Monday 28 March 2011

Hari Semalam... Penuh!

Paginya, kami ada rehlah SCS. Sangat mencabar dan stress di dalam prosesnya. Selepas tu, baru boleh tenang dan berseronok. Haha..

Anyway, semalam balik rumah!! Jumpa Mak, jumpa Kecik. Angah dan Dekli pun ada. Abah kerja.

Tapi yang pastinya penatlah semalam. Dah la kena berlari-lari kena kejar anjing, segalanya.

Dalam perjalanan balik, aku cakap kat Abang, 'dah tua ye adik-adik kite (aku refer pada Angah dan Dekli).'

Adik aku dah menjengah dewasa, dah kerja, dah nak kahwin. Tapi kan, bila aku compare diri aku dengan adik-adik aku, aku tak rasa macam aku makin tua. Aku rasa.... biasa saja. Selama ni pun, aku tak pernah act as kakak pun. Lebih kepada adik.

Dan berborak semalam dengan Abang, about anak-anak. Aku biasa duduk sendiri, dan aku boleh berdikari. Tapi fikir semula, untuk uruskan orang lain, terutama anak-anak, mampu ke? Tiba-tiba aku jadi takut. Boleh ke aku jadi ibu yang baik? I can be friends with my children, tapi as a mother, boleh ke?

Macam jauh sangat masa depan. Tapi bila perasaan takut ni datang, rasa macam dekat saja.

Okay, put that aside. Aku dah beli rak kasut!! Hahahahahaha.. betapa lamanya aku memendam perasaan. Haha... Tapi aku beli jenis plastik, yang untuk isi barang-barang biasa saja. Bukan rak kasut pun, tapi boleh jadi rak kasut. Beli plastik, jimat wooo. Nak cari yang kayu, mahal dan tak muat ruang nak letak.

Hari ini bangun dengan perasaan sangat mengantuk.

Tuesday 22 March 2011

Stress Bertempat

Tiga malam ku mencarimu~~~
Tiga malam hatiku sunyi~~~~~


Okay, poyo!

Well, stress selama tiga hari berturut-turut ni, sangat tidak seronok ye. Hari pertama, masih terasa boleh dikawal sebab penat sangat mengemas bilik dan tak sempat nak fikir berlebih-lebihan.

Hari kedua, bercucuran sudah air mata. Srotttt sreettt di hujung talian mengomel pada Encik Abang perkara-perkara remeh yang merisaukan fikiran. But then, stress itu bagus. Tup tup, dalam air mata yang bercucuran itu siap juga dua assignments.

Dan hari ini, nak bercucuran air mata tapi dalam kelas. Kena cover macho juga. Jadi menangis dalam hati saja sambil jari yang menggantikan mulut yang mengomel dan srooottt sreeettt di kekunci telefon bimbit. Sudahnya, siap satu lagi homework.

Dan malam ini, tak sempat nak srooootttt sreeettt, hati sudah terubat dengan rahmat pada tengah hari dan pertengahan maghrib tadi, maka dengan gembiranya menggoreng assignment berpandukan buku teks Sejarah tingkatan 5 sambil kadang-kadang makan coklat dan baca manga.

You know, harapan aku pada masa ini, semoga setahun ini dan setahun akan datang cepatlah berlalu, dan rezeki pun melimpah-ruah.

Aku sangat perlukan teman hidup ketika ini.

Sunday 20 March 2011

Aku Makan Udang... Muahahahahahahaha!!

Actually, small shrimps aje. Itu pun dalam tinned mushroom soup, yang aku rasa, agak safe sikit berbanding fresh punya. Anyway, for those yang tak tahu, aku alergik pada udang. Hehe.. So far, masih okay. Tak tahulah dalam sejam dua nanti, kalau-kalau muntah. Mau mencurah-curah.

Emm, cuti dah habis, dan sekarang kat maktab. Dan baru sekarang ingat ada subjek esok yang homeworknya dah lama sangat dah tamat dateline tapi sampai sekarang tak buat lagi. So, lepas ni, mari memulun!!

Dan baju pun tak siap kemas lagi. Ada satu luggage besar, dan satu luggage kecil, pasang cadar, dan siap!

Kena iron baju lagi...

Okay, tekak sudah kembang terasa. Selamat bermuntah!

Tuesday 15 March 2011

Baru Nak Usik Kerja

Semalam tak boleh nak tidur. Risau tak usik langsung assignment. Jadi akhirnya semalam buat sikit. Siapkan satu assignment, tapi sekarang nak tambah sikit isi.

Ini assignment yang perlu disiapkan, kalau boleh sebelum cuti:

1. Hubungan Etnik - ciri-ciri utama peristiwa pembentukan perlembagaan malaysia
2. PBS - boleh kata siap 90% sudah siap
3. Physics PCK Report
4. SCE 3106 (pada aku paling serabut)
5. Assignment PBD

Dan juga tambahan sebelum ke Melaka, maklumat berkenaan tempat yang akan kami pergi. Agak leceh ye jadi ala-ala wartawan ni.

Hari ini sudah Selasa.

Oh ye, since last week aku ada buat kerongsang bunga-bunga dan gelang tangan 'charm'. Setakat ni baru laku sikit, but still, I am very happy. Hehehe...

Jepun: Apa Reaksi Yang Terjadi

Aku baru tahu, tentang reaksi segelitir masyarakat kita berkenaan tsunami yang baru saja melanda Jepun dalam dua tiga hari ini.

DISGUSTING!!!

Hinggakan dijadikan satu bahan lelucun oleh mereka yang tak punya hati perut.

Apakah, nilai manusia itu diremeh-remehkan kerana mereka kononnya bukan Melayu dan tidak beragama Islam?

Apakah, kita akan peduli dan bersedih bila rakyat negara kita terlibat, seperti prihatinnya kita dengan nasib pelajar kita di Mesir semasa tunjuk perasaan besar-besaran sebulan lepas?

Tak terfikirkah, betapa nyawa itu sesuatu yang bernilai?

Aku cuma takut, kita jadi seperti Firaun semasa sedang nazak ditenggalami Laut Merah. Bezanya kita tak mengaku jadi Tuhan, tapi masa sedang nyawa-nyawa ikan itu baru nak ingat Tuhan.

Na'udzubiLlah!

Sunday 13 March 2011

Guys

Well, I just thought about this. I used to be a very open person, too open. I mean, the extent of physical contact between men and women. I was not very feminine before, some of my friends even said 'Eh, kau perempuan ekk?' as if the 'tudung' I wore means nothing. I thought, the meaning of freedom, it was kind of..... normal. I was okay (and am still okay sometimes) going out with guys, just only two of us, or with many guys. I never thought of.... worried to be touched, or even sexually assaulted. Actually, I didn't really mind. Not that I allow such thing, but I guess, I was really open at that time.

And sometimes, I think I love flirting. Hehe...
Yeah, I am no beauty. But I'm still a woman. Even unattractive a woman is, she still have some kind of attraction a man cannot deny. Haha!

So, what about that?

Saturday 12 March 2011

Aku Telah Hilang

Sibuk buat aku lupa segalanya. Satu masa bila mula 'slipped', dah hilang pedoman, hilang aturan, hilang entah apa lagilah. Dan sekarang, nak gapai semula apa yang sepatutnya, dah jadi tak bersemangat, tak berkeinginan, tak berperasaan. Semuanya sekarang lebih banyak mengikut 'nafsu binatang' iaitu keperluan makan dan tidur saja. Yang lainnya, entah......

Jadilah hidup macam tak bertujuan. Bangun pagi, terkejar-kejar mandi dan gosok baju. Balik sekolah pula, sambung tidur pagi tadi. Jadi, apa yang aku dapat?

Nothing!

And I was thinking, is this what will happen bila dah mula kerja nanti?

But wait! Maybe sebab aku duduk rumah Mak. It's not just me. Even Bear yang super rajin tu pun jadi malas bila di rumah. Okay, best betul alasan ni.

Thursday 3 March 2011

Recently......

I feel lost. Tapi sekarang terasa kesempitan itu dah berkurang sikit. Kurang dah rasa sesak dan serabut dengan jiwa.

Jiwa yang kering, yang lalai, hanya membuatkan kita semakin lupa. Bila di saat diri terasa 'jahat', itulah saat yang paling penting dan bertuah, sebab Allah beri ilham pada kita untuk berperasaan seperti itu. Dan seterusnya kena usaha untuk kembali semula kepada Dia.

What if Dia biarkan saja kita leka? Contohnya, sekeliling kita bukan tak ada orang yang nasihat-menasihati, bukan tak ada majlis ilmu, bukan tak ada orang yang soleh. Tapi kita masih lagi ditampuk lama. Tak ada perubahan. Tak ada perasaan nak melakukan perubahan. Ataupun terasa diri sudah terlalu jahat, tak guna nak buat baik dah.

Di saat itu kitalah yang paling rugi, sebab Allah macam dah 'lupa' pada kita. Tapi kan, kalau baca entri ni, maknanya Allah masih peduli pada kita. So, jom muhasabah diri.



Tuesday 1 March 2011

Kehendak Untuk Menulis

I lost my touch. Hehe...

Sebenarnya, memang rasa nak saja penuhkan blog ni dengan entri-entri. Tapi rasanya, aku dah mula hilang masa dan minat nak menulis benda yang remeh-temeh.

Aku sedari, aku mula agak 'formal' dan serius sekarang ni. Jarang juga berfoya-foya kecuali dengan tidur saja. Lain-lainnya, buat kerja itu ini, membaca. Ohhhh tidakkkk!!!
Maybe that's the cause rasa macam agak robot sedikit sekarang ni.

Tapi tak kisahlah. Life's going fine. Tapi macam tak seronok aje asyik stress kerja. Cuba la sakit sikit ke, ada masalah jiwa sikit ke, masalah kewangan ke, apa-apa sajalah. Rasa macam kurang mencabar saja hidup ni.
But then, mana tahu kan, Allah nak kasi aku relax sekejap sebelum nak jatuhkan ujian maha hebat selepas ni. Dan kesenangan pun satu ujian juga kan? Ok, tak boleh nak rasa selesa walaupun hidup macam selesa dan tenang sekarang ni.