Sunday 10 July 2011

Petang Ahad Yang BOSAN

Ohhhh...saya bangun lewat pun masih terasa bosan. Nak tidur pun dah penat. Semalam lagi masyuk....kejap main game, kemudian gosok baju, dan berulang-ulanglah bergilir-gilir keduanya hingga teman sebilik pun gelak-gelak.

Sebenarnya, bukan tak ada kerja. Banyak sangat. Tapi rasa berat teramat nak buat. Padahal semuanya perlu dihantar dan sekurang-kurangnya ditunjukkan esok. Beginilah. Kebosanan dan banyak masa lapang boleh membunuh keupayaan dan efisiensi seseorang, lagi-lagi anak muda yang masih punya kudrat dan kemampuan yang lebih.

Dan akhirnya saya mengusik juga 'bisnes' yang dah lama dilupakan. Sekarang musim orang tak berduit jadi tak mengharapkan ada orang nak beli pun. Dan mungkin ada yang sengaja tak mahu tengok sebab takut 'terambang mata' lantas mengikut sangat nafsu.

Duit pun keperluan asas sudah sekarang. Sebabnya, kalau nak dapatkan keperluan asas dan keperluan tak asas, perlu duit juga. Kalau tak, tengok sajalah sambil telan liur.

Takpe. Rezeki ada di mana-mana. Yang penting, cari! Kalau tak boleh kerja sepenuh masa, kerja separuh masa pun boleh.


No comments: