Friday 25 February 2011

Keputusan Pilihanraya

Aku sangat gembira dengan keputusan pilihanraya di IPG ni, yang baru saja diumumkan sebentar tadi. Setakat ini, orang-orang yang aku inginkan untuk naik sebagai JPP, semuanya telah terpilih, sama ada untuk Majlis Tertinggi, mahupun Exco. Dan, orang-orang yang aku tak kisah untuk naik, pun setakat ini memuaskan hati. Itu bahagian yang membuat aku rasa macam...... lega.

Namun begitu, terdapat juga orang-orang yang aku jangka akan menang, tapi aku tak suka, tetap menang. Untuk kelancaran jawatankuasa itu, insyaAllah boleh. Tapi secara dalamannya, aku tak pasti. Pasti ramai yang akan makan hati nanti
Ya, pilihan aku juga selain daripada kemampuan seseorang itu untuk memimpin dan membuat kerja, kriteria lain yang sama penting adalah peribadi seseorang itu. Pada aku, orang yang angkuh dan keras kata-kata, sikap dan kelakuannya, boleh melemahkan struktur sesebuah organisasi.

Namun begitu, hati-hati manusia ini Allah yang pegang. Makanya, kepada Allah jugalah kita harus berdoa, semoga insan-insan terpilih ini bukan sahaja mampu untuk menjadi pemimpin kita, tetapi mampu juga untuk bekerjasama dan bertoleransi sesama mereka untuk menjadi pemimpin kita.

No comments: