Sunday 10 July 2011

Terasa Menua....

A : Ahhh...umur tak sampai sedekad pun lagi.

B : Kawan-kawan ramai dah beranak pinak.....iskk..iskkk...

Oh, stail saya pun seperti menua saja terasa.....

A : Hujung bulan Julai dah nak sampai ni.

B : Yay!! Puasa!! (tak nak sebut tentang hari lahir sebab penulis tak suka menyambutnya, cuma buat ingatan saja) Tapi tahun ni Mak tak jual air dah di bazar. Kurang thrill dah rasanya. Dari dulu mesti tolong Mak dan Abah, dengan adik-adik semua pergi. Kali ni dah tak ada.

A : Tak mengapalah. Boleh tolong Mak masak berbuka.

B : Mak Abah pun makin tua juga. Risau......

A : Kenapakah orang beranggapan kalau nak kahwin, macam tak nak tolong Mak Abah dah. Ini zaman tok kaduk dulu lagikah? Selagi mereka ada, selagi tu aku ada tanggungjawab atas mereka. Biarpun aku dah ada anak.

B : Betul! Wan (emak kepada Mak) dah bertahun sakit, boleh kata 8 tahun dah sakit. Yang menjaganya, anak-anak perempuan dia. Anak lelaki adalah juga, tapi nak higlight di sini, even dah ada suami dan anak-anak sendiri juga bekerja, tak semestinya kita akan abaikan ibu bapa kita.

A : Wanita sekarang tak seperti wanita dahulu. Sekarang ni, peluang pekerjaan lebih luas. Kepakaran pun makin terserlah. Perempuan ni mampu nak buat banyak kerja dalam satu masa. Jadi pakar sehebat mana pun, tanggungjawab yang wajib tu masih boleh diuruskan dengan baik.

B : Dan lelaki yang jadi menantu pun kenalah sokong dan bantu si isteri. Ibu bapa si isteri tu dah jadi ibu bapa dia juga kan?

A : Easily said than done.

B : Apa yang penting? KERJASAMA!!

No comments: