Tuesday 15 February 2011

Protests

Sejurus selepas protes yang melanda di Tunisia dan Mesir, negara-negara Arab lain pun turut mengikut jejak langkah mereka. Masing-masing atas sebab yang sama; kuropsi. Akan tetapi, media perdana negara-negara tersebut mesti mengatakan pihak pembangkang ingin mencetuskan huru-hara dan mengganggu gugat keamanan negara. Dan kemudian mengatakan bahawa pembangkang itu dan pembangkang ini.

Dan tadi aku terbaca berkenaan protes di Bahrain. Media kerajaan mengatakan bahawa masyarakat Syiah yang terdiri lebih kurang 70% daripada populasi negara itu, ingin menggulingkan sistem raja yang berpegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang memerintah negara itu.

Namun apabila dibaca dalam sumber alternatif lain, ternyatalah bahawa semuanya itu adalah pergerakan rakyat yang inginkan pemerintahan yang lebih tulus dan bebas korupsi, termasuklah polis yang menghisap darah rakyat tempatan dan bersifat ganas yang membuatkan rakyat takut untuk bersuara. Tidak ada langsung perjuangan sentimen-sentimen lain. Cumalah perjuangan untuk mendapatkan hak dan maruah sebagai seorang manusia.

Perkara ini bukan saja terjadi di negara-negara bergolak, malahan aku berani menyatakan bahawa hampir semua negara di dunia ini memang punya organisasi polis yang korup.

Jelas sekali manusia ini tidak boleh ada kuasa. Mereka jadi buta dan jadi tak ubah macam binatang bila ada kuasa. Bila kuasa ada di depan mata, fikiran jadi sempit. Tak terfikirkah, bila perut anda kenyang, orang-orang di luar sana menjadi semakin papa, kesempitan, sengsara fizikal dan emosi atas tindakan rakus anda yang hanya menjaga periuk nasi sendiri sahaja.

Lihat saja semasa perhimpunan BERSIH beberapa tahun dahulu. Peniaga-peniaga yang berniaga di kawasan tersebut 'bising' sebab mengganggu perniagaan mereka. Kita akan bising bila benda macam ni terjadi. Tapi tak terfikirkah kenapa? Apa yang mereka perjuangkan? Sampai bila kita nak jadi orang yang tidak ambil peduli? Sampai harga gula contohnya jadi RM10 untuk satu kilogram? Begitu?

Bukanlah aku nak mengajak orang untuk buat protes, atau apa sajalah tindakan tunjuk perasaan. Di sini tidak boleh langsung kita nak bersuara, tuntut hak kita. HAK SEBAGAI MANUSIA. Sekurang-kurangnya, apabila ada bantahan atau komen daripada pihak pembangkang contohnya, tak bolehkah anda membela diri dengan menerangkan sebab yang sewajarnya, atau buat tak endah saja? Ini tidak, tambah lagi dengan menfitnah, memburuk-burukkan pihak itu semula; sengaja mencari isu dengan cara main kotor.

Betul-betul macam kami sedang bergaduh zaman tadika dulu. Aku kata dia macam tu, dia kutuk aku semula, dan berlarutan sampailah penat.

Ingat satu saja, kalau ada protes atau tunjuk perasaan itu, tak semestinya daripada pembangkang sahaja. Bukankah banyak NGO di negara ini? Bukankah ramai yang tidak mendaftar sebagai pengundi, sebab tak percaya pada sistem pilihanraya di sini? Bukankah ramai juga yang sengaja merosakkan undi mereka?
Bila golongan-golongan ini tak menyokong sama ada kerajaan mahupun pembangkang, tidakkah terfikir dalam fikiran kita bahawa mereka ini merupakan antara suara rakyat yang neutral dan tidak bersifat pro-politik?

Untuk rakyat biasa seperti aku ini, tapis berita yang anda terima. Bak kata kawan aku, media massa di Malaysia ni, berita yang sahihnya berita sukan saja. Berita lain tak payahlah nak percaya. Tak kiralah dari media kerajaan ke, media pembangkang ke; sama saja.

See, benda-benda macam ni menjadikan remaja dan juga rakyat-rakyat tua di Malaysia ini jadi tidak peduli. Tak nak ambil kisah. Jadi bersemangat assabiyyah keterlaluan terhadap ideologi masing-masing. Tak open-minded pada ilmu-ilmu baru; open-minded hanya pada hiburan dan benda-benda yang mudah saja.
Akan datang, entah bagaimana generasi yang terbentuk. Entahkan ramai yang bergelek di kelab-kelab malam atau berlingkar di lorong-lorong gelap. Bantulah generasi akan datang nanti, bukan hanya bantu kenyang perut anda semata.

Kami di bawah ini menderita.

No comments: