Monday 10 August 2009

Kenapa Perlu Sampai Bergaduh?

Aku menjenguk ke Iluvislam.com.

Ada satu forum, bertajuk 'Nilai Murni Orang Barat Yang Boleh Kita Contohi'. Ada orang bergaduh di sana. Sebabnya, ada yang berpendapat, buat apa nak contohi orang kafir padahal Islam itu syumul dan merangkumi seluruh kehidupan kita. Benar.

Tapi pendapat aku, apabila kita dah tengok aplikasi dari orang barat tentang nilai murni yang telah ada dalam Al-Quran dan Hadith, kita baru rasa worth to try. Kadang, kita tak punya akses dan kebolehan untuk belajar dan mendalami Al-Quran itu sendiri. Ataupun, kita hanya belajar secara 'surface' sahaja. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman dan aplikasi orang lain yang kita lihat dengan mata kita sendiri.

Sesetengah orang, menganggap budaya barat itu buruk. Contoh paling utama adalah pergaulan sosial. Apa saja yang datang dari barat adalah kafir dan harus dijauhi.

Aku sebenarnya dan sejujurnya, tak minat dengan 'orang putih' ni. Bukan sebab mereka kafir, ataupun berasal dari barat. Aku memang tak suka. Nature.

Tetapi, tak dinafikan, bangsa-bangsa dari negara atas angin ini, banyak mendatangkan cemuhan dari orang-orang timur. Sebab utamanya adalah kerana kebanyakan mereka beragama kristian. Dan dalam kepala kita, kalau orang kristian, mereka pasti nak tarik kita masuk agama dia. Kerana, kalau kita pun, mesti kita nak tarik mereka masuk agama kita. Tapi perlukah kita prejudis terhadap bangsa-bangsa tertentu?

Dalam setandan pisang pun, pasti ada yang buruknya. Dalam diri kita sendiri, walau taat dan baik macam mana pun kita, pasti ada sedikit sifat riak dalam diri. Begitu juga dengan manusia. Hidup dalam suasana Islam tak memastikan kita ikhlas dalam setiap detik kehidupan kita. TAPI tak dinafikan, kita disarankan untuk bergaul dengan orang yang berilmu dan beriman, kerana sahabat itu adalah orang yang boleh mempengaruhi diri kita sendiri.

Namun, adakah kerana mereka kafir, maka sifat-sifat peribadi yang baik terhapus terus dalam diri mereka?

Kita kadang memperlekehkan mereka yang bersifat 'racist'. Tapi dalam masa yang sama kita mencemuh jiran kita yang berbangsa cina dan india. Tak salah kita nak berjaga-jaga kerana mereka punya kelebihan mereka yang tersendiri. Tapi tak perlulah kita nak mengagung-agungkan bangsa kita sendiri kononnya lebih mulia. Patutnya, kita berusaha untuk meletakkan diri kita di tempat yang lebih tinggi dari mereka, jika kita teringin sangat nak mendabik dada.

Setiap orang ada buruk dan baiknya. Ambil pengajaran bagi yang buruk, dan yang baik, jika bersesuaian, bolehlah kita contohi.

No comments: