Monday 28 March 2011

Hari Semalam... Penuh!

Paginya, kami ada rehlah SCS. Sangat mencabar dan stress di dalam prosesnya. Selepas tu, baru boleh tenang dan berseronok. Haha..

Anyway, semalam balik rumah!! Jumpa Mak, jumpa Kecik. Angah dan Dekli pun ada. Abah kerja.

Tapi yang pastinya penatlah semalam. Dah la kena berlari-lari kena kejar anjing, segalanya.

Dalam perjalanan balik, aku cakap kat Abang, 'dah tua ye adik-adik kite (aku refer pada Angah dan Dekli).'

Adik aku dah menjengah dewasa, dah kerja, dah nak kahwin. Tapi kan, bila aku compare diri aku dengan adik-adik aku, aku tak rasa macam aku makin tua. Aku rasa.... biasa saja. Selama ni pun, aku tak pernah act as kakak pun. Lebih kepada adik.

Dan berborak semalam dengan Abang, about anak-anak. Aku biasa duduk sendiri, dan aku boleh berdikari. Tapi fikir semula, untuk uruskan orang lain, terutama anak-anak, mampu ke? Tiba-tiba aku jadi takut. Boleh ke aku jadi ibu yang baik? I can be friends with my children, tapi as a mother, boleh ke?

Macam jauh sangat masa depan. Tapi bila perasaan takut ni datang, rasa macam dekat saja.

Okay, put that aside. Aku dah beli rak kasut!! Hahahahahaha.. betapa lamanya aku memendam perasaan. Haha... Tapi aku beli jenis plastik, yang untuk isi barang-barang biasa saja. Bukan rak kasut pun, tapi boleh jadi rak kasut. Beli plastik, jimat wooo. Nak cari yang kayu, mahal dan tak muat ruang nak letak.

Hari ini bangun dengan perasaan sangat mengantuk.

No comments: