Saturday 2 July 2011

Lebam-Lebam Badan I

Aku berbekam angin malam tadi. Dengan Madi dan Ija. Ija jadi tukang tengok saja. Dan Madi yang asalnya nak berbekam angin juga, tak jadi dan hanya buat rawatan resdung.

Dan rupanya, Encik Fazli yang kami contact tu Encik Fazli Bazin yang merupakan pensyarah kami. Hoho!! Dan yang buatkan untuk kami semalam tu isterinya.

Aku macam kurang puas setakat berbekam angin ni. Terasa macam tak cukup. So, next time, dengan Madi (hopefully dia tak tarik diri kali ni), nak berbekam darah pula. Hoho!!

Hari ini ada larian 1murid, 1sukan, 1malaysia. Aku jalan saja. Pun dah nak pitam. Padahal round maktab ni saja kot. Dan aku tak join dah aktiviti seterusnya. Disarankan oleh YDP (ecehh!!) untuk balik bilik saja. Dan aku baliklah. Dan... aku terasa aku ternampak sesuatu dalam keadaan mamai (terjaga masa tidur tadi) sesuatu yang tak sepatutnya aku lihat. Bila aku cerita pada Ija, dia bergurau pula tapi maksud di sebalik gurauannya = biarkan dan lupakan saja benda tu.

Dan aku terbaca sesuatu, yang mendorong aku untuk menyimpan diari. Berniat besar dah ni. Sebab menulis diari boleh membaiki penulisan kita. Yalah, kita bukannya academics yang selalu menulis. Tapi................. forget it!! Bukan tak pernah buat. Tak menjadi selalu. Buat dalam satu dua hari, kemudian buat tak reti saja diari tu wujud. Just now aku terfikir, I already have this blog. Dan blog ini pun ala diari juga. So, untuk apa lagi nak berdiari bagai? Aku bukannya pandai nak menulis untuk diri sendiri. Aku menulis untuk audien. Dan aku tahu aku sangat rajin menulis dalam blog ni. Dah 5xx entries. Itu tak termasuk yang dah dipadam dulu-dulu tu. Haha!! Dan masih ada rasanya yang dari Multiply yang belum aku pindahkan lagi.

Aku dah seminggu batuk. Teruk juga. Kahak ada sikit, tapi bila batuk, terasa macam kering saja tekak ni. Kahak degil ni. Harap saja kecil. Susah nak tanggal even batuk nak macam muntah.

No comments: