Friday 18 February 2011

Mereka Pun Manusia

Aku baru baca entri terbaru Fuzah di sini.

Sungguh, aku rasa sedih. Orang-orang yang istimewa ini, yang pada pandangan mata kita jelas sangat kekurangannya, kenapalah perlu kita beza-beza dan rendahkan? Andai kata orang mengejek anak-anak kita, ibu bapa kita, adik beradik kita, pasti kita akan rasa marah dan sedih.

Bukan mereka meminta untuk dilahirkan sedemikian rupa. Andai takdir Tuhan, kita dilahirkan sama seperti kita, apa yang akan kita rasa andai orang mengata dan mengeji yang bukan-bukan?

Be sensitive.

Beringat juga.

Mereka pun manusia. Mereka punya perasaan. Dan perasaan itu mudah sangat terguris, apatah lagi kanak-kanak dan remaja yang baru meningkat usia seperti mereka.

This golden rule, yang boleh kita kongsi bersama:
Jangan kita buat pada orang lain, apa yang kita tak suka orang lain buat pada kita.

Selagi masih bernyawa, ingatlah. Perbuatan baik, pasti akan dibalas baik. Kalau bukan di dunia, di akhirat, dan itulah sebaik-baik tempat pembalasan.

Lagipun sebagai seorang Muslim, sudah semestinya kita menjadi seorang yang berakhlak mulia, kerana itulah ajaran yang terkandung di dalam Islam.

Just my 2p.

No comments: