Sunday 27 February 2011

Aku Telah Dikapankan...

Serious! Disolatkan sekali!

Itu satu sesi dalam Kursus Pengendalian Jenazah yang dah pun dilangsungkan pada hari ni. Cara dia, macam senang saja sebenarnya. Cuma kadang diremehkan, kadang dicampur dengan perkara khurafat.

Sini adalah contoh perkara khurafat yang biasa dilakukan:

1. Letak gunting atas perut mayat.
2. Tutup semua cermin dengan kain.

Dan, kebiasaan yang dilakukan oleh orang kita dalam membakar bau-bauan ialah dengan membakar kemenyan. Tapi kebiasaan orang Arab ialah membakar gaharu. Ustazah yang berceramah tu kata, gaharu ni mahal. Jadi boleh guna cendana, tak pun setanggi. Kalau yang lain-lain tu susah, tabur saja gula pasir yang biasa kita guna buat air tu pada bara. Pun boleh keluarkan bau yang wangi.

Tapi pada aku yang paling menariknya, masa mengafankan jenazah. Kain putih tu, tak jahit, potong-potong saja, boleh jadi baju, tudung. Dan pengalaman kena kafan tadi, well.... aku baru lepas bangun tidur jadi masih blur-blur lagi.
But then, yeah.. bila difikirkan, benda ni kalau semua orang tahu, mudah untuk menguruskan ahli keluarga kita bila berlaku kematian. Tak perlulah nak tunggu sampai orang pejabat agama ke, orang surau datang. Lagipun yang lebih afdhal, lebih utamanya diuruskan oleh waris si mati tu sendiri.

Nak takut mayat pun, nanti kita jadi mayat juga. Entah lagi teruk keadaan kita agaknya.

Kesimpulannya, sangat banyak aku belajar hari ni. Walaupun sedikit mengantuk dan sempat juga lelap dalam 10 minit.

Friday 25 February 2011

Keputusan Pilihanraya

Aku sangat gembira dengan keputusan pilihanraya di IPG ni, yang baru saja diumumkan sebentar tadi. Setakat ini, orang-orang yang aku inginkan untuk naik sebagai JPP, semuanya telah terpilih, sama ada untuk Majlis Tertinggi, mahupun Exco. Dan, orang-orang yang aku tak kisah untuk naik, pun setakat ini memuaskan hati. Itu bahagian yang membuat aku rasa macam...... lega.

Namun begitu, terdapat juga orang-orang yang aku jangka akan menang, tapi aku tak suka, tetap menang. Untuk kelancaran jawatankuasa itu, insyaAllah boleh. Tapi secara dalamannya, aku tak pasti. Pasti ramai yang akan makan hati nanti
Ya, pilihan aku juga selain daripada kemampuan seseorang itu untuk memimpin dan membuat kerja, kriteria lain yang sama penting adalah peribadi seseorang itu. Pada aku, orang yang angkuh dan keras kata-kata, sikap dan kelakuannya, boleh melemahkan struktur sesebuah organisasi.

Namun begitu, hati-hati manusia ini Allah yang pegang. Makanya, kepada Allah jugalah kita harus berdoa, semoga insan-insan terpilih ini bukan sahaja mampu untuk menjadi pemimpin kita, tetapi mampu juga untuk bekerjasama dan bertoleransi sesama mereka untuk menjadi pemimpin kita.

Wednesday 23 February 2011

Anda Stress???

Terpampang depan mata aku perkataan tu, warna merah lagi. Tapi malangnya, kadang tak dapat nak kawal juga. Bila macam banyak saja yang menimpa, mula akan jadi ala-ala sasau dan macam tak berpijak di bumi yang nyata. Terawang-awang. Ini akibat bila nak mengamuk tapi tak sampai hati nak mengamuk, nak meratap tapi lawan perasaan sedih dan hiba, dan sakit tapi buat-buat macam tak rasa apa-apa.

Entahlah. Nak ikutkan sangat perasaan pun tak boleh sebab makin melarat. Tapi bila aku buat tak tahu dan cuba kawal macam ni, rasa macam dipaksa jadi robot pun ye.

Terus-terang aku katakan, aku tak faham konsep sabar ni. Entah macam mana perlu sabar, dan bagaimana nak bersabar. Tak faham konsep, dan tak tahu cara. I mean, kalau terasa diri sendiri seperti ditindas, takkan nak biarkan saja dipijak kepala kan? Ataupun jika sedang sedih, takkan nak biarkan kesedihan tu membuku dalam hati sampai stress dan sakit mental?

Tapi, kalau tak sabar, boleh jadi benda-benda yang tak elok.

Bersederhanakah sepatutnya? Dan berpada-pada?

Tapi sekarang, rasanya tahanlah sikit.

Tuesday 22 February 2011

Sami

Sami means, orang-orang alim di tokong-tokong cina, atau di wat. Sami dilihat sebagai seorang yang sabar, penuh ilmu, alim dan tenang. Ada yang melihatnya sebagai petapa. Dan antara 'sami' yang menjadi idola termasuklah Gautama Buddha sendiri, juga Dalai Lama.

Baik, apa motifnya aku bercerita berkenaan sami ni. Well, ianya merupakan antara nama panggilan aku di sekolah dulu. Ini disebabkan aku pernah tidur dalam keadaan badan yang tegak, seperti seorang sami sedang bertapa. Itu masa tingkatan 5 dulu, dan masih lekat nama tu pada aku sampai sekarang ni.

Kita kupas dengan lebih dalam. Aku pernah membaca banyak bahan bacaan berkenaan Gautama Buddha, dan terlalu banyak persoalan yang timbul dalam fikiran aku. Soalan-soalan itu, sama ada berkisar berkenaan sejarah, berkenaan filosofi YANG SEBENAR berkenaan agama ini (atau ada yang mengatakan ianya adalah satu falsafah hidup sahaja, yang mana itu yang aku percaya berdasarkan sejarahnya), juga berkenaan ketuhanan agama itu sendiri. Ya, andai punya peluang aku ingin mengupas dengan lebih dalam dan menambahkan kefahaman aku berkenaan Gautama Buddha dan agama Buddha itu sendiri.

Friday 18 February 2011

Good Food

What is a good food actually? Many would say, healthy food, consists of right proportion suggested by the food pyramid, etc. But do we like to eat good food?

Me myself put taste to the upper level of choices. That is why I can finish a large bowl of strawberry triffle just by myself. Because I love the creamy texture of the cream and custard layer. Ahhhhh~~
Next is price. The cheaper, the more favourable. But usually cheaper food tastes like crap compared to expensive food. That's common sense though.

And how about cleanliness? That might be put at the lowest stage.

And how about you?

I learnt that Chinese food is healthier compared to Malay's. And yes, because they usually use herbs and like soup. Compared to Malay's, we tend to have flavourful and creamy taste of food. For example, Nasi Lemak. The sambal is hot, and the rice itself, is added with coconut milk, and ginger or pandan leaves for aroma and a bit of added flavour.

Mereka Pun Manusia

Aku baru baca entri terbaru Fuzah di sini.

Sungguh, aku rasa sedih. Orang-orang yang istimewa ini, yang pada pandangan mata kita jelas sangat kekurangannya, kenapalah perlu kita beza-beza dan rendahkan? Andai kata orang mengejek anak-anak kita, ibu bapa kita, adik beradik kita, pasti kita akan rasa marah dan sedih.

Bukan mereka meminta untuk dilahirkan sedemikian rupa. Andai takdir Tuhan, kita dilahirkan sama seperti kita, apa yang akan kita rasa andai orang mengata dan mengeji yang bukan-bukan?

Be sensitive.

Beringat juga.

Mereka pun manusia. Mereka punya perasaan. Dan perasaan itu mudah sangat terguris, apatah lagi kanak-kanak dan remaja yang baru meningkat usia seperti mereka.

This golden rule, yang boleh kita kongsi bersama:
Jangan kita buat pada orang lain, apa yang kita tak suka orang lain buat pada kita.

Selagi masih bernyawa, ingatlah. Perbuatan baik, pasti akan dibalas baik. Kalau bukan di dunia, di akhirat, dan itulah sebaik-baik tempat pembalasan.

Lagipun sebagai seorang Muslim, sudah semestinya kita menjadi seorang yang berakhlak mulia, kerana itulah ajaran yang terkandung di dalam Islam.

Just my 2p.

Tuesday 15 February 2011

Protests

Sejurus selepas protes yang melanda di Tunisia dan Mesir, negara-negara Arab lain pun turut mengikut jejak langkah mereka. Masing-masing atas sebab yang sama; kuropsi. Akan tetapi, media perdana negara-negara tersebut mesti mengatakan pihak pembangkang ingin mencetuskan huru-hara dan mengganggu gugat keamanan negara. Dan kemudian mengatakan bahawa pembangkang itu dan pembangkang ini.

Dan tadi aku terbaca berkenaan protes di Bahrain. Media kerajaan mengatakan bahawa masyarakat Syiah yang terdiri lebih kurang 70% daripada populasi negara itu, ingin menggulingkan sistem raja yang berpegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang memerintah negara itu.

Namun apabila dibaca dalam sumber alternatif lain, ternyatalah bahawa semuanya itu adalah pergerakan rakyat yang inginkan pemerintahan yang lebih tulus dan bebas korupsi, termasuklah polis yang menghisap darah rakyat tempatan dan bersifat ganas yang membuatkan rakyat takut untuk bersuara. Tidak ada langsung perjuangan sentimen-sentimen lain. Cumalah perjuangan untuk mendapatkan hak dan maruah sebagai seorang manusia.

Monday 14 February 2011

Hari Yang Indah!!

Aku suka buat kerja. Aku suka blog tu. Walaupun isinya tak seberapa, dan tak seindah mana. Aku suka kerja yang melibatkan grafik. Well, kerja untuk mengisi masa, bukan kerja untuk mengisi poket dan perut.

Apa pun, syukur pada Allah kerana aku belajar sesuatu yang di luar lingkup bidang aku. Walau ada sedikit pun kemahiran, dan tak sehebat mana, sekurang-kurangnya aku tahu.

Sekarang ni, aku semangat nak cari dan beli buku. Buku secara maya tidak mengujakan. Seronok apa, sebelum tidur, baca buku. Ya, aku berjaya habiskan satu koleksi novel dan siri Sherlock Holmes malam tadi. Setelah entah berapa lama, akhirnya habis juga. Dan kisah yang terakhir itu sungguh tragik sebenarnya. Kisah-kisah jenayah sememangnya tragik. Say yes to CSI too!

Next in list adalah koleksi daripada Shakespeare pula. Seriously, kepala aku pusing. Aku dah baca sikit skrip King Henry the Sixth cuti baru-baru ni. Ceritanya mudah saja, tapi bila dah jadi satu skrip, ia jadi detail dan sudah pasti penggunaan Bahasa Inggeris klasik itu sukar untuk difahami.

Aku pernah ada sebuah buku cerita berkenaan Tun Perak, juga beberapa kisah lain seperti Hang Tuah dan Tun Fatimah, dalam Bahasa Melayu kuno. Aku pernah baca masa aku sekolah rendah dulu. Dan aku yakin, mak dah buang buku tu. Terlalu banyak buku seperti buku yang aku sebutkan di atas, juga buku pasca kemerdekaan yang mak aku dah buang sebab sudah buruk. Yang tinggal hanya buku Keluarga Gerilya karya Paramoedya Ananta Toer sahaja yang masih ada. Dan pada masa itu mungkin mak fikir buku-buku begini apalah gunanya dibaca oleh anak-anak yang masih kecil yang tak mungkin akan memahami?

Tapi sungguh aku sangat suka. Kalau aku boleh putar balik masa, aku akan simpan buku itu dalam peti besi (kalau ada), maka aku boleh ulang baca di masa kerinduan itu tiba.

Sayang sungguh.

Ya, misteri kehilangan buku-buku aku terjawab.

ELAUN BUKU, SILA KREDITKAN DIRI ANDA KE DALAM AKAUN BSN SAYA.

Sunday 13 February 2011

Ahhhh~~~

Dah lama tak menulis di sini. Entahlah. Mungkin agak sibuk, atau mungkin juga rasa macam tak ada mood nak menulis, ataupun rasa macam tak ada perkara yang hendak ditulis.

Aku sibuk dengan baju.

Hehe..

Anyway, the days yang telah lepas adalah hari-hari yang baik untuk aku. Ya, kena jadi positif. Ceriakan diri walau kadang-kadang memanglah tak ceria. But then, I have a very cheery roommate yang aku rasa boleh share thoughts with her, and other friends yang supportive, and sometimes, just knowing them and talk to them makes me happy.

So far, this weekend is the most non-busy weekend for the last one and a half month ago. Sebab, no report to be typed! Yay!! What report is that? ANATOMY! Yayyy!!! Sebabnya last Friday kelas batal. And another good news is, next Tuesday is a holiday (sempena Maulidur Rasul), which means NO ANATOMY again!!!!! YAYYYY!!!!

I am not okay with anatomy because I need to memorize all the things. It doesn't need to be understand, but need to memorize. And how is that means learning? It is not learning at all! But well, tak boleh nak lari kan? So, just strive. At least you are not failing this subject.

Anyway, it is late now. Need to go to bed. And tomorrow I got slides to do, plus a tutorial that might be submitted on Monday (yang agak leceh tapi bolehlah siap dalam masa sejam kalau tak ralit benda lain).

Wednesday 9 February 2011

Jam Dah Jejak 3.40 Pagi

Aku dah tidur siang tadi. Dan sebenarnya dah 2-3 jam berguling masih tak dapat tidur. Nak buat kerja sekolah. Memang nak buat sangat jadi esok boleh aku berfoya-foya sikit, tapi tak dapat nak tumpukan perhatian.

Sekian kalinya, aku stress lagi. Oh, kenapakah sangat sensitif ye? Menyusahkan diri betul.

Dan aku macam dah tak kisah aku sakit ke apa. Buat tak tahu saja. Gangguan mental teramat sungguh. Jadi macam fobia pun ada. Stress lebih kurang serupa pada zaman-zaman dahulu.

Hati, tenanglah. Mari buat laporan anatomi. (^_^)

Tuesday 8 February 2011

Stress

Stress sebab dahagakan populariti. Ahakkkkssss!!

Well, sebenarnya agak stress tanpa sebab yang relevan. Biasalah, aku selalunya stress dengan benda-benda remeh dan tak penting. But then, it is good apa. Stress yang membina. Bina apa? Bina sesuatu yang aku minat. Bila dah stress, tengok work orang lain sangat hebat, memang akan jadi jealous dan stress. But then, kena sentiasa usahalah. Takkan nak biarkan saja kan? Takkan nak give up.

Having passion towards photography really makes me happy and eager to do best in all the thing I am doing. Kita tengok hasil kerja orang sangat hebat, sangat mantap. Seeing their camera and lenses, rasa macam cemburu. Tengok harga camera dan lenses tu, rasa macam nak pengsan. I don't have that much money, so aku boleh tumpukan kepada creativity and skill in editing the photos. All need practices, observations, learnings. Kalau nak dapatkan gambar yang menarik just by having thousands ringgit's camera and lenses, bukan kita yang berjaya. Just because of the camera. And we still not learning anything.

And really, bila tengok indahnya gambar-gambar tu, rasa macam...sangat hebat ciptaan Allah ni. Tengok langit biru, tengok gambar haiwan dan bunga secara close-up, you will be too impressed by how detail the things are. Aku suka gambar langit dan close-up. Langit tu ada satu tone warna yang sangat unik. Dan bila kita tengok awan, pada mana-mana cuaca, nampak bentuk 3D tu, rasa macam.....alangkah indahnya kalau aku boleh lukis awan tu macam apa yang aku tengok. Dan percayalah, apa yang kita lihat sebenarnya berkali ganda lebih cantik daripada apa yang kita lihat dalam gambar.

Okaylah, cakap banyak idea bukan banyak pun. Tadi sempat membaca sedikit perkembangan terbaru di Mesir. Banyak ironinya tentang apa yang terjadi di sana. But then, I have many ideas, yang mungkin agak lame dan tak detail; but I love to see changes in that country.
Democracy eh?

Sunday 6 February 2011

Isolated

Terasa macam isolated sekarang. Well, keadaan itu biasa, cuma perasaan itu yang berbeza. Selalunya aku tak kisah.

Dulu, aku lebihkan kawan-kawan. And I put aside my family. Boleh saja nak utamakan dua-dua. Tapi aku tak boleh. I will go to the ones who I am fancy being with. And now, dah terbalik. But I think, that is the best. Friends itu perlu. But family adalah pilihan utama. Plus I have someone yang betul-betul makes me happy dan orang itu buat aku sibuk selain daripada kerja.

I talked with Mak, tentang perkahwinan. She seemed ready to have menantu right now. Well, as long as bukan aku yang mulakan tradisi. I am happy adik aku kahwin dulu. So, my parents tak ada alasan lagi untuk tangguhkan perkahwinan kami. Let me see, dah 2 tahun tertangguh. Plus, kalau nak tunggu sampai habis degree, aku dah 27, dia 31. Terlalu tua amat.

Dan untuk dapatkan restu ibu bapa itu sangat susah bila apa yang kita inginkan tak memenuhi kriteria keinginan mereka. Kena amat sabar.
Kalau tak dapat nak mengubah mereka, ubahlah diri sendiri.

Thursday 3 February 2011

Spending A Night At Rumah Wan

Wan demam. Jadi Mak ajak tidur sini, nak jaga Wan. Jadi, aku beranikan diri untuk tidur di sini. So far...okaylah.

This morning, Abang and his family is going to Tapah, meminang, untuk Lanun. That's his nephew's nickname at school. Rasanya tak ramai yang tahu nama betul Lanun tu. I don't, even being told lots of times, sebab nama Lanun tu dah lekat dalam kepala. Never thought that that Lanun is going to be my nephew-in-law. Ahhhhhhh...... kelakar pula rasa.
Semoga mereka selamat dalam perjalanan. Itu baru nak pergi meminang, bertunang. Nanti kahwin nanti kena pergi lagi. Jauh woooo...

Anyway, malam tadi tidaklah menyenangkan. Walau tak ada cerita mimpi yang menyeramkan seperti malam sebelumnya, tapi terjaga juga beberapa kali malam tadi. Kurang seronok terjaga tengah-tengah malam gelap dan tak nampak apa yang ada disekeliling. Kenapalah orang boleh tidur lena dalam gelap. Aku tak boleh langsung nak tenang tidur dalam gelap.

Oh, last night memang stress. Mimpinya. Makhluknya tak ubah macam makhluk yang merasuk orang di Anggerik pada hujung tahun lepas. Memang menggeletar jugalah masa tersedar tu. Thanks to my phone sebab berbunyi dan bergetar yang mengejutkan aku. Simptomnya sama macam orang kena tindih; tak boleh nak bergerak langsung dan mengharapkan orang dikeliling untuk gerakkan.

Dan pagi-pagi lagi budak-budak ni dah bising. Tapi bagus juga, senang nak jaga.

Seronok pagi-pagi di kampung ni. Budak of course ramai, sejuk dia memang superb! Kalaulah boleh duduk sini. Cuma malam sajalah yang tak seronok. Macam-macam binatang boleh ada.

Tapi hari ni balik rumah dahlah. Homework tak siap lagi, tak ada mood nak buat. Dan hari ni dah Khamis. Cuti dah nak habis. Kurang seronok.....

Wednesday 2 February 2011

Buli??

Adik aku kena beli dua helai jersi untuk senior dia (budak form 5), by next week. If not, kayu menanti. Dan darah muda aku mula mendidih kembali. I told Abang, and he said tenang. Tapi kalau budak tu betul-betul buat, memang kenalah. See, he got seorang abang yang bekerja as an askar, dan seorang abang yang memang terkenal as kaki pukul, and his in-laws-to-be yang seorang badannya memang besar, dan seorang yang ada geng-geng yang ramai kat kampung tu. Tak kira lagi dengan family kami yang lain. I mean, kampung tu kampung kecil. Dan orang situ memang kenal kami sekeluarga. Memang masaklah budak tu nanti.

But then, tak perlulah nak lawan keganasan dengan keganasan, even though cara tu memang memuaskan hati. Sebab keganasan akan melahirkan lagi keganasan. And we are Muslims. That's the most important kan? Nabi tak lawan keganasan dengan keganasan. Be gentle and polite. Yeah, that's the right way. Tapi aku fikir kena be a bit mischievous sikit to handle this problem.

So, I told Angah. He's not nearby at the moment, is away for an operation somewhere in Pantai Barat. He just said, just wait and see what the boy is going to do. Tak perlu nak libatkan cikgu. Kami ada kenalan yang juga dalam tingkatan 5 di sekolah yang sama. Minta tolong tengok-tengokkan. Kalau adik kami kena apa-apa, cari balik budak tu.

Masalah buli di sekolah ni, pada aku susah juga nak handle. Lebih-lebih lagi oleh pihak yang dibuli. Bukan senang nak jumpa cikgu, dan adu. Semua ni akan memburukkan keadaan lagi. Pihak sekolah pula lebih menjurus kepada hukuman. Why not buat kaunseling? And budak yang mengadu tu sudah pasti akan menjadi sasaran dendam pula. Dan itu memang lebih memburukkan keadaan.

I don't know. I can't sleep. Aku rasa macam excited. Budak cari pasal, cari gaduh. Rasa macam excited nak bergasak. Tapi jangan ikut nasihat setan. Kan? So, chill!

Semoga budak tu dapat hidayah Allah.

Tuesday 1 February 2011

Egypt

I spent this whole night reading about Egypt, detailed as I can. But, as usual, my English is not quite good, and I can't read in Arabic, so I just read the latest of what happened.

I am worry. Very much. About the situation in there, about our students who are still left there especially the non-sponsored ones, about what will happen next. So, if Hosni not going to step down and let the people to chose their government by today (Tuesday), memang perang habislah. And I'm afraid of what will come next. I hope for the best. But quoting somebody's words, peace comes with heavy price, and it will not come for one or two days. But yeah, fighting to have our desirable government, non-corrupted one, is not an easy thing to do. Blood will be shed, that is for sure. Time and money will be wasted, and all demand for tough heart.

Started with Tunisia, and it is now in Egypt. Which country will follow next? I mean, the Arabs are getting loose from the US. They are fighting back. And Israel is now worry because Egypt so long has been their comrade. Surely if a new government is going to rule Egypt, the government probably wont be as friendly as Mubarak's, and think about the changes that can be done in Gaza Strip. And there is possibility of the Palestinians in West Bank to protest to the PA, and somehow I see light beyond this turmoil or whatever you want to call.

Quoting what Didi wrote on her wall in Facebook:

Stop being proud to be a Malay, an Egyptian, or Saudian..Being proud of ur race is forbidden in Islam.Who cares what u are, what matters is whats inside ur heart. So stop saying I'm a Malay, Pakistani, Egyptian or watever.This nationalism is da reason Muslim world is so behind. Stop being proud, rather be thankful Allah has guided u to Islam. And the vital thg is to change urself. NOT to change Islam.

I am afraid, am worry, am eager of today, these coming few hours. Fellow Muslims, pray for our brothers and sisters out there in Egypt, of our fellow Malaysian students there, for their safety, for their hope and coming outcomes of the protest, and stay unite as Muslims.