Thursday, 28 July 2011

2 Pagi.................

Kepala ting tong!!

Bukan tak minat.. cuma rasanya macam time restricted. Actually ada banyak masa sebelum ni tapi dah SUKA buat kerja last minute, hasilnya macam hampeh la. Dan walaupun tak berpuas hati dengan apa yang telah dibuat, itu sajalah yang termampu sebab siang nanti kena hantar dah.

Kesimpulannya, jangan buat kerja last minute.

This coming Ramadhan disambut dengan timbunan kerja. Hehe...

Nothing can be gained by an easy way. Life is cruel. Hanya yang gagah saja yang mampu untuk bertahan.

Yeahh!!! Berpositiflah.

Nak tidur.

Tuesday, 26 July 2011

Syukur Yang Teramat Sangat

Call Mak tadi. Bertanya berkenaan hal itu. AlhamduliLlah sedang menanti giliran. Jadi, saya berjanji akan bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki!!

Hehe..

Jiwa Klasik (^_^)

Sejak Ahad aku asyik humming lagu-lagu lama saja. Bermula dengan lagu 'Malam Ku Bermimpi', kemudian 'Gelora', dan sekarang ni 'Les Parapluies De Cherbourg' (bajet macam reti cakap Perancis saja :b).

Kepala berat. Tapi dah beritahu diri sendiri, 'Anda sudah tidur melebihi had masa yang ditetapkan. Walaupun anda mampu untuk tidur sehari suntuk tanpa henti, tolonglah jangan.'

Cakap berkenaan jiwa klasik, aku terasa menua (entah berapa juta kali mau cakap, entahlah!). Menurut adik aku, aku pakai baju macam orang tua. Pakai handbag macam orang tua (apakah??!), dan pakai kasut macam orang..... Okay, maksud dia, aku tak macam remaja yang biasanya sempoi, atau kalau melaram pun nampaklah keremajaannya. Ini berikutan kerana sifat fizikal wajah saya yang kiut dan keanak-anakan maka pada pandangan beliau saya kelihatan ganjil.

Pedulikkan!! Aku tau, aku buat macam mana pun taklah cantik pun. Well, cantik itu subjektif dan aku tak kisah sangat asalkan aku properly tutup aurat (insyaAllah) dan aku suka. Haha... gila positifnya ayat. Sejak bila gadis pesimis mula bersikap optimis begini?

Actually, I was thinking when I ponder upon this. Adik aku pernah menulis status di mukabuku beliau bahawa beliau terasa rendah diri dek wajahnya tidaklah cantik seperti orang sekeliling. Beliau juga merasakan diri beliau hina kerana melihat pandangan-pandangan orang terhadap beliau. Haha!! Like older sister like younger sister (okay, ini jangan pakai masa tulis esei ye). Agak menyucuk hati sanubari juga. Adik aku merupakan wanita tercantik di rumah tu buat masa sekarang. Compared to me, I'm nothing la....... So, kalau dia merasakan dia tu tak cantik, maka apatah lagi aku. Makanya, aku membara jugalah. Takkanlah aku ni buruk sangat kan.... Kalau tak, takkanlah ada orang yang tergila-gilakan aku (uwekkkk!!).

So, terlintaslah kesedaran dalam hati aku, bahawa kecantikan itu sesungguhnya sesuatu yang subjektif. Dan aku teringat kata-kata aku dulu pada Mak (sebab aku tolak mentah-mentah ajakan Mak untuk menjadi wanita yang macam wanita, well, dulu semangat rockers kuat jadi tak rock-lah kalau berbaju kurung dan berhias-hias macam wanita ni), biarlah tak pandai nak dressing cantik-cantik, jadi ayu-ayu ni, asalkan bersih dan kemas.

Okay, itu alasan je ye. Padahal dulu seluar rabak, t-shirt selagi tak jadi rabak macam kain buruk selagi tu pakai, mandi tak payah cakaplah, selagi rasa tak berbau hancing selagi tu malas nak mandi. Dulu, nak dating, dengan badan berpeluh hamis (baru lepas berjual pagi tu jadi memang berbau gila la..), kadang tu bangun lambat terus pakai tudung dan tak sempat pun hatta nak berus gigi or basuh muka. Selamba gila betul aku masa dulu.

Okay, itu cerita dulu. Sekarang ni, jaga jugalah imej. I mean, as a Muslim, as a teacher-to-be, as a wife-to-be. Takkanlah nak buat gaya zaman muda dulu lagi kan?

So yes, aku dah menua. Dan jiwa aku makin lama makin klasik. Aku ikut gaya, berubah mengikut situasi, keadaan dan usia. Dan aku memang sudah tua.

Sekian.

Monday, 25 July 2011

Menjelang Ramadhan Yang Sibuk

Penat. Sakit. Pening.

Bila tiba musimnya, dan kesibukan bermula (belum memuncak lagi...bakal!), terasa seperti nak ambil cuti (macam kerja ofis saja boleh ambil cuti tak kisah hari apa) dan berehat di tempat yang hijau dan mendamaikan.

Sekarang sedang mencari novel-novel sastera lama (bukan novel cinta yang pastinya) yang aku rasa susah sangat nak dapat. Dan sekarang ini sedang mengumpul buku dan novel apa kiranya yang ada dalam bahasa yang aku fahami.

At least, senang sikit kepala.

Stress!!!!

Friday, 22 July 2011

Emotionally Down

Entahlah... Macam rasa tidak senang hati. Terasa seperti ada cerucuk-cerucuk benci sedang menyucuk-nyucuk aku sekarang ni. Dan teruslah menjadi down, takut nak jumpa atau pandang atau berada bersama manusia.

Kalaulah boleh pergi jauh-jauh.

Tuesday, 19 July 2011

Alhamdulillah (^_^)

Hari ni bawa barang-barang jualan ke kelas (Sssyyyyhhhhhh...)

Dan alhamdulillah, banyak jugalah yang dijual. Oh, aku tak mengharapkan sangat. Kalau ada rezeki, adalah. Sebab part-time saja kan kerjanya. Dan it is more as a hobby and a way to release stress rather than a business.

Dapat peluang untuk pasarkan dengan lebih luas. Suami mak sedara aku nak buat online business (as mine) using my stuffs. But then, to copy the exact bracelet or brooch is a bit troublesome because I might not have the same beads in my collection now. But, I'll try my best (have to try my best sebab orang dah beri kepercayaan) to do what I can.

And now, I am facing too many homework sampai terasa macam malas nak buat langsung. Tapi aku buat jugalah. Slowly. And actually, ada banyak lagi homework yang macam kurang penting yang aku put aside for a while sebab nak bagi ruang pada kerja lain dan tidur. Hehe...

Dan Ramadhan kian mendekat. Oh, terasa macam excited dan tak sabar nak berpuasa.

Sunday, 10 July 2011

Terasa Menua....

A : Ahhh...umur tak sampai sedekad pun lagi.

B : Kawan-kawan ramai dah beranak pinak.....iskk..iskkk...

Oh, stail saya pun seperti menua saja terasa.....

A : Hujung bulan Julai dah nak sampai ni.

B : Yay!! Puasa!! (tak nak sebut tentang hari lahir sebab penulis tak suka menyambutnya, cuma buat ingatan saja) Tapi tahun ni Mak tak jual air dah di bazar. Kurang thrill dah rasanya. Dari dulu mesti tolong Mak dan Abah, dengan adik-adik semua pergi. Kali ni dah tak ada.

A : Tak mengapalah. Boleh tolong Mak masak berbuka.

B : Mak Abah pun makin tua juga. Risau......

A : Kenapakah orang beranggapan kalau nak kahwin, macam tak nak tolong Mak Abah dah. Ini zaman tok kaduk dulu lagikah? Selagi mereka ada, selagi tu aku ada tanggungjawab atas mereka. Biarpun aku dah ada anak.

B : Betul! Wan (emak kepada Mak) dah bertahun sakit, boleh kata 8 tahun dah sakit. Yang menjaganya, anak-anak perempuan dia. Anak lelaki adalah juga, tapi nak higlight di sini, even dah ada suami dan anak-anak sendiri juga bekerja, tak semestinya kita akan abaikan ibu bapa kita.

A : Wanita sekarang tak seperti wanita dahulu. Sekarang ni, peluang pekerjaan lebih luas. Kepakaran pun makin terserlah. Perempuan ni mampu nak buat banyak kerja dalam satu masa. Jadi pakar sehebat mana pun, tanggungjawab yang wajib tu masih boleh diuruskan dengan baik.

B : Dan lelaki yang jadi menantu pun kenalah sokong dan bantu si isteri. Ibu bapa si isteri tu dah jadi ibu bapa dia juga kan?

A : Easily said than done.

B : Apa yang penting? KERJASAMA!!

Petang Ahad Yang BOSAN

Ohhhh...saya bangun lewat pun masih terasa bosan. Nak tidur pun dah penat. Semalam lagi masyuk....kejap main game, kemudian gosok baju, dan berulang-ulanglah bergilir-gilir keduanya hingga teman sebilik pun gelak-gelak.

Sebenarnya, bukan tak ada kerja. Banyak sangat. Tapi rasa berat teramat nak buat. Padahal semuanya perlu dihantar dan sekurang-kurangnya ditunjukkan esok. Beginilah. Kebosanan dan banyak masa lapang boleh membunuh keupayaan dan efisiensi seseorang, lagi-lagi anak muda yang masih punya kudrat dan kemampuan yang lebih.

Dan akhirnya saya mengusik juga 'bisnes' yang dah lama dilupakan. Sekarang musim orang tak berduit jadi tak mengharapkan ada orang nak beli pun. Dan mungkin ada yang sengaja tak mahu tengok sebab takut 'terambang mata' lantas mengikut sangat nafsu.

Duit pun keperluan asas sudah sekarang. Sebabnya, kalau nak dapatkan keperluan asas dan keperluan tak asas, perlu duit juga. Kalau tak, tengok sajalah sambil telan liur.

Takpe. Rezeki ada di mana-mana. Yang penting, cari! Kalau tak boleh kerja sepenuh masa, kerja separuh masa pun boleh.


Saturday, 9 July 2011

Babies!! Suka! Suka!

I just browsed over Anis Mimi's new baby's photo, born yesterday. Sungguh comel! And I also browsed over several friends' and seniors' and juniors' baby's photos.

Terasa sangat gembira bila tengok kawan-kawan semua sedang berbahagia. Allah permudahkan dan berkati hidup mereka. Sangat gembira untuk semuanya.

And, I must be positive! Kita usaha, tapi masih belum dapat lagi, kiranya belum masanya lagi.

Oh, tak sabarnya rasa nak menjadi seorang ibu.

Selamat? Makmur??

Kita sebenarnya, sedang elok saja. Masing-masing diam, pendam. Ditekan. Kemudian, bila ada yang nak bersuara, gegak gempita satu dunia.

Hidup di zon selesa memang aman.

Kemudian kerja, beli rumah, kereta, kahwin, ada anak, sampai masa bersara, kemudian mati.

'Lurus'nya hidup.

Hidup sebenarnya lebih daripada itu. Dan tak semua hidupnya selurus itu.

Perubahan itu perlu. Perubahan itu baik. Bila semuanya ditekan, kita jadi tak terbuka. Jumud.

Memang akan huru-hara pada prosesnya. Tidak pernah ada secara aman. Itu sesuatu yang mustahil.

Dan bila huru-hara melanda, keselamatan pun jadi longgar.

Aku juga punya orang tersayang yang sekarang ini sedang bertugas mengawasi keamanan. Dan aku sangat risau. Aku tak nak orang tersayang aku mati.

Tapi, bila dia sudah memilih jalan hidupnya begitu, aku kena redha. Aku kena lepaskan. Aku kena sedia walaupun aku belum lagi bersedia.

Kalau tak nak orang mati, nak live happily ever after, baik kita jadi pak turut saja mengikut macam lembu.

Thursday, 7 July 2011

Kertas Kerja

Aku tengok contoh kertas kerja lawatan, dan aku macam..... erkkkk!!! Tercekik jugalah rasanya.

Simple saja aku tengok. Tapi bab mengedit tu yang memeningkan. Pendek cerita, boleh siapkan hari ini. Tapi terpaksa panjangkan sebab yang merancang sepatutnya bukan aku. Geddit?

Bila terasa nak siapkan sepantas boleh tapi tersekat macam ni (ie hal teknikal), terasa malas terus menjalar memamah setiap kerajinan yang ada, dan aku pun jadi malas. Hehehehe.. best betul alasan ni.

Layan P. Ramlee pun syok juga..

Tiada kata secantik bahasa
Untuk kupuji adinda~~
Your top three intelligences:

Score (5.0 is highest)

4.14
Self: You have a very good sense of self. You like to spend time by yourself and think things over. You will often take in information from another person, mull it over by yourself, and come back to that person later to discuss it. You like working on projects on your own. You often prefer to learn by trial and error. Effective techniques to enhance your learning include keeping a journal and giving yourself time to reflect on new ideas and information. More ideas:

Go on "guided imagery" tours.

Set aside time to reflect on new ideas and information.

Encourage journal writing.

Work on the computer.

Practice breathing for relaxation.

Use brainstorming methods before reading.

Listen to and read "how to" tapes and books.

Read cookbooks.


3.43
Musical:
You like the rhythm and sound of language. You like poems, songs, and jingles. You enjoy humming or singing along with music. You probably remember things well when they are associated with music or rhythm. Try to incorporate sounds into your lessons, such as using a familiar tune, song, or rap beat to teach spelling rules, or to remember words in a series for a test. Here are some other ways to use your musical intelligence:

Create a poem with an emphasis on certain sounds for pronunciation.

Clap out or walk out the sounds of syllables.

Read together (choral reading) to work on fluency and intonation.

Read a story with great emotion — sad, then happy, then angry. Talk about what changes — is it only tone?

Work with words that sound like what they mean (onomatopoeia). For example: sizzle, cuckoo, smash.

Read lyrics to music.

Use music as background while reviewing and for helping to remember new material.

Use rhymes to remember spelling rules, i.e., "I before E except after C."

3
Language:
You enjoy enjoy saying, hearing, and seeing words. You like telling stories. You are motivated by books, records, dramas, opportunities for writing. Effective techniques of enhancing your learning using your language intelligence include reading aloud, especially plays and poetry. Another idea is to write down reflections on what you've read. You may also enjoy exploring and developing your love of words, i.e., meanings of words, origin of words and idioms, names. Use different kinds of dictionaries. Other ideas:
Keep a journal

Use a tape recorder to tape stories and write them down

Read together, i.e., choral reading

Read a section, then explain what you've read

Read a piece with different emotional tones or viewpoints — one angry, one happy, etc.

Trade tall tales, attend story-telling events and workshops

Research your name

The scores for your other five intelligences:


2.71 Logic-Math
2.71 Nature (Naturalist)
2.57 Spatial
2.57 Social (Interpersonal)
1.86 Body Movement (Kinesthetic)

Just because these five are not in your top three doesn’t mean you’re not strong in them. If your average score for any intelligence is above three, you’re probably using that intelligence quite often to help you learn. Take a look at the Practice section to see how to engage all your intelligences.

------------------------------------------------------------------------------------------

Entri kali ini panjang sebab copy and paste. Hehe...

I like making multiple intelligences test. Sebab terasa macam seronok. Dan as usual, boleh teka apa yang the highest and lowest. Intrapersonal mesti paling tinggi, and music. Dan yang paling rendah mesti interpersonal and kinesthetic.

I am still me. Tapi language tu dah naik sikit berbanding maths. Oh......mesti sebab sekarang sudah minat membaca berbanding dulu. Your habit mempengaruhi diri anda!! Jadi kena habit baik jadi diri akan jadi baik.

Easy Things Made Complicated

Penat dengan 'birokrasi'. Trust me, takkan siap dan sempat dalam masa terdekat. I will try my best. Dengan kepala yang macam tak nak gerak je. Kita tunggu dia, dia tunggu kita.

Dan....segalanya menjadi rasmi. Duit yang keluar pun bertambah berkali-kali ganda.

Penat.

Wednesday, 6 July 2011

Tudung Ala Turki

Bukan tudung Akel. Hehe..

Dulu-dulu, ada jenis tudung Turki yang dibuat daripada satin atau sutera, tengah-tengahnya kosong atau bercorak sikit, tapi bingkai tudung itu penuh dengan corak. Minggu lepas aku ada nampak tudung tu, as July Giveaway di www.hijabstyle.co.uk. Tiba-tiba rasa teringin pula nakkan tudung macam tu.



Tapi, yalah, rezeki tak disangka-sangka. Last Sunday, singgah rumah sekejap, dan dapatlah beberapa helai tudung free (mak saudara punya, but as sekarang ni style tudung sarung saja jadi dia tak pakai dah lama dan daripada buang baik kasi kat aku). Dan salah satunya adalah tudung ala Turki tu. Rasa macam... doa diperkenan.

Rezeki tak disangka-sangka. Alhamdulillah.

Dan.....sekarang saya sudah menggemuk makanya hujung minggu ini bercadang untuk mengeluarkan seluar-seluar dan kain yang ada untuk diukur keketatannya dan asingkan yang mana yang no-no. Terasa gemuk mendadak bila pakai seluar ketat dipinggang (pinggang tuh!! unbelievable!).

Teringat antara kata-kata dalam Manikam Kalbu karangan Faisal Tehrani yang maksudnya lebih kurang:
Orang beriman itu pakaiannya adalah untuk menutup badan, bukan untuk menampilkan bentuk badan.

Oh, how I love that book!

p/s : I'm recovering from the shock. Still having fobia looking at handphones, but so far I am doing well.

Monday, 4 July 2011

Duduk, Terdiam...

Untuk yang berkenaan, maaf.

Dan aku rasa aku terlalu lama di sini.

I really should leave.

Jalan-Jalan Pahang

Ija kata nak jalan-jalan di Pahang semester ni. Next year sudah sibuk tahap gaban. Makanya tour guide tak bertauliah ni kena tunjuk jalanlah juga.

Well, kami ke Gua Bama. Dan seperti yang kami ada baca di blog seseorang, tak terjaga! Semaknya sampai tak jumpa jalan nak panjat ke gua. Tapi tengok dari dekat, batu kapurnya berlapis-lapis yang sangat cantik. It's a national heritage. Patutnya kena jagalah. As well as Empang Jaleh. Tapi.....kami salah jalan dan ended up nak sampai di Penjom Gold Mine sudah. Hehe...

But yesterday kami ke Fraser's Hill. Masa kami datang tu, hujan jadi jalan berkabus dan sejuk. Well, taklah sejuk sangat pun. Manusia berdarah panas macam aku ni memang susah nak rasa sejuk sikit.

Anyway, kami ke tempat-tempat seperti Allen's Water (yang ala-ala Terenggun), Paddock, tengok-tengok banglo lama seperti Ye Olde Smokehouse, banglo-banglo yang letak nama daerah di Pahang ni, padang golf, batu sempadan Pahang-Selangor, etc. Dan juga menyedihkan, flower nursery tak ada. Tutup dan terbiar. Terasa macam agak menyedihkan jugalah. Tapi fikir semula, nak maintain sesuatu tempat tu perlukan kos dan tenaga kerja yang banyak. Tenaga kerja tu pun perlu dibayar juga.

Tapi Fraser's Hill sangat sesuai pergi kalau nak hiking ke, jungle tracking ke. Kalau lalu sepanjang jalannya, memang fresh. Lagi-lagi bila lepas hujan. Dan ada satu masa tu on the way ke Air Terjun Jeriau, ada satu part tu boleh bau jering or petai.

I think, nak bercuti dan hepi-hepi is one good thing. But I think the best, exploring a place, menikmati keindahan alam, appreciating Allah's creation; rasa macam tenang dan rasa lebih berbaloi. I think I'm falling in love with nature. Dan terasa sangat nak tinggal di Ulu Tembeling or Sempoarna for example (okay Abang, u dah janji nak ikut i kan masa i posting nanti so bear with me ye....). Memang kehidupan di tempat terceruk agak tidak selesa, tapi experience is the best teacher kan?

Saturday, 2 July 2011

Lebam-Lebam Badan I

Aku berbekam angin malam tadi. Dengan Madi dan Ija. Ija jadi tukang tengok saja. Dan Madi yang asalnya nak berbekam angin juga, tak jadi dan hanya buat rawatan resdung.

Dan rupanya, Encik Fazli yang kami contact tu Encik Fazli Bazin yang merupakan pensyarah kami. Hoho!! Dan yang buatkan untuk kami semalam tu isterinya.

Aku macam kurang puas setakat berbekam angin ni. Terasa macam tak cukup. So, next time, dengan Madi (hopefully dia tak tarik diri kali ni), nak berbekam darah pula. Hoho!!

Hari ini ada larian 1murid, 1sukan, 1malaysia. Aku jalan saja. Pun dah nak pitam. Padahal round maktab ni saja kot. Dan aku tak join dah aktiviti seterusnya. Disarankan oleh YDP (ecehh!!) untuk balik bilik saja. Dan aku baliklah. Dan... aku terasa aku ternampak sesuatu dalam keadaan mamai (terjaga masa tidur tadi) sesuatu yang tak sepatutnya aku lihat. Bila aku cerita pada Ija, dia bergurau pula tapi maksud di sebalik gurauannya = biarkan dan lupakan saja benda tu.

Dan aku terbaca sesuatu, yang mendorong aku untuk menyimpan diari. Berniat besar dah ni. Sebab menulis diari boleh membaiki penulisan kita. Yalah, kita bukannya academics yang selalu menulis. Tapi................. forget it!! Bukan tak pernah buat. Tak menjadi selalu. Buat dalam satu dua hari, kemudian buat tak reti saja diari tu wujud. Just now aku terfikir, I already have this blog. Dan blog ini pun ala diari juga. So, untuk apa lagi nak berdiari bagai? Aku bukannya pandai nak menulis untuk diri sendiri. Aku menulis untuk audien. Dan aku tahu aku sangat rajin menulis dalam blog ni. Dah 5xx entries. Itu tak termasuk yang dah dipadam dulu-dulu tu. Haha!! Dan masih ada rasanya yang dari Multiply yang belum aku pindahkan lagi.

Aku dah seminggu batuk. Teruk juga. Kahak ada sikit, tapi bila batuk, terasa macam kering saja tekak ni. Kahak degil ni. Harap saja kecil. Susah nak tanggal even batuk nak macam muntah.

Friday, 1 July 2011

Berbasa-Basi

Discussions had and is still going on about the new flexible timetable we are doing now. I am not against it, but have some improvisation, if that can be called, to the system. For example, add 5 minutes break at each of the hour between the subjects.

For example, if the subject is two hours straight, there will be 5 minutes break between the two hours, so that the students can relax a bit before going on to the next hour. Penat juga kalau dalam satu jam sebelumnya penuh dengan lectures, kan?
And the 5 minutes break can be used for the students to proceed to the next class without taking the time of the next subject. Effective jugalah.

But starting next week, about half of the students will go out for their practicum. So, there will be more empty rooms and flexible timetable is just timetable on paper only.

And in this week, there were already two days off lectures. And we got a hell lot of classes to be relieved. (betul ke ha ayat aku ni?)

And I am now have successfully read. Recently, I already read two novels, which I found out very interesting. First one is Manikam Kalbu by Faisal Tehrani which I think is very brilliant, even the story is light, the message is somewhat touches us very much in our life. Next novel is Panggil Aku Melaju by Rahmat Haroun Hashim which is quite heavy in terms of linguistic and history. The plot is boring and slow, but as you finished the whole book, you'll find out that the story is quite interesting and open your mind in certain aspects of history and the effects of what happened in past to us.

Currently, I am reading The Spiral Staircase by Karen Armstrong, which is quite controversial but in some sense waking up our sense of thinking rather than accepting a system like we are an idiot. But as I read up her book, I quickly thought of another book entitled Cogito Allah Sum by Lalu Mohammad Zaenudin about how a man being an unbeliever and how he then starts to believe in God once again. The tagline used is 'semakin aku berfikir, semakin aku yakin bahawa Allah ada.' We have been brought up in a religion which is true, so we are in no doubt about the existence of God when we really dig in the religion. But for someone who has been brought up in Christianity for example, there are too much flaws in the religion which really makes an intellectual an atheist.

Okay, I have class in 20 minutes time. Guess I have to stop typing now.