bengkak-bengkak pada ketiak. Kadang-kadang bisul. Sebelum ni ada bengkak yang besar juga, aku kira nak jumpa GP kalau tak surut, takut simptom breast cancer. Mujur dah surut. Tiba-tiba dalam hidung pula?

Anyway, nanti siang mahu keluarlah. Ada barang yang aku kena pulangkan, juga menjengah ke kedai cina cari megi (jenama KOKA, made in Singapore) beberapa bungkus untuk bekalan tengah malam bila tengah kebulur, juga ke kedai india beli pepsi sebotol dua buat perasa tekak. Masa angin aku tengah banyak, masa tu stok tak ada. Duit pun kena jimat-jimatlah. Ada dalam 3-4 pound je ni. Another 10 aku nak save untuk keperluan kot-kot berat beg terlebih sikit masa nak check in nanti. Kali terakhir aku timbang sedang elok 20kg. Tapi tak mustahil kalau terlebih sikit. Kalau akak kaunter tu baik hati, lepaslah aku. Lebih 1kg GBP5 ok. Mahal!!

Ada juga terfikir nak tukar berat beg, ambil 30kg, boleh bawa balik banyak lagi barang. Boleh bawa balik bantal busyuk, baju, buku. Sekarang ni aku bawa baju kemeja (sebab ringan) 4 helai saja. Seluar pun sama. Tak ada baju lain.

Untuk bawa beg yang sedia ada ni, memang dah cukup berat dah. Tapi setakat tarik ke stesen bas, boleh slow-slow. Ambillah dalam 45 minit, cukuplah untuk tarik dengan perlahan, ambil boarding pass dan berehat sekejap. Aku sangguplah sakit sikit.

Tapi, itulah, seluk kocek kiri, seluk kocek kanan, habuk saja yang ada.

Aku Rasa Jiwa Aku Kacau Sekarang

Aku 'tercerita' tentang sisi gelap keluarga aku, yang selalu aku tak fikirkan wujud. Dan bila aku fikir dan ingat, dendam dan amarah yang terbuku dalam lubuk paling dalam di dalam hati aku meluap-luap. Perasaan untuk membunuh itu datang kembali.

Tolonglah tidur, dan tolonglah lupa.

Aku rasa berat hati nak balik rumah.

Thursday 13 August 2009

Rabbani - Muhammad Ya Habibi

Inna liLlahi wa inna iLaihi raji'oon, atas kembalinya Ustaz Asri ke rahmatuLlah pagi tadi. Sungguh, Rabbani dikenali dengan lagu yang agak agak rancak jika dibandingkan dengan lagu-lagu nasyid yang lain. Waktu mereka mula menggunakan khidmat KRU, memang dikritik oleh banyak pihak, kerana nasyid sinonim dengan irama yang perlahan dan syahdu. Tapi atas usaha mereka, golongan remaja khususnya lebih mendekati irama nasyid, dan insyaAllah sedikit sebanyak mengembangkan usaha dakwah Islamiyyah.

Yang pergi tak kembali, itu adalah salah satu lagu yang agak dikenali bagi rakyat Malaysia. Aku kira ramai yang sedang mendengarkan lagu itu dalam masa sekarang ni.

Tidak dinafikan suara Ustaz Asri memang merdu dan 'meremang'. Aku suka bila bahagian beliau bertakbir raya, tiap kali disiarkan di kaca televisyen.

Enough the story, doakan semoga rohnya dirahmati Allah, dan ingatlah, kematian itu pasti akan tiba, kerana usia kita bukan saja makin bertambah, malah semakin singkat setiap saat yang berlalu. Kematian itu untuk kita menginsafi diri, bukan meratapi mereka yang telah pergi.

Ini adalah lagu Rabbani yang aku suka. Aku punya sedikit kecenderungan pada nasyid berbahasa Arab, berbanding bahasa Melayu atau Inggeris. Feel free to listen.


Wednesday 12 August 2009

Apa Beza Pengguguran Dengan Dera Anak Sampai Mati?

Aku ada baca berita, tentang sepasang kekasih yang mendera anak mereka sehingga mati. Mereka disabit dengan kesalahan tersebut, beserta dengan adik (atau abang) si lelaki. Ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun, hukuman sampingan aku tak pasti. Tapi, apa yang dikatakan di dalam berita tersebut, adalah keadaan ketiga-tiga mereka apabila sudah habis tempoh hukuman. Ini kerana, mereka terdedah dengan 'ancaman' daripada masyarakat, yang masih lagi sangat marah dengan kesalahan mendera hingga membunuh itu. Jadi, mereka bertiga mungkin akan bertukar identiti, diberi tempat tinggal juga bantuan kewangan. Maka, pembayar cukai (ie masyarakat Britain) kena 'tanggung' hidup mereka. Adil ke?

Tapi option yang lain, adalah penjara seumur hidup.

Masyarakat marah, sebab kekejaman yang mereka lakukan. Kliksini untuk berita penuh.

Apa bezanya dengan orang yang menggugurkan kandungan? Adakah sebab bayi itu masih belum cukup sifat, masih belum keluar lagi ke dunia, maka tidak dianggap sebagai satu makhluk hidup? Benar, dalam sesetengah kes, pengguguran dibenarkan demi menjaga nyawa ibu. Tapi kalau dilakukan kerana belum bersedia, akan kurang menarik, ataupun tak tersengaja (atau dalam kes masyarakat kita, terlanjur), adakah wajar untuk diberi kebenaran?

Ada satu buku yang aku baca, tentang perlunya manusia kepada agama, kepada Islam, kepada Allah. Kerana agamalah, manusia tahu antara yang betul atau tidak, bukan sekadar berdasarkan kepada perubahan zaman dan logikal semata-mata.

Tetapi, lihatlah dalam kes penderaan bayi ini, kesalahan diletakkan atas bahu ketiga-tiga pesalah. Tapi dalam kes pengguguran bayi, kerana gaya hidup mereka yang tidak mementingkan ikatan perkahwinan itu, terjadi bayi-bayi yang tidak disengajakan, mereka memberikan alasan-alasan tertentu berdasarkan kepentingan hidup mereka.

Perkara ini tidak menghairankan dengan keadaan masyarakat di Barat. Walau mereka punya agama sekalipun, tak ramai yang betul-betul mengikut suruhan agama mereka. Begitu juga di negara-negara yang ramai penduduk Islam. Kita punya agama juga, agama yang benar, tapi perkara yang sama tetap terjadi, malah kes pembuangan bayi makin rancak. Adakah hidup beragama sudah tidak releven? Adakah dengan penjara, bayaran denda, sebatan dapat membendung kejadian seperti ini daripada berleluasa?

Adakah semakin lama usia dunia, semakin matang umur manusia, semakin hilang sifat kemanusiaan dalam diri?

Tuesday 11 August 2009

Lagi Lapan Hari

Aku sebenarnya, tak perasan lagi seminggu lagi nak balik.

Aku dua kali menangis hari ni. Rindu, dan mimpi buruk. Orang yang dalam mimpi tu, paling rapat dengan aku, meninggal. Sedihlah kan? Dan aku tengok ada orang pegang pisau yang berdarah dalam mimpi tu. Dan aku tahu orang tu memang jenis panas baran macam tu. Risau.

Kenapa selalu fikir benda yang tak elok saja?

Monday 10 August 2009

Kenapa Perlu Sampai Bergaduh?

Aku menjenguk ke Iluvislam.com.

Ada satu forum, bertajuk 'Nilai Murni Orang Barat Yang Boleh Kita Contohi'. Ada orang bergaduh di sana. Sebabnya, ada yang berpendapat, buat apa nak contohi orang kafir padahal Islam itu syumul dan merangkumi seluruh kehidupan kita. Benar.

Tapi pendapat aku, apabila kita dah tengok aplikasi dari orang barat tentang nilai murni yang telah ada dalam Al-Quran dan Hadith, kita baru rasa worth to try. Kadang, kita tak punya akses dan kebolehan untuk belajar dan mendalami Al-Quran itu sendiri. Ataupun, kita hanya belajar secara 'surface' sahaja. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman dan aplikasi orang lain yang kita lihat dengan mata kita sendiri.

Sesetengah orang, menganggap budaya barat itu buruk. Contoh paling utama adalah pergaulan sosial. Apa saja yang datang dari barat adalah kafir dan harus dijauhi.

Aku sebenarnya dan sejujurnya, tak minat dengan 'orang putih' ni. Bukan sebab mereka kafir, ataupun berasal dari barat. Aku memang tak suka. Nature.

Tetapi, tak dinafikan, bangsa-bangsa dari negara atas angin ini, banyak mendatangkan cemuhan dari orang-orang timur. Sebab utamanya adalah kerana kebanyakan mereka beragama kristian. Dan dalam kepala kita, kalau orang kristian, mereka pasti nak tarik kita masuk agama dia. Kerana, kalau kita pun, mesti kita nak tarik mereka masuk agama kita. Tapi perlukah kita prejudis terhadap bangsa-bangsa tertentu?

Dalam setandan pisang pun, pasti ada yang buruknya. Dalam diri kita sendiri, walau taat dan baik macam mana pun kita, pasti ada sedikit sifat riak dalam diri. Begitu juga dengan manusia. Hidup dalam suasana Islam tak memastikan kita ikhlas dalam setiap detik kehidupan kita. TAPI tak dinafikan, kita disarankan untuk bergaul dengan orang yang berilmu dan beriman, kerana sahabat itu adalah orang yang boleh mempengaruhi diri kita sendiri.

Namun, adakah kerana mereka kafir, maka sifat-sifat peribadi yang baik terhapus terus dalam diri mereka?

Kita kadang memperlekehkan mereka yang bersifat 'racist'. Tapi dalam masa yang sama kita mencemuh jiran kita yang berbangsa cina dan india. Tak salah kita nak berjaga-jaga kerana mereka punya kelebihan mereka yang tersendiri. Tapi tak perlulah kita nak mengagung-agungkan bangsa kita sendiri kononnya lebih mulia. Patutnya, kita berusaha untuk meletakkan diri kita di tempat yang lebih tinggi dari mereka, jika kita teringin sangat nak mendabik dada.

Setiap orang ada buruk dan baiknya. Ambil pengajaran bagi yang buruk, dan yang baik, jika bersesuaian, bolehlah kita contohi.

Meditasi - Saat Ini Kau Tiada Lagi

Dah lama aku tak dengar lagu ni. Aku ada juga berminat dengan beberapa lagu Meditasi, dan aku rasa lagu fast rock mereka agak sedap juga. Ini salah satu lagu mereka yang popular, tak pasti tahun berapa dan album mana.


Saat Ini Kau Tiada Lagi

Saatnya, saat begini
Waktunya pedih memilu
Kenangan bersamamu
Tercipta kembali
Ohh..

Kuselam rasa cinta
Di waktu bersamamu
Engkau yang ku sayangi
Telah pergi jauh
Tak kembali.

Tersiksa langkah ini
Ke arah mana makin parah
Meninggalkan ku kehampaan
Hanyut dalam ombak derita.

Andai kau menyelami ia
Suara hati yang sepi
Walaupun kau tiada
Bayangmu menggodaku
Oh..Oh..

Tersiksa langkah ini
Ke arah mana makin parah
Meninggalkan ku kehampaan
Hanyut dalam ombak derita
.
Andai kau menyelami ia
Suara hati yang sepi
Walaupun kau tiada
Bayangmu menggodaku
Oh..Ohh..

Biarku mendakap duka
Bersama airmata
Doaku kau bahagia
Bersamanya
Ohhh..
Yang kau puja.

Sunday 9 August 2009

Packing Untuk Sekian Kalinya

Dah berhari juga aku duduk diam depan laptop tapi tak tahu apa yang aku nak buat. Kadang menjenguk ke Saifulislam.com, kadang menjenguk ke Google Reader, kadang menjenguk ke Utusan Malaysia. Itu sajalah yang aku buat, selain tidur mencecah 12jam sehari. Juga mencari-cari di balik tabir filem Harry Potter, sambil mulut menyuap apa saja yang ada. Contohnya nasi, ataupun mi, ataupun sekadar cereal.

Walaupun ada beberapa orang rakan yang mengesahkan SLR kamera adalah dikira sekali dengan bagasi kabin, aku menjengah ke beberapa website, contohnya Air Asia dan juga Stansted Airport, perkara tersebut dikatakan tidak benar. Beg tangan pun, dikira satu beg yang lain. Makanya, aku terpaksa kemas semula beg dan memilih untuk menggunakan 'beg balik kampung', instead of beg sandang untuk memuatkan laptop, kamera juga beberapa helai pakaian sebagai kusyen untuk laptop aku.

Walaupun aku pernah ke Stansted Airport, aku rasa sedikit gabra kerana pengalaman pertama aku itu seperti tak pernah wujud pun. Aku tak ingat langsung bagaimana suasana sebenar di sana (kecuali beberapa lelaki Spanish yang agak bising dan bercakap bahasa ibunda mereka kepada kami sedangkan mereka tahu kami orang asing).
Macam dodgy-lah tempat tu.

Dalam beberapa hari lagi aku akan berpindah ke rumah belakang. Aku tengok Kak Is dah mengemas satu rumah, dan aku rasa lain macam. Pastinya aku tak buat sepah, tapi rumah tak berusik lama pun pasti berhabuk, kan? Aku selalunya berada dalam fasa tak berani tak usik apa-apa bila berada dengan orang yang aku tak biasa dan rasa janggal. Jadi, aku rasa aku nak lari. Lagipun aku tak bayar sewa. Hehe.. takkan nak duduk sini lagi?

Esok mahu jalan-jalan cuci matalah.

Saturday 8 August 2009

Hijri Calendar

Really, me kind of not aware of Hijri calendar, except, when it got to do with sum. Yalah, should know what date is today, if not you'll be fasting on the day that you are forbidden to do so. Buat letih saja. Anyway, I'm trying to be happy with this coming Ramadhan, after last time I fast when I nearly fainted 5 times in a day. Not a great day when your body feels numb and cold, but sweat running from everywhere out of your body, you can see darkness at everything your eyes lay upon, also your thighs feel so painful each time you take your breath in desperately as if your blood vessels contracted to tightly they seemed to cut off.

Friday 7 August 2009

Axthara - Cerucuk (1991)

Kredit gambar :Lagendarock Online

I'm not saying that I fancy this group. Just for review.

The only person that I know was in this group is Ujang, the vocalist, who also was the vocalist for another group called Samudera.

The tracklist :
1. Senja Satu Persinggahan
2. Gerhana Kehidupan
3. Cerucuk Rapuh Menggugur Impian
4. Keranamu Kekasih
5. Wirakan Orang Kita
6. Dialunan Rindu
7. Kesesatan
8. Perjuangan Seni
9. Mimpi Di Laman Mentari

This group was famous by the songs Senja Satu Persinggahan and Cerucuk Rapuh Menggugur Impian. For me, the songs are easy-listening, and if anyone realise, the vocal is a bit 'manja'. It can be distinguished from Rahmat Ekamatra also Nai Dinamik.

There are no heavy rock songs, but there are several fast rock. But still, a nice album. Not too disappointed, but for people who prefer a faster and harsher beat, not a good choice.

Wednesday 5 August 2009

Masih Menunggu Mak On YM

Aku tak tahu apa yang terjadi di rumah. Tak ada siapa yang hubungi aku, dan Bear pun jarang on YM. Aaa..hantar e-mail bukanlah satu benda yang bijak. Aku rasa, pagi nanti aku kena telefon rumah (harap-harap kredit cukup; apalah yang 63p mampu buat?), sekurang-kurangnya untuk beritahu mak, tolonglah on YM. Aku tak rasa pesanan aku dah disampaikan pada mak abah, dan kalau dah pun, aku tak harap mereka faham. Bear bukanlah jenis orang yang pandai sampaikan pesanan, macam aku juga. Adik beradik, biasalah. Lagipun, tak rasa risau ke kalau mereka tak approve yang mereka sudah pun terima pesanan? Bear memang biasa tak cakap apa-apa kalau dia dah buat (macam aku juga), tapi sedikit unusual buat mak, juga abah. Selalunya abah akan tanya banyak kali, tarikh dan masa. Dan kali ni aku tak turun di KLIA. Akan berlaku sedikit kekeliruan nanti.

Selagi tak settle semua benda, selagi tu rasa risau. Dan, aku dah bosan duduk rumah.

Tuesday 4 August 2009

The Differences Between Books And Films

Selalunya, dan kebanyakkannya, filem yang diadaptasi daripada buku atau novel, adalah kurang 'best'. Ini kerana, aku berpendapat, jalan cerita dalam buku adalah lebih jelas, dan, lebih terperinci daripada filem. Dan selalunya, perkara yang tak difahami dalam filem, juga kurang masuk akal, dapatlah difahami dengan lebih jelas dengan membaca buku.

Got the point here?

Read!!

P/S : Wish I can endure reading those thick books of physics or astronomy, or at least a very thin manual, as I read story books.

Anggap Saja Ini Coretan Dalam Diari

Tak banyak benda yang aku buat dalam beberapa hari ni. Selalunya terbaring atas katil, berbungkus dalam duvet (pagi-pagi sejuk woooo...), dan membaca siri Harry Potter, sebelum balik, jadi tak perlulah nak bawa banyak barang nanti. Sekarang aku sedang baca The Half-Blood Prince. Tapi rasa tak seronok juga kalau dah habis baca nanti. Nanti duduk rumah, rasa bosan pula. But I hope I can spare some money for books back home nanti. Oh ye, also a study lamp. Adik aku selalu bising tengah-tengah malam aku buka lampu dan tak tutup hingga ke pagi. Dah aku pun tak tidur lagi, nak tutup buat apa? Baca buku dalam gelap? (Ohooo.. lupa Bear tak duduk kat rumah dah sekarang. Itu bilik aku yang punya!!)

Aku ada juga main edit-edit gambar ni. Tapi memang fail-lah. Cuma bab brightness and contrast, jadilah juga. Baik, ini gambar masa aku bersama Ijun dan Along dan Diana (rasanya ini nama dia) ke fun fair Ahad lepas. Yang buruk-buruk tu, aku edit-lah, yang lawa sikit tu, aku buat auto-correct ataupun edit brightness and contrast saja.

(I got a photoshop software tapi terlalu berat dan laptop aku sudah crash beberapa kali. Pity sungguh.)






Sunday 2 August 2009

Internal Security Act

Today, there was a demontration at KL, from Jalan Masjid India, to Masjid Negara, to Istana Negara, Sogo, Jalan TAR etc. They kept moving as polices using tear gas and water cannon to them. All for abolishing ISA, which is said, is non-humanity to detain certain people which are suspected to do harm to the country, but without any chance for the one being arrested to speak up, means no trial.

As most of us see, the law is misused by the government as to stop people doing things which are as opposite of their ideology. They don't want people to protest of their action. This is not me speaking such thing. I just rephrase what is written in the international newspapers. You'll find that, the news from our local newspapers and international ones, are different, as if the local ones saying all the bad things done only by the oppositions, showing the oppositions are good for nothing and the government is as innocent as an angel. Too bias.

Okay, let me get this straight. I'm standing not on any side. It's best not to judge based of what we interest at the first time. Listen and take note of every aspect, then make choice.

For me ISA got a bright and dark sides, but the bright side is overshadowed by the cruelity that it has. I just hope that it can be used as a tool to bring justice to the country and its people, not as a weapon to prevent people to speak up their opinions.

Macam 'amar makruf nahi mungkar'-lah. Ingat mungkar, maksiat ni buat benda-benda macam seks luar nikah saja ke?
We need someone to bring us to good future (as a country), and also told us to stop whenever we do wrong things. It's like, each one got their own part.
Macam tu-lah keluarga, as my mum said once.

Saturday 1 August 2009

I Want To Die Because I Can't Bear This Pain Anymore!!

Itu, bukan kata aku. Jika anda ada baca paper (online) Britain baru-baru ini, ada satu wanita yang meminta digubal (atau diubah) undang-undang tentang bunuh diri. Wanita ini mengidap penyakit, dan sudah tak tertahan lagi menanggung kesakitan yang dia rasa, jadi dia meminta untuk dibenarkan untuk bunuh diri.

Di Switzerland (maaf kalau salah eja), membunuh diri dalam kes seperti ini, dilonggarkan sedikit undang-undangnya, ie dibenarkan. Jadi si wanita ni kalau nak mati sangat (dalam kes ni dia memang nak mati sangat sebab tak tertahan menahan sakit), terpaksalah ke Switzerland kalau nak mati. Tapi, mati bukan di rumah sendiri, sedihlah kan?

Me comment? Life's precious, ain't it? Some people got faith about the afterlife, some don't.

Even I did thought of killing myself a couple of times (sebab tekanan yang terlampau kuat), as I cool down, I realise I was doing a very stupid thing. Tapi, sabar itu pada tamparan yang pertama. Bukanlah sabar namanya bila dah tenang baru nak ingat sabar.

People who have faith and get hold of it tightly, might not fall into this kind of mess, insyaAllah. Ujian Allah itu datang dengan ganjaran dan pengampunan dari-Nya. Even the slightest thing, smallest thing, non-logical thing, every pain that we feel, physically or mentally, adalah rahmat dari Allah. People always forget about that. I'm talking about myself by the way. Kita takkan sedar sehinggalah kita dikejutkan oleh seseorang, atau setelah kesakitan itu reda. So, people around, pastikan ada fungsinya kita pada seseorang.

Still talking about me-self.

My Reading List Till The End Of This Year


That's that. Well, tomorrow will be another book hunting. A thin one like The Muqaddimah (the yellow one), and a thick one like the thickest one up there. That's will cost me a pound, and then spend all the months reading (if still got time and will after a hectic life at work, insyaAllah).

Ijun told me there will be a fun-fair behind the Cardiff University's main building, along the road, up to the City Hall. And, we will go there this weekend. Great!!

P/S : Still not done with packing.

Friday 31 July 2009

Dunia Jadi Sunyi

Lama dah tak pergi usrah.

Going To Japan?

Got a friend, who went to Japan, this summer.

Gila coooooollllll..

Well, aku taklah minat sangat Jepun ni. Tapi adalah juga baca manga. He..he..



The anime girls there are really cute as drawn in the mangas.


And also, seeing that large poster of Arashi, made me laugh a bit. Teringat Izat terus (selalu terpaksa tengok kalau melepak dalam bilik dia).



The only thing that I found fancy about Japan is the food. I reaalllllyyyyy like nigirizushi, either unagi (eel) or salmon (the raw ones). Also, I like miso soup. And I really want to try nabe. Kind of steamboat. Wohoooo... dahlah tengah lapar ni.

P/S : Tengok orang putih takde pulak excited macam ni :b

Kecur Air Liur

Aku memang tak minat sangat roti ni.

Tapi benda ni memang buat aku rasa lapar.



Berlemak sungguh rasa dia. Tak tahan!!

P/S : Kena belajar buat. Kalau nak beli, rasanya kalau ada di Malaysia pun mesti mahal.

Thursday 30 July 2009

Does It Care?

I'm not feeling good since I went home from Merches Garden this morning.

Does it make you happy when you know lots of things, you finish all your homework or assignments, you have lots of connections between all sorts of people, but in the end, you realise people that are around you and close to you, left you alone in the dark?

It hurts, so much. It makes me dive deeper than before.

Wednesday 29 July 2009

Ini Cerita Aku

Mouse aku rosak.

Satu masalah baru yang aku rasa sangat membuang duit aku.

Aku jumpa buku baru!! Maza Yakni karangan Fathi Yakan. Selalu dengar orang sebut kan. Sekali jumpa, apa salahnya baca. Lagipun dah baca dua biji Harry Potter dalam masa 3 hari kan.

Sekarang aku berserabut sangat.

Nasyid pun dah bercampur gaul dengan Black Metal. Aku rasa aku kena stoplah. Terus.

Aku nak bawa balik semua buku rujukan aku.

P/S : Mode berbelah bahagi dan gabra. Nak balik, nak balikkkkkkk.

Monday 27 July 2009

Tepat Satu Hari Lebih Awal


Hepi berday to meee...
Hepi berday to meeee....
Hepi berday to Hafizzzzz..
Hepi berday to meeeeeeeeeeeee...

(^_^)

p/s : esok aku offline.

Saturday 25 July 2009

Aku Tengah Pening-Pening Fikir Macam Mana Nak Ship Barang

Pening fikir pasal duitlah. Apa lagi. Aku boleh saja nak pinjam duit member dulu, nanti aku bayar balik ansur-ansur. Nak kata barang aku banyak, tidak juga. Cuma aku banyak beg. Pro : aku tak perlu cari kotak untuk packing barang. Kon : susah nak ejas dalam kotak shipping, or else, tak perlu order kotak, guna kotak sendiri saja, tapi tak kompatibel sebab tak cukup kuat.

Barang aku, boleh muat satu kotak ekonomi (dan satu luggage tak termasuk luggage bawa dalam plane), dengan syarat aku tak bawa balik kerusi study aku ni. Kalau aku ikutkan hati, memang aku tinggalkan saja macam-macam, kecuali buku cerita + baju + bantal busuk aku. Oh, ye. Kaset-kaset aku juga. Aa..kalau aku bawa balik barang yang aku sebutkan di atas, dua luggage dah mencukupi.

Aku dah blur!! Lagi seminggu untuk packing. Kemudian mungkin hidup berpindah randah hingga 18hb. Tak boleh nak hidup tenang selagi tak setel semua (ie kotak dah siap ship, nak buat sekarang, even pinjam duit member pun, tak sempat nak ship).

Masih lagi tak keruan sejak kelmarin.

Thursday 23 July 2009

Pagi Ini Sejuk, Dan Aku Masih Tak Keruan

Sejak semalam, aku tak senang duduk. Kebanyakkan benda yang aku buat, atau yang aku cakap, mahupun dengar, tak register dalam kepala aku. Semuanya dilakukan secara automatik. Dan semalam, setelah berjaya claim semula duit aku, aku dapat beli tiket flight ke Malaysia. £221. Dalam akaun bank ada £222. Haha.. sekarang tunggu hasil jualan barang-barang aku di Amazon, dengan harapan ada orang beli (dah ada 2 item sold) untuk aku buat beli tiket bas ke Stansted Airport. Harganya £47.xx. Kalau naik keretapi, boleh dapat harga £14.50. Sangat banyak beza. Aku terpaksa pilih naik bas. Sebabnya, kalau naik keretapi, banyak tukar train. Mula-mula kena ke Padington, dari Padington naik tube ke London Liverpool Station, kemudian naik train ke airport. Bunyinya macam taklah susah sangat. Tapi dengan beg seberat 20 kg ditangan, laptop seberat 3 kg dibelakang, dengan kamera dibahu, jangan buat pasal. Orang lembik dan kurang stamina + mudah pengsan macam aku ni, memang tak boleh nak buat kerja berat sangat.

Aku tinggalkan barang-barang aku yang lain dalam stor rumah (atau stor rumah member yang lain), dan akan tumpang mereka bila mereka nak shipping barang tahun depan (masing-masing dah habis study tahun depan). Jadi, simpan-simpan jugalah untuk shipping, lebih kurang RM250 - RM350 untuk semuanya.

So Malaysia, here I come!!

Wednesday 22 July 2009

Masuk Duit? Selalunya Keluar Aje

Tengah biol-biol fikir, macam mana nak masuk duit dalam akaun eh? Kalau kat Malaysia, ada buku bank, ada slip masuk duit. Kalau takde buku bank? Bagi saja duit dengan debit card? Itu macam ka?

Rasa-rasa, bank terima tak duit syiling satu sen, dua sen ni ye?

Friends

I was having a very long sleep today. I dreamt, about my friends. My old friends. Tapi ada seorang kawan baru yang tersesat juga; taklah baru sangat, dalam 3-4 tahun juga. He's in Multiply. Guess who? Hahaha..

Was a nice dream. Having fun together, laughing, discussing about old times, remember names of others that used to be around us. In that dream, I got chances to see each other's faces. Dah lama rasanya tak jumpa. Tapi semuanya wajah-wajah muda, wajah-wajah zaman sekolah dulu. Sekarang dah lain. Yang perempuan dah bertambah matang, ada yang tukar penampilan. Lelaki apatah lagi. Dulu mungkin nampak macam remaja tak cukup umur, sekarang dah nampak macam bapak orang.

Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar, dah 5 tahun habis sekolah. Aku hanya pernah jumpa beberapa orang saja sejak habis sekolah dulu.

Was a good old days.

Monday 20 July 2009

Emosional

I just, feel too emotional, especially after reading the story of Marwa Al-Sherbini who was stabbed numerous times in a court in front of everyone, and they ignored, just because she wore hijab (tudung). Too tragic, when we Muslims, being treated like terrorists, uncivilised people, just because we obey and protect what our religion told us to do.

Plus, me myself nowadays, got lots of ups and downs, regarding aurat. True, in certain point, I feel like, it's not cool wearing a hijab. But, in the same time, my heart is torn between what I want and what Allah told us to do and not to do. We know what we want is wrong. But one side is much heavier than the other, and it's like, driving you mad. I always thought, what should I do?

I am angry, when people not covering their aurat, or as if they are covering but when it comes to myself, I feel.... what should I do?

When it comes to serious matter, I can be a very perfectionist one. That hurts my head a lot.

Polaroids. Anyone?

I never ever see a real polaroid camera or photos in my life, and don't really know the differences between photos developed from films and the polaroid photos (except for the size and shape of course). I mean, look at the photographs from years of 70's or 80's. They are not like nowadays photos which are brighter and the colours are more enhanced, also the images are sharper.



So, I found this one cool entry fromLENSA.CO.UK (link), where a software converting digital photographs into polaroid photos, also included.

I did a test, and look at the difference, not much eh? The original one was taken in 1987-88.



There are just a slight difference of the colours, I think. And nothing more.

And these are among my recent photos, using a DSLR camera, together with the polaroid ones.






Cool, isn't it? So, if you would like to have a little classic touch for your photos, check out the link given above, and have fun experimenting your photos.

Sunday 19 July 2009

Unlocking Phones

I got 2 phones which are locked to T-Mobile. So, each time I went back to Malaysia, I need to borrow my sister's spare phone (which was mine).

At first I thought, unlocking phones is illegal. We can buy phones from a certain network, much cheaper (but with a logo..well, mine got no logo) than the sim-free ones, then unlock it with a price about 10 to 20 pound.

So, this could save us some money but not the network companies. So, it should be illegal, the companies wouldn't agree about this.

But seems I was wrong.

So, I 'google'ed for a couple of times, searching for some options. So, these what I got.

1. Call the network company and told them you are not going to use that network anymore, and you need a PIN number to unlock. (But I guess you need to insert the same number each time you change the sim card)

2. Contact any company on web, send them your phone, pay the price, then wait for them to send it back. You need to wait for a week or so.

3. Go to Ebay, buy a special clip for unlocking phones, download a software, and do it on your own, IF you are a computer geek. Don't take any risk.

4. Go to a mobile phone shop and let the expert do it for you. I doubt to do this first, because if you leave your phone, for a day for example, the guy can secretly change the components in your phone with fake ones, and because the things are in your phone, you wont notice this until it stops working abruptly. Not a problem if your phone is not an original one though.

So, I took the last option, after the shop keeper told me, all will be done in 5 minutes, and the price is £10. Great!! I believe that's the cheapest that I can find. I think in Malaysia, this will cost the cheapest RM50. It's about the same price here.

So, that's it.

Friday 17 July 2009

Sherlock Holmes : The Complete Stories (Wordsworth Editions)

Ini, review ala kadar saja.


Ini adalah cover. Tak terlalu cantik, but it said, the illustrations are from the Strand Magazine, which was published in UK from 1891 to 1950, composed of fictional stories and factual articles, where the works of Conan Doyle and some other well-known writers were first published in this very magazine. Check Wiki untuk maklumat lanjut. Just plug in The Strand Magazine.



When they say the complete stories, they mean it. In this book, contains 4 novels, and 56 short stories, divided into 5 different sections.

The novels :
1. A Study Of Scarlet
2. The Sign Of The Four
3. The Hound Of The Baskervilles
4. The Valley Of Fear

The short stories :
1. The Adventure Of Sherlock Holmes
a)A Scandal In Bohemia
b)The Red-Headed League
c)A Case Of Identity
d) The Boscombe Valley Mystery
e) The Five Orange Pips
f) The Man With The Twisted Lip
g) The Blue Carbuncle
h) The Speckled Band
i) The Engineer's Thumb
j) The Noble Bachelor
k) The Beryl Coronet
l) The Copper Beeches


2. The Memoirs Of Sherlock Holmes
a) Silver Blaze
b) The Yellow Face
c) The Stockbroker's Clerk
d)The Gloria Scott
e) The Musgrave Ritual
f) The Reigate Squires
g) The Crooked Man
h) The Resident Patient
i) The Greek Interpreter
j) The Naval Treaty
k) The Final Problem


3. The Return Of Sherlock Holmes
a) The Empty House
b) The Norwood Builder
c) The Dancing Men
d) The Solitary Cyclist
e) The Priory School
f) Black Peter
g) Charles Augustus Milverton
h) The Six Napoleons
i) The Three Students
j) The Golden Pince-Nez
k) The Missing Three-Quarter
l) The Abbey Grange
m) The Second Stain


4. His Last Bow
a) Wisteria Lodge
1 The Singular Experience Of Mr John Scott Eccles
2 The Tiger Of San Pedro

b) The Cardboard Box
c) The Red Circle
d) The Bruce-Partington Plans
e) The Dying Detective
f) The Disappearance Of Lady Frances Carfax
g) The Devil's Foot
h) His Last Bow


5. The Casebook Of Sherlock Holmes
a) The Illustrious Client
b) The Blanched Soldier
c) The Mazarine Stone
d) The Three Gables
e) The Sussex Vampire
f) The Three Garridebs
g) Thor Bridge
h) The Creeping Man
i) The Lion's Mane
j) The Veiled Lodger
k) Schoscombe Old Place
l) The Retired Colourman


According to what I read before, The Last Bow was supposed to be the end of Sherlock Holmes. I read the story when I was in school, but already forgot what it is about. But, as I remembered, Holmes is dead in The Last Bow. But, the body was not found.

But, due to demand of the readers, Conan Doyle at last write a bit more about Holmes, and in the last story which is The Retired Colourman, Holmes is said to live in the countryside, rearing bees and wrote a book about the creature. In the story, there was a conspiracy where Holmes disguised as an Irish-American and took part in the conspiracy, acted as a bad guy.



Well, I'm reading the fourth novel right now. Pening~~

Pocket PC Sounds Nice

Aku berniat nak beri Bear laptop ni, kalau dia perlukan.

Aku tengok adik perempuan aku sekarang ni (she's 4 years younger than me), dah besar dah rupanya. Aku jugalah yang macam budak-budak. Pakwe dia boleh tahan jugalah. Mengingatkan aku tentang Syahril. Lebih kurang.

Bila dia dah habis belajar nanti, tup tup aku pun dah tualah. Lemme see.... Sekarang dia 18, then 3 tahun lagi dah 21. Jadi aku 25lah. Dia dah mula kerja, aku masih lagi terkial-kial belajar. Masa tu, adik lelaki bawah aku mesti dah kerja lama dah. Sekarang pun, dia tengah training tentera, di Johor. That time mungkin dah kumpul duit nak kahwin. Oh ye, aku tak kenal pun awek adik aku ni. Dia tak berani lagi nak tunjuk pada Mak Abah kot. Mungkin...belum serious. Biasalah..........lelaki.....

Baik, a bit gila about Harry Potter right now. I ordered a complete set of the books, second hand punya, tapi setelah seminggu, they said that the set is out of stock. Nak order yang baru, mahallah pula. So, I decided to buy separately. I bought only the ones which are difficult to find in any charity shop or car boot sale. But, do you believe, I found lots of 2nd hand HARDCOVER with price of 1 pence!! But that excludes the postage charge. But hey, that's not bad. £2.76 for a hardcover book. Quite cheap though.

Have lots of books to read, tapi entah bila nak habis. Queue makin panjang. And, I planned to bring home some of the Reader's Digest yang berlambak di ruang tamu tu. I used to read them, when I was in college. Tapi, biasalah. Makin lama makin malas.

So, my life now is about converting videos and if have lots of time, movies, to wmv, so I can transfer them to my mp3 player (mp4 actually), and IF ada rezeki, the pocket PC. Huhu..but still need to buy a piece or two SD cards. That thing got not much memory space.

Well, I kept spending my money anytime when I am free.

So the thing I need to do is, stop buying. Well, except for the books.

And, I reaaaaalllllyyyyy want an ATLAS. If I can, I want map of all the countries in the world. Rasa macam teruja sangat bila tengok. But, peta UK pun aku tak hafal lagi. Don't ask me about West Midland or what so ever. I don't know.

Well, I can google, also, as I remember, I also got some articles and softcopy books that I have to read. Haa.. baru teringat, Dasar-Dasar Islam yang aku dah print dulu, dah hilang. Balik spring dulu, ada juga cari kat rumah, pun tak jumpa. Mana tah pergi. Siapalah yang berminat sangat nak baca ni?

Ohh...pocket PC. Aku dah angau ni. Ada jumpa satu, harga less than £30. Mana nak cari beb?

Thursday 16 July 2009

Tikus Yang Bijak

Aku dah dengar dah, bunyi sesuatu meronta-ronta. Aku biarkan. Biar dia mampus kering dulu.

Lamaaaaaaaaa betul lepas tu, aku rasa lapar. Aku turun bawah, sekejap. Ambil yogurt, dengan Pringles, kemudian naik semula.

Aku buka pintu, tutup, kemudian duduk atas katil semula.

Tiba-tiba dengar bunyi benda bergerak. Aku pandang belakang. Aku tengok tikus tu tengah lari ke pintu dengan kotak perangkap melekat pada ekor. Tapi dia tak lepas nak lari, sebab kotak tu tak muat nak keluar ikut lubang bawah pintu tu.

Aku cuba tarik, tapi tikus tu pegang kuat karpet. Jadi aku biarkan. Kalau tarik kuat sangat, tertanggal ekor dia pada kotak perangkap tu. Tapi, kalau aku biarkan saja, aku tak boleh nak keluar biliklah. Sekarang tak rasa apa lagi, kalau tiba-tiba emergensi nak ke tandas?

Aku ingat, kalau Kak Is tak tidur, bolehlah dia tolong bunuh tikus yang satu badannya ada di luar bilik aku ni. Tapi, rasanya dia tak sanggup juga nak bunuh kot.

Last-last, aku perasan, yang tikus tu dah tak ada. Dia guna kelebihan kekuatan pintu tu, untuk tarik badan dia dari pelekat pada perangkap tu.

Dalam hati aku, aku rasa patut aku potong kaki belakang dia tadi, biar dia mati sebab hilang banyak darah. Itu plan awal aku, tapi nampak macam kejam sangat pula. Aku ni pantang nampak darah, nanti jadi excited.

Aku jumpa lagi benda tu melekat pada perangkap, memang aku bunuh terus. Tak pun kasi letak gam gajah biar melekat terus badan dia. Puas hati!!

Monday 13 July 2009

Ohhh...Yeahhh!!!!

Aku pergi juga ke Brecon. Haha.. ada 'drama swasta' pagi Sabtu tu.

Okay, secara ringkasnya. Mula-mula bertolak kira-kira jam 8.40 pagi. Mula-mula singgah di Henrhyd Waterfall, setelah minta pendapat daripada pakcik jaga kaunter informasi tu. Kalau ikut plan, kami nak menjelajahi 'waterfall country', tapi masa sangat suntuk.



Kemudian kami ke Dan-Yr-Ogof Showcaves. Di sana, ada gua, replika dinasor, farm; lebih kurang macam muzium jugalah.

Ini adalah pintu masuk ke showcaves tersebut.



Gua pertama yang kami masuk adalah bekas tempat perlombongan emas, yang ditemui oleh Morgan Brothers (kot..). The name is Dan-Yr-Ogof caves. Taklah ada apa yang menarik sangat. Tapi sejok gile!!





Then we went across the Iron Age Village....



...to the Cathedral caves.



But before that, we passed a bunch of dinasours palsu along the road. Hehe..





Then we went into the Bone caves yang dulunya dijumpai tulang-tulang manusia dan haiwan pra-sejarah di dalamnya.



After that merayau dalam The Morgan's Farm. Ada haiwan 'pinky' juga dalam tu. Tapi tak ku tahu they also got furs and can be in other colors other than pink.







The next day, we went rowing at the Llangorse lake.



Have a snap at our tent.



Then we went to Gower!!

On the way, there was this gorgeous scenery.



Macet in Swansea, have this Air Force exhibition or event in Swansea.



And we arrived at Rhosili Bay in Gower.



Really nice big waves,



and a coastway.



When we went down there, the water was rising, so we went up cepat-cepat. Tak mau mati lemas okay.

But the waves were really nice, very fierce.



Then we went home.

Anyway, cenderahati yang aku dapat.

1. Rantai tali hitam (hehe..biasalah kan..) with a pendant which is a real tiger shark teeth!! I bought this at Dan-Yr-Ogof showcaves, together with a keychain.

2. A keychain at Rhosili Bay, and shells which I picked at the crossway.