Friday 14 August 2009

Sudah Hari Jumaat

Penghulu segala hari, dan juga harapan semoga hari ini lebih baik dan ceria daripada semalam, juga seterusnya.

Be happy beb, after all the things that bothered you yesterday!!

Apa pun, kepala aku agak sakit sekarang. Normal things bila aku menangis, dengan beria. I thought 'histeria' aku datang semula semalam. Nahh.. just screaming a few times, without that feeling, harted, bursting out. Just sad. Funny how me can easily offended by remembering that kind of thing.

Oh ye, sekarang ni, hidung aku sakit. Dalam lubang hidung aku, bahagian dalam (area batang hidung), ada satu tempat yang merah dan membengkak. Aku tak tahu sebabnya, tapi aku perasan sakit sejak selasa baru ni, cuaca panas sangat. Tapi aku ingatkan sakit sebab luka. Selepas aku tengok-tengok (kena pakai lampu suluh juga), nampaklah ada benjolan dan merah. Aku tak pasti apa, ada kemungkinan bisul.

Aku selalu ada bengkak-bengkak pada ketiak. Kadang-kadang bisul. Sebelum ni ada bengkak yang besar juga, aku kira nak jumpa GP kalau tak surut, takut simptom breast cancer. Mujur dah surut. Tiba-tiba dalam hidung pula?

Anyway, nanti siang mahu keluarlah. Ada barang yang aku kena pulangkan, juga menjengah ke kedai cina cari megi (jenama KOKA, made in Singapore) beberapa bungkus untuk bekalan tengah malam bila tengah kebulur, juga ke kedai india beli pepsi sebotol dua buat perasa tekak. Masa angin aku tengah banyak, masa tu stok tak ada. Duit pun kena jimat-jimatlah. Ada dalam 3-4 pound je ni. Another 10 aku nak save untuk keperluan kot-kot berat beg terlebih sikit masa nak check in nanti. Kali terakhir aku timbang sedang elok 20kg. Tapi tak mustahil kalau terlebih sikit. Kalau akak kaunter tu baik hati, lepaslah aku. Lebih 1kg GBP5 ok. Mahal!!

Ada juga terfikir nak tukar berat beg, ambil 30kg, boleh bawa balik banyak lagi barang. Boleh bawa balik bantal busyuk, baju, buku. Sekarang ni aku bawa baju kemeja (sebab ringan) 4 helai saja. Seluar pun sama. Tak ada baju lain.

Untuk bawa beg yang sedia ada ni, memang dah cukup berat dah. Tapi setakat tarik ke stesen bas, boleh slow-slow. Ambillah dalam 45 minit, cukuplah untuk tarik dengan perlahan, ambil boarding pass dan berehat sekejap. Aku sangguplah sakit sikit.

Tapi, itulah, seluk kocek kiri, seluk kocek kanan, habuk saja yang ada.

Aku Rasa Jiwa Aku Kacau Sekarang

Aku 'tercerita' tentang sisi gelap keluarga aku, yang selalu aku tak fikirkan wujud. Dan bila aku fikir dan ingat, dendam dan amarah yang terbuku dalam lubuk paling dalam di dalam hati aku meluap-luap. Perasaan untuk membunuh itu datang kembali.

Tolonglah tidur, dan tolonglah lupa.

Aku rasa berat hati nak balik rumah.

Thursday 13 August 2009

Rabbani - Muhammad Ya Habibi

Inna liLlahi wa inna iLaihi raji'oon, atas kembalinya Ustaz Asri ke rahmatuLlah pagi tadi. Sungguh, Rabbani dikenali dengan lagu yang agak agak rancak jika dibandingkan dengan lagu-lagu nasyid yang lain. Waktu mereka mula menggunakan khidmat KRU, memang dikritik oleh banyak pihak, kerana nasyid sinonim dengan irama yang perlahan dan syahdu. Tapi atas usaha mereka, golongan remaja khususnya lebih mendekati irama nasyid, dan insyaAllah sedikit sebanyak mengembangkan usaha dakwah Islamiyyah.

Yang pergi tak kembali, itu adalah salah satu lagu yang agak dikenali bagi rakyat Malaysia. Aku kira ramai yang sedang mendengarkan lagu itu dalam masa sekarang ni.

Tidak dinafikan suara Ustaz Asri memang merdu dan 'meremang'. Aku suka bila bahagian beliau bertakbir raya, tiap kali disiarkan di kaca televisyen.

Enough the story, doakan semoga rohnya dirahmati Allah, dan ingatlah, kematian itu pasti akan tiba, kerana usia kita bukan saja makin bertambah, malah semakin singkat setiap saat yang berlalu. Kematian itu untuk kita menginsafi diri, bukan meratapi mereka yang telah pergi.

Ini adalah lagu Rabbani yang aku suka. Aku punya sedikit kecenderungan pada nasyid berbahasa Arab, berbanding bahasa Melayu atau Inggeris. Feel free to listen.


Wednesday 12 August 2009

Apa Beza Pengguguran Dengan Dera Anak Sampai Mati?

Aku ada baca berita, tentang sepasang kekasih yang mendera anak mereka sehingga mati. Mereka disabit dengan kesalahan tersebut, beserta dengan adik (atau abang) si lelaki. Ketiga-tiga mereka dikenakan hukuman penjara selama 3 tahun, hukuman sampingan aku tak pasti. Tapi, apa yang dikatakan di dalam berita tersebut, adalah keadaan ketiga-tiga mereka apabila sudah habis tempoh hukuman. Ini kerana, mereka terdedah dengan 'ancaman' daripada masyarakat, yang masih lagi sangat marah dengan kesalahan mendera hingga membunuh itu. Jadi, mereka bertiga mungkin akan bertukar identiti, diberi tempat tinggal juga bantuan kewangan. Maka, pembayar cukai (ie masyarakat Britain) kena 'tanggung' hidup mereka. Adil ke?

Tapi option yang lain, adalah penjara seumur hidup.

Masyarakat marah, sebab kekejaman yang mereka lakukan. Kliksini untuk berita penuh.

Apa bezanya dengan orang yang menggugurkan kandungan? Adakah sebab bayi itu masih belum cukup sifat, masih belum keluar lagi ke dunia, maka tidak dianggap sebagai satu makhluk hidup? Benar, dalam sesetengah kes, pengguguran dibenarkan demi menjaga nyawa ibu. Tapi kalau dilakukan kerana belum bersedia, akan kurang menarik, ataupun tak tersengaja (atau dalam kes masyarakat kita, terlanjur), adakah wajar untuk diberi kebenaran?

Ada satu buku yang aku baca, tentang perlunya manusia kepada agama, kepada Islam, kepada Allah. Kerana agamalah, manusia tahu antara yang betul atau tidak, bukan sekadar berdasarkan kepada perubahan zaman dan logikal semata-mata.

Tetapi, lihatlah dalam kes penderaan bayi ini, kesalahan diletakkan atas bahu ketiga-tiga pesalah. Tapi dalam kes pengguguran bayi, kerana gaya hidup mereka yang tidak mementingkan ikatan perkahwinan itu, terjadi bayi-bayi yang tidak disengajakan, mereka memberikan alasan-alasan tertentu berdasarkan kepentingan hidup mereka.

Perkara ini tidak menghairankan dengan keadaan masyarakat di Barat. Walau mereka punya agama sekalipun, tak ramai yang betul-betul mengikut suruhan agama mereka. Begitu juga di negara-negara yang ramai penduduk Islam. Kita punya agama juga, agama yang benar, tapi perkara yang sama tetap terjadi, malah kes pembuangan bayi makin rancak. Adakah hidup beragama sudah tidak releven? Adakah dengan penjara, bayaran denda, sebatan dapat membendung kejadian seperti ini daripada berleluasa?

Adakah semakin lama usia dunia, semakin matang umur manusia, semakin hilang sifat kemanusiaan dalam diri?

Tuesday 11 August 2009

Lagi Lapan Hari

Aku sebenarnya, tak perasan lagi seminggu lagi nak balik.

Aku dua kali menangis hari ni. Rindu, dan mimpi buruk. Orang yang dalam mimpi tu, paling rapat dengan aku, meninggal. Sedihlah kan? Dan aku tengok ada orang pegang pisau yang berdarah dalam mimpi tu. Dan aku tahu orang tu memang jenis panas baran macam tu. Risau.

Kenapa selalu fikir benda yang tak elok saja?

Monday 10 August 2009

Kenapa Perlu Sampai Bergaduh?

Aku menjenguk ke Iluvislam.com.

Ada satu forum, bertajuk 'Nilai Murni Orang Barat Yang Boleh Kita Contohi'. Ada orang bergaduh di sana. Sebabnya, ada yang berpendapat, buat apa nak contohi orang kafir padahal Islam itu syumul dan merangkumi seluruh kehidupan kita. Benar.

Tapi pendapat aku, apabila kita dah tengok aplikasi dari orang barat tentang nilai murni yang telah ada dalam Al-Quran dan Hadith, kita baru rasa worth to try. Kadang, kita tak punya akses dan kebolehan untuk belajar dan mendalami Al-Quran itu sendiri. Ataupun, kita hanya belajar secara 'surface' sahaja. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman dan aplikasi orang lain yang kita lihat dengan mata kita sendiri.

Sesetengah orang, menganggap budaya barat itu buruk. Contoh paling utama adalah pergaulan sosial. Apa saja yang datang dari barat adalah kafir dan harus dijauhi.

Aku sebenarnya dan sejujurnya, tak minat dengan 'orang putih' ni. Bukan sebab mereka kafir, ataupun berasal dari barat. Aku memang tak suka. Nature.

Tetapi, tak dinafikan, bangsa-bangsa dari negara atas angin ini, banyak mendatangkan cemuhan dari orang-orang timur. Sebab utamanya adalah kerana kebanyakan mereka beragama kristian. Dan dalam kepala kita, kalau orang kristian, mereka pasti nak tarik kita masuk agama dia. Kerana, kalau kita pun, mesti kita nak tarik mereka masuk agama kita. Tapi perlukah kita prejudis terhadap bangsa-bangsa tertentu?

Dalam setandan pisang pun, pasti ada yang buruknya. Dalam diri kita sendiri, walau taat dan baik macam mana pun kita, pasti ada sedikit sifat riak dalam diri. Begitu juga dengan manusia. Hidup dalam suasana Islam tak memastikan kita ikhlas dalam setiap detik kehidupan kita. TAPI tak dinafikan, kita disarankan untuk bergaul dengan orang yang berilmu dan beriman, kerana sahabat itu adalah orang yang boleh mempengaruhi diri kita sendiri.

Namun, adakah kerana mereka kafir, maka sifat-sifat peribadi yang baik terhapus terus dalam diri mereka?

Kita kadang memperlekehkan mereka yang bersifat 'racist'. Tapi dalam masa yang sama kita mencemuh jiran kita yang berbangsa cina dan india. Tak salah kita nak berjaga-jaga kerana mereka punya kelebihan mereka yang tersendiri. Tapi tak perlulah kita nak mengagung-agungkan bangsa kita sendiri kononnya lebih mulia. Patutnya, kita berusaha untuk meletakkan diri kita di tempat yang lebih tinggi dari mereka, jika kita teringin sangat nak mendabik dada.

Setiap orang ada buruk dan baiknya. Ambil pengajaran bagi yang buruk, dan yang baik, jika bersesuaian, bolehlah kita contohi.

Meditasi - Saat Ini Kau Tiada Lagi

Dah lama aku tak dengar lagu ni. Aku ada juga berminat dengan beberapa lagu Meditasi, dan aku rasa lagu fast rock mereka agak sedap juga. Ini salah satu lagu mereka yang popular, tak pasti tahun berapa dan album mana.


Saat Ini Kau Tiada Lagi

Saatnya, saat begini
Waktunya pedih memilu
Kenangan bersamamu
Tercipta kembali
Ohh..

Kuselam rasa cinta
Di waktu bersamamu
Engkau yang ku sayangi
Telah pergi jauh
Tak kembali.

Tersiksa langkah ini
Ke arah mana makin parah
Meninggalkan ku kehampaan
Hanyut dalam ombak derita.

Andai kau menyelami ia
Suara hati yang sepi
Walaupun kau tiada
Bayangmu menggodaku
Oh..Oh..

Tersiksa langkah ini
Ke arah mana makin parah
Meninggalkan ku kehampaan
Hanyut dalam ombak derita
.
Andai kau menyelami ia
Suara hati yang sepi
Walaupun kau tiada
Bayangmu menggodaku
Oh..Ohh..

Biarku mendakap duka
Bersama airmata
Doaku kau bahagia
Bersamanya
Ohhh..
Yang kau puja.

Sunday 9 August 2009

Packing Untuk Sekian Kalinya

Dah berhari juga aku duduk diam depan laptop tapi tak tahu apa yang aku nak buat. Kadang menjenguk ke Saifulislam.com, kadang menjenguk ke Google Reader, kadang menjenguk ke Utusan Malaysia. Itu sajalah yang aku buat, selain tidur mencecah 12jam sehari. Juga mencari-cari di balik tabir filem Harry Potter, sambil mulut menyuap apa saja yang ada. Contohnya nasi, ataupun mi, ataupun sekadar cereal.

Walaupun ada beberapa orang rakan yang mengesahkan SLR kamera adalah dikira sekali dengan bagasi kabin, aku menjengah ke beberapa website, contohnya Air Asia dan juga Stansted Airport, perkara tersebut dikatakan tidak benar. Beg tangan pun, dikira satu beg yang lain. Makanya, aku terpaksa kemas semula beg dan memilih untuk menggunakan 'beg balik kampung', instead of beg sandang untuk memuatkan laptop, kamera juga beberapa helai pakaian sebagai kusyen untuk laptop aku.

Walaupun aku pernah ke Stansted Airport, aku rasa sedikit gabra kerana pengalaman pertama aku itu seperti tak pernah wujud pun. Aku tak ingat langsung bagaimana suasana sebenar di sana (kecuali beberapa lelaki Spanish yang agak bising dan bercakap bahasa ibunda mereka kepada kami sedangkan mereka tahu kami orang asing).
Macam dodgy-lah tempat tu.

Dalam beberapa hari lagi aku akan berpindah ke rumah belakang. Aku tengok Kak Is dah mengemas satu rumah, dan aku rasa lain macam. Pastinya aku tak buat sepah, tapi rumah tak berusik lama pun pasti berhabuk, kan? Aku selalunya berada dalam fasa tak berani tak usik apa-apa bila berada dengan orang yang aku tak biasa dan rasa janggal. Jadi, aku rasa aku nak lari. Lagipun aku tak bayar sewa. Hehe.. takkan nak duduk sini lagi?

Esok mahu jalan-jalan cuci matalah.

Saturday 8 August 2009

Hijri Calendar

Really, me kind of not aware of Hijri calendar, except, when it got to do with sum. Yalah, should know what date is today, if not you'll be fasting on the day that you are forbidden to do so. Buat letih saja. Anyway, I'm trying to be happy with this coming Ramadhan, after last time I fast when I nearly fainted 5 times in a day. Not a great day when your body feels numb and cold, but sweat running from everywhere out of your body, you can see darkness at everything your eyes lay upon, also your thighs feel so painful each time you take your breath in desperately as if your blood vessels contracted to tightly they seemed to cut off.

Friday 7 August 2009

Axthara - Cerucuk (1991)

Kredit gambar :Lagendarock Online

I'm not saying that I fancy this group. Just for review.

The only person that I know was in this group is Ujang, the vocalist, who also was the vocalist for another group called Samudera.

The tracklist :
1. Senja Satu Persinggahan
2. Gerhana Kehidupan
3. Cerucuk Rapuh Menggugur Impian
4. Keranamu Kekasih
5. Wirakan Orang Kita
6. Dialunan Rindu
7. Kesesatan
8. Perjuangan Seni
9. Mimpi Di Laman Mentari

This group was famous by the songs Senja Satu Persinggahan and Cerucuk Rapuh Menggugur Impian. For me, the songs are easy-listening, and if anyone realise, the vocal is a bit 'manja'. It can be distinguished from Rahmat Ekamatra also Nai Dinamik.

There are no heavy rock songs, but there are several fast rock. But still, a nice album. Not too disappointed, but for people who prefer a faster and harsher beat, not a good choice.

Wednesday 5 August 2009

Masih Menunggu Mak On YM

Aku tak tahu apa yang terjadi di rumah. Tak ada siapa yang hubungi aku, dan Bear pun jarang on YM. Aaa..hantar e-mail bukanlah satu benda yang bijak. Aku rasa, pagi nanti aku kena telefon rumah (harap-harap kredit cukup; apalah yang 63p mampu buat?), sekurang-kurangnya untuk beritahu mak, tolonglah on YM. Aku tak rasa pesanan aku dah disampaikan pada mak abah, dan kalau dah pun, aku tak harap mereka faham. Bear bukanlah jenis orang yang pandai sampaikan pesanan, macam aku juga. Adik beradik, biasalah. Lagipun, tak rasa risau ke kalau mereka tak approve yang mereka sudah pun terima pesanan? Bear memang biasa tak cakap apa-apa kalau dia dah buat (macam aku juga), tapi sedikit unusual buat mak, juga abah. Selalunya abah akan tanya banyak kali, tarikh dan masa. Dan kali ni aku tak turun di KLIA. Akan berlaku sedikit kekeliruan nanti.

Selagi tak settle semua benda, selagi tu rasa risau. Dan, aku dah bosan duduk rumah.

Tuesday 4 August 2009

The Differences Between Books And Films

Selalunya, dan kebanyakkannya, filem yang diadaptasi daripada buku atau novel, adalah kurang 'best'. Ini kerana, aku berpendapat, jalan cerita dalam buku adalah lebih jelas, dan, lebih terperinci daripada filem. Dan selalunya, perkara yang tak difahami dalam filem, juga kurang masuk akal, dapatlah difahami dengan lebih jelas dengan membaca buku.

Got the point here?

Read!!

P/S : Wish I can endure reading those thick books of physics or astronomy, or at least a very thin manual, as I read story books.

Anggap Saja Ini Coretan Dalam Diari

Tak banyak benda yang aku buat dalam beberapa hari ni. Selalunya terbaring atas katil, berbungkus dalam duvet (pagi-pagi sejuk woooo...), dan membaca siri Harry Potter, sebelum balik, jadi tak perlulah nak bawa banyak barang nanti. Sekarang aku sedang baca The Half-Blood Prince. Tapi rasa tak seronok juga kalau dah habis baca nanti. Nanti duduk rumah, rasa bosan pula. But I hope I can spare some money for books back home nanti. Oh ye, also a study lamp. Adik aku selalu bising tengah-tengah malam aku buka lampu dan tak tutup hingga ke pagi. Dah aku pun tak tidur lagi, nak tutup buat apa? Baca buku dalam gelap? (Ohooo.. lupa Bear tak duduk kat rumah dah sekarang. Itu bilik aku yang punya!!)

Aku ada juga main edit-edit gambar ni. Tapi memang fail-lah. Cuma bab brightness and contrast, jadilah juga. Baik, ini gambar masa aku bersama Ijun dan Along dan Diana (rasanya ini nama dia) ke fun fair Ahad lepas. Yang buruk-buruk tu, aku edit-lah, yang lawa sikit tu, aku buat auto-correct ataupun edit brightness and contrast saja.

(I got a photoshop software tapi terlalu berat dan laptop aku sudah crash beberapa kali. Pity sungguh.)






Sunday 2 August 2009

Internal Security Act

Today, there was a demontration at KL, from Jalan Masjid India, to Masjid Negara, to Istana Negara, Sogo, Jalan TAR etc. They kept moving as polices using tear gas and water cannon to them. All for abolishing ISA, which is said, is non-humanity to detain certain people which are suspected to do harm to the country, but without any chance for the one being arrested to speak up, means no trial.

As most of us see, the law is misused by the government as to stop people doing things which are as opposite of their ideology. They don't want people to protest of their action. This is not me speaking such thing. I just rephrase what is written in the international newspapers. You'll find that, the news from our local newspapers and international ones, are different, as if the local ones saying all the bad things done only by the oppositions, showing the oppositions are good for nothing and the government is as innocent as an angel. Too bias.

Okay, let me get this straight. I'm standing not on any side. It's best not to judge based of what we interest at the first time. Listen and take note of every aspect, then make choice.

For me ISA got a bright and dark sides, but the bright side is overshadowed by the cruelity that it has. I just hope that it can be used as a tool to bring justice to the country and its people, not as a weapon to prevent people to speak up their opinions.

Macam 'amar makruf nahi mungkar'-lah. Ingat mungkar, maksiat ni buat benda-benda macam seks luar nikah saja ke?
We need someone to bring us to good future (as a country), and also told us to stop whenever we do wrong things. It's like, each one got their own part.
Macam tu-lah keluarga, as my mum said once.

Saturday 1 August 2009

I Want To Die Because I Can't Bear This Pain Anymore!!

Itu, bukan kata aku. Jika anda ada baca paper (online) Britain baru-baru ini, ada satu wanita yang meminta digubal (atau diubah) undang-undang tentang bunuh diri. Wanita ini mengidap penyakit, dan sudah tak tertahan lagi menanggung kesakitan yang dia rasa, jadi dia meminta untuk dibenarkan untuk bunuh diri.

Di Switzerland (maaf kalau salah eja), membunuh diri dalam kes seperti ini, dilonggarkan sedikit undang-undangnya, ie dibenarkan. Jadi si wanita ni kalau nak mati sangat (dalam kes ni dia memang nak mati sangat sebab tak tertahan menahan sakit), terpaksalah ke Switzerland kalau nak mati. Tapi, mati bukan di rumah sendiri, sedihlah kan?

Me comment? Life's precious, ain't it? Some people got faith about the afterlife, some don't.

Even I did thought of killing myself a couple of times (sebab tekanan yang terlampau kuat), as I cool down, I realise I was doing a very stupid thing. Tapi, sabar itu pada tamparan yang pertama. Bukanlah sabar namanya bila dah tenang baru nak ingat sabar.

People who have faith and get hold of it tightly, might not fall into this kind of mess, insyaAllah. Ujian Allah itu datang dengan ganjaran dan pengampunan dari-Nya. Even the slightest thing, smallest thing, non-logical thing, every pain that we feel, physically or mentally, adalah rahmat dari Allah. People always forget about that. I'm talking about myself by the way. Kita takkan sedar sehinggalah kita dikejutkan oleh seseorang, atau setelah kesakitan itu reda. So, people around, pastikan ada fungsinya kita pada seseorang.

Still talking about me-self.

My Reading List Till The End Of This Year


That's that. Well, tomorrow will be another book hunting. A thin one like The Muqaddimah (the yellow one), and a thick one like the thickest one up there. That's will cost me a pound, and then spend all the months reading (if still got time and will after a hectic life at work, insyaAllah).

Ijun told me there will be a fun-fair behind the Cardiff University's main building, along the road, up to the City Hall. And, we will go there this weekend. Great!!

P/S : Still not done with packing.