Monday 14 February 2011

Hari Yang Indah!!

Aku suka buat kerja. Aku suka blog tu. Walaupun isinya tak seberapa, dan tak seindah mana. Aku suka kerja yang melibatkan grafik. Well, kerja untuk mengisi masa, bukan kerja untuk mengisi poket dan perut.

Apa pun, syukur pada Allah kerana aku belajar sesuatu yang di luar lingkup bidang aku. Walau ada sedikit pun kemahiran, dan tak sehebat mana, sekurang-kurangnya aku tahu.

Sekarang ni, aku semangat nak cari dan beli buku. Buku secara maya tidak mengujakan. Seronok apa, sebelum tidur, baca buku. Ya, aku berjaya habiskan satu koleksi novel dan siri Sherlock Holmes malam tadi. Setelah entah berapa lama, akhirnya habis juga. Dan kisah yang terakhir itu sungguh tragik sebenarnya. Kisah-kisah jenayah sememangnya tragik. Say yes to CSI too!

Next in list adalah koleksi daripada Shakespeare pula. Seriously, kepala aku pusing. Aku dah baca sikit skrip King Henry the Sixth cuti baru-baru ni. Ceritanya mudah saja, tapi bila dah jadi satu skrip, ia jadi detail dan sudah pasti penggunaan Bahasa Inggeris klasik itu sukar untuk difahami.

Aku pernah ada sebuah buku cerita berkenaan Tun Perak, juga beberapa kisah lain seperti Hang Tuah dan Tun Fatimah, dalam Bahasa Melayu kuno. Aku pernah baca masa aku sekolah rendah dulu. Dan aku yakin, mak dah buang buku tu. Terlalu banyak buku seperti buku yang aku sebutkan di atas, juga buku pasca kemerdekaan yang mak aku dah buang sebab sudah buruk. Yang tinggal hanya buku Keluarga Gerilya karya Paramoedya Ananta Toer sahaja yang masih ada. Dan pada masa itu mungkin mak fikir buku-buku begini apalah gunanya dibaca oleh anak-anak yang masih kecil yang tak mungkin akan memahami?

Tapi sungguh aku sangat suka. Kalau aku boleh putar balik masa, aku akan simpan buku itu dalam peti besi (kalau ada), maka aku boleh ulang baca di masa kerinduan itu tiba.

Sayang sungguh.

Ya, misteri kehilangan buku-buku aku terjawab.

ELAUN BUKU, SILA KREDITKAN DIRI ANDA KE DALAM AKAUN BSN SAYA.

No comments: