Tuesday 22 February 2011

Sami

Sami means, orang-orang alim di tokong-tokong cina, atau di wat. Sami dilihat sebagai seorang yang sabar, penuh ilmu, alim dan tenang. Ada yang melihatnya sebagai petapa. Dan antara 'sami' yang menjadi idola termasuklah Gautama Buddha sendiri, juga Dalai Lama.

Baik, apa motifnya aku bercerita berkenaan sami ni. Well, ianya merupakan antara nama panggilan aku di sekolah dulu. Ini disebabkan aku pernah tidur dalam keadaan badan yang tegak, seperti seorang sami sedang bertapa. Itu masa tingkatan 5 dulu, dan masih lekat nama tu pada aku sampai sekarang ni.

Kita kupas dengan lebih dalam. Aku pernah membaca banyak bahan bacaan berkenaan Gautama Buddha, dan terlalu banyak persoalan yang timbul dalam fikiran aku. Soalan-soalan itu, sama ada berkisar berkenaan sejarah, berkenaan filosofi YANG SEBENAR berkenaan agama ini (atau ada yang mengatakan ianya adalah satu falsafah hidup sahaja, yang mana itu yang aku percaya berdasarkan sejarahnya), juga berkenaan ketuhanan agama itu sendiri. Ya, andai punya peluang aku ingin mengupas dengan lebih dalam dan menambahkan kefahaman aku berkenaan Gautama Buddha dan agama Buddha itu sendiri.

Kenapa aku nak tahu? Agama sendiri pun tak faham sepenuhnya!

Senang cerita, aku suka nak ambil tahu berkenaan benda yang aku tak tahu. Lebih-lebih lagi sesuatu yang berkenaan agama, budaya, cara hidup, sejarah sesuatu ideologi, falsafah mereka, dan yang berkaitan. Menambahkan pengetahuan itu tak salah. Tak semestinya andai kita 'budak sains', kita tak perlu nak ambil tahu berkenaan politik. Tak semestinya andai kita 'budak seni', kita tak perlu nak ambil tahu tentang ekonomi. Dan seni tak semestinya kena minat Lady Gaga, atau kena update dengan hiburan masa kini yang sekarang ini makin tak senonoh. Jangan hadkan pemikiran anda. Anda mampu mengubahnya.

Terkadang akan ada orang yang salah faham. Ya, mereka manusia, dan manusia tak dapat nak baca fikiran orang lain, tak dapat nak punya fikrah yang sama dengan orang lain, dan tidak mungkin sama dengan orang lain. Andainya ia tak mendatangkan mudarat, malah mendatangkan keuntungan, bukankah ianya lebih baik?

Dan tak ramai orang-orang muda yang ambil tahu berkenaan perkara yang 'berat-berat'. Mudahnya menjatuhkan 'hukum' atau bersependapat di dalam satu isu, tanpa ilmu, kajian atau mendalami isu tersebut dengan baik, boleh membuatkan kita termasuk dalam golongan yang hanya mengikut. Kalau kita baca bahan yang salah, jadi salahlah.

Contohnya, kalau kita nak tahu berkenaan konsep triniti di dalam agama Kristian, kita baca bahan yang ditulis oleh golongan Kristian yang pakar dalam bidang tersebut. Kalau baca daripada orang yang tak faham, tak setuju dan segala yang TAK dalam hal tersebut, memang kita akan bias. Baca kedua-duanya, fahamkan, dan gunalah akal anda untuk menilai perkara tersebut.

Ya, akal tu guna untuk fikir ye. Bukan untuk menghafal fakta semata.

Tak setuju? Takut terpedaya dengan agama mereka?

Di sinilah terletaknya kekuatan iman, dan ke'bijak'an kita. Kalau kita SPM dapat straight A, degree dapat 1st honour, belajar sampai phD, tapi tak dapat nak gunakan akal yang digunakan Allah dengan betul, begitulah jadinya. Sebab jalan yang benar dan salah tu dah jelas. Terpulang bagi kita untuk memilih.

Sistem pendidikan kita lebih kepada exam-oriented, membuatkan kita lebih selesa dengan bidang yang kita ceburi. Untuk menjadi orang yang punya kepakaran yang pelbagai tu dah kurang sangat. Cuba kira, berapa ramai pelajar sekarang yang betul-betul pakar dalam bahasa ibunda masing-masing. Aku sendiri pun rasa Bahasa Melayu aku sangat lemah. Penggunaan ayat kadang tak betul, perkataan yang sesuai untuk menjelaskan sesuatu perkara pun tak betul. Lebih kepada bahasa pasar, dan juga Bahasa Inggeris yang dimelayukan. Sebagai contoh: meng'handle', cuba try, 'miskonsepsi' (hahahahahaha!!)

Okay, back to the topic; sami. Aku nak buat perkaitan dengan agama Hindu. Kalau kita perhatikan, yoga merupakan senaman yang sekarang ini dikomersialkan, dan diasimilasikan dengan senaman moden yang ada sekarang. Walaupun sudah ada fatwa yang mengharamkan yoga, masih ramai lagi UMAT ISLAM yang mengamalkannya. Menurut orang yang pernah melakukannya, ianya merupakan satu cara yang dapat mengimbangi emosi, memberi ketenangan dan menyihatkan badan. Satu perkara yang menyebabkan pengharaman yoga ini, adalah kerana ianya satu cara ibadat. Seperti solat juga.

Kita nampak kelebihan yoga. Tapi tak lihat kelebihan solat. Ada pendapat yang mengatakan bahawa Hindu merupakan 'selewengan' Agama Tauhid. Kebenarannya, hanya Allah yang tahu. Namun begitu, seandainya benar, maka solat, yang merupakan antara kewajipan umat Islam, patutnya mempunyai kelebihan yang lebih besar berbanding yoga kerana ianya belum diselewengkan lagi, dan janji Allah akan terpelihara agama Islam ini hingga kiamat. Akan tetapi mengapakah solat itu dipandang enteng oleh sejumlah besar umat ini?

Dan sebenarnya, seandainya kita jadi orang yang AMBIL PEDULI, kita boleh kenal akan sesuatu kebiasaan atau norma masyarakat tertentu. Tak terfikirkah ianya juga membantu kita dalam dakwah kita. So, tak salah menambahkan ilmu yang orang selalu elakkan daripada nak fikir. Tengok politik korup, tak nak ambil peduli berkenaan politik. Tengok negara lain ditimpa musibah atau dalam huru hara, tak nak ambil peduli selagi tak kacau periuk nasi sendiri. Tengok orang buat mungkar, tak nak ambil peduli sebab rasa diri pun jahat juga. Well, aku pun jahat juga. Jahat yang orang tak terfikir pun aku pernah buat. But then, we progress untuk jadi lebih baik setiap hari kan?

Aku tadi, dah terfikir untuk cakap apa masa motivasi pagi nanti. Isu ini berkenaan sejarah dan sistem pemerintahan, dan agak panjang. Kena pendekkan dan baca dari banyak sumber lagi. Sini macam tak ada seseorang yang boleh dijadikan rujukan. Biarlah orang kata aku syok sendiri, yang penting aku sampaikan.

No comments: